Pada hari sabtu lepas, aku mendaki dan berkhemah lagi di salah satu gunung di Banjaran Titiwangsa.
Pine Tree Hill terletak di dalam kawasan Fraser Hill, Pahang, namun kedudukan sebenar Pine Tree Hill terletak di antara dua sempadan negeri iaitu Pahang dan Selangor sebab dalam hutan tu kami terjumpa dengan banyak batu sempadan pemisah negeri.
Seperti kebiasaannya, sudah menjadi lumrah pendaki untuk merasa serik pada setiap kali tamat misi mencapai puncak. Namun acapkali akan pergi mendaki jugak, mungkin sebab minat dan seronok bermesra bersama kawan-kawan. Tetapi pada trip kali ni, aku tidak akan melupakannya sebab ia bakal menjadi malam yang paling panjang dalam hidupku.
******************
" Ikar, kamu esok nak mendaki pergi pukul berapa?"
" pukul 7 ke 7.30 pagi kami gerak la mama" perkataan kami itu digunakan sebab abang aku nak join camping kali ni, kiranya ini adalah aktiviti mendaki gunung bersama abang buat kali pertama.
" Kamu keluar la awal sikit, lepas subuh tu, 6.30 je kamu cabut pergi, takde la lambat sangat"
" Ala rilek la mama, Ikar tau la kerja Ikar, bukannya first time gi hiking, dah 7-8 buah gunung dah ikar pergi ma"
" Cakap orang tua melawan, berlagak, cuba kalau aku cakap tu dengar, kalau tak betul pun, cuba jawab balik elok-elok. Bukan main eksyen lagi kamu ye!"
" bukanlah nak berlagak Ma, dah kumpulnya nanti pukul 9 pagi, dari Shah Alam nak ke Rawang tu bukan jauh mana, ikut highway Guthrie tu tak sampai 20 minit pun ma, pegi awal-awal kang wat sejuk pagi-pagi je buat apa"
" Lantak kamu lah, kome tu dah besor aku bela"
Bermula dari sini lah aku mula rasa macam tak best dan akhirnya perasaan tak best itu menjadi nyata. Keesokan paginya aku pun bergeraklah ke Rawang, tapi sebelum kunci pintu rumah, aku cepat-cepat lari pergi bilik mak aku. Salam cium tangan dulu mama ngan abah, demi mencari berkat dan mendapatkan kemaafan secara tak langsung.
" Mama, Abah, Ikar pergi dulu ye" aku salam cium tangan dengan harapan mak aku tak merajuk dan melempiaskan sumpahan sang tanggang secara tak langsung.
" ha ye lah, kamu pergi jaga diri elok-elok, jalan elok-elok, selamat pergi selamat balik, jangan nak seronok sangat, Ingat diri"
" Okey Mama, Ikar pergi dulu" Aku pun blah dari bilik tu dengan hati yang amat lega, lepas dapat restu dan doa bonda.
*********************
Pada hari pendakian itu seperti biasa dialognya akan berbunyi begini...
Pendakian bermula pada pagi hari pukul 11 pagi bla bla bla bla, kemudian kami melalui denai-denai bla bla bla, cabaran mendaki bla bla bla seramai 18 orang bla bla bla bla. Dan akhirnya kami pun sampai ke Campsite di 3/4 puncak pada kira-kira pukul 3 petang.
Dipendekkan cerita, akhirnya kami semua seramai 18 orang telah berjaya menawan Puncak Pine Tree Hill dengan jayanya dan separuh lagi antara kami berjaya juga menawan puncak kembar yang dinamakan Twin Peak. Pada pukul 4 petang kami pun turun ke campsite untuk aktiviti memasang Khemah.
Kami bermula memasang khemah pada pukul 5 petang, pasang khemah dalam keadaan hujan dan angin kuat. Sesiapa yang dah biasa outdoor, fahamlah akan keadaan campsite tu macam mana, dengan lumpur yang macam bendang, takde langsung ruang bersih, semuanya comot dengan lecah macam tempat babi berkubang.
Selepas siap pasang khemah semua, maka turunlah separuh dari pendaki ke Twin Peak, dan ramai-ramailah kami semua mula berehat-rehat dalam kesejukan malam di dalam hutan.
Nak bayangkan sejuk dia? korang bayangkan Fraser hill tu sejuk macam mana, pastu tambahkan darjah kesejukan sebab kami naik ke altitude lebih tinggi, lepas tu tambah lagi dengan hujan lebat dari pukul 5 petang sampai 9 pagi, lepas tu tambah dengan hembusan angin monsun selaju 20-30Km,
Tambah lagi dengan kedinginan malam dalam hutan yang penuh pokok balak, tambah lagi dengan baju yang basah di badan, tambah lagi dengan tak bawak sweater, tambah lagi dengan khemah yang tak cukup, 5 orang di antara kami termasuk aku tidur di khemah terbuka yang tidak mempunyai dinding.
Korang bayangkan macam mana aku mengharungi malam tersebut. Malam itu penuh penyesalan.
" kenapalah aku action sangat dengan mak aku semalam?"
" kenapalah aku action sangat taknak bawa baju sejuk?"
" kenapalah aku bersetuju ikut trip kali ni walaupun aku dah tau sekarang musim hujan?"
" kenapalah aku action taknak cop tempat dalam khemah dome tu?"
" kenapalah malam ni lambat sangat nak siang?"
Malam itu adalah malam paling panjang dalam hidup aku, secara harfiahnya tentulah bukan sebab malam di negeri 4 musim itu lebih panjang pada musim sejuk, malam di Kutub Utara juga mungkin lebih panjang pada musim sejuk iaitu selama 6 bulan dan tak siang-siang langsung.
Tetapi secara metaforanya, malam itu memang aku rasakan sangat panjang. Keadaan angin yang bertiup ribut, dah bunyi macam angin taufan, bersiul-siul! Pokok-pokok balak di sekeliling kami menari-nari ditiup angin ribut. Aku rasa je macam ada pokok nak tumbang malam tu, menakutkan!
Semua antara kami mengigil kesejukan. Masa tu aku teringat tengok dokumentari kat astro pasal pendaki yang terperangkap dalam gua akibat ribut salji, kawan-kawan dia mati sebab kena Hypothermia, aku ingat tips yang doktor tu cakap, kalau badan menggigil tu selamat lagi, sebab mengigil adalah mekanisma tubuh secara automatik untuk memanaskan badan. Tapi kalau badan berhenti menggigil ia petanda buruk. mungkin tubuh telah mula shutdown. Nasib baik takde sesiapa yang kena hypothermia.
Nak buat unggun api tak boleh, kayu api semua basah lenjun. Aku cuba untuk memanaskan badan dengan membakar Lilin askar sebanyak satu kotak campur dengan sampah-sampah plastik yang terkumpul. Dapatlah rasa panas kat tangan dan kaki untuk 10 minit.
Kaki tangan kecut dan kebas bak tiada perumpamaan lagi. Bukan sahaja kaki dan tangan sahaja yang kecut, malah semua di badan pun turut kecut tahap maksima. Pada masa itu biarlah Inul Daratista datang bergolek-golek atau Tiz Zakiyah datang membawa kata-kata cinta, aku tidak pedulikan ia, aku hanya mengharap agar hujan berhenti dan siang datang dengan cepat.
" Iye ke kalau Inul ngan Tiz datang kau tak heran Zulfikar? agak-agaklah, over tu!"
" aku main-main je, saja nak besar-besarkan cerita, kalau dorang datang memberi dakapan hangat, sudah pastilah aku menyambutnya dengan mesra" aummmm
**********************
Malam itu, setiap kali aku tengok jam tangan, aku rasakan macam dah 2 malam aku duduk situ, dari pukul 8 malam nak ke 9 malam tu rasa macam 4 jam. Pada mulanya semua orang sayang nak bukak sleeping bag, sebab sayang takut kena lumpur atas kanvas khemah.
Tapi betul la cakap orang tua-tua, manusia kalau dah terdesak sanggup buat apa saja. Malam tu semua bukak sleeping bag dan bentang atas kanvas berlumpur, dan kami semua mengkerekot dalam sleeping bag macam ulat beluncas dalam kepompong. Tapi sayang, kejap je selesa, 15 minit lepas tu, sleeping bag jadi macam pampers budak, basah lencun kena air hujan.
Buat kedua kalinya aku tidur dalam kebasahan, selain dari Jamboree pengakap tahun 1996. Malam itu semuanya mengatasi segan. Kami semua mengkerekot tidur rapat-rapat antara lelaki. Setiap kali terjaga, Mat John akan hulur rokok untuk memanaskan badan. Punya nikmat haba puntung rokok tu tekup dalam tangan.
Setiap kali terjaga, aku mengharapkan matahari memancar terik bersama senyuman flora dan fauna. Namun itu semuanya impian Sang Rajunatapa. Malam itu teruslah kami bermandikan hujan sejuk banjaran Titiwangsa bersama tiupan laju angin monsun Pantai Timur yang rakus merobek asa anak muda yang ghairah mencabar alam di tengah malam.
Sepatutnya aku yang sudah mempunyai ilmu geografi telah menasihatkan semua agar tidak camping di dalam hutan di banjaran Titiwangsa pada hujung suku tahun terakhir, Tetapi, keghairahan untuk berseronok dan menghadapi cabaran memudarkan kerasionalan minda. Takpelah, janji seronok dan semua ini adalah pengalaman berharga.
Dan kami semua pada malam itu senyum tawar. Walaupun kami berjaya menawan puncak dan pulang dengan selamat ke kaki gunung, namun pengalaman malam itu tidak akan kami lupakan. Ia adalah malam paling panjang dalam hidupku.
************************
DMG Trekker 2011 / Geng Gunung DMG di pintu gerbang Pine Tree hill. semua semangat bagai tiada hari esok! |
Yang tengah posing perasan macam menantu pilihan itu adalah abang aku, manakal sebelah nya pula berjersi no 9 itu adalah Artis Jemputan dari Bangalore yang di undang untuk memeriahkan majlis. |
Tapak khemah kami sebelum meneruskan pendakian hingga ke puncak, masa ni belum hujan lebat, baru renyai-renyai. |
Tahniah kepada semua DMG trekkers, korang semua best, Ini dah puncak yang keberapa kami tawan pun aku dah lost count. |
Keadaan denai hutan yang berlumut, itu menandakan Gunung itu sejuk. |
****************************
P/s handphone aku short keypad, sebab basah kena hujan.
P/s II bulan 1 tahun depan, kami semua akan ke Gunung Api, Gua Mulu Sarawak.
waaaaaa tak kisah la kau kate malam yang sangat panjang ke ape ke. aku still jeles. teringin nak rasa pengalaman cam kau rasa ni. grrr
ReplyDeletep/s: berapa puluh pacat gigit kau? lol
tfa : tobat... tobat.. aku trauma baru habis ni, sejuk macam nak koma. haha.. dua ekor je gigit.. kenyang jadi bulat mcm siput.
ReplyDeletenak jugak. *hentakkakikuat2 sape suruh xbawak sweater. tu laa action sangat
ReplyDeletenanti ajak, jangan tak ikut, tak ikut jaga..
ReplyDeletememang praktis ilmu Geografi ni. sejuk2 macam tu, mesti asik nak qadha hajat kecil je... toiletnya macam mane yek?? :-)
ReplyDeleteblog tips kurus : toiletnye tepi2 pokok, tepi semak. masa hujan ribut tu, dalam botol minerel je. :) hehehe
ReplyDeletewau, cabaran orang mendaki. pengalaman yang berharga untuk diingati.
ReplyDeletenasib tak kena hypothermia.
pernah ada 2 kali je pengalaman panjat gunung tinggi. tapi bukan gunung yang ada banyak2 pokok besar. emm, gunung yang batu2 coklat besar2 tu. kalau ada orang tak larat, dia boleh sewa naik keldai atau unta untuk sampai checkpoint last.
kah kah kah.sy boleh bayangkan yg malam paling panjang awk tue mcm mana sebab ms masuk g kat org asli hari tue lebih krg mcm tue lah perasaan.
ReplyDeletewalaupun agak memeritkan pengalaman dalam hujan tu tapi berjaya mendaki gunung tu pasti best...
ReplyDeleteteringin nak ikut ekspedisi camni tapi takut fizikal dan mental tak kuat!
auummm~..
ReplyDeletesejak akhir2 ni, makin kerap pulak die mngaum..
muka ko ngn abg ko sama la..
akhirnya sampai jugak ko kt rumah dan selamat menggantikan tido yg x berapa lena..
Wah. Dr awl smpi habis aku baca entry ni aku dpt rasa betapa mncbr nye mlm yg pnjng tu
ReplyDeleteeven aku tak berada di tmpt kejadian
aku mint jugak pnjg gunung. Tp tak pernah bermalam lagi sbb takot malam2 bunyi hantu kahkah
teringin nak join sbb sgt suka bau hutan tp perasaan takot bila malam mnjelma tu susah nak kikis.
Haha. Tang kecut tu, mmg lawk. Ye ke kecut semua neh?
Akhir kata : kirim slm kat abg.
huih..rajin la ko ikar.....mendaki bagai...sronok plak tgk...aku pernah merasa tido dgn pacat,dlm hujan yg lebat mcm ko katakan...mengigil2 hingga ke tulang hitam...kes masuk wataniah..ada latihan hutan...pergh...pgalaman yg xakan ku luperkan...tp skunk.semua dah stop..xde geng.. :( sedey...
ReplyDeleteensemnye abg ko weh..ahaha..
ReplyDeletekemaen lagi eksyen Artis Jemputan dari Bangalore tu..tak pndang kamera langsung..;p
ahhhh..jelesnye aku wei!aku rindu nak wat aktiviti lasak camni..tp fizikal mcm dah tak mengizinkan je..stamina takdo..hak hak hak..
pergh,best giler bro..ceeehh,artis jemputan bagi memeriahkan majlis.hehee.. :)
ReplyDeletedahsyat la malam yg ko lalui...nasib baik aku x ikut kan...hehehe
ReplyDeleteteringat pengalaman tido dlm khemah di cameron highland...tapak khemah simen, hujan lebat sepanjang mlm..alas tido hanya kain batik dan berselimutkan sweater...perghhh!! sejuk giler beb...nyesal x bawa comforter dari umah...wawawa...
...
ReplyDeleteakibatnya kalau eksen dgn mama mmg selalunya berbaloi untuk dingati...hehe
ReplyDeletePenah dah duk dalam keadaan mcm tu. Nak tak nak kena duduk rapat dan adengan peluk memeluk terpaksa dilakukan. itu saja cara. dan ianya berkesan (walaupun rasa lain mcm je....)
ReplyDeletekau ni mmg hebat la aku tak reti panjat2 gunung ganang ni...letih ...keh3
ReplyDeleteawin baca dlm keadaan kesejukannnn..........ggggggggrrrggggrgggggrrgggrrrrrrrrrgggg.......
ReplyDeletekalo awin pi mesti setiap 15 minit kena pi buang air...huhuhuhu
eh ehhh..... ada abg karnain lah.....nak save la pic tu ^.^
ReplyDeleteFraser hill memg sejuk yg teramat,dulu mase kursus lari laju2pun tak peluh,,klu basah dlm hujan lg memg kecut habisla,,hehehe,,takpelh,,ni sbg pengajarn masa akn dtg,,nak camping jgn time2 musim tengkujuh ni,,
ReplyDeleteabg kmu ensem la...sila sampaikan salam kte ey..trus semgt nk komen ni..:D
ReplyDeletekalau ada peluang ikut dah. aku kan terikat dengan institut. lecturer pulak banyak songeh. haha
ReplyDeleteTaknak sedih jangan masuk hutan, pergi Lepak Pavillion buat rambut spike!
ReplyDeletehahahaha....aku suke ayat ni bro...