December 23, 2011

Peta dan belon

Assalamualaikum...

Dulu aku pernah duduk sekolah berasrama selama setahun iaitu pada tahun 1997. Ada banyak peristiwa lawak  yang berlaku selama aku duduk asrama. Tapi ada satu kisah ni yang orang cakap the best compilation buat teman aku gelak sorang-sorang bila teringat balik.

Masa aku form 1, aku ada kawan sekutu yang amat rapat, nama diorang adalah Faizal dan Bari. Dalam Kelas itu juga terdapat 2, 3 ekor budak yang menjadi lawan kami, mereka adalah Azlan, Aizudin dan Topek Gagap.

Zulfikar, Faizal dan Bari adalah 3 orang budak yang suka buat lawak loyar buruk dan suka ngusik budak perempuan dalam kelas. Berbeza pula dengan pakatan Axis yang suka mempunyai abang angkat, cover hensem dan suka jadi mat romeo-cinta-sampai-mati-walaupun-belum-tumbuh-bulu-pahat-lagi.

Masa zaman asrama, benda yang paling heaven sekali dalam kelas ada 3 iaitu...

1. Kakak angkat / awek bagi coklat suh makan dalam kelas. gila seronok kawan jeles tengok.
2. Makan Nasik Lemak kat kantin tengah lapar kawan tak sempat ngecek.
3. Qada' tidur dengan amat lena masa cikgu tengah ngajar kat depan.

Abaikan nombor 1 dan 2, fokuskan kepada perkara 3. Tidur dalam kelas.

Aku adalah salah sorang yang suka sangat tidur dalam kelas masa cikgu mengajar, tak hairanlah bila aku tak paham nak jawab, aku boleh bantai salin soalan balik masa jawab kertas periksa bahasa arab. Pada satu hari, entah datang semangat apa kat aku masa kelas, aku tak mengantuk. Pada masa tu aku ingat lagi yang ia adalah masa periksa soalan paper geografi.

Sebelah aku adalah Aizudin, masa jawab kertas tu aku ingat lagi ada soalan suruh lukis peta apa tah atas kertas jawapan yang diberikan. Aizudin ni punya tak senonoh dia boleh bantai tidur dengan skill kepala letak atas meja sambil mulut menganga.

Masa tu pulak aku tengah selsema tahap 3 iaitu hingus dah pekat berwarna hijau kekuningan memenuhi ruang hidung setiap masa. Bila dah habis periksa tu, aku terpandang sesuatu yang sangat epic sehinggakan umur aku dah 20-an ni pun tak boleh lupa.

Aku nampak Aizudin tidur mulut ternganga, air liur meleleh atas kertas jawapan geografi, habis basah kertas jawapan tu separuh, lenjun sampai tahap macam air tertumpah. Ini adalah sangat hebat, aku selama ni anggap orang tidur air liur meleleh ni hanyalah rekaan pelukis-pelukis komik jepun je. Tak sangka pulak boleh tengok di alam realiti.

10 minit lepas tu, Cikgu bangun untuk kumpul kertas soalan, Demi menjaga maruah Aizudin walaupun dia musuh-manja, aku sepak-sepak la kerusi dia suruh bangun, Elok je cikgu sampai sebelah dia pun terbangun, saat dia bangun, dia tarik kepala naik atas maka berjerikatlah airliur basi bergantungan dari meja ke muka dia, rupanya air liur dia punya banyak sampai basah separuh muka dia.

Kertas jawapan dia habis basah, cikgu yang kumpul kertas tu geleng-geleng kepala sambil senyum sinis je tengok, nasib baik cikgu tu baik. Dia tak cakap apa-apa pun. Dia senyum dan diam je sambil jinjing kertas jawapan Aizudin.

Aku pulak keras perut tahan gelak, tak sabar nak tunggu cikgu blah. Elok je cikgu keluar kelas, aku pun apa lagi, panggil Faizal dengan Bari, pastu aku cerita semangat-semangat kat diorang pasal si Aizudin. Kami pun gelakkan dia sepenuh hati tanpa belas ehsan.

" woi woi, Pejal, tadi kan Din tidur keluar air lius basi, soalan suh lukis peta pakai pen, dia lukis peta pakai air liur.. wakaakakakakakakaka"

" hahahahah Din tak senonoh, geli siot, geli siot. eeeeee air liur meleleh. peta peta peta. yek"

" haha, ayok, nanti aku bagitau kakak angkat ko, ko buat peta kaaannn..."

Punyalah seronok aku gelakkan Din, tak ingat dunia, Masa tu si Azlan ngan Taufiq sekutu si Din tak dapat nak bekap dia, diorang pun join gelakkan Din.

Aku yang masa tu gelak separuh mati, tak sedar yang aku tengah berhingus padat dalam hidung, elok je aku nak tarik nafas dan sambung gelak untuk harkat seterusnya....maka terjadilah.....

" Ha Ha Ha haaaa Bluuuuuupppppppp.... pup!"

Baru suku gelak, tiba-tiba hidung aku mengeluarkan hingus belon! Besar gila hingus belon tu, meletop habis kena hidung ngan bibir. Ah celaka boleh. celaka dah.. habis reputasi habis. sedap-sedap gelakkan air liur meleleh Din, hingus ni pulak buat hal.

Yang menambahkan bahana, Din, Azlan, taufiq, Bari ngan Pejal semua nampak. Diorang semua tengah fokus kat aku masa aku nak start gelakkan din. Tak payah ceritalah malu dia macam mana woi.

" wakakakakaka, wakakakaka hahaha Zul gelak keluar Hingus Nobita kannnnnn!!!"

" eeehhhh eeehhhh Hingus belonnnnnnnn!"

" eeee Zul, comel la belon kau buat tadi, buat la lagi, buat la lagi. buat la lagi zul! wakakakakakaka"

Aku kelam kabut nak cover, terus defend balik...Sambil aku cepat-cepat tutup hidung guna songkok, aku syak ada saki-baki hingus kena songkok tu rasanya.

" wei wei rilek la wei, biasa arr tu hingus belon, mana boleh lawan air liur peta Din tadi woi" aku usaha sehabis baik bagi mengalihkan bahan ke Din semula.

" Ahhhh takde takde, Peta din dah tak lawak, Belon kau lagi lawak! hahahahaha"

" Ntah Zul, cute gila ah hingus belon ko, first time aku tengok wei, aku ingatkan ada dalam doremon je, tak sangka lak leh tengok real-real"

Habis, jahanam, kalau lah aku boleh undur masa sikit je lagi, kalau aku boleh undur masa awal 30 saat mesti aku dah hembus hingus tu keluar tingkap, takdelah jadi hingus belon.

Nasib baik masa tu dah hujung tahun, lepas je habis exam tu, aku pun pindah ke sekolah Mersing. Nasib baik je tu, kalau tak mestilah aku akan dibahan sepanjang zaman persekolahan. 

Mungkin juga aku akan menempa nama sebagai Zul Nobita-hingus-belon-meletup. Fuhhh nasib baik pindah sekolah. fiuuuuu~~~





Aku syak belon aku macam ni kot masa tu. tak sempat pulak nak ukur guna pembaris besar macam mana.

 *************************


p/s I Moral of the story, jika nak gelak bahan orang, pastikan hidung anda tak penuh hingus. Hingus nobita yang belon kat hidung tu rupanya boleh terjadi di dunia nyata.

p/s II selain air liur peta ngan hingus belon, kentut berbunyi dalam kelas juga adalah bahan yang paling best buat lawak. oh lupa taik hidung tergantung jugak best.

17 comments:

  1. kah kah kah.padan muka,itu lah padah suka bahan org.haha.

    mananya entry homesick?takde pun.

    ReplyDelete
  2. homesick next entrylah, tadi dah taip, tp simpan dulu. jgn la tamak sangat... haha

    ReplyDelete
  3. kene balas cash kan...????

    wakakakakakakakakakakakakka...


    gila gelak sampai lap air mata...


    adeh..

    ReplyDelete
  4. adoiiiiiiii!! keras perut Mas gelak tau! wakakakakakakakaka...

    lawak betulllll..

    ReplyDelete
  5. hahahahahahahaha..woi!ikar pengotoq!euwww...


    hahahahahaha..

    ReplyDelete
  6. wakakaka..tu la gelakkan org lagi..siap nk cover balik malu plak tu..:D

    ReplyDelete
  7. eeewwww selekeh seyh

    ReplyDelete
  8. adesss...bergegar organ dalaman aku sbb dok gelak baca entry ni..bestkan bahankan org tp yg x best nyer bila terkena batang hidung sendiri...wakakaka!

    ReplyDelete
  9. hahaha..eeiiyerrkk.
    masa aku zaman hostel dulu..tengah syok2 aku ngn mbe lain tengok tv kat bawah..ad membe aku tengah tido sambil mulut terbuka kat ats katil double deker..paling heaven ..air liur basi dia meleleh dari katil double deker smpai ke lantai..wohh..
    bayangkan..mcm air paip..menitik2..hiuuu..

    ReplyDelete
  10. hahahaha... aku dapat bayang kechomelan belon hingus tuh mcm mana sbb pernah tgk kawan aku punya.. kah kah kah...

    x sangka ko salah sorang mangsa hingus belon

    ReplyDelete
  11. HAmbik abg Unifi, haha, x leh imagine cane ghoper masa tu,

    ReplyDelete
  12. kehkeh sebab tu masa sekolah dulu, kalau sampul meja, kena ada plastik. kalau tak, nanti tiba2 je koyak sebab nak cover ada peta kuning terbentuk dengan otomatis. kehkeh

    dak perempuan kelas aku dulu ada tidur meleleh air liur sejengkal atas meja. gila kelakar aku bahan. errr...dan sekarang, awek tu cun dan hot gila. nurse lak tu. menambah2 hot dia.

    ReplyDelete
  13. missenget : Cash satu hal, tapi fast! hishhh

    Mas saari : kalau gelak selalu cm tu leh ade 6pack tu mas..hehe

    Cik Sha : mana ade pengotoq, comel laaaaaaa

    Fayad : ala mmg lawak la dia ngences tau dakkk hehe

    tfa : comel kannnn?

    Bintang Hati : jap bygkan organ dalaman ko bergegar mcm mana.. haha

    pjah : aku ada kawan yang boleh buat airludah yoyo.. panjang turun, sampai nak tanah, dia sedut balik... ko ade?

    mumtaz : imagine je mcm budak atas tu

    Haikal Blank : ko tak try ke nurse tu? try la.. ko wat2 la lawak dia ngences tu, kompom dapat ahhh

    ReplyDelete
  14. ish aku dulu mana ada tido dalam kelas dalam surau adalah...

    ReplyDelete
  15. baca entri ko ni teringat aku 1 kisah kawan aku yg syok gelakkan org sampai terkentut... kalau kentut bau je mungkin org x tau... ni kentut bunyi. kuat lak tu... kekekekeke

    ReplyDelete
  16. hhahaahha...cepat je tuhan reply ko kan..cash lagi bagi..hahahahahha

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...