Masalah Ibu susuan ini adalah Urban Legend. Masalah ibu susuan adalah masalah mudah yang kemudian menjadi rumit sebab ramai orang salah faham hukum.
Ia bermula pada zaman 1990-1998, zaman di mana ramai orang berebut-rebut nak jadi penceramah agama dan ustaz segera yang mahukan kepopularan dengan menjual kaset ceramah di pasar malam. Pada zaman itu adalah zaman kemuncak Forum Hal Ehwal Perdana Islam RTM dan Al-Kuliyyah di TV3.
Zaman ini ramai orang yang menjadi ustaz segera hanya dengan mengemukakan keajaiban melihat mayat menjadi babi dan ular melilit jenazah di dalam kubur. Dipendekkan cerita, zaman itu adalah zaman Ustaz Mastika berleluasa.
***********************
Aku tidak akan cerita kalau aku dengar atas dengar, tapi aku dengar sendiri ada ustaz yang ceramah begini..
" Suami Isteri ni kena berhati-hati, kalau isteri ada anak kecil, suami jangan cuai sampai terminum susu isteri, nanti suami boleh jadi anak susuan, anak susuan dan ibu susuan diharamkan berjimak dan mereka wajib diceraikan"
Ada juga versi kaset ceramah yang aku selalu dengar dalam kereta masa ikut bapak aku outstation. 'Ustaz Mastika' ni cerita macam ni.
Kes Study 1.0
" Ada seorang suami ni datang berjumpa saya bertanyakan status hubungan dia dengan isteri, dia cakap yang dia terminum susu ibu yang ada dalam Peti ais, susu tu isteri dia perah dan simpan dalam botol sebab ada lebihan banyak, nanti senang nak bagi anak dia minum. Jadi bila saya dengar masalah Si suami ni saya Astagfar panjang dan saya terpaksa talakkan mereka sebab sudah jatuh hukum Ibu Susuan tu. tak boleh lagi bersetubuh sebab status mereka dah jadi mak dan anak susuan, maka bercerai lah mereka, jadi berhati-hati ye tuan-tuan dan puan-puan" (the rest is lawak dan gelak pasal lelaki bermisai yang menyusu)
Pada masa tu aku darjah 4 atau 5, aku masa dengar ceramah tu, aku macam nak menjerit dalam kereta tu, kenapa kebodohan seumpama ini boleh berlaku? aku rasa macam nak cakap dekat ustaz tu tapi apakan daya ia hanya kaset ceramah pasar malam saja.
3, 4 bulan jugaklah mak bapak aku terkeliru, diorang keliru sebab diorang dengar tu dari Ustaz yang glamer, takkan lah pulak aku yang baru darjah 5 masa tu boleh bagi fatwa yang mampu melawan ustaz glamer kan? Tapi atas dasar tanggungjawab aku terangkan jugak kepada bapak aku bahawa hukum yang Ustaz tu bagi salah.
Sebabnya masa aku belajar Feqah darjah 5 dulu, Hukum anak yang boleh jatuh status anak susuan adalah begini.
Syarat sah anak Susuan
1) Seorang bayi lelaki
2) Berumur 2 tahun kebawah
3) Minum susu ibu sahaja
4) Kenyang sebanyak 3 kali dengan meminum susu ibu sahaja.
Para hadirin dan Hadirat sekalian, tang mana Syarat anak susuan kat atas ni yang korang tak faham? mari kita rujuk silang dengan Kes Study 1.0 dengan syarat sah ibu susuan di atas ya.
1) Peminum susu ibu itu adalah bapak orang yang tua bangka lelaki, dia bukan bayi.
2) kemungkinan suami itu berumur 20 tahun ke atas dan bukan bayi berusia 2 tahun.
3) Mungkin juga Suami minum susu ibu itu telah dahulu meminum teh tarik halia di mamak Syed Bistro, atau dia telah minum sirap bandung, atau dia telah minum susu lembu dalam perjalanan pulang dari kerja.
4) Suami itu telah makan Tandori nan cheese, nasik gulai tempoyak ikan temenung, nasik dagang, nasik kukus ayam dara dan bermacam ayam lagi termasuk janda sebelum dia kenyang minum air susu itu.
Jadi, hukumnya adalah, Suami yang terminum susu ibu isteri dia.... eh macam salah pulak ayat ni, macam bermaksud suami minum susu mak mertua dia pulak kan? kita cuba lagi dengan ayat lain.
Jadi, hukumnya adalah, suami yang terminum susu isteri dia tidaklah jatuh hukum menjadi anak susuan, kerana lelaki itu bukan bayi lelaki berusia 2 tahun kebawah, tidak minum susu ibu sahaja sebagai diet harian, dan dia tak kenyang 3 kali dengan susu isteri dia.
Terang bukan? jelas? keliru lagi tak?
*************************
Ironinya, pada tahun yang moden ini pun, masih ada orang yang keliru dengan ilmu feqah yang simple ini, ada 2, 3 orang kawan-kawan aku yang dah berkahwin masih tidak faham dan bertegang urat dengan aku dalam membincangkan masalah ibu susuan.
Malah ada pakcik dan makcik yang pernah marah aku sebab aku cakap lelaki dewasa mustahil untuk jadi anak susuan kepada isterinya.
Kesian aku tengok muka pakcik tu terkulat-kulat sedih tak dapat try macam mana rasa susu bini dia sebab takut jadi anak susuan dan jatuh talak.
Lagi sedih adalah, beratus-ratus Blogger yang tidak bertanggungjawab menulis dan menyebarkan Mitos 'Suami terminum susu ibu bercerai kerana menjadi anak susuan'
Sekali lagi aku cakap ni bukan kerana menambah-nambah cerita, tapi dua kali aku terbaca kat blog pasal masalah ni.
Lebih sedih lagi, sebilangan blogger-blogger tersebut adalah blogger terkenal. Sedih jugak ramai officemate kawan aku, suri rumah di kampung-kampung dan bandar yang tak faham akan hukum menjadi anak susuan ini.
**********************
Sebenarnya kes study diatas adalah kes berkias untuk menjaga adab malu, macam la antara kita semua tak tau macam mana suami boleh terminum susu isteri dia kan? agak anti-klimaks jika memikirkan mereka terminum susu yang dipam isteri dan disimpan dalam peti ais. mestilah suami itu terminum semasa.................
Anda nampak titik (..........) banyak di atas menandakan ayat itu tidak habis? aku serahkan kepada imaginasi korang untuk fikirkan bagaimana suami boleh terminum susu isterinya.
Ok, kembali serius!.... kesimpulannya?
1. Suami tidak jatuh hukum menjadi anak susuan jika terminum susu isterinya, atau susu wanita lain.
2. Mustahil lelaki dewasa untuk menjadi anak susuan.
3. Hukum suami yang meminum susu isterinya adalah harus, namun jatuh zalim jikalau dia merembat susu isterinya sampai habis, sehingga anaknya kelaparan tidak cukup susu.
4. Aku harap sangat takde orang keliru lagi dengan masalah Urban Legend Ibu susuan ini pada masa akan datang.
5. Aku rasa macam aku dah dua kali ulang taip kesimpulan je kan? nak delete ke tak? ahh lantaklah.
*********************
p/s Rasulullah mempunyai Ibu susuan dan adik beradik susuan.
p/s "aku tak pernah minum susu lembu masa aku kecik, aku minum susu mak aku sampai umur aku 2 tahun setengah, hukumnya aku adalah anak susu kepada mak aku"
p/s II " anak susu kepala hangguk kau, tu namanya anak kandung...anak kandung!!!"
p/s III "walaupun aku menyusu badan untuk jangka masa yang lama, fully breastfed, tapi apabila dewasa aku tak tau rasa susu ibu itu macam mana, kesian kan aku?"
p/s iv "itu bukan kesian, itu mengada-ngada!... dah dah dah....blah blah blah"
Kah kah kah kah.dah tua bangka jadi anak susuan bini sendiri.lawak lawak.
ReplyDeletesuami boleh minum susu isteri tapi jgn smapai kenyang.fuh sampai sekarang ingat pesan ustazah kat sekolah.hahaha.
anak sedara saya ada sorang jadi anak susuan kakak sy.hehehehe.
mintak mintak kali nei hekal dengan senget tak komen lagi.hahaha
tak dapat tulis entry sendiri belasah je komen panjang2 kat sini.punah punah punah.
Terima kasih atas informasi ni ye :)
ReplyDeleteamat berguna di tengah-tengah kemelut manusia yang pelbagai.
ikar..
ReplyDeletekau masih ada harapan lagi nak ingat rasa susu tu mcm mana...!!
kakakakak..
Aku pernah jugak dengar kes ni. Pendidikan Agama Islam tingkatan 5 ada pasal benda ni rasanya. NI semua terjadi sebab malu bertanya.
ReplyDeletehaaha... maafkan laa org yg tak tau mgkin la de ttido dlm klas daja 5 ,, klo msuk kusus kawen de tnye buleh tak suami minum susu istri?? pstu kuat je yg ade kat c2 ckp haraaammmm,,,, adoi,seb bek ade pnsyarah tu tlg bgtau huhu
ReplyDeleteprepare susu banyak2 sebelum ada anak.hihi..
ReplyDeletesebelum ada anak susu tak bole terhasil secara semulajadi rasanya cik anisa..
ReplyDeleteke salah eh incek ikar..?
aku pasal perempuan2 ni memang lemah sikit..
hormon lelaki terlebih..
kalau camtu da berapa ekor lembu da jadi ibu susuan aku.kuda dengan kambing pun ada aku rasa~keh keh~
ReplyDeletelucu plak ms bc, tp msih ada info jg.. syukran..
ReplyDeletegreat artikel
ReplyDeleteeven aku tak pernah tahu yg ade org sebarkan ilmu salah mcm tu...
bwalking
to my blog - Acapsuur (>,<)
isu ini sentiasa diperdebatkan walaupun dalam zaman moden ni, ramai yg suka jatuhkan hukum sewenangnya
ReplyDeletesamalah macam kes korek hidung dikatakan batal puasa, sebenarnya ikut hukum tidak batal pun, ramai ustaz sedang cuba membuka minda masyarakat tentang hal-hal begini, tp masyarakat pula tak nak ambik peluang dengan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan
mestilah suami itu terminum semasa.................
ReplyDeletehahaha..aku nk tergelak bc ayat ......... tu..
btol kate missSenget tue...ang ade hrpn lg nk rse susu ibu ikar...so nnti ko pon msti tau jwpn di sebalik ........... ko tu..hahahah
p/s : aku pon menyusu smpi umo 2thn..so aku pon ank susuan mak aku la....opss..ank kndung ok
Forum Perdana Hal Ehwal Islam le encik..;p
ReplyDeletetergelak aku baca komen bujal..ngek betol!haha..
sepanjang membaca entri ni aku asyik tersenyum simpul je..malu ai tau..kuikuikui..
sape la yg memandai letak hukum tu..adudui..ramai sgt yg nak jadi ahli agama dan sesuka hati meletakkan hukum..agaknye masa kelas feqah tu dorang tertido ek?
weh..kalau ko nak rasa susu ibu..sila lah berkahwin segera..lagipun aku rase ko ni memang dah kategori wajib kawen ni..nnt leh la share dgn anak ko..tp ko jgn melebih pulak..haha..
hahaha...sama la kita cik sha, nak gelak guling2 baca komen bujal tu...hadoiii..
ReplyDeleteyupp!! selalu gak aku dgr org dok berdebat topik ni...macam2 hujah dorang kuarkan tp kesimpulannya tetap harammm...adeiii
Nin : kan saya dah cakap, mmg ada ustazah ngan ustaz yg keliru kan?
ReplyDeleteCik AF : sama-sama. ala info basi je pun.. biasa2 je. :)
missSenget : tak sabarnye tunggu harapan dan impian tu terlaksana..UuUuUUU
Azwan Azmi : betul3, malu bertanya sesat jalan... jadi anak susuan.. haha
insheerah : Nasib baik pensyarah kat kursus kawen tu tau, tak nambahkan lagi keliru kan
Anisa Hang Tuah : UUUuuu (berangan)
missenget : boleh je laaa..
Bujal : nasib baik susu monyet tak dijual di pasaran terbuka kan..
Nur Hani : ni kena tau ni, ilmu, jgn bagi keliru.
Asyraf : mesti kau ni muda lagi kan?
Wanita bertudung hijau : masyarakat taknak perah akal, semua nak suap depan mata.
Ashanie : eh eh kita geng la kan, patut la kau teruja berangan apakah ......... itu... hahah
Cik Sha : Maaf mem, salah sebut.. hehehe, aku mmg agak ko akan senyum punya masa baca...
aku syak mmg diorg tertdo. nak kawen nak kawen nak kawen...
Bintang Hati : laaa, ada lagi ye kak orang tak faham duk debab isu nih.. sian.
haha.. lawak2..
ReplyDeletems aku amek halaqah kat uia dl, ade sorg student ni tanya kat ustazah aku, kalau asben terminum cane...
ustazah aku kate, xde hal.. bole je.. tapi jgn sampai kenyang.. smp skang aku igt lg ayat ni haha
hahha yg ni lawak. bodoh betul. Aku ada baca pasal hukum ni kt mane tah x ingat tp time tu aku kecik lg.
ReplyDeleteeven tme aku kecik pon aku xcaye 'hukum' tu tapi yelah aku masa tu kecik, sape nak dengar?
memang mengada2..hahahahah!!!
ReplyDeleteNice entry pikar. Menerangkn y x brapa terang. Mrungkaikn kusut mitos ni. Hihihi. Moral : tau tau rs susu bini, p kawen cpt. Miahahaha werkss :p
ReplyDeletePerghh....ustazzzzz....hmm, seksi lah entri u..segan ai..hahhaa, lepas ni ingat menyusu ikut adap ok, guna botol...yg besar mcm gajah tu, guna botol minyak masak.
ReplyDeleteJue : ungkapan boleh minum asal jangan kenyang tu yg timbulkan kekeliruan tu Jue.. ish2...
ReplyDeleteARC : kes kita sama la, masa kecik kita dah paham, tapi org tua taknak dengar ckp kita sebab kita kecik lagi.. ape pun tak boleh.
Lara Lagi : nak nenennn!
Nazri : kalau boleh esok nak kawen dah, lapar susu la.. haha
Mat Gebu : Botol minyak masak 1 kilo ke 5 kilo mat? hahahahaha
sebab ada hujah kata suami terminum susu isteri akan jd anak susuan isteri maka aku pernah la search pasal ni.. Nasib baik la aku tak dengar ceramah tak bertauliah dr mana2 ostazah @ ostaz, kan?? Jadi benda ni kiranya aku dh tau la sebelum ko buat entri ni. bagus ko buat entri ni Nyah sebab moga2 yg terpedaya dgn ckp2 ostaz & ostazah tak de tauliah tu akan tahu
ReplyDeletekahkahkah.
ReplyDeletelu mmg hebat
tapi yg wa takleh menahan gelak yg laki bermisai minum susu tu. kahkah
lawak pun ada , informatif feqah pun ada. keterangan anda jelas lagi bernas!:))
ReplyDeletenice one, ustazah aku pon pernah ckp bende yg same.
ReplyDeletep/s: eleh, nanti tak lame lagi ko tau ler camne rasenye~~ opss :p
mcm xpecaya je ada ustaz atau ustazah yg glamour ckp cmtu....
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini... hehehehe....
ReplyDelete