December 30, 2011

Aku Dah Kabor Dah

Assalamualaikum..

Aku syak perempuan ni dia ada sixth sense la. Macam kucing dalam semak, kau ngendap dia dari belakang slow macam mana pun, bila dah dekat mesti dia terkejut dan pusing belakang tengok muka kau. Saat dia tengok muka kau tu, kau rasa macam loser sangat.

" aisehh kantoi, nak tangkap kucing pun fail.. ceh. Tahu je kucing ni aku nak tangkap dia kan!"

******************

Aku dah kabor dah 1.

Dulu, pada tahun 1996, iaitu semasa aku darjah 6, iaitu semasa aku berumur 12 tahun, iaitu semasa aku tinggal di Bandar Baru Selayang, Iaitu masa first time aku bermastautin di rumah teres berpagar, iaitu semasa aku belum kenal lagi dunia blog yang memaksa aku menulis begitu banyak perkataan 'iaitu'.

Masa tu, mak aku kiranya macam ghairah la dengan konsep halaman berpagar dan perasaan mempunyai teratori sendiri. Jadi mak aku pada awal-awalnya suka sangat mengunci pintu pagar halaman rumah tu. Maka bila rumah ada pintu pagar, ditambah dengan kerajinan mak main kunci-kunci dan kedegilan kau sebagai anak jantan yang malas bawak kunci apa akan jadi?

" Ikar, sebelum pergi sekolah tu, jangan lupa bawak kunci rumah, nanti takut mama keluar pergi amik adik nanti susah kamu nak masuk rumah!"

" Ala, malas la mama, Ikar balik nanti petang, mama dah ada kat rumah kan? Okey la ma, dah lambat nak gi sekolah agama dah ni, bye maaaaa" Salam cium tangan, masuk duit belanja dalam poket. Kelam kabut pakai kasut sekolah.

" Degil kamu ni ikar, kalau kamu bawak je kunci tu pun kenapa? berat sangat ke? lantak kamulah nanti tak boleh bukak pintu padan dengan muka kamu"

Tengok, dah nampak dah kan unsur-unsur sumpahan manja mak aku? walaupun bukan secara langsung tapi memang aku syak balik nanti akan berlakunya musibatul harami. Sudah pastilah musibat akan berlaku, kalau tak, maka takde modal la pulak aku nak mengarang entry subuh-subuh begini.

Lepas tu aku pun pergilah ke sekolah dengan hati yang senang dan riang, bak burung pipit bercanda berdua di atas dahan nan rendang.

Entah macam mana silapnya, hari tu aku tiba-tiba sakit perut. Masa on the way nak balik ke rumah, aku dah terkentut-kentut, kira-kiranya dalam 1 kilometer lagi nak sampai tu, aku dah terkentut-kentut sambil kayuh basikal.

Pijak Pedel kanan, punggung belah kiri terangkat je...Protttt.....

Pijak Pedel kiri, punggung belah kanan pulak terangkat.. Preett......

Dan situasi itu berulang-ulang sehingga nak sampai rumah. Sambil dahi aku berpeluh menahan nak berak, sambil kaki tangan terasa sejuk, bontot terkemut-kemut mempertahankan saki baki maruah seorang remaja dari terberak dalam seluar, aku mengayuh dengan lebih laju lagi ditemani bunyi prot pret prot pret prot pret. Kadang-kadang bunyi legend ditambah dengan tone plup plup plap plep.

Bila dah sampai depan pagar rumah...

" ahhhh sudah, kunci pulak takde, mama ni rajin benor pulak dia nak kunci-kunci pintu pagar, dulu duduk rumah sungai tua takde pagar pun selamba je" monolog aku dalam hati.

" mama..mama, assalamualaikum mama.. maaa bukak pintu maaaa. darurat ni..darurat!!!!"

Aku yakin 100% mak aku ada dalam rumah sebab, motor suzuki best dia ada, pintu papan tak tutup, terbukak, yang terkunci pintu grill je, pastu kain baju kering bersidai semua tak berangkat. Dah jadi habit mak aku kalau nak keluar rumah dia mesti angkat kain jemur, sebab takut basah ditimpa hujan.

Lepas terpekik dua 3 kali tak bersahut, aku campak basikal depan pagar rumah, aku panjat pagar tu sepantas Jean Calude Van Damme dalam filem Universal Soldiers. Lepas tu aku lari cepat-cepat pergi pintu grill. Nasib aku baik, sebab mak aku pun muncul depan pintu grill pastu dia bukak mangga pintu. Sambil bukak mangga pintu sambil dia bagi ceramah hal ehwal semasa 'Aku Dah Kabor Dah'

" Aku dah kabor dah... aku dah kabor dahhh... aku dah kaborrr dah kannn Ikaaarrrr...."

" ma cepat la maaaaa..."

" aku dah kabor dahhh, lain kali cakap aku tu jangan melawan. Bawak kunci rumah Ikarr.. bawak kunci rumah.. jangan degil....."

" ma bukak pintu ma.. seram sejuk dah ni ma.. bulu dah meremang ni ma, nak berak!!!"

" Aku dah kabor dahhhh........." belum sempat mak aku sambung ceramah dia, pintu grill tu pun terbuka.

Aku pun menderu laju tanpa segan silu.. Masa tu aku sempat bukak kasut je, tak sempat bukak stokin. Dengan sepantas Awan Terbang Son Goku, aku pun berlari masuk jamban.

Nasib baik rumah teres setingkat, toilet pulak straight je dari pintu rumah depan ke belakang, nyaris-nyaris nak terberak depan laman. Cuma senario yang tak boleh aku lupakan sampai sekarang adalah membayangkan rupa aku berak darurat sambil pakai stokin, bersampin, pakai songkok, baju melayu, Siap sandang beg sekolah lagi tu!... Nasib baik je sempat bukak seluar dengan spender sambil berlari dekat ruang tamu nak ke jamban.

" Kau bayangkan berak sambil pakai sampin sekolah agama warna hijau tu! dah macam pakai skirt. Siap pakai stokin.. huduh huduh huduh"

" Haaaa kan! Aku dah Kabor Dah!"

*************Tamat************

Semalam kami semua sambut birthday abang aku kat victoria station. Gambar kali ni lengkap 7 ahli keluarga aku, tu yg pakai spec tu adik ipar aku yang aku ckp cindian tu. Tengok mak aku, dia yang beria nak buat tanduk '29' atas kepala birthdayguy, konon nak bgtau umur 29 tahun la tu.



P/s I Next entry aku sambung kisah Aku Kabor Dah 2, 3 dan 4. Insyallah.

p/s II entah kenapa, berat hati aku ni, aku syak nanti ada komen yang cakap " eh ikar, apasal abang kau lagi hensem dari kau ha?"

p/s III eh eh ni rasanya first time aku letak gambar seluruh family aku kan... eleh ape nak sorok sangat ye dak? bukan artis pun.. 

30 comments:

  1. Tak de sape yg dapat menghalang kalau nak berak.hewhew

    ReplyDelete
  2. Uik, selamat pagi. Perghh dulu2 masa kecik kan. takleh nak bayang mcm mana rupa siti nurhaliza kalau berak. hahahaha

    ReplyDelete
  3. " eh ikar, apasal abang kau lagi hensem dari kau ha?"
    aku la org 1st yg ckp cam tu...hahhahaahhahaah

    ak pon penah mengalami ketidaktahanan tuk berak lgi2 time meredah jemmm..lagi lahhh demmmm....mesti ko pon penah rasa cam tu kannnn..kan...

    ReplyDelete
  4. Tengok! kan aku dah ckp, mesti ada punya, ko saje je kan Asz kan kan kan...

    dah tentu aku lagi hensem. haha

    perh rasa nak terberak masa jem adalah satu peristiwa hiba yang tidak berkesudahan.....huhuuuuu

    ReplyDelete
  5. aku penah berak kt blkg jamban..

    sbb jamban penuh..dah la masa tu raya..

    fuh..lega..!




    ikar..
    napa badan ko mcm gagah..
    ilusi kan tu..?

    ReplyDelete
  6. Misssenget : aku pernah berak kat dusun durian, masa gambar dalam entry ada buah durian tu. ingat tak? hahaha


    aku gagah? aku mmg nampak gagah lepas turun pine tree hill hari tu, lemak makin berkurang :) wakakakakaka

    ReplyDelete
  7. perghhh perghhh pergghhh...rindu kat "abang sulong" yang belah kiri sekali tu...ekekekekek...

    rumah aku lak kecik2 dulu je ade pagar kayu tu..da besar ni takde pagar langsung dah..eh, pelik kan?

    ReplyDelete
  8. pakcik misai belah kiri sekali apsal serius?

    ReplyDelete
  9. Sunah Sakura : pelik lah, mana pergi pagar kayu tu eh? ingat sangat dia ngan 'abg sulung' tu kannnnn

    bujal X : pakcik belah kiri sekali tu tengah kekenyangan dan perut tengah hadam daging suku kilo. hahaha tu yg muka ketat tu.

    ReplyDelete
  10. entah...sebab pakcik2 aku malas nak bukak tutup pagar kot..so diorang buang terus pagar tu...hahahah..mesti la ingat~ kemsalam eks~ :D

    ReplyDelete
  11. abg,mesti legaaaaa kan..hahaaa.kelakar!!

    ReplyDelete
  12. aku dah kabo dahhh...

    mujur lah ko tak terberak dalam seluar dalam sejurus kau masuk jamban,sebabnya....psssttttt...'aku pernah!"

    Kirim salam happy birthday kat abang ko tau Ikar!

    ReplyDelete
  13. ehh baby ikar... kenapa baby nampak semakin gelap??? =='

    ps : kim salam kat abg...

    pss : kachak gak papa baby ikar upernye ekkk... keh keh keh.... okbaiiii :p

    ReplyDelete
  14. eh mcm tau2 je kan..a'ah la npe abg kmu lagi ensem ni ikarrrr!..hepy bufday karnainnn:D hehehe

    ReplyDelete
  15. Mcm tau2 je nk ckp abg long abg zul lg ensem haha.. sadis nyer kes emergency nih, isk3

    ReplyDelete
  16. eh ikar, apasal abang kau lagi hensem dari kau?

    ReplyDelete
  17. eh?macam tahu2 je aku nak kabo abang ko ensem..ahaha..kem salam oke!;p


    ops..lagi satu..bapak ko pun ensem jugak..kuikuikui..kem salam jugak!;p


    bunyi kentot pun ko boleh taip ke ikar? hish! ape tak senonoh beno kamu ni ikar..ahaha..

    ReplyDelete
  18. hahahaha.nasib baik lah tak tercirit depan pintu bilik air.haha.

    ReplyDelete
  19. seronok melayan tulisan2 kau ni...mudah dan simple.

    ReplyDelete
  20. tulah, lain kali dengar cakap mak! heheheee
    tapi memang sempoilah mak ikar...

    ReplyDelete
  21. a'a la abg ko hensem..tp muko ko ngn abg ko pun nak same je..mksdnye ko pun same gak la ensem.kalo ko kata ko abg,dia adik pun org caye..

    adik ipar ko pun cun lah~! waw..

    *tengah banyang ko berak ni...sambil tengok gambar ko..(gay dak aku?) kah3

    ReplyDelete
  22. eh, apasal abang kau lagi hensem dari kau ha?

    hahahaha...
    tak la.. seryes, ko lagi hensem dari abang ko <-- ikhlas ni

    ReplyDelete
  23. Wanizakaria : lega yg amat. tapi stokin basah.

    NOI : ko pernah terberak dalam spender?? eee terkincit..

    JM : efek camere je tu. tak cukup flash hehe

    Fayad : muka kita exotic.. haha

    MumTaz : dah agak dahhhh

    monas2petronas : dah agak dah jugakk

    Cik Sha : dah agak jugakk.. ehhh ko kentut bunyi tak sha? hahaha

    NIN : fuhhhh nasib baik!

    Daddylicious : thanks.. Twins sehat tak dady? hehe

    Mas saari : dia mmg lawak Mas. hahah

    Zuemiey : ko puji abang aku, ko puji aku, ko puji adik ipar aku.. hurmmmphhh (mate kecik pandang sambil jari ketuk2 meja)

    iyou : sayang ayu lebih la.. ayu je ckp aku lagi hensem.. UuUuUuU~~ nangis terharu..

    ReplyDelete
  24. nampak mude...lalalala~

    ReplyDelete
  25. apa sahaja yang kau tulis amat begitu teliti sekali...mmg aku kagum...

    ReplyDelete
  26. aku dah kabor dah...adesss!! cun la ayat mak ko tu ikar...hahaha

    muka ko cam copy paste wajah bapa ko je kan?? ngan jambangnya, misainya...sebijik la...)

    ReplyDelete
  27. haa.. aku dah kabor dah.. ahhaa.. eh abg long ikar ag ensem la.. krim slm eh..hahaa

    ReplyDelete
  28. hahaha aku baru minggu lepas panjat rumah sendiri pepagi buta. aku punya hepi balik dari U tak bagitahu, sampai2 tak ada orang. telefon, ada kat kampung. canteek. motor parking luar pagar, aku terbaring dekat laman.

    ReplyDelete
  29. aku baru jumpa blog ni...
    dan aku tak tau kenapa bila aku baca kisah "Aku dah kabor dah" ni, aku terkenang zaman aku kecik2 dulu.

    kisah cirit ni pulak, aku rasa tiap orang dalam dunia ni mesti pernah melalui situasi macam ni paling tidak pun sekali dalam seumur hidup.

    ReplyDelete
  30. Mak asal terengganu ke?sbb biasenye org terengganu je sebut kabor..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...