February 27, 2011

Cerita yang tangkap Leleh....

Assalamualaikum...

Tiba-tiba aku nak menulis pasal ni, Cerita, Drama, Filem, hikayat penglipur lara, novel, cerpen atau apa sahaja hasil seni yang mampu membuatkan aku melelehkan air mata, tapi sebenarnya bukan sedih sangat pun, cuma bilik aku ni banyak habuk, sementelaah rumah aku berada didalam kawasan Kuari yang banyak serpihan2 pasir yg bertebangan, kalau masuk mata tu yang aku meleleh air mata tu.

Macam dirancang-rancang pulak, aku nak menulis pasal ni sebab aku terbaca dekat Blog si ARCx13 ni....dia cerita yang drama jepun tu buat mata dia masuk habuk... pastu petang tadi, aku ada tertengok Filem Hindustan...aku benci filem tu sebab dia berjaya menjatuhkan ego aku sebagai kanak-kanak lelaki 15 tahun lalu..dan membuat aku menangis mendengu-dengu...

Meh aku nak kongsi Filem/drama/pementasan apa yang berjaya membuatkan aku meleleh!



Filem ini sangat sedih bagi aku la..kalau korang tengok tak sedih tak bermakna aku pondan dan tak jantan, cuma mungkin jiwa kecil sensitif aku ni berjaya di jentik oleh kisah si gajah.

1. Haathi Mere Saathi (1970-an)

Filem ni la petang tadi ada tayang kat TV2, aku lepak kejap, pastu mak aku tersangkut kat filem ni, aku ckp dalam hati

"takleh jadi nih, kang aku layan citer ni, mau aku trouble nak cari ayat cover kenapa mata aku merah berair, baik aku masuk dalam main internet"

Aku ingat lagi, aku tengok citer ni masa darjah 5 kot, masa tu..aku layan citer ni..meleleh2 air mata aku, masa tengok Rajesh Khana (hero) pukul gajah si kawan baik dia...aku sedih sangat sebab Gajah tu banyak tolong, tolong selamatkan Baby dia, tapi telah difitnah oleh 'paro' si maid yang jahat dan bini dia yang kelabu mata dek terlalu kasihkan anak dia.. sedih wo citer ni.. ini lah filem pertama berjaya buat aku menangis sepanjang ingatan aku..korang pergi la tengok kalau tak percaya..

sinopsis ringkas : - ada sorang anak yatim, membesar dengan sekawan gajah dr kecik, buat show tepi jalan dengan gajah2 ni utk cari makan, gajah2 ni banyak berjasa pada dia, dia dah anggap mcm adik beradik dia...masa nak kawen pun dipertemukan jodoh oleh gajah tu, bila dah kawen dan kaya, dia bela gajah tu elok2, bagi bebas masuk dlm umah banglo dia, bila dia dapat anak, bini dia buat masalah meroyan pulak, takut gajah pijak dan bunuh anak dia..trauma lepas tengok ada budak mati kene belasah ngan gajah masa dia pegi spital. last2 menangis2 dan berhingus2 la aku bila tengok Rajesh Khana pukul gajah tu, marah...belasah gajah tu yg sebenarnya disalah anggap masa tengah selamatkan baby,halang ular patuk baby dan selamatkan dari lemas... sedihnyaaa wowwwoooo sob sob sob... :(




Klip dan lagu IKON lagenda dari filem ni..budak2 muda yg belum pernah tengok citer ni, boleh la nak tengok dan hayati kesedihan perjuangan si Gajah dan Tuan Gajah..seeedih.

2. A Momment To Remember..(2000-an)

Aku bukan peminat sangat tgk drama & filem mat2 minah mata sepek ni... aku suka Hollywood. tapi aku telah berjaya dipengaruh oleh Wan Narezuan aka Chewe dan kawan2 yang beriya-riya rekemen citer nih...diorang ni beriya la ckp

"ko pergi tengok dulu Ikar, jangan berlagak sangat, aku ckap ko kompom tangkap sedih punyeeee..tapi satu nasihat aku la, ko nak layan, ko layan sorang2 dalam bilik, kunci..ingat kunci!!"

aku pun dengan penuh semangat kepahlawanan..memberanikan diri untuk menonton filem ni dengan meminjam DVD dari adik bongsu aku (penggila citer korea tahap gaban..berangan konon2 homsayok homsayok...ape benda tah)..... aku pun tengok, tapi taknak menjadi budak degil dan mempertaruhkan kejantanan aku, aku mengambil nasihat utk mengunci pintu bilik dan tengok sorang2 kat PC....mula2 lawak, funny..comel.. biasa la lawak korea kan..sungguh2 dengan memek muka dengan lawak badut semua ada.....

sekali... dengan tak semena-mena...... sobb sobbb sob... ada pepatung dan kelakatu terbang, terjah masuk dalam mata aku..apa lagi..berair2 la mata aku..ingus pun mengalir cair dlm hidung...ye la duktus air mata kan bersambung dengan hidung... potong stim betul kelakatu tu la.



Cerita ni sangat sedih..perasaan bercampur baur antara lawak.. sweet, romantik dan sedih.. sedihnya masa suami dia tak relakan isteri dia lupakan kisah cinta dia.. :(


sinopsis ringkas :- hero ngorat heroin (masa ni lawak) heroin jual mahal, tapi lepas tu tangkap syok kawen... lepas kawen heroin kene Nyanyuk kronik...Alzheimer kalau saintifik ckp..hari demi hari Heroin melupakan kenangan percintaan dan kasih sayang..Hero berusaha menyayangi dan mempertahankan Istana cinta mereka.. cheewah... ending?? tengok sendiri.. biar kelakatu masuk mata korang lak!!!

3. Teater Muzikal Tun Mahathir 2... KLIK

Aku telah diajak oleh zikry utk tengok pementasan ni kat istana budaya... kami berempat, Zikry Chewe, Shahril dan aku... semua perasan pendekar dan jantan metropolitan... semua budget nak gelak2 tengok awek Istana budaya menari..meliuk2kan punggung dan tangan.....konon2 nak happy2 la.....

Sekali... datang pulak Part Tun Mahathir punya Jasa dan pengorbanan di review... ni kalau budak2 reformasi tengok ni pun boleh sebak dada... paling sedih masa Part nak ending, bila Tun M umumkan nak letak jawatan dan dialog sepi dia bersama Tun siti hasmah... senang cerita korang baca la review yang aku dah tulis lama dah kat SINI........

Okey, kesimpulannya, segagah2 jantan perkasa...bila tengok cerita yang sedih..kena tang sanubari dia...tangkap leleh woooo...

Kesimpulan lagi.. bila anda semua tengok Movie sedih kat TV bersama keluarga atau kawan2 bujang.. bila salah sorang bangun nak amik air kat peti ais.. atau nak pergi toilet, jangan percaya sangat!!... dia tengah mengatur strategi nak menyorokkan air mata ...tak pun amik kesempatan nak hembus ingus kat sinki... alaaa.. macam aku taktau tektik korang..(aku pun selalu buat) hahahahahaa

P/s kenapa filem Melayu dan Hollywood takda?? sebab aku tulis secara sepontan dan ikhlas, aku hanya ingat sangat 3 filem dan pementasan ni je, yang betul2 buat kelakatu terbang masuk dalam mata aku.. maybe ada banyak lagi filem sedih lain, tapi aku tak ingat dlm sepintas pemikiran.

9 comments:

  1. not a big fan tho, tapi bila tgk citer Haathi Mere Saathi , superingly boleh humming lak lagu2 dia.

    haha

    ReplyDelete
  2. jarang jumpe lelaki yg akan tangkap leleh bile tengok muvi @ apa2 cite sedey..

    ReplyDelete
  3. haha..betul2..bila tengok aper jer cerita hindustan..atau korean..nak tak nak..airmata pasti keluar gak..

    ReplyDelete
  4. x sangka en zulfikar nie dlm hati ada taman rupenya... :P

    ReplyDelete
  5. ouh..susah nak tengok lelaki menangis tengok drama @ movie..tahniah! hahaha~ ops!

    da tengok One Liter of Tears? Cite jepun..genti nangis jugak!

    ReplyDelete
  6. Blabler : hahaha... lagu hindustan = bila anda nak berlagak ckp hindi tapi taktau.. just ulang balik lirik dia dan buat2 muka ala shahrukh khan.. kekekeke

    Ana: saya terpaksa ngaku la saya nangis tengok citer ni.. sedih sangat la... :(

    AD: masa tengok citer ni, bukan takat adas taman je...siap peluk bantal panjang, baring terkepot pegang sapu tangan... tapi kunci bilik :) hehehehe

    Nor moscow : tang sedih tu mmg sedih takleh nak elak

    Sunah : Wahh nangis tengok movie pun dapat tahniah.. mcm dapat n0 1 dlm kelas pulok.. :P tu la One liter of tears tu ramai blogger ckp sedih.. nanti nak rembat dvd adik la...

    ReplyDelete
  7. memang sedih..setiap episod ang nangis karang...hahaha~ sedia satu baldi..:p

    ReplyDelete
  8. cbe tengok cite hachiko. penat tahan depan mak ayah. tapi air mate meleleh2 sendiri. tak leh tahan gile.!

    ReplyDelete
  9. Sunah : saya lelaki tough... hahahaha

    Wath : Hachiko? citer pasal anjing yg setia ke? :(

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...