August 24, 2011

Seni Merajuk Yang Tiada Galang Ganti

Assalamualaikum...


Semua manusia pernah merajuk. Korang ingat semua lelaki dalam dunia ni lahir-lahir terus jadi 'macho tough rockers man kidal rambut  macam slash gun and roses metalica stone cold steve austin can u smell what the rock is cooking' ke?


Korang ingat semua perempuan ganas lahir-lahir terus jadi 'emo, gothic, alternative punk rock indieband minat Hujan sebab rambut Noh itu menawan' membesar mcm tu ke?


Takyah cover line sangat, semua manusia masa kecik-kecik akan merajuk. Kalau ikutkan ilmu human behaviour ni, merajuk itu adalah salah satu kaedah menunjukkan perasaan bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu keputusan atau keadaan atau pandangan orang pada empunya diri. 


Ada macam-macam jenis merajuk, ada merajuk layan sentimental, asal merajuk je duk diam kat bucu dinding sambil muncung dengan harapan ada orang kesian. datang pujuk sambil bawak teady bear.


Ada orang merajuk dengan cara duduk katak sambil kaki mencapap, mata mengalir air mata membasahi pipi, sambil bibir bawah mencebik keluar. Konon-konon meratapi nasib sendiri yang sangat malang.


Ada orang merajuk dengan cara mengamuk, orang putih panggil 'throwing tantrum'.. Keadaannya sangat menakutkan, jenis budak-budak over-spoiled yang kalau pergi pasaraya tak dapat barang yang dia nak, dia akan hentak-hentak kaki, menjerit-jerit, berguling-guling atas lantai, menjerit sampai nampak anak tekak bergetar, pastu mata mengalirkan air mata darah dan mulut mengeluarkan air liur berasid..


Awas, jangan sentuh budak tengah throwing tantrum, kerana ia sangat bahaya, jika anda tersentuh anda bakal dicemari dengan sinaran radioaktif.** ini dinamakan seni exaggerate dalam bidang penulisan.


Entahlah, aku memang pantang tengok budak jenis merajuk mengamuk macam ni, sebab mungkin budaya aku membesar, adik beradik kami memang dilarang keras mengamuk-ngamuk tak tentu pasal, jangan cakap adik beradik aku je, sepupu-sepupu aku semua tak berani mengamuk guling-guling atas lantai bila mak atau bapak aku ada kat rumah diorang. Aura kepimpinan kot. Atau misai bapak aku tu tebal macam ular sawa.


Kalau aku dulu, bila merajuk mengamuk guling-guling ni, nanti mak bapak aku akan kurung kami dalam jamban sebagai peringatan bahawa dengan menunjuk perasaan melalui kaedah hempas-hempas badan dan jerit mulut terkangkang kobak, ia tidak akan memberikan hasil yang berbeza, dan orang takkan nak please kau punya kehendak. 


Merajuk mestilah penuh dengan kesopanan, gerak laku mesti penuh elegance seperti angsa yang sedang menari...


" tapi kenapa angsa yang sedang menari Zulfikar?"


" entah, sebab masa sekolah cikgu aku selalu cakap, pergerakan paling gemalai adalah ibarat gracefully dancing swan" 


Padahal, angsa kat rumah jiran aku dulu, selalu kejar kami, kerja tau nak patuk buah kami je, punya jahat angsa ni, lebih jahat dari anjing yang kena tambat. 
Entah mana gracenye entah! buah betis ye, lupa nak taruk betis lepas buah, bukan buah lain.


*******************
Aku dulu masa kecik-kecik banyak kali jugak merajuk, dan banyak peristiwa yang aku ingat sampai sekarang, tapi peristiwa merajuk yang paling Legend aku pernah buat sampai aku tak boleh lupa ada dua....


1) Merajuk Taknak Masuk Kedai Wanggey, (nasik Kandar dekat Ipoh)


Setiap tahun aku akan raya dekat ipoh, sebab kampung halaman mak bapak aku kat ipoh, selalunya kami akan balik beraya 3, 4 hari awal sebelum raya, jadi dapatlah berpuasa kat sana sambil jalan-jalan cari makan nostalgia.


Dekat Ipoh, selain dari kueyteow goreng kerang, nasik ayam hailam, mee kari, laichikang ada telur puyuh rebus, yong tau fu, fish head kari coffee house tokey china, dan nasik daun pisang tamil yilem the villas, ada satu lagi kedai restaurant terhebat, nama kedai tu....
'Kedai Nasik Kandar Wanggey Station Bus Tanjung Rambutan'
panjang kan nama dia? nama dia sebenarnya orang tak tau, orang cuma refer nama macam tu la bila nak cerita pasal dia,  Nasik kandar dia sangat sedap, kadang-kadang ada orang gradekan yang ia lebih sedap dari kebanyakan Restaurant Nasik Kandar-pseudo ie; Pelita, Kayu dan Subaidah. 


pada satu hari, kami sekeluarga setting nak bukak puasa dekat nasik kandar wanggey ini, tapi disaster nak berlaku, ada seorang budak comel bernama Zulfikar telah terpengaruh dengan iklan TV A&W... iklan tu sangat best sebab ada beruang besar yang sedang menari-nari sambil pegang mug rootbeer float.




Dengan perasan yang mak bapak aku akan dengar proposal aku untuk bukak puasa dekat A&W telah membuatkan aku menaruh harapan dari pukul 3 petang....


" yesss malam ni abah bawak kami bukak puasa dekat restoren A&W ada beruang pegang air sarsi ada aiskrim"


" Malam ni kita bukak puasa dekat pekan ye, tak yah masak tau" abah cakap dekat kami.


Bila sampainya masa tu, dalam pukul 5.30 macam tu, kami pun keluar nak bukak puasa, bila lalu je dekat restaurant A&W tu, bapak aku takda bayang-bayang pun nak slowkan kereta, takda hint pun macam nak cari parking, takda gaya pun macam nak drop off kami depan pintu A&W tu...


Bapak aku terus je bawak kereta tu laju-laju pergi tempat yg sangat familiar, iaitu all time family aku punya favourite restoren iaitu nasik kandar wanggey. apa lagi, masa tu aku punya tak puas hati hanya tuhan yang tahu....


"Abah, kita nak pergi mana ni bah? tadi abah cakap nak makan kat A&W"


" tak jadilah nak makan sana, lapar nasik la, kita makan nasik kandar la baru sedap, ammak rombek nallarekek!"


bapak aku cuba buat lawak cakap tamil sambil goyang-goyang kepala sambil sengih-sengih. Tapi sumpah masa tu aku rasa annoyed gila, aku sikit pun tak rasa lawak. Apa ni kes mungkir janji, tak boleh dibiarkan!


nasib baik masa tu Hazama takde lagi, kalau tak mesti aku dah nyanyi lagu mungkir bahagia dalam kereta!


" Hei zulfikar, Hazama tu nyanyi lagu tanya sama pokok la, Hazami tau tak, Hazami..Hazami!"


***********************
Masa dalam kereta, aku cuma layan muncung mulut je, sambil mata buat pandangan redup dan tajam, tapi agak-agak 20 minit takde respon dari mak bapak aku, aku ubah strategy dengan membuat gaya merajuk zaiton sameon, bangun dari sandar kat kerusi, pandang kat tingkap kereta, buat pandangan jauh, mata tak berkelip sambil mengalirkan air mata azean irdawaty.
" pun takde sape kesian jugak"
Last-last, bila dah parking semua, nak pergi restoren wanggey tu, langkah kaki aku longlai je, sambil jalan macam nak seret-seret selipar...tangan panjang je ke bawah macam orang utan...sedih kan???
"pun takde sape kesian jugak"
Mak bapak aku buat dek je, langkah terakir, bila dah nak masuk pintu restoren wanggey tu, aku buat gerakan finishing yang tiada tolok bandingnya..


Gerakan ini akan memahatkan kenangan yang memalukan dan meloyakan bagi aku... aku merajuk gila babi, taknak masuk dalam restoren, mata berair, hingus meleleh, sambil aku berdiri je kat luar restoren nasik kandar tu sambil aku bersedih pandang lantai, kaki kuis-kuis pasir. Tragis kan?


Agak tragis la jugak kalau restoren tu full pack ramai orang, semua orang yang perasan tengok je sesi merajuk tunjuk perasaan aku. Malu gila wehh!!


" Malu gila wei, ko rasa apa masa tu Zulfikar? ko tak malu ke?"


Tak malu ko cakap? malu gila sekarang,  tapi sebab masa tu aku budak-budak sangat, umur dalam 4-5 tahun tu buat aku tak rasa malu, sebaliknya aku rasa akan adanya makcik dan pakcik yang kesian tengok aku dan bersimpati, lantas cakap dekat mak-bapak aku. 


" kesian teman tengok anak kamu tu yeop, pergi la bawok dia makan A&W tu, sedih bebenor tengokkan muka dia. udah rupe sardin!"


kadang-kadang aku berangan jugak ada kakak yang cun macam Raja Ema akan datang pujuk aku macam bidadari turun dari UFO....


Tapi itu semua hanya angan-angan dan impian aku je, Takde siapa yang ambik peduli pun, orang duk tengok kejap je, pastu diorang sambung kelam kabut siap-siap nak berbuka. 


Aku je perasan sendiri kot-kot mak aku kesian kat aku, tapi bila tengok mak aku bangun kelam kabut pergi kaunter display lauk pilih ayam, sotong ngan ikan bawal. Aku mula rasa punah harapan.


Pastu, sesi merajuk tunjuk perasaan ini berakhir, bila bapak aku bangun pergi dekat mak aku, Kaunter display lauk tu dekat pintu masuk, aku pulak merajuk dekat pintu masuk konon-konon taknak masuk la..


Bapak aku cakap.....


" kamu nak protes sampai bila ikar? kamu taknak makan? tak lapor? masuk makan! takde sape nak bawak kamu makan A&W"


" Tapi abah cakap siang tadi, nak bawak gi makan A&W..sooott.. soott.. srott.. sob sob sob..huk huk sob sob"


" Takde-takde, kamu tak makan sekarang, balik nanti kamu lapor, abah kurung dalam jamban, biar tidur dengan katak!"


Dengar je kurung dalam jamban tidur dengan katak, terus hilang mood merajuk aku. cepat-cepat aku masuk duduk kat table sambil tunggu azan maghrib bukak puasa. Tragiskan ending episod merajuk aku?


Dah lah takde sape nak kesian, pastu takde sape nak pujuk, tak dapat makan A&W, dapat ancaman kurung jamban pulak tu. 


"Kesian betul Budak Zulfikar tu lah"

 *******************

Ini Nasik Kandar Wanggey Versi kuah banjir lauk banyak tak ingat dunia

Inilah rupa all time favourite restoren nasik kandar keluarga aku, dan inilah rupa scene merajuk aku, exactly sama, sebab  tak berubah lansung rupa dia

Ni kaunter display lauk tempat mak aku pilih2 lauk ayam, ikan semua bagai.

ni portion, dan lauk yang selalu aku mintak, cuma aku  punya kari lebih dan  ada kuah pedas. Bulan-bulan puasa ni memang la sedap tengok gambar ni kan? Yang si Zulfikar ni takde benda lain ke nak letak?

P/s sebabkan aku tengok entry ni dah dekat 8 page kalau convert dalam word, aku sambung merajuk #2 kat entry lain la ye..  :)  apa kata korang citer sikit2 merajuk korang kat ruangan komen.. weeehuuuuu~~~

19 comments:

  1. hahahahahaa....!!!

    aku malu kot kalo merajuk org tak layan...

    haih~

    selalu mak abah aku buat x perasan je kalo kitorang merajuk..

    ReplyDelete
  2. wahhh, selalu jadi first komen ni.. :)

    merajuk paling sedih adalah merajuk org tak perasan.. sedih dia boleh terbawak-bawak 20, 30 tahun tahu tak!!

    ReplyDelete
  3. aku kalau merajuk aku diam-diam je. aku tak suka tunjuk. haha. sebab ayah aku selalu tak ada kat rumah 5 6 bulan, tak boleh aku tunjuk yang aku kuat merajuk, sebab aku abang paling mithali kat rumah. haha boleh?

    tapi gaya merajuk kau kalau buat drama, mungkin boleh menang award pelakon terbaik yang gagal. haha

    ReplyDelete
  4. alahai...rasa nak nanges plak baca kisah ko ni..
    aku sampai sekarang cepat merajuk,kadang-kadang aku pun rimas dengan perangai aku sendiri..

    aku pernah tantrum kat depan rumah sampai mulut kena tonyoh dengan cili padi haaaaaa

    ReplyDelete
  5. aku memang pantang tgk bebudak merajuk hentak2 kaki ni..rase mcm nk bg penampo sulung..lantak la anak orang ke tak..wakaka..jahat gila!


    errr..aku jarang merajok kot..ntah le..tak berapa nk ingt skill aku merajuk camne time kecik2..

    ReplyDelete
  6. weh nasi goreng wanggey!
    femes sial tapi gua sbg rakyat jelata ipoh tak penah sampai lagik

    uhuhu

    ReplyDelete
  7. hahahahaha pergh! gaya merajuk aku masa kecik2 memang gaya eton sameon tu! memandang jauh bujet cool sambil air mata meleleh perlahan. tapi sumpah tak pernah berjaya.
    bapak aku tentera darat dan sememangnya ketakutan untuk merajuk nak menangkis misai dia tu menghalang dari bersuara ketika merajuk.

    tu yang leleh eton je mampu. kang main hentak2 kaki kena terajang, tak merasa aku duduk u kang. HAHA

    *2 minggu lepas pencen, bapak aku boleh ajak ronda - ronda bandar. 1st time in ma life. pencen baru berubah. fuhhH~

    ReplyDelete
  8. kahkah..aku tak ingat caner aku majuk dulu-dulu..adehhh.tp aku rasa takla sampai mengamuk nangis hentak2 kaki tu.keke. sumpah aku xpenah makan kat A&W, sedap ke? 0_o

    ReplyDelete
  9. cerite merajuk den:

    Ngam2 dh nk rye so mmg suswei sgt nk citer..

    Merajuk kat parking motor tepi Billion Kajang..

    Konon2 xtaknak balik umh sbb xdapat baju ade gmbr ninja turtle..

    Ayah aku dah tggu atas motor tapi aku xnak naik..

    NAk tau ayah aku wat ape?

    Dia ugut nk tggal kan aku..

    Betul2 kne tggl..

    Lintang pukang aku keja dr belakang & sejak tue xberani nak merajuk kat ayah aku.

    Hahahaha..

    (Lame aku nangis cari ayah aku rupe2 nye dia nyorok tgk gelagat aku..padan muka aku..)

    ReplyDelete
  10. hahaha..buruk betul gaya merajuk die..kte kalau merajuk diam-diam je kalau tak tahan sangat baru meleleh air mata tapi secara senyap jugak..hehehe

    ReplyDelete
  11. nampak macam macho (nampak je la kan! hehe!) tapi berpuluh tahun merajuk. kesian ya.. (>.<)

    ReplyDelete
  12. saya merajuk sbb kena g mandi sendiri, selalunya atuk yang mandikan...
    so, bengang punye pasal guling2 atas pasir depan rumah... yup, naked!

    tpi ms tu blom mumayyiz lagi..heeee

    ReplyDelete
  13. hahaa. sekarang dah jadi cam slash muka legend bagai boleh citer tanpa segan silu la zulfikar oii.

    aku lak tak banyak beza cara merajuk. tapi paling hardcore sampai sesak nafas >.<

    ReplyDelete
  14. GR : bapak ko kerja apa berbulan2 tak balik ?

    elelelele, ko mesti pernah merajuk.. aku rasa ko ni jenis makan dalam... masuk dalam bilik..layan syahdu sorang2 kan kan kan

    NOI : tengok muka dah dapat agak dah.. ko ni jenis merajuk tantrum ni....tapi tonyoh cili padi tu mak aku pun pernah buat kat abg aku kakaka..

    cik sha : sama la kita.. tension gila tgk budak hentak2 kaki...

    ko jarang merajuk? mesti ko selalu dapat apa yg ko nak dulu2 kan ? hehe

    Farah Awang : orang ipoh wajib makan sana walau sekali seumur hidup... mana ade jual nasik goreng kat wanggey.. nasik kandar je la...

    HaikalBlank : ko memang mat drama kan? layan air mata la ni.. hahaha

    bapak ko terbawak2 dengan watak askar dia kot.. aku syak dia pangkat Rejimen sarjan mejar. betul tak?

    SweetyMui : A&W syyyeeedaaappp....

    Nizam : baju ninja turtle.. hahahahaha mesti masa kene tinggal ko panik kan.. mcm rasa nak jadi org gelandangan je plak..

    Fayad : ala.. merajuk sambil ada action baru la hebat... ni ngalir air mata je tak best tauu!

    cbonksunanie : wakakakaka guling atas pasir naked.. sumpah lawak kalau bayang.. hahaha

    Syazwan : mesti ko layan sedu sedu nangis tu sampai sesak napas kan? ke ko nak raih simpati sambil wat2 adengan sesak napas? hahahaha

    ReplyDelete
  15. samer r mcm ambe...dulu mak bapak nk kasik duit walau10sen cukup r susah..nak seposen je..tok cukupkan wit nak beli eskrem mahal skit...dulu eskem batang (xigt jenis aper) harge 50sen.duit lam tgn ade seposen..mintak2 xdpat,,trus kuarkan air mata..dorang xlayan pon..kemudian mengmuk2 (kalu igt2..malu la....),siap masuk bawah kusi lagi sambil nangis2..dulu kerusi rotan tu...abis nangis lingkupkan kuso tu..pon dorang wat dek je...pastu siap dapat upah free..penyankut baju pasal sepahkan rumah..sekian..hahahahha..terukkan..tp kat luar..xder la ngamuk camtuh..setakat kuar air mata j la..

    ReplyDelete
  16. penat ah merajuk...bukan ade org layan..haha,menci tahu :P

    ReplyDelete
  17. wakakakka... memang tragis la ending ko merajuk. kesian tul xda yang pujuk bha..hahahaha

    ReplyDelete
  18. Hurmm..cam familiar jerkk gambar restauran nih..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...