December 4, 2011

Kejujuran itu kadang-kadang syok

Assalamualaikum

Lepas balik dari ekspedisi Gunung Rajah, badan aku sakit-sakit, rasa tak selesa nak buat kerja dan update blog, tapi disebabkan tanggungjawab aku kepada bangsa dan negara aku gagahkan jua.

Apabila kita semakin meningkat dewasa, banyak benda yang perlu dikorbankan. Pekara yang paling mahal adalah mengorbankan kejujuran. Tanpa kejujuran kita akan kehilangan kebebasan untuk berkata-kata.

Tanpa kebebasan berkata-kata kita akan menjadi terseksa jiwa. Terseksa sebab tak mampu nak katakan perkara yang sebenar tepat ke muka dia. Sebab dunia dewasa mahu atau tidak menuntut kita menyembunyikan kejujuran demi nilai persahabatan.

" Lawa kan cekak riben pink besar ni, my dad beli kat butik Lady Gaga. Bila i pakai je kan, semua cousin i cakap i comel macam Nora Danish"

" Lawa sangat Jiyah, kalau kau pakai dengan skirt gypsy brown polkadot putih tu lagi lawa tau, ada sikit-sikit macam Selena Gomez, mesti bf u cute macam justin bieber kan kan!"

Tapi kebenarannya...

" Lawa hape, dah macam babun tersangkut bra atas kepala je rupa..eee benci benci benci, bencinya aku tengok muka kau, kalau boleh aku nak jerut je cekak riben besar tu kat tengkuk kau!"

Tapi apakan daya, kang cakap macam tu putus kawan pulak. Telan je lah walaupun ianya pahit, kan dah jadi terbalik, terpaksa menerima pembohongan walaupun ianya pahit.

*******************************

Budak-budak pula adalah manusia yang paling jujur. Kalau kau nak tahu pandangan sebenar orang lain terhadap diri kau, kau tanya budak-budak. Tapi dengan syarat jangan rasuah jam Ben10. Sebelum tu kau kena bersedia juga menerima kebenaran yang mungkin menyakitkan jiwa. Tapi itulah harga yang perlu dibayar demi sedikit kebenaran.

Kalau kau tak mampu hadapi kebenaran, kau boleh terus hidup dalam kepalsuan. alah apa yang nak dihairankan sangat, selama kita hidup di alam dewasa ni pun, majoriti masanya dihabiskan dengan kebenaran yang penuh kepalsuan. (ini adalah kenyataan berbunyi Paradoks)

Aku selalu try tanya bebudak tentang kejujuran. tapi ada 2 peristiwa yang aku ingat sampai sekarang.


*******************************

Kejujuran Pertama

Pada tahun 1998, iaitu semasa aku tingkatan 2, iaitu semasa aku berumur 14 tahun, iaitu semasa aku baru berpindah ke Mersing iaitu semasa aku belum pandai menulis perenggan ayat menggunakan begitu banyak iaitu.

Cikgu kelas aku pada masa itu bernama Cikgu Rodziah. Cikgu Rodziah sangat laser, tapi hati dia baik. Dia juga kelakar namun pada masa yang sama sangat garang. Hanya sempadan yang nipis dapat membezakan samada kau sayang atau kau benci dia.

Dipendekan cerita, pada hujung tahun, kami semua buat party kelas dekat pantai Mersing, semua budak kelas sampai dan kami semua secara piawainya memasak sosej, bihun goreng, nugget, kek dan karipap, cuma sayang karipap pusing takde.

Cikgu Rodziah datang bawa anak lelaki dia yang masih kecil. Sekali tu aku dapat idea, idea ni sebab nak bakar line kawan-kawan kelas aku. Disebabkan aku dan kawan-kawan selalu hidup dalam kekeliruan siapakah manusia yang paling hensem sekali dalam kelas, maka kami bersetuju secara kolektif untuk mengangkat Boboi anak cikgu Rodziah menjadi hakim atas kapasiti beliau yang mampu berlaku jujur.

" Boboi, meh sini jap. Dalam banyak-banyak makanan kat sini makanan apa paling boboi suka?"

" Boboi suka Nugget, Nugget sedap!"

" Nugget sedap kan! boboi tak suka bihun goreng ke?"

" Bihun goreng tak sedap, pedas, pastu ada sayur, pahit tak suke!"

Okey nampaknya Boboi telah lulus dari soalan kawalan, dia memang berlaku jujur sebab semua  di antara kami rasa bihun tu tak sedap. Kami sambung sesi pendakwaan.

" Boboi, boboi baik kan, pandai kan?"

" errrmmmmm..yep"

" kalau boboi pandai, dalam banyak - banyak orang kat sini, siapa paling hensem?"

" abang lah!" Kata boboi sambil tuding jari pada aku. Aku rasa kembang kempis hidung, dada berombak, muka berseri-seri.

kawan-kawan aku semua kata tak aci, sebab katanya aku yang tanya sendiri, kali ni diorang plak nak tanya.

" boboi, boboi, boboi....... boboi budak baik kan?"

" a'ah boboi baik"

" kalau boboi budak baik, siapa yang paling hensem kat sini?"

" Abang tu!" sambil dia tuding jari pada aku...aku kali ni dengan sohih rasa macam champion, perasaan dia bangga macam baru lepas dapat result PMR 8A.

Tengah aku tersengih sorang-sorang sambil kuis-kuis pasir pantai duduk atas tunggul kayu terbakar, Boboi sambung lagi kata-katanya yang belum habis.

" abang tu hensem tapi dia demok!"

"Cisss Boboi ni, macam la dia kurus sangat, amboi sedap mulut je kau boboi ye!"

Seraya itu kawan-kawan kelas aku pun gelak puas hati, gelak yang sangat legend. Lega hati sebab aku tak dapat pulang dengan kemenangan bergaya. Cuma kemenangan Hensem Tapi Demok.

******************************

Kejujuran kedua

Pada 2 bulan lepas, aku macam biasa melakukan rutin harian main badminton pada setiap isnin, rabu dan jumaat. Di dewan tu ada bermacam jenis kawan aku, dari profession kontrektor Jutawan, cikgu sampailah ke kuli tarik kabel wayar telefon.

Ada seorang kawan aku, bernama Cikgu Hairi, Aku panggil dia cikgu je. kadang-kadang aku lupa nama dia, jadi aku refer dia sebagai Cikgu-Bapak-Alia.

Setiap kali datang main, cikgu akan bawa anak perempuan dia berumur 3 tahun lebih yang bernama Alia, budak ni sangat comel dan bijak. Tatabahasanya betul dan cakapnya kurang pelat. Dalam dewan tu Alia suka bermain dengan Shahrul, Lokman, Takiyudin dan juga aku. Sebab orang lain semua dah tua pangkat atuk dan pakcik, jadi Alia ni suka melayan abang-abang yang muda bergetah je kot.

Suatu hari...

" Alia, meh sini, jangan kacau ayah main tu, Alia meh sini main ngan abang eh"

" ye lah abang"

" hishhh comotlah, rambut peluh-peluh, alia pi cari getah abang ikat rambut buat tocang"

" okey, jap Alia pergi amik getah kat beg ayah.... Nah abang"

" Alia nak ikat tocang 2 ke, nak pokok kelapa?"

" abang ikat la macam mana, Alia tak kisah pun"

Lepas aku dah ikat rambut dia tocang 2, aku tanya dia...

" Okey dah siap, cantik tak abang ikat?"

" apa la abang ni, Alia mana nampak, takde cermin"

" okey-okey anggap je cantik, abang Zul baik kan kan kan?"

" abang baaaaik sangat, selalu main ngan alia"

" dalam banyak-banyak abang kat sini siapa paling baik?"

" Abang lah paling baik......................."

Masa tu aku rasa bangga, terselah sifat kebapaan aku, kalau aku bela anak, mesti anak aku akan membesar dengan penuh kasih sayang yang tidak bertepian. Dan dia pasti membesar dengan penuh keyakinan diri..

Tapi rupanya Alia belum letak noktah kat ayat dia, ada sambungan, dia cuma berhenti kejap sebab tengok bapak dia smash bola dalam gelanggang.

" Abang lah paling baik, tapi abang ni busuk lah. Dah lah Alia nak basuh tangan"

Cisss budak Alia ni, buat penat je aku ikat rambut ala-ala cerita bawang merah bawang putih. Ingatkan dapat penghargaan penuh, rupanya separuh, Baik tapi busuk.

" Memang lah busuk Alia, abang kan main badminton ni, peluh-peluh. nanti balik nanti abang mandi bersih-bersih barulah wangi!" ayat cover cemerlang dari aku untuk Alia bagi menutup cerita Kejujuran ini.


**************88888**********

Ikan ni tak tau bercakap, kalau dia bercakap mesti dia suruh pergi basuh kaki dulu sbelum rendam bagi dia makan.

P/S I dalam dunia ni kau boleh pilih, kau nak dengar kebenaran atau kau nak dengar apa yang kau mahu dengar, tapi kalau kau pilih kebenaran, kau pasti hidup dengan penuh keyakinan.

P/S II aku yakin org yg selalu bergelumang ngan anak, anak buah dan adik kecik pasti selalu terdedah dengan kejujuran.

P/S III  ************88888************ terjadi sebab aku terlupa nak tekan key Shift masa nak tekan bintang tu, pastu bila aku sedar aku tekan shift balik maka huruf 8 itu pun hilang dan bertukar menjadi bintang kembali.


P/S IV entry ini didesak oleh Nin Domodomi, jadi bagi memberi penghargaan maka aku tag nama dia. amik.

27 comments:

  1. haha budak2 ni kelakar sebab mereka tak menipu. ehem ehem. HAHA

    aku lebih suka dengar kebenaran yang menyakitkan selagi ia tidak memalukan. hehe

    setakat dengar apa yang kita nak tu namanya syok sendiri. tu tandanya anda sedang dibodek.

    ReplyDelete
  2. selama ni ko puji-puji aku...

    jujur ke tak...??
    ikhlas ke tak..??




    baik ko jawap betul2...!!!

    ReplyDelete
  3. Ala ape nei haikal dah komen dulu.Lambat sebab terlebih gelak kot.

    Awak nei kena jumpa Imani dengan Irdina baru awak faham erti kejujuran yang lebih memeritkan.hahaha.







    Kah kah kah.Sape nin domodomidomok tue.

    ReplyDelete
  4. eh eh eh..

    abg ni ensem laaaa.. demok sikit2 ajee.. chubby banyak

    (ayat cover tuuuu)

    ReplyDelete
  5. berkatalah benar walaupun pahit..

    kdg lebih baik diam dari berbicara..

    ReplyDelete
  6. kembang lobang idung bile kene puji..hahahahaa..nk kombg cam ikar gak laa

    << anak ckgu kat skolah ckp kat ann..
    "acik ann ni cantek laaa.. jum g umah haikal... (ckp smbil duk ciom2 pipi gebu ann)"


    hahahaa.. terharuuu.. wooo

    bapaknyee a.k.a ckgu tuu ckp.. anak die kalau die xsuke.. die trus ckp direct.. kakak xcantek laa.. abg xensem laa.. hahaa.. haruuu.. seb bek laa cantek..lalalalalaaaa

    ini btol2 bukan cobaan.. :p

    ReplyDelete
  7. part awal2 demi bangsa dan negara tu tak boleh belah! hahaha....

    kau memang demok la... terimalah hakikat...hahaha...

    ReplyDelete
  8. hak3..part demok tu aku pernah rase wei!

    kakak shada ni comel tapi demok la..

    uhuk!sadis je aku rase..mentang2 la aku demok skang ni..cube aku kering macam dulu..kang org kate mcm papan pulak..

    ape2 je la..(-_-")

    ReplyDelete
  9. hahahah!!! lawak la ko ikar..haish....lama xkomen lam umah ko nih..hahhhahaha

    ReplyDelete
  10. hensem tp demok....baik tp busuk...haaaaahhaaa...lawak2......terlebih jujur si boboi n ali tu.....tp bdk2 mmg jujur kan...

    ReplyDelete
  11. abang abang. cube abang tanya saya ape ape je soalan, nanti saya jawab dengan jujur dan penuh tawadok.


    kihkih

    ReplyDelete
  12. hehehehe.. bguz budak2 neh, jujur. tapi lau dah kena rasuah, hancus... hehehee

    ReplyDelete
  13. aku ada sorang anak buah yg ko x blh percaya apa dia ckp. kekekeke. Tak semua budak kecik jujur beb.. tu aku belajar dari anak buah aku. sekarang dah nak masuk darjah 5. masa kecik2 pn dia petah tak pelat langsung, pandai bodek, puji menipu.. so kalau dia kata ko hensem ko x blh percaya sgt sebab selalunya ada ubi ada batas. kekekeke

    ReplyDelete
  14. kalau jujur tu mmg syok tp kadang kadang dihinjak-hinjak... tu yg x best... huhuhuh...

    ReplyDelete
  15. kejujuran mmg syok kalau keiklasan melekat di hati...

    ReplyDelete
  16. memang derang jujur, tp kadang-kadang mengarut pun ade gak, ade ke patut cite2 nak jadi Malek dlm cite KL gangster, yg sorg lg nk jd otomen..

    layan je la..

    ReplyDelete
  17. hahaha abg demok abg demok. kahkah

    ReplyDelete
  18. tp kan budak2 skrg x mcm dulu2 lg dah... jujur diorg ada makna.. keh keh keh

    tp tahniah laa... budak2 dlm citer ko nih mmg jujur... aku dpt rasakan! kah kah kah

    ReplyDelete
  19. Haikal : selalunya kebenaran itu memalukan... kebenaran yg memegahkan seringkali disorokkan. hahaha

    Misssenget : kau dah aku dewasa, kadang2 puji itu haru mempunya kebenaran yang dipalsukan secara halus demi kau menyelusuri getir2 hidup. hehehe

    Nin : awak lambat sebab asyik main twitter. haha nanti buat entry pasal kejujuran Imani plak saya nak baca..

    udacun : Mak uda nih lawa la baru 20TAHUN katakaaaannn hahaha

    angah : diam dari berbicara adalah jalan pintas menyembunyikan kebenaran.

    PB : demok boleh diet, hensem susah cari :)

    Cik Sha : kering zaman dulu adalah sejarah, sejarah tak mungkin berulang... baca gaya newboyz haha

    Akim : memang susah. sebab tu ramai tak jujur.

    missalongwani : lama tak nampak ko, ko bertafakur eh?

    aszhanie : diorg bukan terlebih jujur, diorang hanya jujur. bygkan dunia ni manusia semua jujur mcm kanak2? haruuuu

    Norlia Ghani : tak berani tanya soklan kat kau.. tak berani!

    Hainey : rasuah itu menbinasakan. Ingat!

    suria lekat lekit : aku pernah jumpa 2 sepupu aku yang kecik2 da pandai menipu.. memang overspoiled.. tapi boboi ngan alia aku yakin dorang tak menipu hahahaha

    Republic aku : kau dah keluar dari masalah cinta ke belum?

    Jue : jujur + mengarut = kanak-kanak

    Ezan : hishhh Kak Ezan Blogger lemak berkrim ni lah!!

    ReplyDelete
  20. isk! isk!
    akulah P/S II itu, dikelilingi 14 orang anak sedara yang petah bercakap. lagi 2 orang belum pandai.. (",)

    bro, awat tak jumpa FB Trekkers tu??

    ReplyDelete
  21. memang betul, budak2lah yang paling jujur... jadi kenalah terima kenyataan kalau kejujuran itu kadang2 menguris hati dan perasaan! seperti yang boboi cakapkan tu...heheheheee

    ReplyDelete
  22. hahahah. kau memang kelakar weh!
    well, true true.. aku kalau boleh tak suka nak menipu menipu nih. dulu aku cakap straight je mcm anak cikgu kau tu. sebijik kena muka.

    sekarang tidak lagi. banyak berkias. berkias tu still dikira jujur ape.. biar kena sipi2 muka tapi dalamm.. hahahaha. kita kan makin matang dan bijak. chewah! ;p

    ReplyDelete
  23. hadoiii...best je ayat boboi & alia tu...budak2 memang jujur & boleh dipercayai tp kdg2 terlebih jujur pulak, bikin spoil je kan...hahaha

    ReplyDelete
  24. kah kah kah... akak suka dik...bila boboi kata "abg tu hensem tapi demok" wakakaka... akak nak gelak guling2 sambil wat muka comel nie.. haha

    ReplyDelete
  25. aku memang selalu dikelilingi kejujuran sbb aku mengajar kat skolah rendah budak tahp 1-yr1,2 n 3...tp yg paling jujur pastinya budak yr1....hehehehe..tp sgt comel la diaorg walaupun kata2 diaorg tersangat laaaa jujur!heheheh..tp slalu je aku tanya kat diaorg-tr comel tak?n of of course diaorg sgt baik dan menjawab-cantikkkkk...hahahahah

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...