Hari ni aku pergi pergi klinik gigi buat scaling, cuci gigi bersih-bersih, membuang semua karat-karat gigi yang telah terkumpul sekian lama. Aku pergi klinik gigi Jamaliah dekat Bukit Tinggi Klang sebab kawan merangkap bekas staff aku bekerja sana jadi nurse dan admin.
Selain itu, dekat sana ada promotion, kupon membersihkan gigi bernilai RM40 sahaja, sedangkan standard harga cuci gigi adalah dalam julat RM70-RM120 mengikut kepakaran dentist.
Seingat aku, dah 7 tahun aku pasang angan-angan nak buat scaling, tapi tak terbuat-buat. Sejak Hairinza belajar Dentistry dekat UM dan menjemput aku menjadi tikus makmalnya sehinggalah dia skrg dah jadi doktor Gigi kat Jb dan dah berkahwin pun tak buat-buat, sekarang baru buat.
Hari ni entah macam mana aku tergerak nak buat, dan hasilnya sangat best. Gigi terutamanya di balik belakang rasa licin, gigi terasa bersih yang amat, lidah asyik main-main gigi dari petang sampai ke malam sampai ke saat menulis blog, bila nampak cermin je asyik sengih dan menyeringai menampakkan gigi.
Tak rasa ngilu langsung, tak sakit dan tak rumit, semuanya berjalan lancar dan penuh kebahagian apabila nurse gigi yang cun itu dengan penuh manja menunjal-nunjal paip penyedut air liur ke dalam mulut aku. Nasib baik dia single. tak rasa bersalah langsung aku bermain mata sambil membibitkan kata-kata cinta...
" gigi abang sekarang dah putih bersih dan bebas dari plak, nanti kita pergi tengok wayang ye sayang!"
" mengada la abang ni, dah dah shuuu shuuu shuuu diam, ayang belai rambut abang ni, kita buat scaling dulu ye sayang, nanti kita datim tau..shuuu shuuu shuuuu"
Geerrzeeeetttt, ziiittt, ziiitttt... krekk krekk..ziittt..zittt... gerzeekkkkk....bunyi hand scaler menyedarkan aku dari lamunan yang sangat panjang. Lamunan itu membuatkan aku terfikir tentang kisah Drama Queen semasa kita semua kanak-kanak. Takut tidak bertempat, panic merepek-repek.
***********************
Apa yang korang panic merepek-repek dari kecil? ataupun apakah perkara yang korang over-reacted masa kecil? Di sini aku nak kongsikan pengalaman samada aku atau kawan-kawan yang rasa takut melebih-lebih. Samada sebab terpengaruh dengan mitos orang tua, atau memang itu nature kanak-kanak biasa.
1) Makan Pedas Boleh Mati
Dulu Jiran aku nama Azri atau kami panggil aji, sangat phobia dengan cili, kami selalu usik dan cabar dia suruh makan pedas. Sampai mengamuk-ngamuk member. Nak nak bila adik dia sendiri Amy cabar dia suruh makan cili. Bukan banyak pun, bukan sebiji cili, cuma sekeping kecil cili kering punya flakes pun dia taknak.
" Aji, tak geng la tak makan pedas, makan je lah pedas, aku dari kecik makan pedas okey je, barulah lelaki kalau makan pedas"
" Ahhhhhhh taknak taknak, aku taknak makan pedas, makan pedas boleh mati tau tak!"
2) Tangan kena Clorox bahaya, boleh terlerai daging terhakis macam kena asid. Ni sebab percaya abang aku cakap, dia dengar cikgu Alam dan Manusia ajar dekat sekolah,
" jangan pegang clorox, kalau pegang nanti tangan akan terhakis sampai nampak tulang"
3) Tertelan Cinggam boleh mati. Cinggam akan tergulung dalam tali perut, dan melekat dengan tinja, akhirnya tak boleh berak sebulan, mati sebab perut kembung pecah. Padahal pergi klinik doktor gelak je, dia ckp.
" Tak mengapa puan, esok lusa anak puan buang air besar, keluarlah chewing gum itu, jika Puan bimbang, saya bagi ubat berak ni, puan cucuk dekat punggung dia dan picit kalau anak puan tak boleh berak ya"
4) Tertelan duit syilling boleh mati sebab nanti duit syiling berkarat dalam perut.
5) Masa camping jangan tidur dengan budak kelas perempuan satu khemah atau satu dorm, nanti kawan perempuan mengandung. Walaupun tidur jauh selang separuh kelas atas meja susun 6 ramai-ramai.
6) Cucuk BCG boleh bentan, tangan boleh bengkak lepastu reput lepas tu luruh jatuh, sebab doktor terlebih panaskan jarum guna api.
7) Menjerit-jerit bila pacat gigit kaki masa camping pengakap, aku pun taktau apa yang pacat tu mampu buat kat manusia, isap darah sikit je pun, tak luak punya.
8) Menyelam dalam air berhati-hati, takut tertelan berudu nanti berudu beranak dalam perut.
9) kalau termakan rambut boleh bisu.
" kamu ikar baik-baik makan, jaga-jaga takut ada rambut, tertelan rambut nanti kamu bisu!"
" Apesal pulak boleh bisu mama?"
" nanti rambut tu jerut anak tekak kamu, anak tekak kamu putus. Bisu lah!"
" Uuuuuuu bahayanya mama, takut takut takut"
10) Takut tampal gigi kat Dentist, sebab kawan cakap doktor gigi tampal gigi berlubang guna Tar jalan. Sama macam JKR tampal jalan berlubang.
11) Takut telan biji tembikai, sebab nanti pokok tembikai tumbuh dalam perut.
12) Kalau gunting rambut, takut nak bergerak hatta setengah inci pun, duduk keras macam robot, sebab bapak aku cakap dia pernah tengok ada budak terputus telinga kena gunting india tu.
13) Takut makan panadol dengan coca-cola, nanti boleh koma. Sebab semua terpengaruh dengan Mitos Bruce Lee mati sebab makan panadol dengan coke.
14) Kawan aku cakap, adik bongsu dia lahir mengikut kaedah pensenyawaan luar tubuh.
" Kau tau tak, adik aku lahir ikut persenyawaan luar tubuh tau tak!"
" apa benda tu dollah? mana ada manusia boleh bersenyawa luar tubuh! mesti bersetubuh baru dapat anak!"
" mana ada lah, manusia pun boleh, macam benih ikan dalam laut, ikan jantan keluarkan benih, ikan betina keluarkan benih, nanti bersenyawa lah"
" kau ni mengarut je, ilmu sesat ni"
" betullah, mak aku yang bagitau, dia cakap dia tak buat apa-apa pun dengan bapak aku tapi terus mengandung"
"Rosak budak Dollah ni"
*******************************
itu je kot buat masa ini, Itu je aku mampu ingat walaupun ada banyak lagi kisah-kisah over-reacted kita masa kecil, mungkin korang semua boleh tolong ingatkan aku, bila kau tersedar dengan saku penyeluk masa..owoo hooo o woo hooo.. mari patahkan papan markah lama.....mari padamkan buku tiga lima.
Apabila teringat lirik ana rafalli , terkenang pasal buku tiga 5, 555..dan mengingatkan aku akan kisah......
" Sudah-sudahlah kau ni Zulfikar, dari kisah scaling gigi, ke berangan Nurse ajak dating, dari nurse ajak dating ke kisah Drama Queen zaman kanak-kanak. tak habis-habis.. tak suke tau panjang-panjang macam ni..tak sukeeee"
" Ala sorry, aku terDrama Queen plak, sorry eh, okey okey, kita tamatkan kisah kita pada hari ini dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-asr..."
***************************
P/s I sapa pernah buat scaling gigi? berapa kali dah buat?
p/s II apa kisah korang drama queen zaman kanak-kanak atau tua bangka ni?
p/s III mengada kan, dah tulis panjang-panjang, dekat p/s pun nak tulis panjang-panjang lagi.
hahaa teringat time kecik2 , dulu cousn i tercium antare 1 sama lain time gurau2, balik dua2 nangis..takut pregnant. i was there mengejek .
ReplyDeleteye lah, baru ingat kakak pernah cakap masa kecik dulu, kalau telan biji buah, nanti pokok tumbuh dalam perut.. hahaha siyes takut pastu nak makan biji buah :D
ReplyDeleteoh ya, satu lagi, kakak cakap kalau kita mandi pakai syampu kucing, nanti mata jadi biru macam kucing jugak, pastu bulu2 kucing tumbuh kat kulit =,=
hahahaha...
ReplyDeleteadik aku nangis2 tertelan biji duku..
aku rs pokok tembikai masih ringan lagi kalo nk tumbuh kt badan..
tapi kalo da pokok duku tu..haih~..
tapi kan..aku br sedar..mak aku jarang takutkan kitorg dengan mitos2 ni..
kdg2 adat pun aku tgk die x kisah sgt...
bab nurse belai2 kamu tu aku ingat sebab efek berus gigi kot? keh keh~~
ReplyDelete*ustazah aku dulu lagi hamjadah~angin ahmar itu adalah angin yang ditiup oleh syaitan pada waktu malam~~oh sungguh~~
antara nombor 1-14 tu pernah takut yang nombor 11 je, yang lain tak pernahlah pulak...heheheee
ReplyDeleteEmm, tang termakan bijik buah tu la takut, member2 time kecik cakap kalo makan, kang kuar pokok, tapi x caye, :D
ReplyDeleteBy: Jerung
hahaha...dulu aku pon terpengaruh ngn mitos psl biji tembikai n singgam tu...ape daaaa.....
ReplyDeleteKah kah kah.dalam banyak banyak,saya cuma pernah percaya pasal chewing gum je.
ReplyDeletekalau tengah mkn chewing gum lepas tue bercakap.sekali pupppp tertelan.habislah jenuh minum air banyak2 takut terlekat dekat usus nanti mati.wakakakakaka
erk. . xleh dibayangka klo btul2 berudu bleh beranak dlm perut. nt dia tumbuh kaki. .pastu jadi KATAK dlm perut. .uwaaa.. trauma seumur hidup!
ReplyDeletex mcm s jibeng pun.. tp mcm raja kapoor hero hindustan tu.. hahahaha
ReplyDeleteseyes, better jgn cukur janggut! <-- observe dari gmbar je sbb x penah jmp ko^^
mitos2 yg ko cerita ni byk yg aku x penah dgr pun.. tp gambar last aku memang mula2 x perasan ko ada kat situ.. wakakakakakakaka
ReplyDeletejangan makan taugeh..nanti taugeh tumbuh dalam perut..
ReplyDeletebiji buah jambu pun jgn telan..nanti pokok jambu tumbuh dalam perut..
jangan tunjuk pelangi..nanti jari kudung..
lagi ape ha? aku lupa dah..ahaha..
kehkehkeh.. kelakar bila ingat balik zaman kecik2 dulu punya petua.. hahaha...
ReplyDeletepsstt: last buat scaling awal tahun 2011..
Yes! Sangat agree yang pasal scaling gigi tu! Rasa mcm gigi tu dilahirkan semula. Rasa bersih and suci sangat mulut masa tu. After a week, dah tak suci dah.
ReplyDeleteSemua mitos mitos tu pernah dengar! And seriously before dgr mitos pasal singgam tu, memang xpernah buang singgam. Selalunya telan terus. Hahaha bongoks giler masa kecik2 dulu
hahaha...mitos2 kat atas tu memang sinonim dlm kehidupan kan, semua org pernah alami atau dengar...
ReplyDeletex boleh bergambar bertiga nanti salah sorang akan mati atau berpisah...sampai skrg tinggal tanda tanya dlm fikiran aku...selalu kena tegur ngan org tua2 kalau bergambar 3 org...
ada penjelasan x tentang tu ikar??
xpernha buat...pasal takot..eh..mmg xsakit eh buat??kalu tak..nak g buat la..heheheheh Xp
ReplyDeleteeww ewwww cerita lu ni boleh buat tajuk kisah cinta aku dengan cik misi
ReplyDelete