April 12, 2011

Muscle twitching, korek hidung dan makan

Assalamualaikum

Aku merindui nak menulis pasal memori zaman kanak-kanak. Jelas yang ramai kawan-kawan rapat dan pembaca blog yang aku hargai majoritinya minat sangat kat entry Apa abang aku pernah tipu aku, surat cinta darjah enam dan macam-macam lagi.

Baiklah, Insyallah esok atau lusa aku akan sambung kisah memori silam zaman kanak-kanak. mungkin perlu buat undian, samada korang nak dengar aku cerita pasal kaset pertama aku beli ataupun pasal main guli?

"kau ni siapa Zulfikar? ko ingat ko ni Shaheizy Sam ke orang nak undi-undi ko plak, nak blog..blog je lah, banyak cantik dengan muka kau..undi konon"

Heh.... :D, okey takyah undi, aku hanya kerja kilang, bukan memanda menteri.

Hari ni aku nak cerita pasal present time, sebab aku teruja dan terkesan dengan apa yang jadi nih. aku cuba juga nak lupakan hal ni, tapi asyik bermain je dalam kepala aku, selalunya aku akan menulis apa yg selalu berlingkar dan terlintas dalam medula oblongata, cerebellum dan cerebrum aku..

" hek eleh, kau ni apsal beriye-iye sangat nak guna istilah saintifik Zulfikar? kot nanti salah apa yg kau cakap tak ke naya?, tak malu ke kalau ada brain surgeon baca blog ko?"

Dah..dah, aku masih lagi gagal untuk mengurangkan kemelalutan.Berhenti!!!.. terus ke isi utama please!!!

1. Muscle Twitching

Aku dari sekolah rendah sampai sekarang suka sukan, tak pernah berhenti, jadi aku agak familiar dengan istilah-istilah jargon pasal muscle, hamstring dan ligament tu semua..lagipun dulu aku pernah couple dengan doktor, so selalulah aku belajar pasal medic dengan dia. Aku memang minat Medic, tapi dek kerana aku punya addmath tak berapa nak lulus, baiklah aku ke dapur belajar masak.

"Ma, B punya mata belah kiri ni selalu kedip-kedip la ma, dah lama dah kena, 2 minggu lepas, tak berhenti-henti lagi, ni yg start nak panic nih"

" Takyah takut la B, tu bukan apa, either your muscle dekat mata tu kejang, penat sangat atau b kene muscle twitching, better tomorrow u gi minum susu banyak2, dan rest, jangan tengok TV dan on9, rest for 3 days... ok B?"

"Ok, maseh ye doktor, erm fuhh lega, ingatkan kena penyakit saraf ke apa ke, but for sure bukan sebab org jauh rindu atau benda malang nak jadi.. tu semua tahyul, merepek2 kan kan kan"

" Takkan ok je B, consultation fee.... RM60.00, sila ke kaunter hadapan.. masuk dalam buku, nanti beli teady bear tuk hadiah hari jadi hehe"

Semalam aku tidur dengan nyenyaknya selepas penat bertungkus lumus ulang alik MIHAS, HQ dan port klang untuk kerja. tengah aku tidur ni, aku mimpi..real gila, aku rasa seluruh kaki aku muscle twitching tahap kronik, seakan-akan semua urat-urat aku dalam kaki bergerak-gerak bak cacing parasit dari hutan amazon yang baru bangun dari hibernasi.

Aku rasa sangat panic, aku tengok kaki aku, bergerak muscle semua, aku dah lemas dan gabra, aku siap sebut ni penyakit MS macam dalam cerita Dr house masa mimpi tu, rasa muscle bergerak-gerak dan geli tu sangat real, dan aku makin keliru..

"arghhh adakah aku dah kena penyakit kronik ni? kalau aku mimpi, aku harap aku jaga sekarang!!!"

"Gedegung, gedegang," bunyi kucing sepak batang penyapu, tanda protes mintak makan. terus aku terjaga dari tidur dan mimpi yang horror.sekali aku pun tersenyum panjang ditemani rasa jengkel..

" Patut la aku rasa geli kaki aku masa tidur, langsir geletek rupenya.. Cisss"

Rupanya, Langsir yg separas katil aku, berterbangan ditiup angin kipas, selalu tiap-tiap malam aku akan pastikan aku dah selit hujung langsir kat dalam daun tingkap tu, semalam pulak lupa. dah jadi episod mimpi horor. lain kali taknak buat lagi. rasa mcm bangang je kena tipu dengan langsir sendiri.


2. Korek Hidung Pastu Telan.

Malam Ahad, aku, Sobrie, Zack dan Abang aku ronda-ronda dari Klang ke Taman Medan, lepak Pasar malam. syok lepak pasar malam.. ye, aku tahu, aku memang typical Malaysian yang tertarik dengan pasar malam, bukan sebab ayam percik atau steambot over priced, tapi nak cari jeans bundel, dekat Butik Malaysia susah nak cari branded jeans yang size besar..

Tengah kereta kami berhenti dekat trafic light sunway city, satu pemandangan hamjadah yang berlaku, apek muda dalam kereta toyota altis kaler hitam... muka okey, dressing kemeja kelabu dengan cardigan hitam.. pakai spec ala-ala professor menang nobel prize keamanan.

Sekali... dia korek hidung dengan jayanya!!

"ala Zulfikar, biasa la tu orang korek Hidung, ko mcm tak pernah korek hidung je kan?"

"sabar la, ayat tak habis lagi.... "

Sekali dia korek hidung dengan jayanya!!!, lepas dia korek hidung..dia makan taik hidung tu!!!... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku ingat dah habis penyeksaan aku dengan panorama begitu.. belum!! belum!!.. dia korek lagi kali kedua... lepas tu dia makan lagi!! yeeee dia makan lagi!!

Aku macam tak mampu nak kata apa-apa secara ilmiah, cuma aku mampu jadi teruja mcam budak darjah dua....

"WOoOoiIiiiii korang, apek sohai ni makan tahi hidung woi!!!!... 2 kali!!!!"

Terus bercerangap semua pasengger dalam Van tu, meluru ke tingkap belah kiri, nak saksikan sendiri, keajaiban dunia no 8... "korek Hidung dan makan"

APek tu tak berhenti di situ.. dia masih lagi berusaha untuk memahami rasa taik hidungnya sendiri, buat kali ketiga, grand Finale... sebelum traffic light bertukar menjadi hijau.. dia korek untuk kali yang penghabisan..

Dan kali ni hati aku luluh, pasrah dengan sebuah tragedi bencana duniawi.. budak cina muda itu korek hidung dan jilat jari telunjuknya yang bengkok dengan penuh kenikmatan.. dan yang terakhir ini, kedengaran bunyi muntah monggek kami dalam Van, kembang tengkuk dan loya tekak.


Aku ingatkan statement "korek hidung pastu makan" adalah gurauan orang tua-tua, sebab aku tak pernah tengok, rupanya tidak.. ini betul-betul kejadian dan bukan cobaan.

"Tak Guna kau Sohai Altis! kau telah memahat kenangan terindah dalam hidupku"

15 comments:

  1. ape yang tersirat.. ape yang tersurat?

    ReplyDelete
  2. tersuratnya, aku tulis tajuk kemudian aku enter... tersiratnya, menggelabah betul aku ni. kelam kabut, kan dah autoi publish..hahaha

    ReplyDelete
  3. okei. yg geli nye part korek idong pastu makan tuh. haha

    ReplyDelete
  4. hah.. tau pun... pernah tengok real2 tak padie?

    ReplyDelete
  5. hahaha...
    gelabah la kmu ni...
    mase kecik2 sepupu suke tipu kte wat2 mkn taik idung pdahal die korek jari lain jilat jari lain..
    geli kot..:P

    ReplyDelete
  6. gelabah ehh fyd? tapi mmg geli la.. budak2 takpe la kot. ni org tua tuuu org tua... boleh makan taik idung sendiri... yuckkkssss

    ReplyDelete
  7. penah tgk dak kecik korek2 n makan tp blom pnah tgk org dewasa wat bnda tak snonoh tu..euwww geli geli geli..bole die makan segala mak nenek sampah dalam hidung tuh..aiyoyoyo...

    tu dia..siap ms kua..hee:)

    ReplyDelete
  8. MS-----> pengaruh Dr House... hahaha

    tapi tengok dia makan taik hidung mcm makan asam masin je Alexa :P

    ReplyDelete
  9. pergghhh.... tu memang die punye pembuke selere nak makan kot... =.=

    layann... =p

    ReplyDelete
  10. yek.. ape da makan tahi idung... aku rase macam nak termuntah... semalam ade member foward video ikan keluar dari mayat mati lemas.. aku nak muntah... ni ko sembang pasal makan tahi idung pulak.. pun aku rase mcm nak muntah... eeeeeeeeeeeeee.....

    ReplyDelete
  11. hahahha... aceh... inception ka? hahahahah :P

    erk.. sumpah geli da korek makan... sdp ker? hahahaha.. ada rasa bege mcD x? lol

    *ala.. abg ikar da remove blog aD dlm bloglist.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. tiada yang lebih cool daripada inception

    ReplyDelete
  13. SM banjamin : tu kau baca dah ko geli.. ni aku tengok.. kembang tekak mcm tengok jamban pecah....

    ADfeez : blog list reshuffle, akan pisahkan antara blog kawan dan blog bacaan..

    Melle : 2 cerita yg melekat dlm otak untuk dipikirkan.. Inception & deep impact.. :P

    ReplyDelete
  14. mau muntahhhh mau muntahhhh..... [tingat kes tgk sowg pakcik mam taek sendiri]

    ReplyDelete
  15. baca pun dh naik pinau nk muntah ijau dah nih...@_@

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...