April 1, 2011

Himpunan Hobi Yang Tak Kekal Lama PART 2

Assalamualaikum...

Bersambung lagi dari entry semalam iaitu bercerita pasal hobi, yang belum baca boleh melawat di SINI, okey bersiaran kita terus dari papan kekunci laptop Asus yang berusia 4 tahun...semalam aku dah ceritakan hobi pasal snooker, kumpul duit lama dan main gitar... terang-terangan la yang snooker dan duit lama tu aku dah tinggalkan, Gitar tu pun aku dah tak aktif dah tapi aku masih ada lagi sisa2 skil yang berbaki.. kalau nak main sambil tengok Kord dan hafal boleh la sikit2 lagi... nak plucking dah tak pandai dah...apa lagi hobi yang aku pernah cuba explore? jom...

4. Clubbing / Nightclub

Dalam Hidup aku, ni salah satu hobi yang aku rasa bodoh sangat, aku rasa rugi betul, tapi bak kata orang kan, budak-budak remaja ni nak mencuba semuanya, lepas tu baru dia puas dan reti. tapi terus terang aku cakap, Clubbing ni bukan jiwa aku la, aku tak boleh nak tipu diri aku menyatakan bahawa duduk di dalam nightclub yang udaranya bercampur antara hawa sejuk aircond dan asap rokok yang berkembut-kembut itu seronok...dengan bunyi muzik yang sangat bising dan hiruk pikuk, dengan mata menjadi letih melihatkan manusia-manusia plastik yang berpura-pura menjadi orang lain hanya untuk hidup dalam imaginasi satu malam...

Aku tak faham masa tu, kenapa yang aku terpengaruh dengan lifestyle clubbing ni, tapi tak lama pun. cuma menggalak dalam masa setahun, tu pun jarang2 sangat aku pergi, masa tu aku pergi Beach Club, Orange dan ape tah nama club kat sunway tu..

Aku taknak jadi prejudis dan stereotype untuk menghukum semua orang yang suka dengan dunia hiburan nightclub ni, aku cuma memberikan pendapat aku dari sudut pandang manusia kampung macam aku ni....dalam mana aku nak bayar cover charge RM 30-40 untuk masuk, dapat minum air coke segelas percuma dan menari terhengguk-hengguk diiringi dengan lagu My Boo.. dan wantanamera...sambil keseronokan tambahan adalah menyahut cabaran kawan-kawan untuk mengorat awek2 kolej swasta untuk dijadikan teman skandal adalah satu yang tak berbaloi. Kerana jauh dalam sudut hati aku, sambil aku duduk di Bar stand dan melihat manusia2 menari RnB.. aku merasakan bahawa. "oh sebenarnya ini bukan gaya hidup aku, aku tak enjoy dalam tempat yg bingit begini"

Yang Ironiknya tentang Clubbing adalah, clubber2 ini akan berhabis RM 50-100 semalam untuk covercharge dan minum.. tetapi bila lapar, mereka hanya sanggup makan Steamboat tepi jalan ataupun Nasik lemak dan roti canai di Mapeley saja.. walaupun terukir senyuman diwajah kami pada masa tu, tapi sebenarnya aku rasa sangat menyesal dan bodoh, sebab terbayangkan seminggu akan kelaparan dan terpaksa makan Dining lauk daging tetel dan ikan jeket je.

apa yang aku tak boleh lupa dan nak tergelak bila ada budak-budak yang baru nak Up, sanggup tak basuh tangan dua hari, sebab nak tunjuk kat kawan-kawan yang tangan dia ada Cop clubbing, cuba kalau Bonzer club tu cop kat dahi? lagi senang nak bagi orang tengok kan kan :)


Kat Jeti ni la aku selalu mancing tiap2 petang sampai jemu, masa ni air surut, korang nampak tanah lumpur kan...bila air pasang, air naik samai tenggelam Jeti, air kaler biru2 hijau..cantik

5. Memancing laut dan muara.

Hobi Memancing ni aku dapat masa aku pindah Mersing, Sebelum aku pindah jangan cakap mancing, mata kail pun aku tak pernah pegang. Bila aku duduk Mersing, aku tak tau nak buat apa, kawan2 belum ada, masa tu aku tingkatan 2 rasanya, jadi aku pun menghabiskan masa aku setiap petang memancing dekat jeti kilang ais bapak aku. masa tu seronok sangat la bila dapat rasa ikan Belukang sambar umpan, merenggut-renggut batang pancing aku tu..

Kilang Ais Warna Suci, dah tinggal kenangan, Bapak aku dah jual kat tokey bot cina, 'time for harvest katanya"skrg kilang ni dah berwajah baru, jeti dah 10x besar dari yang lama.

Hobi memancing ni pun banyak bagi aku pengalaman, banyak kenangan manis, dari hobi mancing la aku memperbaiki skill berenang aku, masa kecik aku dah boleh berenang dah sebab selalu ikut abah outstation, tido hotel ada swimming pool, abah selalu ajar berenang dengan cara campak kami adik beradik kat tengah kolam yang dalam. tapi bila aku memancing, aku jadi bertambah berani dan semangat (poyo kot sebenarnya) nak menunjuk dekat kawan2 yang aku tak takut, kawan2 mcm Hasmuni, Haikal Mokmek dan paktam akan terjun ke Sungai Mersing, berenang2 di celah2 bot yang ditambat.. aku pun terjun tanpa rasa takut, padahal...berenang boleh 6-7 kali stroke je...

Hobi Memancing jugak telah bawak aku naik bot pergi ke pulau-pulau perairan mersing, macam pulau besar, pulau setindan, pulau aur dan pemanggil, tapi kami tak mendarat pun, berlabuh tengah laut je sambil mancing... rekod yang paling hebat aku buat ialah pancing Ikan Yu Bodoh seberat 15kg tak salah aku... besar gak la... Tu yang bila masuk UiTM, kuar ngan kawan2 mancing kat tasik seksyen 7 tu aku buat muka kerek secara tak sengaja...ada ke patut:-

"Ikar, ko tau ke nak ikat batu ladung ni? tau ke nak ikat mata kail ni, salah ikat nanti tinggal tali je...wakakakakaka" gelak berlagak namanya..

"Rilek la Amir, Chewe, aku takda la bengap sangat kan, tapi setakat mancing laut dalam tu, dah pergi la jugak..agaknya korang lupa yang aku duk tepi laut kot..wakakakakakaka" gelak balas dendam namanya..hahaha

Tapi bila dah lama aku tinggalkan hobi mancing, sebab aku berpindah duk Shah alam..dah tak thrill nak mancing kat tasik ngan lombong, takda angin laut dan ombak bolak balik bot masuk muara.. (eh tiba2 sebak dan tacing pulak)

Macam mana pun aku takkan lupa kenangan paling teruk masa mancing, kami kayuh basikal masuk dalam hutan, mancing dekat jambatan, makanan tak bawak, duit pulak sengkek, kami lapar gila sambil duduk mancing bawah jambatan.. ikan tak dapat2, last2 kami bakar je umpan sotong yang dah nak busuk.. sadis sadis, Nasib baik tak kena food borne illnesses..

p/s aku pernah teringat dua orang pernah tanya aku, umur aku sebenarnya berapa?, sebab banyak betul tempat dah pernah aku duduk dan banyak pengalaman yang dah aku tempuh, aku jawab dengan rendah hati... "jauh perjalanan luas pemandangan"

9 comments:

  1. wow..clubbing..
    ade jgk mmber2 fyd suke clubbing dulu2..selagi x tonggang rasanya ok je kot..:)

    ReplyDelete
  2. http://fayadrahim.blogspot.com/2011/04/blog-ni-aku-rasa-patut-popular-laa.html

    try cekidout..:)

    ReplyDelete
  3. masa kecik2 suka jugak mancing..tp asyik jd tukang pasang umpan jer sebab kawan2 pompuan byk yg geli cacing.. clubbing mak tak penah masuk Nyah.. nak kata mak baik sgt masa bujang tak jugak tp ntah la.. mungkin kelebihan Tuhan bagi kat mak yg kurang inci ni mak rasa rendah diri nak masuk tempat2 camtu takut orang pandang budak kecik mana la masuk club ni. Ada kawan2 bertanduk ni cuba jugak hasut mak.. tapi mak kental! Bila mak kata taknak.. Tetap taknak walau dorang bawak mak sampai depan club tu sekalipun mak takkan masuk.

    ReplyDelete
  4. Fyd : wahhh tenkiu sebab letak list saya dalam blog patut popular..saya lebih la mcm nih.. :P

    Lekit : wahhhh ko memang prempuan melayu terakhir Nok... walaupun rambut ko buat teknik rebonding ko tetap tak geli pegang cacing kan...

    bukan best pun clubbing tu.. takyah masuk pun tak per,... tak rugi. :)

    ReplyDelete
  5. suka memancing cz perlukan kesabaran..heheheheh...dan paling besh biler dpt ikan

    im new follower of ur blog..nice blog
    jom baca dan bagi sedikit komen
    Perkara Yang Kadang-Kadang Kita Perasan/Tak Perasan
    Renungkan Sedalam-Dalamnya- "Jodoh"
    Kenapa Lelaki Tak Kahwin????

    ReplyDelete
  6. Nyah walaupun rambut ku rebonding tapi mak selalu jd penyelamat laki mak yg takut lipas tau.. Tu la tuah berbinikan mak yg tak geli pada serangga.. Hobi mak masa kecik gentel2 ulat daun tau.. takpun kalau ada masa lapang kat umah mak belai2 cicak dinding.. serius!

    ReplyDelete
  7. Chegu : thanks sebab follow.. nanti saya terjah balik blog chegu ye...

    Lekit : gentel ulat daun? belai cicak rumah??? waaahhh.. ko memang dabommm la nyah!!!

    ReplyDelete
  8. I pernah pergi sekali jee. same with you. i agree. i duduk dekat bar ,looking at everyone and think. what i'm looking for in this place? such a mess. i'm not suits and cannot even stay there. lagi serabut ada lah . better lepak pergi makan oh.

    ReplyDelete
  9. Better cari hobby lain. Clubbing is not the right and good place actually. People who get interested w this shit. i think they all don't really know what suppose to be. fikir nak enjoy je, but, up to them la. its my opinion. i try to suits myself w clubbing, but, cannot laa. so. decide to pull myself from this kind of thing to another things. to everyone ou there, try to be optimistic. not just be narrow minded. come on lah, banyak lagi benda boleh buat waktu malam. tidur or just hanging out w friends,even wasting time pun, but, nice la beside clubbing.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...