February 1, 2011

Dilema seorang Fresh Graduate.

Assalamualaikum,
Maka..hebohlah seantero dunia maya internet ini, bergempitalah akan keamanan blog2 yang selama ini damai dan begitu asyik berdondang tentang kecomelan Legging, Header dan BE nuffnang.. kini semua begitu sibuk ingin mendapatkan sepotong dari Hype akan berita pergolakan di Mesir...semua seoalah2 berubah menjadi koresponden tidak bergaji yang rela hati menyampaikan berita pergolakan di Mesir dan Tunisia...tidak kiralah samada berita itu berita betul, palsu atau fitnah Laknatullah... maka berjoli2 lah pihak2 yang tidak sekufu dengan aliran mainstream, menyebar2kan fitnah akan Rakyat dan student Malaysia di sana dirogol dan dibunuh oleh penunjuk perasaan....


Berpestalah mereka seumpama ikan keli menyambar perut ayam...bermulalah episod opportunist2 menyucuk jarum2 dakyah kebencian, mengambil kesempatan akan kehiruk-pikukkan untuk menjadi popular, samada penulis blog ataupun Ahli Politik yang dahagakan tunjuk perasaan, reformasi dan kebangkitan rakyat... dengan harapan momentum kebangkitan rakyat di negara timur tengah dan afrika utara itu berjangkit ke kebangkitan rakyat di Malaysia.... sehingga tidak teragak2 mengumpul dosa menyebarkan fitnah...dan bertanya2 soalan yang membuatkan aku jengkel pada mereka..


" ehh Rakyat Tunisia dan berjaya gulingkan diktator, Mesir pun dah bergolak... Malaysia Bila lagi?"


Kebanyakan yang bercakap2 dan berkongsi2 hype berhaluan kiri ini, kebanyakannya generasi yang penuh dengan rasa amarah dan mempunyai sifat memberontak yg tidak tentu pasal, Seperti James Dean di dalam 'Rebellious without a cause' memberontak dengan jaket kulit dan jeans biru...tetapi kerap mereka ini tidak mengkaji dan mempunyai pengetahuan sejarah akan perkara yang berlaku, tapi cuba bila kita tanya diorang balik.. mereka akan gelengkan kepala dan hinggutkan bahu...



Tunisia mmg layak kerajaannya digulingkan, kadar pengangguran di tunisia mencecah ke 15%, iaitu dari 100 orang, 15 orang yang tidak mempunyai kerja, sementara itu pemimpinnya hidup mewah dan kaya raya..Presiden Tunisia Presiden Zine el-Abidine Ben Ali (74) telah lama mencengkam pemerintahan (27thn) hingga tiada lagi ruang utk orang lain cuba melakukan perubahan terhadap korupsi dan penindasan yang berlaku.




Macam mana pulak nak disamakan dengan Malaysia??? rakyat hidup aman makmur, makan cukup, gaji ada, pendapatan ada, kesihatan dijaga, hospital masuk sakit demam bayar RM1.00 je, ubat free... masuk ward bayar RM20-35.00....setiap rumah almost ada kereta sebijik, TV ada, nak main internet tak disekat, nak Facebook? youtube, blogspot? YM? semua ada....pendidikan terjamin, tak cukup dengan IPTA, kerajaan buat politeknik, tak cukup politeknik buat pulak IKM, tak cukup IKM, kerajaan buat IKBN...tak cukup tu, kolej komuniti, ishhkk kalau aku nak sebutkan semua institut pengajian selepas sekolah menengah ni, mau penuh entry blog aku kali ni...belum nak sebut IPTS lagi....



*aku pernah tengok institut pengajian sri cempaka..kelas dekat rumah kedai 2 tingkat..punya la pelik nama, dekat kampar...



"Kau tak tau Zulfikar, kau cakap senang la, cakap guna lutut, mata hati buta, mentang2 ko dah dapat kerja, aku ni!!! aku ni!!! aku ni belajar MBA tau takkk?? ada degree business admin.. kerja mmg la banyak, tapi takkan aku nak kerja assistant exec plak? takkan aku nak kerja asst Manager Pizza Hut pulak?? ckp guna akai la Zulfikar OOOOoooOoooiiii"



Laaahhhaiii... sebab aku ckp guna akal la aku senang sikit nak sekolahkan kau ni Mat bin Jenin oi, habis tu, ko sorang je la ada Degree business admin tu? ko sorang je la ada diploma engineering tu? aku ni ape? keluar sekolah menjahit? keluar sekolah memandu? aku ada sijil barang segulung dua...boleh je aku kumpul pengalaman, kerja jadi Marketing exec jual biskut...aku boleh je kerja cari sara hidup jadi waiter Pizza hut, aku rela je kerja Cashier Cum supervisor restauran nasik campur kat sek9 shah alam tu... pokoknya bukannya takda kerja, pokoknya bukan masalah pengangguran.. masalah utamanya adalah korang ni takda willpower dan usaha untuk keluar dr masalah pengangguran yang korang sendiri cipta tu.


Best ape jd Assistant manager fastfood..gaji byk, kerja ada staff..takcaya tanya ijam.

Ape salahnya korang mula rendah sikit dari apa yang korang layak, korang kumpul pengalaman tu, start dari executive or non-managerial level, kemudian ada pengalaman, pandai buat kerja, slow2 la naik pangkat, kalau korang ada diploma engineering, korang start la dulu dengan Jd technician ke asst engineer ke.. dah teror nanti naik la pangkat tu... bukan lama pun.. 


aku start marketing exec.. kerja kuat dan reti buat kerja, alhamdulillah aku dapat marketing manager, pemangku pengurus syarikat. pokoknya korang mahu atau tak dan malu atau tak?.... fakta dan hujahnya senang sangat..kalau Malaysia ni kerja takda, negara miskin dan tak makmur, kenapa pulak 3 juta rakyat asing datang sini cari makan, cari kerja? bukan sikit 3 juta tu tau.. bersepah datang dari Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Nepal, Indonesia....Naik penuh bandar klang, puduraya, kampung baru, chowkit dengan diorang jee...itu korang ckp Negara tak makmur lagi?



"ala Zulfikar, ko cakap mcm bagus kan... ko tau kan diorg tu kerja apa? ko cakap tak pikir.. ko nak aku buat kerja mcm diorang ke? aku ni Graduate tau tak?? aku ada degree...ada diploma.. ape barang kerja mcm bangla"



Kerja apa? Kat KL, Shah alam, klang dan Jb..bersepah Indonesia kerja Cashier restoren...aku pernah kerja cashier.. x jd masalah pun... dari duduk 'ngatung' tak buat apa kat rumah.. baiklah korang tongkat dagu kat meja cashier restoren tu... dapat gaji sebulan RM 1000, ada carum EPF.. takda la korang kerja ngepow duit mak bapak je hari2.. dah la tahun lepas pow duit masa shoping raya, tahun lepas lagi pow duit beli laptop, sebelum2 tu pow duit beli EX5... boleh dah kot kerja cari duit sendiri.


Aku berani bertaruh, kepada yang takda kerja tu, yg dah 3bulan tak buat apa tu.. cuba korang walk in dekat Mcdonald, kat kenny rogers, KFC, 7-11, dan mcm2 lagi lah.. bersepah kerja menunggu, "wanted!!! assistant manager, supervisor needed" setakat entry level fresh graduate ni, 80% boleh dapat la kalau setakat walkin interview tu.. sambil2 kerja kat sana, sambil2 la korang usha kerja lain...boleh la hantar resume dekat Petronas ke, sime darby ke, maxis ke, UJM, GLCs, JPA dan mcm2 lagi lah...korang tunggu la panggilan dr interviewers tu.. sambil2 tu korang kerja apa yang ada, asalkan poket terisi, masa terisi.. korang berbakti pada ketemadunan manusia dan pembangunan masyarakat.. aku pun dulu fresh graduate jugak, aku pun melalui jugak waktu2 kritikal lepas konvo tu.. dilema seorang graduate...


Apa itu Dilema seorang fresh graduate?



1. Aku sekarang ada Diploma/degree, takkan aku nak kerja Fastfood.. takkan aku balik raya kampung nanti aku nak ckap kat orang kampung aku Manager Pizza hut... sepupu aku amik STPM pun dah kerje gomen.. dah jadi cikgu ganti... takkan aku keluar U aku kerja 'bese-bese' je...------> malu tak bertempat


2. Aku ada degree, takkan aku masuk kerja aku nak duduk bawah manager diploma je kot.. eeee hinanya , aku ada degree ni nak kerja ngan tokey ada spm je??? ape barang! -----> tak sedar diri


3. Lepas aku konvo je...aku dapat skrol ni, aku nak kerja Pegawai Tadbir Diplomatik terus.. hari ni pulang Jubah Konvo.. Lusa aku tau...aku nak Government panggil aku kerja jadi Timbalan pengarah, baru berbaloi dengan usaha aku 5 tahun study siang mlm kan... ---->kuat berangan/tak realistik


4. Aku Start2 kerja, aku nak Gaji paling kurang RM2800...degree katakan... baru la betul... nanti balik boleh la aku beli Honda Civic Fd2 TypeR... apa barang beli VIVA... anak buah aku kat kampung kerja kilang dah beli Myvi kaler pink.. eeee ape kelas....kwn2 aku SPM dulu kerja tebar roti canai pun dah pakai Wira GSR turbo... --------> tak humble lansung, MaMat perasan anak datuk


5. Aku bukan taknak kerja2 tempelan ni, kerja2 partime ni, buang masa lah... lagipun aku nak fokus cari kerja, buat resume...hantar resume.. gi interview... kalau aku kerja partime or kerja 'bese-bese' ni nanti aku tak sempat nak cari kerje lain ------> Bullshit!.. alasan demi alasan, malas ckp malas...


6.I taknak malukan mak bapak I, takkan I Grad Masscom, I nak kerja Banquet Hotel pulak kot!!!!!! eeeeee.. kesian mak bapak I...bagi pelajaran tinggi2...anak jadi waiter -------> kesian lagi kat ko, dah tua bangka kerja mintak mak bapak bagi belanja.


Realiti Hidup
1. Kawan aku sebelum Jadi Kapten Tentera Udara Malaysia kawal menara airport, dia pernah kerja waiter Cafe, Asst manager Marrybrown, salesman telefon ajaib lepas grad (heheh tergelak sikit pulak, punya lawak) ---> tak caya tanya Shahril Husin


2.Kawan aku sebelum Jadi Pegawai Kanan Perlesenan Majlis pembandaran Selayang, pernah kerja cashier restoren nasik campur, jual hotdog dekat kiosk midvalley, kerja 7 eleven, kerja jual saham pakai calling2-->boleh tanya Zikry...


3.Kawan aku sebelum jadi Exec kualiti kat Jusco pernah jadi waiter kat Hotel, supervisor kat foodcourt, asst manager Mcdonald, waiter banquet.---->bukti hidup Chewe


4.Aku sendiri, sebelum jadi marketing manager, aku pernah kerja cashier cum supervisor restoren nasik campur, waiter banquet hotel, partimer pizzahut, marketing exec jual biskut ---> tanyalah aku :)


5.adik pompuan aku sendiri, sebelum stabil dekat Astro..dia kerja waiter kenny rogers..takda masalah pun..


6.Kawan aku, sebelum stabil kerja dekat Uitm (bakal penolong pensyarah) pernah kerja kat Cafe Uitm...serve orang... skrg dah naik pangkat dan dapat kerja elok pun...


Pokoknya.. bukan takda kerja, pokoknya bukan kerja tak sesuai, pokoknya bukan kerajaan tak sediakan kerja untuk lepasan Universiti, pokoknya bukan ekonomi Malaysia tak makmur, bukan kerajaan zalim, bukan sistem kapitalis, bukan penindasan, bukan perlukan gerakan ala mesir dan tunisia, pokoknya......tanya diri anda, anda malas atau rajin!!!


P/s Rakyat tidak akan tunjuk perasaan nyatakan ketidakpuasan hati jika mereka puas hati, perut mereka kenyang, tidur mereka lena, Gaji mereka ada...sebab tu kat Malaysia reformasi tak dapat sambutan, tunjuk perasaan berapa kerat je yang datang...


PssTttt: aku takda niat nak tukar blog aku ke Mode politik... cukuplah ianya hanya sekadar RASA HATI...sambil nasihat diri.. sambil berkongsi ....

42 comments:

  1. aku sangat suka dengan entri ni. ini kenyataan yang benar. memang orang selalu salahkan kerajaan itu dan ini. lupakan sejenak konspirasi politik atau masalah dalaman kerana semua itu memang ada dalam setiap kepimpinan. walaupun aku tak senang dengan segala kosnpirasi dan masalah dalaman kepimpinan kita tapi aku tetap masih bersyukur dengan apa yang ada kat negara kita ni.

    mahasiswa pun seharusnya sedar realiti hidup. hidup bukan semudah yang disangkakan sebabnya tak ada kejayaan yang akan datang bergolek sampai kat hjung jari kaki untuk kita. aku, pernah juga kerja jadi budak kantin, pekerja kilang, banquet hotel, housekeeping, masa cuti sem, masa sebelum aku sambung ijazah dan aku tak kisah untuk kerja semua tu sebelum aku dapat capai kejyaan yang sebenar. mahasiswa harus keluar dari kepompong perasaan kerja-tidak-setaraf ni.

    thumbs up bro!!

    ReplyDelete
  2. Kalau x suka kerja makan gaji, macam² peluang bisnes boleh buat kat Malaysia ni..macam kakak lepas kawin memang x kerja sbb nak jaga anak sendiri..jadi kakak bisnes aje secara sampingan (walaupun org melihat kakak sebagai penganggur)..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sebab sudi bace entry yg super panjang ni di pagi hari.. moga sama2 kita mendapat kebaikan...

    Betul fitri. jika tak rase susah mcm mana kita nak hargai kesenangan..jika tak usaha mcm mana nak jaya.. jika selalu komen ngan kritik je pandai, baik jadi juri AF...

    Kak rina....jadi housewife tu bukan penganggur tau.. ia juga dikira sebagai profesyen dan dalam KDNK negara, housewife tidak dikira sebagai penganggur...

    Tak kira business ape, selagi boleh berniaga kita kene berniaga.. asal barang jd wang :)

    THANKS...

    ReplyDelete
  4. like2..~~ tapi saya masih blum menghadapi... takut bile tiba masa dah grad nnt takut gak nak kerje kat kedai makn sbb pikir apa org cakap... tapi jauh dilubuk hati, mmg nak rasa segala kerje yg bersusah payah untuk kesenangan hujung hidup nnt...

    terbaru dari chempaka: ikan terubuk goreng

    ReplyDelete
  5. jangan pikir apa yg org nak pikir pasal Kita ain... yg penting kita nak cari makan.. takpa2..buat masa ni cempaka/farah/ain fokus study dulu betul2... nanti dah habis study.. baru semakkan pikiran pasal dunia kerjaya ye :)... gudluck.. :)

    ReplyDelete
  6. setuju dengan entry ni....saya pon sebelum jadi cikgu..masa tunggu posting, penah jadi kuli kiosk makanan,cashier, tolong basuh pinggan, gaji ciput gile, sejam rm2.50, sehari rm25 je... sebulan rm500++ je..penat kot..tapi i xkesah pon..asal xbuang masa....

    ReplyDelete
  7. saya setuju.. saya pun keje cashier n kilang perabot aje dulu.. yang penting komited kerja.. gosok kayu amik sub pun boleh cecah RM70 sehari kalau dua puluh hari purata RM 50 sehari x ke dapat seribu.. lagi satu pemikiran orang terhadap pekerja tapak bina.. seorang tukang pasang tile kalau ikut jadual harga boleh dapat RM 80 hingga 120 sehari.. kan beso tu.. ingatlah.. org kite tgk org yang buat bangunan ni semua kuli.. tapi silap.. mereka dalam jalan menjadi skilled worker.. perkerja yang betul2 boleh kerja.
    \sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  8. fikar ... panjgnya entri.. hahaha...
    kalo dpt dengar ang cerita by mouth lg bes... hehehe...

    ermm.. ok2 noted..
    *terasa sbb aD x keje lg... :P

    ReplyDelete
  9. sangat suka ngan entry nie...bnyk input yang diperolehi dan bnyk gak permasalah yg slame nie dibelenggu oleh penganggur2...yg pasti smua tu hanyalah direkai semata2 utk mengaburi niat sebenar iaitu MALAS...
    dan juga paling penting, mentaliti org melayu kita masih ditakuk lame dan kalau inilah pemikiran org melayu sampai bila2 pn kita tidak akan berubahan...sampai bila pn kita tidak akan dapat mencapai mentaliti kelas pertama...

    satu lontaran idea yg bernas dr sdr fik..

    ReplyDelete
  10. waahh...suka banget entry ni. setuju 99999%. Dengan encik Fitri. Kita harus bersyukur dengan kehidupan kita yg aman dan tidur lena makan cukup dan masih mampu tersenyum. Knapa mesti sengaja ditimbulkan sengketa dan kekecohan? sebagai umat Islam kita sepatutnya BERSYUKURRRR...

    Dulu sy walaupun duk umah, keje juaL eskrim batang 20 sen > jual nasi lemak pagi > pastu jual kuih time bulan posa. pastu kerani kat opis kecik wat akaun cidb > asst. mngr jat Johnny's.> asst. mngr kat Chic Rice Shop > Alhamdulillah keje bagus skarg.

    Apa2 pon, mana2 org kalu nak amik pekerja, of cos diorg akan tertarik dgn experience kita sblm ni. Tak kira la kita wat keje apa pon (jgn keje2 haram suda..).Sebab dia nak tgk kesungguhan kita dalam hidup. Kalu tak de xperience, jgn berangan laaaa.... Better mula dari bawah sebagai "perangat"

    ReplyDelete
  11. Tengok sini.... lepas grade dulu sanggup aku pagi2 bute, jam 6.30 dah terpacak tunggu bas ke tempat kerja... punch card pukul 7 ni... tapi dek kerana semangat ni kerja kerjaya first la katakan... sanggup... kerja ape? cashier je... tu pun part time... RM 4.00 sejam... dalam pade tu, ambik peluang blajar-blajar, ape tu kerja!... dapat peluang lompat tempat lain... pelahan-lahan naik... cafe manager... lepas tu jatuh terduduk ditipu majikan... Ni mase aku kerja di seksyen 9 la... turun bawah balik.. huuu.... haru... keje hilang... awek pun nak tak nak je... keje kuli balik... angkat kerusi meja... angkat pinggan... cuci pinggan.... tak malu lah.. kerja halal... duduk umah, ade gaji? ade caruman kwsp?... sambil2 tu raih lagi sebanyak ilmu yg ade.. mental hampir2 nak down... semangat hampir2 nak patah... tapi tuhan tu bijaksana... Die tahu dah rezki aku tu jalannye mcm mane.. tau2... skakng ni naik pangkat... gaji ribu2... tunggu mase nak naik lagi ni... cube korang bayangkan.. kalau aku patah semangat... balik kampung... tanam jangung... tu pun kalau taman jagung... kalau mentekedarah benih jangung tu macam mane... kene kuat semangat... ilmu yg korang raih mase zaman blaja tu, sepatutnye membuka minda korang... sabar sikit... hasilnye korang akan nampak jugak....

    ReplyDelete
  12. "balik kampung... tanam jangung... tu pun kalau taman jagung... kalau mentekedarah benih jangung tu macam mane.."

    wahahahahahhahaha.......habis jagung tak sempat nak tanam...benih jagung kene makan... batas last2 jd tempat kucing berak...

    budak2 skrg ni zul. kalau boleh nak start2 kerja jd manager terus, apa dia ingat bapak dia ade share ke dlm ini company?

    ReplyDelete
  13. hang kebun - gosok kayu dapat rm70/hari? uiiyoohhhh terer...banyak rupenye sumber rezeki yg kita taktau upenyer...

    Kenny rogers shah alam, sapa yang tengah takde kerje, gi walk in kat sana... dia desperet nak pakai pekerje.. boleh la sehari rm50-60....

    Cash converters shah alam pun nak cr pkerje...DMGFOOD pun nak cr salesperson...

    ReplyDelete
  14. Nadia- rata2 kita budak2 Hotcat ni takde la nak memilih kerja kan.. berpijak pada bumi nyata.. ok ape kerje asst manager fastfood n restoren kan? setahun dua sonok2 kumpul pengalaman kan kan kan...

    Ted - yer betul.. sebenarnya budak2 tu sebenarnya pemalas!

    ADfeez - ko nak dengar aku ceramah ke? hehehe ko tanya SM banjamin tu, kalau aku start ceramah terus masuk pakej Tarbiyah nanti :P

    ReplyDelete
  15. Yup. Bidang makanan adalah bidang berkait dgn keperluan manusia. kalu benti keja on da spot pn tak risau tak dapat keja lain lagi. pasti akan dapat. bidang makanan ni amat luas. kalu tak dapat keja ngan org pn leh idup ngan keja sndri. wat tempahan kek gitu2 je pn leh idoppp

    ReplyDelete
  16. kesimpulannya yg dpt dibuat ialah
    penganggur skrg smua bersikap BODOH SOMBONG. dimana.. iya2 grad nk kuaq nk keja beso2.. bajet hebat. taknk keja lekeh2.. heheheheh tol tak?

    ReplyDelete
  17. haha... aku baru singgah sini... best la entry ko... mengimbau kenangan silam aku...

    hikhikhik...aku pas spm takleh keje... pasal tak cukup tinggi. tengok ic pun org cakap...sambung blaja je la dik oiii...

    pastu aku dapat blaja kat atma... tapi pasal bebal sangat suka cari gaduh maka aku kene kick out. pastu keje kat focus point. slambe jeee...

    then sambung diploma. tiap kali cuti sem je sebab aku malas nak amik short sem, macam2 keje aku buat. cuci pinggan kat restoran pun penah. takde hal. tapi memang keje kedai makan/restoran je la. reason? tengok bawah. nanti aku cakap kenapa. mesti orang cakap aku keji gila. haha...

    abes dip aku mintak keje kilang sebab nak cari duit sikit untuk sambung degree. result dip aku hebat bleh jadik assistant engineer, tapi dapat jadi operator kilang je. tarak hal laa... janji dapat duit.

    skang da nak abes degree dah...still time cuti sem yang panjang2 dan aku tak amik short sem, aku akan reccee kedai makan/restoran keje walaupun qualification aku engineering. tapi kalo payah sangat nak dapat keje... takde hal laa nak keje kat kedai2 makan jadik waiter ke apa... best kot keje tempat2 camtu... makan free kot... hahaha...

    just be pozitip laa kan... ko pikir satu je... nanti ko dah dapat keje best2...sesuai dengan kelayakan ko... pastu terikat dengan komitmen macam2 nak bayar balik semua... ada ke mase ko nak lepak2 makan2 kat tempat yg ko keje sambilan tu... btol tak??

    aku memang jenis suke buat part-time kat restoran fast-food. serius. sebab aku bleh taste makan kat situ tanpe segan silu tanpe bayaran. LOL!!

    keji gila kan? ahahaha...

    ReplyDelete
  18. Aslina : hahaha... sedap betul beefsteak hotel 5star kan... carbonara la, fetucini la.. semua dapat makan free... yang penting kita tak menagih duit belanja mak bapak bila dah tua bangka..

    aku suka baca komen ko, rasala dulu pengalaman idup yg bagai2 kan.. bukan kene bayar punn... org putih oversea kerje bar ngan waiter coffee bean je masa study kat harvard kan.. tak de masalah punnn

    ReplyDelete
  19. Anati Toki - betul3 ...betul2 seperti upin dan ipin ckp... :) bodoh sombong cmpur malas.. :P

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Salam perkenalan. Sokong. Aku ada ijazah dalam kewangan, siap dapat best student lagi tu, tapi aku rilek je jadi salesman jual kereta, hatta tak pakai diploma pun. Payah la jiwa suka bergerak dan bergaul dengan orang nak buat kerja pejabat. Ada juga terfikir apa kawan2 belajar, jiran2 kampung (pakcik makcik Melayu kita yang suka perati dan banding anak orang lain) kata, tapi takpelah, sementara je kan, lagi pun peduli ape, aku deliver inspira minggu lepas, dapat kom rm1.5k, sape nak bagi? tak campur kereta lain lagi.haha. Tapi aku takleh selesa, bidang sales ada naik turun, aku kena juga jaja degree aku ni, nanti2lah. Bosan dah aku disogokkan dengan kerja kerajaan la, amik KPLI la dah ada degree. Mentaliti Melayu. Bagi aku, kalau aku nak jadi cikgu, dah lama aku pilih jalan itu dengan masuk maktab, biar kerjaya tu dijodoh dengan sepatutnya, budak2 maktabla. Aku prefer lect lagi.hehe.

    ReplyDelete
  22. Aku setuju sgt, aku pn leh dikatakan tergolong dlm golongan camni gak even xlah fully qualified (bkn totally menganggur)..
    Ak mls nk cari kerja tetap atas alasan aku terpaksa menolong perniagaan ayah aku walaupun aku sangat2 la tak berminat & betul2 plan xmo sambung tradisi(tapi aku still kje part time tmt lain slalu), maksud aku disini aku xda lgsg pngalaman apa2 psl bekerja tetap..
    Yang aku sedar kebanyakan golongan2y xpernah bekerja ni tak brani amik 1st step, mmg nk kne sampai ade geng/kwn/kenalan y kerja kat situ baru la ada hati (tu pun sikit)..
    Alhamdulillah, 1st time aku dpt interview ak terus dpt kje sbgi store associate.. Selama kje 2 tahun kat situlah aku byk belajar dan berubah, MOSTLY to the positive human being.. Kat situ gak aku sedar high position is not everything, myb some of you guys ada y berpendapat kerja bwhn tak la teruk sgt malah myb ade yang happy gile.. Ada antara manager2 yang aku kenal teringin nk kerja level bawah2 sbb tension sgt ngan high position ni, it's all about experiences..
    Come on laa, without 1st step there will be no 2nd step (camne lak y nk step tahap2 supervisor apatah lagi operation manager?)..
    Jgn malu jgn segan, what's important is keep moving forward even its just a very little tiny bit! Slowly but surely.. :)

    ReplyDelete
  23. Akumuzikfilem @ Einsatz...

    Aku setuju dengan pendapat korang... budak2 ni kalau just taknak kerje je takpe la sangat... yg buat telinga aku pedih ngan annoyed ...siap ngamuk2 lagi ckp takde kerje.. masalah pengangguran.. ape la itu la ini la...aku ckp kat diorang..kerja banyak, korang tu je yg malas nak start 1st step macm Einsatz ckp la...
    semoga2 budak2 freshies ni bukak mata dan sedar dunia belajar tak sama dengan dunia sebenar...

    ReplyDelete
  24. Akumuzikfilem @ Einsatz...

    Aku setuju dengan pendapat korang... budak2 ni kalau just taknak kerje je takpe la sangat... yg buat telinga aku pedih ngan annoyed ...siap ngamuk2 lagi ckp takde kerje.. masalah pengangguran.. ape la itu la ini la...aku ckp kat diorang..kerja banyak, korang tu je yg malas nak start 1st step macm Einsatz ckp la...
    semoga2 budak2 freshies ni bukak mata dan sedar dunia belajar tak sama dengan dunia sebenar...

    ReplyDelete
  25. Aku dulu masuk Kenny xtunjuk Diploma pn..start keje dari bawah..basuh pinggan,masak ayam,korek grease trap..last2 dapat gak merasa jadi manager. (tu pun sebab kantoi aku ade diploma..hahahaha)

    ReplyDelete
  26. like dis honest entry..

    seriously, ai pun penah grad ngan selempang kuning time degree, tapi ai amik jalan dari bawah.. slow2 buat customer service jer.. then naik sket2 dan tetapkan dalam 1 bidang iaitu admin.. tukar keje mana pun, still admin sebab leh masuk suma bidang kan..

    gaji tu naik berperingkat la kan.. memang berangan la kalau pas grad terus nak jadik manajer kalau takder experience langsung ni kan..

    still searching for industry yang boleh ngam.. tapi in the same time, ai learn to build myself with confident n skills to develop, lebih2 lagi bila stat dari bawah ni kan.. bila keje sungguh2 n tak berkira, memang puas gitu.. here n there memang la ada kurengg sket, just aim for the best gitu..

    once written in my blog pasal "keje tu ada, cuma nak atau taknak jer".. ramai orang belajar tinggi2 tapi takder working experience pun satu hal jugak kan, susah employer nak hire nanti..

    in dis case, ai lebih suka belajar daripada pengalaman la kot, much2 more compare dalam kuliah.. hoho..

    ReplyDelete
  27. gha sudin : yes u r rite, itulah main point yang i nak sampaikan kat entry ni, managerial level perlukan pengalaman walaupun grad dengan selempang...

    kita menongkah bebagai dugaan untuk berjaya dalam bidang yang kita nak... even doktor pun kene jadi housemen dulu kan... jadi pelatih dulu...

    semoga awak berjaya dalam karier yang awak ceburi... keep it up!

    ReplyDelete
  28. Pengalaman yang kita timba lebih bernilai dari duduk rumah tengok tv berbulan2..makan dan tido..Carilah pengalaman sementara kita masih muda,masih larat dan masih mampu.. Pengalaman mengajar kita untuk lebih berjaya di masa akan datang..

    ReplyDelete
  29. aiza zara : betul tu... kalau setakat tengok tv, budak tadika takyah masuk U pun boleh buat ye tak? ..haha

    ReplyDelete
  30. hmmm... samalah lepas grad, penah kije cashier pasaraya, keje receptionist, data entry, sales girl, lab technician merangkap halal officer kilang makanan(kilang kecik, apa nak buat), n skg jd cikgu KPLI, cikgu pemulihan plak tu... mmg semua keje2 di atas lgsg xde kena mengena dgn biotech. tp saya mengenangkan nasihat seorang exec cina yg saya jumpa dalam komuter....

    katanya, "u kena cuba cari kerja wpun xde kena mengena dgn u pnya kelulusan. u mana tahu u punya luck (rezeki) kat mana, jd selagi boleh cuba, cubalah sajalah..." lebih kurg gitulah ayat dia.... maksudnya mmg serupa, tp pelat2 cina dia tuh dah xberapa igt sangat...

    saya xsempat tanya sape pun nama dia dan saya xingat letak plak b.card dia. amik trus simpan, tp xperasan letak mana.dan saya cukup berterima kasih sebab nasihat tu cukup2 bermakna buat diri saya yg tgh tension lum dapat keje....

    bila dah renung dalam2, betul la kata dia tu, mcmana Allah nak nilai utk bagi rezeki pada kita kalau kita sendiri tak berusaha nak cari rezeki?????

    ReplyDelete
  31. aku lepas SPM, dok umah 3 hari je pastu kluar job hunting. Dalam masa 2 minggu aku dapat kerja receptionist hotel

    No 12 Swiss Hotel
    51000 KL

    tapi hotel tu skang rating macam sial dah hahahhahaha. Pokoknya ya si pemalas sekian,

    aku lepasan SPM pun boleh dapat RM1200 sebulan xcampur overtime. Korang dok umah buat ape?hahahah

    ReplyDelete
  32. Arc : penganggur nak masuk AF10... kot kot boleh kawen dengan Amir Raja Lawak.. wakakakakakakaka

    ReplyDelete
  33. sy br nak habis diploma.dan memang nak cari keje.tak kisah lah kalau keje biasa2 janji dapat pengalaman.ada dip ke degree ke kalau malas memang tak jadi pape.

    ReplyDelete
  34. sy belum grad , tp sy dah pk , sblm dpt kje tetap , sy nak apply mnger mcd , smbil cri keje tetap . dan entri ni meyakinkan sy :)

    ReplyDelete
  35. haii...saya terberjalan di blog anda. setuju. now aku pun penganggur gak. dah 5 bulan menganggur setelah wat master. now kebingungan nak keje ke tak pasal anak selalu sakit. Dah lama duduk, aku rasa boring sangat. justeru itu aku packing barang dari kilang. tapi ciput sangat dapatnya pasal ada orang tengah yang markup banyak. ada tak sesiapa tahu mana-mana kilang yang kasi sub contract untuk suri rumah tangga. sambil-sambil jaga anak, boleh bekerja. duit masukkkk walaupun tak besar mana. any idea?? kilang kat shah alam or klang...

    ReplyDelete
  36. saya pun dalam dilema juga.baru tamat pengajian.grad bulan 11.selalunya bahagia dok umah berbulan2 time cuti sem tapi kali ni dah tak senang duduk.betul cakap awak,orang kita ni memang demand.contohnya saya haha..nanti nak cari je kerja apa2 janji tak lepak dok umah tengok tv je memanjang..

    ReplyDelete
  37. thanks bro! entry kamu betul2 bagi semangat pada saya. dalam dilema sebenarnya nak kerja kilang ni. jawatan supervisor tapi mcm tak berminat sbb 12 jam. lama sangat hahaha

    tapi lepas bava entry kamu ni rasa mcm kepala kena hempap dgn batu. baru wujud kesedaran sikit hahaha. anyways thanks skali bro sbb ayat pedas tu memang setempek kena kat aku :D

    ReplyDelete
  38. salam,saya nk tanya adik awak still kerja dekat astro ke?

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah aku jumpa dengan blog ni. at least cerah balik semangat aku nak kerja as cashier. betul laa tu, kenkadang kita humble, tapi org sekeliling suka benau mengata. so, just abaikan. p lantak dorang nak kata apa.

    ReplyDelete
  40. Tulah aku ada diploma, tp keje teknikal taraf spm, xper aku sapu jer, nnti boleh dpt sikit pengalaman, sambil tu try cari kerja yg lebih baik.

    Janji amalkan solat dhuha, seminggu 3-4 dah ok dah kot kalau ikut aku, gaji aku 1200 jer, tp baru keje aku boleh sediakan 1000 ringgit sbb motor lc aku kena overhaul, baru pegi terengganu pergi balik, banyak gak duit pakai, tp duit dlm bank still ada even aku rasa mcm gaji aku dpt 2k sebulan lak

    ReplyDelete
  41. aku dulu kerja potong rumput..lepas usaha lebih..ada interview..dapat jadi pengarah besar nestle

    ReplyDelete
  42. mmglah tp masalah aku skrg nie aku kenang buat kerja orang lain, dlm perjanjian tak pula mention aku kena buat kerja tu, aku boleh jer buat kerja sendiri, tp kerja orang lain mmg taklah, dahlah tak dpt gaji, penghargaan pun xder,

    gaji pun tak naik, teknikal baru masuk gaji dah lebih 300-400 ratus, itu mungkin rezeki dia tp yg jadi masalahnya kerja banyak banyak bunyi, aku yg gaji lg sikit pulak kena buat mcm kuli batak.

    dahlah kerja time cuti umum xpat tripple, jangan kata tripple, double pun xpat. Kena pula handle keje orang lain, yg asal punya kerja sedap2 cuti, lg satu aku nie shift tp kira gaji mcm opis hour, yelah yg opis hour gaji standard ikut hour, aku yg kerja shift nie lebih jam kerja tapi gaji rendah, OT x dpt, double n tripple xder, nk mintak cuti payah, management n HR cam bodoh, kata pretasi aku x memuaskan tp diorang x pernah jumpa aku pun, interview pun, tanya atau berbincang dgn aku pun.

    Sbb kitaorang ada sistem online tiket, tp masa aku baru masuk kerja aku terpakse selama 5-6 bulan guna tiket atas nama orang lain sbb manager cam bangang xnk buat, tau tak betapa bnyak kerja aku buat, alih2 HR kata pretasi aku x bagus sbb x nmpak. Mmglah x nmpak tiket atas nama orang lain, bukan nama aku.'

    dah opis nie masuk semua tak on time, ada yg lmbat setengah jam, ada yg lambat sejam, ada yg jugak lmbat dua jam, benda nie bukan kadang2, tp tiap2 hari rasa dah lebih 4-5 bulan berlaku, tp manager buat bodoh mcm xder masalah (yg nie opis hour), klau aku lmbat 10 minit bnyak lak bunyi.

    Lg satu opis aku nie bila malam bahaya sbb ada kt hujung2 hospital, ko taulah hospital seram dan bahaya mcm mana, dah lampu x bukak, tanda kunci, klua bukak pun gelap nk mampus, ingat aku berani sangat ker...dah la benda paling simple singki pun xder. Opis dah lah dalam stor, bersepah pulak, x tenang aku nk kerja.

    So aku nk tanya dan mintak pendapat korang yg aku nie pemalas atau teraniaya, aku dah bertahan 1 tahun 4 bulan bekerja di sini, makin hari makin tensen, aku jadi rajin pun x guna bukan dpt apa2, last2 aku try cari kerja lain lg bagus,

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...