December 16, 2011

Songlap - Duit dan masa aku disonglap

Assalamualaikum...



Semalam 15/12/2011, setelah terpengaruh dek Trailer yang di-upkan di BlogSerius, aku pun tertarik dengan cerita Songlap. Filem yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan bla bla bla bla bla. Diarahkan pula oleh bla bla bla dan diterbitkan oleh bla bla bla bla.

Aku pergi menonton di TGV Sunway Piramid dengan seorang kawan aku. Dengan harapan setinggi gunung bahawa cerita ini akan meninggalkan kesan terkesima dan teruja. Aku yang dari Office Batu Caves terus ke Sunway piramid tanpa pulang dahulu ke rumah demi menepati janji dan waktu tayangan.

Dengan anggapan memuncak bahawa cerita ini paling koman pun akan setaraf dengan Spinning Gasing atau sekurang-kurangnya Sepet atau paling cokia pun KL Gengster. Tapi aku kecewa sangat, filem ini berada di ambang yang sangat runcing untuk jatuh ke tahap memualkan.

Buat pembaca blog ni selama ni, korang faham bahawa aku bukanlah pengkritik filem, tapi cerita ini adalah cerita yang tidak berbaloi untuk dilaburkan. Buat habis duit aku RM24.00 je tengok cerita yang membosankan ni.

Garapan jalan cerita yang stereotype tentang 2 beradik anak muda KL yang hanyut di bawa arus moden kehendak hidup yang mencengkam, anak pelacur yang hilang arah mencari makan, mula buat kerja jahat dengan ceburkan diri dalam sindiket jual bayi. Ada gadis yang hamil anak luar nikah perlu diselamatkan dari bapak haruan, dan dari situ jalan cerita dibentuk.

Filem yang sangat stereotype dengan skrip yang lemah dan aksi yang anti-klimaks. Skrip dia macam nak buat ala-ala penulisan sarkastik, tanpa banyak imbuhan dan ayat berbunga-bunga, tapi sumpah bosan.

Kesimpulannya, matlamat cerita itu sudah bagus, tapi pengisiannya tak penuh, cubit sana sikit, cubit sini sikit, ambil adengan pelacur sikit, adengan menari breakdance sikit, isap dadah sikit, main judi sikit, last-last ending, semua penonton keluar muka masam dan mengeluh tak best.

Dengan sifat bersangka baik kepada pembikin filem Nasional, aku tadi telah mengenepikan untuk menonton Mission Imposible - Ghost Protocol, Puss in Boots, dan macam-macam lagi hanya untuk merasa kecewa dengan filem Songlap ini.

P/S sorry penerbit dan staff produksi Songlap, aku tak mampu bagi komen positif, tapi sekurang-kurangnya Trailer korang dah berjaya membuatkan aku labur RM 24.00, Syabas Trailer Dept. apeee pun tak boleh.

P/S II Dari 5 bintang, aku bagi 1.5 bintang sahaja.

P/S III untuk review yang lengkap dan ulasan yang lebih adil boleh KLIK di sini http://hansrollodepelicula.blogspot.com/2011/12/review-filem-songlap.html

33 comments:

  1. ikar da kata gtuu.. xjd la nak laburkan duit tuk songlap ni..

    kalau org blanje bley gak tgk.. tp kang kuar ngn muke masam mslh tuu.. hahhaa.. xjadi.. trus xjd even ade sam pon.. :P

    ReplyDelete
  2. erm, jangan la mcm tu, ni saya punya pandangan je. Maybe Ann suka filem ni ke... baca LINK kat bawah entry tu, mana tau lebih adil kan.

    ReplyDelete
  3. aku dah bertahun x masuk panggung, huhuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Nazrul Azat : ko Hebat!.. haha ni mesti terer donload nih

    ReplyDelete
  5. konpem Mas tak tengok!
    baik tengok MI ngan Alvin...

    ReplyDelete
  6. Puss in boots sesungguhnya ialah kureng sket pengisiannya. Cilok dongeng omputeh sana sini sket, more on history how the cat dapat nama puss in boots.

    Boleh try the muppets! Orait la, walaupun kurang real sebab puppet ala-ala sesame street dominating story kan. Hehe..

    ReplyDelete
  7. saya masih memilih filem genre katon berbanding orang.. :-)

    ReplyDelete
  8. hahaha...sadis tul kalau kuar pawagam muka masam kalah asam limau purut tu...

    aku pun bukan kaki wayang tp first time masuk pawagam seumur hidup aku gara2 tengok filem ombak rindu...tp bg aku novel dia lg best drp filem...:)

    ReplyDelete
  9. sapa kawan ko tu..??


    tettttt...


    apesal aku xpenah tau pn psl cerita ni..??
    mujur laa taktau kan..

    kalo x, abes duit bapak aku kalo aku nangis2 guling2 nk tengok jugak..

    ReplyDelete
  10. lar mcm tu teruk skali, tp tu lar filem tempatan masih jauh ketinggalan, bukan perlu yg canggih, tp jalan cerita serta skrip slalu gagal menyentuh perasaan, yg pasti KL Gangster2 bakal jadi taruhan! :D

    ReplyDelete
  11. aku da cakap da~~kau degil~~keh keh~~

    *seb baik kau up review~aku bercita2 jugak nak pegi~

    ReplyDelete
  12. nurpiska : trailer 5bintang!

    Mas Saari : pendapat saya je, mana tau pendapat mas lain plak.

    Wanita tduung hijau : tu yg terbaik!

    Akak Eskrem : jd tinggal mission imposible je la. muppets? ermm ermmm ermmm...

    blog tips kurus : carton best kan?

    Bintang hati : Filem selalunya menghancurkan imaginasi novel kita yg diangankan berpuluh tahun kan.

    Misssenget : yg penting dia bukan kawan fb atau blog :)

    titi : bagi saya teruk la. jln cerita mendatar je..

    Bujal x : erm, aku dari minggu lepas excited nak pergi, sekali masuk panggung, muka bosan tak habis2.

    ReplyDelete
  13. wooh. aku dah terpengaruh bila monoloque up trailer dia. tengok pun macam menarik.

    tapi...tapi.....member2 aku pun kata bosan malam tadi diorang tengok. ok, tunggu astro first up, aku pun down-load lah dengan jayanya tanda sokongan.

    ok, jom ghost protocol.

    ReplyDelete
  14. hahha..nasib baik aku tak tgok lagi wehh..takut nyesal lepas tgok ombak rindu berulanag.. tapi aku tengok trailer mmg macam nak tgok..dengan ost dia tu.. tapi baik tgok puss in butts..haha

    ReplyDelete
  15. aku tunggu kuar kat youtube je..kah kah kah..jangan harap aku nak pergi tgk movie melayu kat panggung..kem salam..;p

    ReplyDelete
  16. Ntah kenapa aku x tertarik pn dgn filem tu.. mungkin sebab aku x blh tgk wayang kot sbb tu aku x tertarik dgn apa2 filem yg sdg di tayangkan tp antara byk2 filem yg ko sebut dlm entri ni 2 filem jer yang aku tertarik smpai sekarang.. Spinning Gasing & sepet.. feel gila aku tgk filem2 tu..

    ReplyDelete
  17. fuhh..nasib baik terbaca entry nie..kalau tak esok mesti dah pegi tgok certa nie..

    ReplyDelete
  18. sebab tu dari dulu sampai sekarang aku tak penah tengok malay movie kat wayang. selalu menghampakan. nak tengok sangat download je. haha

    last week puss in boots. memang best. menanti sherlock holmes plak

    ReplyDelete
  19. moral of the story..jangan tertipu dengan trailer..
    masa citer kongsi lu langsi dulu..gara2 terpengaruh ngan trailer..ending2..aku keciwa..citer tak best..hohoho..

    ReplyDelete
  20. kalau ajk gua tengok msti sedp. kahkah

    ReplyDelete
  21. tunggu kuar kat tv raya tahun depan.. :)

    ReplyDelete
  22. Try gi tengok Ombak Rindu and see how you feel about it. Utk akak, it's one of the best Malay movie for this year. Teringin gak nak tau your opinion.

    ReplyDelete
  23. betul, mula2 sy teruja nak tgok...sekali....hmm, cerita dah ade..tp banyak yg tergantung,...geram je... :(

    ReplyDelete
  24. Kalau nak diikutkan,trailer department ntuk filem melayu kat malaysia nie adalah terbaik,pasal berjaya menipu org untuk pergi tgk wayang.

    ReplyDelete
  25. setuju sangat bro T.T
    12 hinggit habis camtu je

    ReplyDelete
  26. actually bagi saya filem ni sedikit berat, value die tinggi kalau compare dengan filem-filem melayu yg laen yg hanya utamakan hiburan semata-mata. Mostly filem melayu typical, tapi songlap is different...sumthin new dalam industri kita kat malaysia...so bagi saya filem ni bagus untuk industri filem kita, masih ada lagi pengarah yang berkarya jujur bukan untuk hiburan semata-mata...

    ReplyDelete
  27. filem ni ade maksud tersendiri, saye pun setuju filem ni berat dan berlapis2, ada parodi utk kite kupas sendiri, hadam dan pikir, cume macam ade sedikit tergantung, macam kes mak am dan ad, ape cite ntah, nasib si adam besar...mcm tu je la, pendapat saya la

    ReplyDelete
  28. mmg x besh pong.... mamy rugi 13 hengget tawwww.... (sbb sesorg bkn berdua cam baby fika)... la la la

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...