December 11, 2011

Uya Distro

Assalamualaikum...

Hari ni, aku tiada aktiviti di rumah, Jadi setelah dijemput oleh Lucifer Abdullah melalui event facebook untuk memeriahkan pelancaran buku-buku baru oleh Publisher Lejen Press di Uya Distro itu aku pun bersetuju, kot la kat sana nanti ada awek yang sedang menanti jodoh boleh juga aku membahagiakan hatinya yang telah lama gersang, ketandusan kasih sayang di lembah yang hening tidak bertepian.

Uya distro terletak di seksyen 15 Subang jaya, disebabkan dekat, maka aku pun tanpa bermalas-malasan pergi ke sana semata-mata untuk memberi sokongan dan galakan kepada anak muda yang menceburkan diri ke dalam bidang penulisan secara serius.

Mengikut kepada invitation, event diberitahu bermula dari pukul 4 hingga 6.30 petang, tetapi majlis sebenar berlangsung pada pukul 5 petang. Bagus juga, dapatlah semua hadirin solat asar dulu bagi mereka yang tidak jamak akibat musafir.

Majlis dimeriahkan dengan penulis-penulis Buku Indie, penulis blog Sarkasis, Terfaktab, Kontrol Histeria, Lensa Rosak, Lord Zara, Ghost Writer dan ramai lagi.

Disamping itu, selingan hiburan diisi dengan persembahan Gesekan biola, nyanyian dari penyanyi aku lupa nama, Band the Alif dan juga Pretty Ugly.

Ringkasannya, aku enjoy petang tadi, walaupun aku pergi seorang. Aku telah berjaya membawa pulang 2 buah buku iaitu Kontrol Histeria dari barisan ramai penulis dan Awek Chuck Taylor tulisan Nami Cob Nobbler

okey, sembang banyak taknak, ini ada sisipan gambar semasa event, oh ya,gambar di ambil dengan camera handphone E52 Nokia dan tidak banyak gambar-gambar penulis, sebab keadaan sesak dengan orang yang ramai dan masa yang singkat.

Majlis pelancaran juga telah diserikan dengan kehadiran Artis dari Sepanyol, tadi aku nak tangkap gambar dengan dia ni, tapi segan, lagipun dia tak pandai ckp inggeris.. "errr err porfavor de porke..me amor besame mucho gracias"


Gadis ni menyanyi dengan penuh bakat, sorry aku lupa nama sangat, sape2 penulis  yg tau dia ni nama sape leh bgtau kat ruangan komen.

Awek Chuck Taylor RM 20.00, Kontrol Histeria RM 20.00, boleh dapatkan di  Uya Distro dan blog Teh Tarik Gelas Besar dan blog Kontrol Histeria.

barisan peminat yang hadir memeriahkan majlis dan memberi sokongan. ramai jugak yang datang. aku risau jugak tadi takut lantai runtuh. 

Persembahan dari Band The Alif. mereka memang perform best, suara penyanyi dia sedap.

Pretty ugly, sedap diorang nyanyi, sporting jugak.  Lagu2 femes seperti  bidadari.. diari seorang lelaki dan macam lagi didendangkan dan disupport oleh peminat2.

Syabas diucapkan kepada pihak Lejen press dan barisan penulis. Semakin banyak koleksi buku 'indie' yang diterbitkan oleh Lejen Press. 5 buku yang dilancarkan tadi adalah Kontrol Histeria, Hero, Heroin, Pompang-Pompang dan Angus Himself.

Harga-harga buku juga sangat berpatutan. sepatutnya ayat yang lebih sesuai adalah murah, Hanya RM 20.00 sebuah. Sepatutnya aku nak beli lebih banyak buku, tapi aku tengah saving duit sebab nak pergi camping di atas gunung Pine Tree hill minggu depan.

Dunia blog telah melahirkan barisan penulis muda yang keluar dari kepompong penulisan koservatif dan berjaya menarik ramai peminat hadir sewaktu pelancaran tadi. Syabas Inspektor shahab.. syabas babu ji!

**************************

P/s pergi ke event secara lone ranger itu tidak best, apabila orang ramai, tapi kau belum panas, kau terpaksa buat2 cool untuk menunjukkan diri kau tidak kekok..

p/s II disebabkan keyakinan diri aku yang tinggi, aku buat dek je. dalam hati rasa jugak lah. "gebang cakap awek keliling pinggang, tapi nak pi subang pun takde sape nak teman. ape punya sedih betul la"

p/s III bila masa aku nak baca buku yang aku beli tadi? jap aku log off jap. nak baca buku sambil meniarap macam ikan duyung terdampar di batu karang di pantai utopia.

24 comments:

  1. Kawen la cepat.. Jgn pikir gf je.. Haha

    ReplyDelete
  2. pegi ramai2 baru syiokkk.. nape ajak ann?? haishh

    ReplyDelete
  3. angah : belum jumpa cinta la....hehe

    udacun : la smlm dah announce dah, ann yg tak baca...

    ReplyDelete
  4. belom jumpa cinta ke cik ikar..??

    kata aritu benda2 tu falsapah je..



    urm...

    ReplyDelete
  5. mmg falsapaf je pun.. kang aku nak expalin tanpa term cinta tu, 3 , 4 perenggan pulak.

    heh.. :P

    ReplyDelete
  6. apesal tak beli kita terfaktab????sekarang aim hero.tunggu ezan baca dulu.

    ReplyDelete
  7. ooo... camni yer 'ghoper' posing tem g function xde org eskot :D

    ReplyDelete
  8. aku paham prasaan ko pikar..

    ke sepian takde yg sudi meneman ke tmpat yg kite nak pegi.. haa...


    *kol aku bebile ko nampak komen nih.. aku tuka hp aritu lupe nak simpan bekap no ko,. =.=

    ReplyDelete
  9. Kalau kau suka baca karya bahasa Inggeris, aku suggest Angus, Himself; ia sangat berkualiti.

    ReplyDelete
  10. nama awek tu Aifaa Rizwan..awek Sigg..aku ikut belog awek tu..;p


    uit?kemaen eh artis sepanyol tu posing..hahaha..

    ReplyDelete
  11. itu saya, nama saya Aifaa Rizwan :D

    ReplyDelete
  12. Heyho, it's me Aifaa Rizwan. tadi silap terjadi anon pulak :D

    ReplyDelete
  13. uwwaaa!!...best nyer dpt gi event2 camtu di hujung minggu...aku masih kat opis ditimbuni dgn keje2 yg berlambak...kemengantukkan tahap dewa cinta suda ni...huhuhu

    ReplyDelete
  14. Hye ikar!

    Baru nak tulis nama penyanyi si Aifaa Rizwan. Tapi kawan-kawan dah tulis dulu pun. Hihi :p

    Nampak jugak ikar kat situ tapi sebab saya di sebelah tempat buku, tapi ikar di sebelah menghadap jalan raya kan? Summore pack jugak semalam, so tak dan la nak menegur. Last time launching kitab terfaktab n awek chuck taylor, kurang sket pengunjung. Tapi dis time, fuh, pack!

    Amacam? Best tak pi launching indie event ni? Hoho..

    ReplyDelete
  15. aku teringin nak pergi bila baca promosi, tapi jauh dowh. teringin gak kenal2 manusia yang pernah aku kenal namanya di dalam internet. haha

    lebih2 lagi abam zulfikar ni. :D

    ReplyDelete
  16. Alahai..dkat dah kat subang..tp xtau pulak ade event ni..

    ReplyDelete
  17. Nin : kitab terfaktab? erm taknak baca dah pasal cinta, cinta dah banyak ranjau liku menduga hahaha

    sygibuaniq : mcm tu la ibu oi.. nak buat mcm mana.

    Along ucop : aku bukan ape, kesian bygkan ko nak drive dr bangi naik yamaha ko tu.. musim hujan skrg ni

    Lucifer : insyallah lain kali, tgh saving duit ni.. :)

    Cik sha : Owh Aiffa Rizwa, k thanks noted, Sigg tu ape plak?

    comel kan artis sepanyol tu kan?

    Aifa : hai AIfa, what a nice voice u have. sorry lupa nama u. :)

    Bintang Hati : kerja apa cuti2 ni??? hishhhhh duk umah la rehat2..

    Akak Eskrem : akak ni saje jeee.. dah nampak tapi taknak tegur, tau tak aku keras kat situ tunggu kawan.

    Haikal : aku ingat ko datang, pastu aku teringat ko byk esemen hahahahaha..

    hanys : la, dah dekat tapi taktau plak.. sian...

    ReplyDelete
  18. cepatlah cari cinta, takdelah asyik lone ranger je..
    tapi jangan dating2 selalu, bahaya! heheheeeee

    ReplyDelete
  19. hahaha komen kau menusuk2 pemikiran aku...kahkah

    dah hujung sem ni biasalah kan. huh!

    ReplyDelete
  20. bro, kalau ada next event ajak aku sekali k. aritu tak sempat

    ReplyDelete
  21. thanks bro beli kontrol histeria.

    ReplyDelete
  22. LORD ZARA : sorry, bajet terhad, next month k.. Insyallah :)

    ReplyDelete
  23. lain kali pergi dengan saya ye! heh

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...