August 6, 2011

Puasa yang difahami

Asslamualaikum...


Sekali lagi diingatkan, entry ini akan ada perbezaan pendapat, dan perbezaan pendapat itu membuktikan manusia masih lagi ada ruang untuk memajukan ketemadunan, siapa yang tidak boleh menerima pendapat boleh baca apa adik-adik?


sila tengok jawapan dekat kotak biodata 'siapakah penulis ini' di belah kanan korang.


Entry ini adalah entry kedua tentang puasa. Sebelum ni aku ada menulis pasal Buffet Ramadhan dan Pembaziran, **klik di tulisan gelap untuk ke entry post tersebut bagi tujuan pembacaan.


*********************


Bila aku pindah ke Mersing, aku dapat kawan baru, tempat baru, suasana baru, budaya baru dan pemahaman baru. Ada pro dan kontranya, dan aku cepat sesuaikan diri aku dengan budaya kawan-kawan kat sana.


Dalam Bab sekolah Agama, memang Johor tiada kurangnya, malah bagi aku boleh dianggap advance dari negeri lain, sekolah agama rakyat (SAR) di Johor nampak seakan-akan sama dengan dengan Sekolah agama rakyat di Selangor, cuma di Selangor, tahun darjah itu akan selari dengan tahun darjah sekolah kebangsaan.


Jika sekolah kebangsaan darjah 2, maka sekolah agama pun darjah 2 dan begitulah selanjutnya sampai tamat darjah 6. 


Berlainan dengan SAR di Johor, aku pergi sana masa aku tingkatan 2, then aku enrolled dalam SAR, aku memberontak bagitau bapak aku yang aku taknak masuk sekolah agama sebab aku dah tamat darjah 6 di Selangor.


Tapi sebab telah didesak, maka aku kena jugak masuk sekolah agama. Masa temuduga masuk darjah oleh Guru besar, aku dikatakan layak masuk dalam Darjah 4.


Sistem di sana adalah, tidak kira kita darjah atau tingkatan berapa, tapi darjah di SAR akan dihitung mengikut ilmu dan kefahaman kita tentang agama, jika periksa kita fail, kita akan mengulang darjah sampai lulus. Bagi aku sistem ini adalah Advance dan sangat bagus demi menjamin kefahaman dan kualiti pelajar dalam memahami hukum agama.


Jika lulus semua dengan cemerlang barulah dapat naik darjah, maka akhirnya kita akan menamatkan pengajian di kelas Darjah Khas iaitu darjah yang lebih tinggi dari Darjah 6. Sesiapa yang tamat Darjah Khas dengan Cemerlang akan ada potensi untuk menjadi Ustaz SAR.


Tapi haram, aku tak habis pun SAR, cukup aku sampai darjah 4, lepas tu aku berhenti sebab aku jemu bila rasa macam mengulang benda sama yang telah aku belajar. Tapi dalam setahun aku belajar kat sana, sempatlah aku mewakili sekolah dalam pertandingan Tafsir Alquran, dapat no 2 dalam daerah, Alhamdulillah.


 Walaupun aku banyak kali tak datang kelas, aku masih dapat no 2 di dalam kelas pada periksa akhir tahun.


" kau cakap macam hebat sangat Zulfikar, pung pang pung pang, tapi kenapa kau dapat no 2? kenapa tak dapat no 1?"


" sebab orang yang dapat no 1 itu lebih pandai dan hebat dari aku, dan aku ini hanyalah insan yang hina yang masih banyak kekurangannya"


********************


Bila masuk bulan puasa di Mersing, masa itu aku tingkatan 2, aku berkawan dengan kawan-kawan Mersing yang sangat sporting, baik hati dan bersikap brotherhood yang tinggi. walaupun begitu aku tetap menjadi perantau yang stereotype iaitu jenis yang suka mempersoalkan kebiasaan dan kefahaman penduduk tempatan.


Masa tingkatan 2, kawan-kawan kelas aku banyak yang dah habis SAR, atau masih darjah enam, dan paling koman malas belajar pun dah naik darjah 5.


Situasi 1


Pada satu hari di bulan puasa, ada seorang kawan aku, namanya Leman(sumpah bukan nama sebenar), lepas aku dah habis sembahyang Zuhur berjemaah, aku selamba tengok Leman duduk mencangkung di koridor sambil acah-acah pakai kasut.


" eh leman, cepat kau pakai kasut, kau tak sembahyang ke tadi?"


" Aku tak boleh sembahyang la Zul"


" apsal pulak kau tak boleh sembahyang? kau uzur syarie' ke?


" Tangan aku ni, kau tengok, ada liquid paper, air tak telus kena kulit, mana sah wudhuk, macam mana aku nak sembahyang zul"


" errkk, memadailah kau berusaha tanggalkan liquid sedaya mungkin, pastu kau amik je la wudhuk macam biasa, kau bukan sengaja nak tepek liquid tu kat tangan, Tuhan tau apa yang terbaik bagi hamba dia"


" mana boleh zul, kalau air tak kene seluruh kulit, tak sah wuduk, tak sah sembahyang, buat rugi je sembahyang, takpe la, nanti aku balik rumah, aku buang liquid pakai thinner baru aku sembahyang"


" Ikut kau lah leman"


Situasi 2


Tengah aku lepak dekat port rahsia di perpustakaan lama Mersing, sungguh nostalgia sebab berdinding kayu dan bertangga klasik, sekarang dah bangunan baru yang besar dan moden.


Pada masa itu puasa dah petang, tengah sembang- sembang, selamba je Samat (bukan nama sebenar juga) keluarkan Bihun goreng dalam plastik. Dia gigit hujung bucu dan kemudian makan dengan sungguh nikmat.


" eh samat, kau tak puasa ke samat?"


" aku takleh puasa la, puasa aku terbatal tadi"


" apsal batal pulak samat?"


" tadi aku betulkan rantai basikal, pastu jari aku luka, keluar darah, ni tengok darah ni"


sambil samat suakan jari yang terluka pada aku, adalah besar secuit je luka dia, darah pun ada takda je.


" mana ada hukum batal puasa keluar darah"


" ehh kalau keluar darah masa puasa batal puasa la"


" Itu darah Haid, kalau keluar darah haid maka batal lah puasa, apasal pulak kuar darah kat jari batal pulak"


" eh eh kau nih, haid tu aku tau lah, kau ingat aku tak belajar ke? tapi kalau darah luka pun batal jugak, sebab darah tu kan najis"


" ikut kau lah samat, kau pun dah besar, sekolah agama pun dah tinggi-tinggi. buat lah asal kau bahagia"


Situasi 3


Pada Puasa 1998 itu juga, aku bersembang lagi dengan Samat and the gang. Bila ramai-ramai nak balik, amik basikal yang parking tempat rahsia kami. Samat and the gang selamba makan dengan begitu indahnya.


" Lah tak puasa lagi, hari ni apsal kau tak puasa?"


" aku bukan sengaja taknak puasa la Zul"


" habis tu sebab terpaksa ke?"


" Ha'ah, tadi aku tertinggal sembahyang zuhur"


" kenapa dengan sembahyang zuhur kau? apa kena mengena?"


" aku lupa mandi wajib, pastu aku baru teringat dah kat sekolah, kat sekolah nak mandi wajib macam mana kan, so aku tak boleh la sembahyang Zuhur"


" okey.. pastu?"


" so alang-alang aku tak sembahyang zuhur, buat ape aku puasa, ustaz cakap takda guna puasa kalau tak sembahyang"


" errk... lah, puasa kan wajib, kalau kau tak sembahyang tu hal lain, tapi puasa kau puasa je la"


" buat apa buat kerja sia-sia, baik aku lamsam tak puasa terus senang"


" Ishk, mana boleh macam tu, kalau kau taknak puasa, itu hal kau dengan Allah, tapi jangan la kau reka hukum baru"


" aahhh nanti-nantilah aku tobat, tobat nanti aku puase, nah nak kopok ni tak?"


" taknak, aku puasa"




*****************************

Sesi introduction berkenaan Sekolah Agama Rakyat di atas bukan hendak mengondem sistem pembelajaran, aku telah banyak kali memuji keberkesanan dan kehebatan silibusnya,  tapi aku nak bagitahu bahawa, setinggi dan sehebat mana pun sistem pendidikan yang diberi, kalau diri sendiri malas nak belajar, taknak tumpu perhatian, taknak ambil pusing, suka ponteng, meniru masa periksa nanti ilmu yang dapat tak berguna dalam kehidupan.

Biarpun naik darjah setinggi langit, biarpun periksa lulus, tapi kalau sistem mengingat digunakan, akan jadilah kekeliruan dalam memahami teks agama. kita belajar untuk faham dan jadi cerdik, bukan kita belajar untuk lulus periksa dan naik darjah sahaja.

" tapi Zulfikar, kau macam mengarut.. kalau orang tu dah lulus periksa dan naik darjah, of course lah dia paham apa yang dia belajar"

" Eerrmm, ye tak ye jugak kan, betul jugak kau ckp tu, tapi kenapa kawan-kawan aku dulu tak faham? dan kenapa ada  sesetengah orang dewasa yang masih tak paham?"

*******************

Antara sikap mahu memahami dan mahu mengondem terdapat perbezaan besar, dan jangan bimbang walaupun bukan semua manusia dianugerahkan ke'Faqeh'an, tapi tak pernah dunia ini menutup pintunya terhadap pencarian ilmu, persoalan dan jawapan. 


Jadi apa kata bulan puasa ni, dari anda 24 jam sibuk baca blog pasal butter golden churn haram dan berus Simply Siti  tu guna bulu babi, ada baiknya korang selak-selak maksud ayat-ayat lazim dan hadis hadis sohih. Bukan nak berlagak alim dan tunjuk terer macam ustaz, cuma kadang-kadang elok jugak rasanya ingat mengingatkan  diri sendiri dan sesama insan.




gambar ni takde kene mengena ngan entry, tah napa tah aku letak pict ni, tadi belek-belek album, rasa rindu pulak ngan gunung ni ngan angin 4 darjah celcius dia. tapi, kenapa topi bulu curi  ayam aku tu senget, eee geramnyeeee.
dari kiri Zulfikar, Cicot dan Kak Waty.




Trivia : Jika tidur lepas subuh, kemudian mimpi basah keluar air mani adakah batal puasa? 


p/s  sepanjang aku hidup ni, dah berapa kilo butter golden churn tu aku makan tah.. 

18 comments:

  1. aku skolah agama sampai darjah khas,,dah boleh jadik ustajah tapi aku taknak sebab tak cukup ilmu di dada.

    bab trivia ko tu,kalau keluar mani masa mimpi tak batal puasa sebab itu bukan urusan manusia,maka mandi wajiblah seperti biasa dan teruslah berpuasa.

    ReplyDelete
  2. betul. tak ada gunanya belajar lebih dari orang lain kalau kefahaman tak ada, kadang-kadang faham tapi tak diamalkan.

    nasib baik masa tu sekolah lagi, kalau dah habis sekolah memang tak boleh maafkan tu :P

    yang trivia tu, jawapannya tidak. batal jika mengeluarkan mani dengan sengaja. mimpi bukan dalam keadaan sengaja :)

    ReplyDelete
  3. Noi : uiyyohhhh darjah khas.. terer2.. :)

    jawapan trivia anda betul! bagus ustajahh :P

    GR : kalau habis sekolah tak paham2 jugak.. elok bagi masuk sekolah sarkis je kan hahaha

    jawapan Trivia anda betul.. bagus bagus bagus :)

    ReplyDelete
  4. mcm kelakar pulak baca reason smua tuh.. ilmu di dada tak cukup kot.. tak tahu tanya ler kan.. jgn nak buat kesimpulan sendiri..huhuhu


    Cik Bambam dah ada domain sndiri! :P

    ReplyDelete
  5. mane Cicot? orang ke tu?

    *belajar tinggi-tinggi & passed tapi tak dapat hidayah kot..

    ReplyDelete
  6. sekarang ni ramai student yg belajar, membaca tp tak faham, belajar pun sbb nak lulus, kefahaman zero.

    rs nak buat cadangan kat kementerian, selain soalan2 biasa, bole buat soalan untuk menguji kefahaman student tentang sesuatu hukum, dr situ bole nampak student2 ni faham ke tak ape yg derang belajar..

    ReplyDelete
  7. ok.. sangat pelik kwn2 ang nie...
    nama je student agama.. tp bab hukum hakam. suka2 hati je buat sndri..
    as a ustaz.. for sure die akan ckp mcm nie..
    " x gunalah kamu berpuasa kalo x smbhyang.."
    tp yg x betulnya si samat blh manipulasikan fakta tersebut mengikut kepahamannya sndri.. mengatakan alang2 da x mandi wajib, trus x smbhyang dan x puasa... erk!!!

    tula.. dr pemerhatian aDlah..
    kebaikan yang paling suci datangnya dari orang yang beragama ... dan keburukan yang plg hina dina pun ada dtg dr orang yg beragama..
    @_@

    ReplyDelete
  8. hahahahaha..

    orang..

    kalo taknak buat..

    berjuta alasan diorg bole bagi..

    ReplyDelete
  9. Antara nak dan taknak je...walau ilmu tu ada, tapi tak diamalkan dan dipenuhkan dengan alasan, memang susah r....

    aku sekola agama sampai darjah 3 je, lepas tu duk smka. sampai form 3, kena buang la lak..haha

    duk skola biasa balik...

    ReplyDelete
  10. ape ke lemau otak kawan ko tu. sepuk je guna senduk hahhaha

    ReplyDelete
  11. alahaiii..macam-macam alasan.huuuu.kalau darah biasa banyak keluar pun boleh batak ek?xtau la pulakkk =_= golden churn tu pun dah berkilo-kilo kot aku bedal sejak kecik..sebab ada orang guna buat kek lapis.huuu

    ReplyDelete
  12. Uishh,kalau saya dah wujud time nei nak je sekeh kepala si samat nei.kehkeh.ade ke tinggal solat xpayah puasa.


    tapi memang ramai kan zaman sekarang yang puasa tapi solat tetap ditinggalkan.terawaih lagi lah jgn harap.huhu

    ReplyDelete
  13. okey. ni serius.

    butter golden churn tu apa?

    sumpah aku tatau wehhh... hahahahaaa... siyessss....

    ReplyDelete
  14. lucu pulak. baru luka cikit dah bukak puasa. hehehe.

    ReplyDelete
  15. ye, sampai perkara yang simple belum master, sesebok nak pergi bab lain kan. betolbetol

    ReplyDelete
  16. tua2 ade mimpi basah lg ke?(x pernah tahu..)

    ReplyDelete
  17. ada 3orang ke dalam gambar tu_ aku nampak kau berdua je. hmmm

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...