Assalamualaikum....
Hari ni aku tergerak nak bercerita pasal kisah-kisah seram atau kisah hantu yang telah secara ganas dimomok-momokkan oleh orang2 tua, dengan bertujuan untuk melakukan perang saraf terhadap anak2 diorang...seperti biasa aku tak suka Copy paste atau retold cerita2 orang..aku nak cerita dari pengalaman aku sendiri.. :)
Kenapa ada cerita hantu yang dimomok2 kan? sebab nak takut2kan budak2 kecik yang degil taknak dengar cakap mak suh balik mandi sebelum maghrib....degil yang amat... cakap tak dengar, rotan dah tak lut, kurung dalam jamban dah tak heran.. bak kata yang sangat popular.."dah tak makan saman"
Tapi Orang tua2 bukan bodoh.. diorang ada lagi satu senjata rahsia.. ia dnamakan senjata perang saraf... omputih ckp Psychology war.. melemahkan semangat juang kanak-kanak yang degil.. degil main tembak2 terung pipit guna senapang kayu..yang degil tangkap ikan longkang walaupun azan Maghrib dah sayup2 kedengaran....yg bestnye..menjadi pulak taktik org2 tua kampung ni...
tapi yg ironinya boleh pulak mak-mak ngan budak2 bujang kampung join takut dengan citer hantu nih... mari hayati bersamaaaaaa.. kisa serammm sub urban....hantu paling popular di awal 90-AAaaaannn... EeEEeeEEeEeeeEEeeeee..makan BUdak!!!!!!
1) Kisah Seram Hantu Susu....
Kisah seram hantu susu ni, sepanjang ingatan aku.. aku rasa mula start dengar tahun 1992 (aku agak2 je) kisah ni bermula apabila, ada seorang ibu muda yang telah mati dibunuh secara kejam oleh orang yang mahu merogolnya, setelah dirogol anak kepada ibu muda ni telah dibunuh jugak secara kejam...okey ini versi 1....
Versi ke 2 : sorang ibu mengandung telah di rogol secara kejam dan dibunuh bersama dengan anak didalam kandungannya.. maka roh ibu muda ini tidak tenteram dan ingin menuntut dendam terhadap orang kampung kerana tidak mahu bertanggungjawab menjaga keamanan kampung.
Maka, merayau2 la roh ibu muda ini di sekitar kampung2 sub-urban iaitu kampung2 berselerakan di pinggir KL.. yang paling Femes adalah di kawan Gombak, Batu Caves, Selayang, Rawang dan ada juga terdengar bahawa kawasan2 seperti Kepong dan Keramat terkena tempias Roh hantu susu mengganas...
Cerita Hantu susu mula menjadi Hype dan kecoh apabila satu peristiwa berdialog disertai sumber cerita dari mulut makcik yang dianggap tidak berdosa... ye la kan.. makcik tu naif.. jenis tak penah miss bayar duit hutang benggali karpet.. mesti lah boleh di percayai.....alkisahnya.....
Pada satu malam....Ada seorang wanita yang sangat ayu, berbaju kurung putih dan bertudung selendang tanpa anak tudung datang menggendong anak nya dari rumah ke rumah...Wanita muda ayu ini mengetuk pintu rumah Makcik Ani......Tukkk Tukkk Tukk....
"Assalamulaikum ... Kak... kak... ade orang tak?"
"waalaikumsalam dik...ye dik.. boleh akak tolong, adik nak tanya Aderesss keeee?"
" eh bukan kak... saya datang dari Gombak, saya nak ckp pun malu...tapi saya tengah sesak sangat ni kak..betul2 nak mintak tolong..akak boleh tolong saya tak"
" Ye ke? ermmm apa akak boleh tolong? tapi terus terang akak ckp dulu, Abang leman ko belum bagi duit belanja dapur lagi, akak takda duit nak bagi dik.. tapi apa2 yang akak boleh bantu akak bantu ye dik"
"ehhh kak, saya bukan nak duit....saya nak mintak akak tolong bagi saya susu untuk anak saya ni...saya sedih sangat kak, dah 2 hari anak saya ni tak dapat nyusu.. susu badan saya pun dah kering..."
"Ya Allah.. kesiannya anak akuuuuu..... kenapa jadi macam ni dik? suami adik mana? keluarga adik? tak sampainya hati akak tengok kan haiii......masuk dulu dik masuk masuk..."
" Takpela kak.. saya tunggu kat pintu ni je. saya taknak menyusahkan akak.akak dapat tolong bagi susu untuk anak saya ni pun jadi la kak.. Malunya saya kak datang memintak2 mcm ni.. tapi saya takda pilihan dah kak..Laki saya dah seminggu tak balik2 kak..sobb sobbb sampai hati dia buat kami anak beranak mcm ni"
" Haaaa yelah dik...adik tunggu jap ye.. Akak ambikkan susu kejap..tunggu ye..."
Selang 5 minit kemudian.....
"Adik.. oo adik, nah susunya, kesian baby ni... pilunya hati akak dengar cerita mcm ni..meh akak nak tengok budak comel ni meh"
dengan hati yg luluh dan penuh kelembutan...Wanita muda itu pun membuka Kain Lampin putih yang telah digunakan sebagai selimut membaluti anak kecil tersebut...terserlahlah akan kengerian yang tiada noktahnya.. yang akan bisa membuatkan Kak Ani Wagiman jatuh terjelepuk..ibarat tiada tempurung lutut....
" Yaaaaa Allah...apa ni??? batu Nisan???????? kenapa ni? apa kena ko ni dik?????
Dengan tersentak dan terkejut ya amat sangat... Makcik Ani mengangkat mukanya dan memandang muka wanita ayu tersebut... maka ternampaklah akan wajah Hantu susu tersebut....terselak selendang buruk yang menutupi sebelah mukanya.. nampaklah akan wajah huduh sebelah (ala2 mcm muka two-face citer batman la) setelah itu.... mengilai-ngilai la akan Hantu Susu tersebut....
lebih kurang mcm ni la mcm makcik Ani citer, tapi korang gantikan baju tu ngan baju kurung putih...pastu korang abaikan yg ini adalah dari watak batman yeeeEeeEEeeEEeEEe..NGeeEEeEEee wwwwuuuuuuWwwwUuuUuuu (mcm mane ke gayenye aku nak buat bunyi ngilai dengan menaip ni..hantam sajalah) HEeEeeEEEeeeeeeeEEeeEe HiiIIiiiiIIiiii..........
Maka..dengan tak semena2.. pengsan la Makcik Ani wagiman akibat terlalu takut dengan peristiwa tersebut... setelah sedar esok paginya dek panahan cahaya matahari di balik jeriji-jeriji pintu usang...Makcik Ani pun.. dengan termengah2.. pergi menjaja cerita ni dekat 'persatuan mak-mak membeli ikan di Van Hijau wak salim' dan dipercayai dari situ lah cerita ini tersebar ke pelusuk Kota metropolitan Kuala Lumpur...
Jadi..kisah ni tidak berhenti disini saja..aku pun turut terkena tempias yang amat teruk...Kelab 'nakal yang tak berani buat jahat tapi perasan comel' yang dianggotai Oleh aku, abang aku iaitu Karnain (kisah dia ada aku citer kat SINI) , Azmi Ali aka amy...dan Azri Ali aka Aji...telah mendapat satu perasaan takut yang tidak berpenghujung....
Sebelum wujudnya cerita Hantu susu, selamba je aku pergi Rumah cikgu zawiyyah ngaji muqaddam ikut jln shortcut, jalan lalu belakang Rumah Nenek Timah..dulu..jalan belakang rumah nenek timah ni antara yang paling horror kat kampung aku, sebab penuh dengan pokok pisang, reban ayam usang... tanah yg dipenuhi cengkerang kulit kerang... bila jalan je.. bunyi mcm jln kat pepasir laut kan.. "krakkk krekkk krakkk krekkk" ....
Tapi lepas je ada citer hantu ni, semua jadi penakut....semua ikut jalan jauh...jalan raya ada lampu banyak2... jalan pulak berkawan2..taknak pisah2... masing2 berebut nak jalan kat tengah, taknak duk depan sekali, taknak duduk belakang sekali..... sejak tu jugak, mula datang perangai mengada2 mintak Toslaik kat mak bapak.. konon2 nak suluh jalan gelap....
Akibat dari kisah hantu susu jugak lah... kami semua dah mcm ayam kampung balik reban.. cukup pukul 6.45pm.. dah siap2 masuk rumah, gi mandi..comel2.. pakai bedak wangi2..duk depan TV tengok doremon...paling lewat masuk umah pun pukul 7 mlm la... asal nampak je lagi mentari merah di ufuk timur...selagi tu la kami berani dah bersemangat pahlawan.. bila dah start gelap.. semua mcm Tikus Tom and Jerry....kelam kabut balik disertai dengan muka pucat dan kaki yang sejuk gedi.
Akibat dari Cerita hantu susu ini juga lah..mak aku mula jadi Johan Tilawah dan berzanji peringkat daerah...sebab ape??? sebab mak aku dah boleh menjaga kemerduan suara dan kotak suaranya dari rosak dan perit.. sebab dah boleh simpan suara..tak payah jerit2 tiap2 petang lagi..kalau tak......
"IKKKKKAAAAAARRRRRRR.... KARNAAAAAAINNNNN......BAAAAAAAALIIIKKKKK......hari dah malam kome tak tau nak balik lagi yeeeeee..jageeeee komeee... aku besit kome kaaaanggg!!!..BAAAAAAAAAALLLIKKKKKK" (sambil tangan memegang batang Reket Yonex lama bapak aku)
Oh Terima kasih pada Makcik Ani atau makcik2 yg seangkatan kerana telah menaburkan Jasa..memberikan senjata Psikologi kepada Mak aku...agaknya kalau takda cerita hantu susu.. aku dah jadi Mat Rempit dah kot sekarang ni... wekang Honda EX5 kat Dataran Merdeka Instead of taip blog panjang2 mcm org gila.
P/s untuk perhatian, aku adalah jenis skeptikal, susah percaya benda khurafat dan hantu2 kampung ni, tapi masa kecik2 dulu aku tak skeptikal sangat la..haha...dan satu lagi...Kenapa bila cerita hantu perempuan je, mesti ada kain putih, baju putih, tudung putih...adakah semua hantu dalam almari dia hanya ada baju kaler putih? di manakah baju kurung kedah semasa hayat mereka?????????
oOooHhhhh gambar ini walaupun cantik..tapi tetap seram bila diletakkan dibawah tajuk Hantu susu....UuUUuUUuuuuuu
Korang bayangkan je la batu nisan diatas ni dibalut dengan kain lampin..sebab jenuh aku cari kat google takde pulak batu nisan mcm citer aku... :P
lebih kurang mcm ni la Jam boy london aku..hehehe..teringat balik dulu.. abah belikan tuk pakai raya... gempak siotttt!!!
ini la rupa bas mini masa zaman aku, bas kaler pink.laju dan gangster nak mati...tapi cepat sampai dan murah..selalu naik tuk pergi warta superstore ngan Chowkit :)
Filem ini sangat sedih bagi aku la..kalau korang tengok tak sedih tak bermakna aku pondan dan tak jantan, cuma mungkin jiwa kecil sensitif aku ni berjaya di jentik oleh kisah si gajah
Cerita ni sangat sedih..perasaan bercampur baur antara lawak.. sweet, romantik dan sedih.. sedihnya masa suami dia tak relakan isteri dia lupakan kisah cinta dia.. :(
Saya menyokong kempen ini, tetapi snippets atau cakap2 ngomelan masih berbunyi...
Buku yang sangat bagus dibaca untuk belajar befikir secara lebih terbuka dan rasional, taknak baca pun takpa, bukan aku yang rugi pun. :)
"adik pakai helmet ini macam, itu topi steng tarak boleh pakai tau.. takda selamat!"
ini bukan cerita dongeng,..zaman aku ada jadi, zaman abg aku pun ada orang mcm ni, zaman adik aku pun ada org mcm ni, aku yakin korang pun ade kenal manusia mcm ni kan?
Rajah di atas bagi aku adalah tepat dan kena pada semua office di dunia..
Blues Untuk Aku dan Aku hidup dalam Blues, sape budak2 yg beranak tahun 80an taktau paper pasal ni, dia ada dua sebab, samada dia beranak dan membesar kat oversea atau family dia masuk Al-arqam dulu :)
Linny dan ming ming juga..turtle tuck datang membantu...Telefon..telefon berbunyi...ada haiwan dalam bahaya.....kesian orang tewas itu, mari kita selamatkan dia...
cinta skandal, ingat jika anda berskandal anda juga akan diskandal...Rule of skandal no 1
Inilah 4 pass wayang tersebut, hurmmphhh esok cuti, boleh la pegi Jusco Bukit Tinggi layan movie..nak tengok cerita ape ye?
"Tolongggg saya taknak kena bawak jalan2 merata2 duduk dalam bola plastik bulat tu...saya rimas laa.."
Pasal bola kuning atas meja tu la, aku terjerat tulis entry panjang pagi2 buta nih...bola kuning dalam pict ni la aku tengok 2 ekor hamster teman tuan dia makan tomyam...* gambar tak jelas, sebab zooming curi2 tangkap gambar dr jauh.. hehehehehe :P