March 15, 2011

Screening World Invasion : Battle Los Angeles

Nila la rupanya pass screening, amoi GSC jaga kaunter tu dah paham sangat agaknya.. buat tak kiesah je pun.. nampak dari jauh ady lambai2 pass ni dia suh masuk je terus :) hehehe

Assalamualaikum..

Tadi aku bertuah sebab di sms oleh Ady Soleh Ahmad..dia ni kawan aku berceloteh dekat Sahabat Blogger, sama sama dengan Along Usop dan Puteri Katek....dipendekkan cerita, Ady dapat Screening pass.. (ape kejadahnya tu??) ala tiket free diberi awal dari waktu tayangan sebenar bertujuan untuk promosi dan rivew tidak rasmi oleh orang media dan Blogger2...dengan harapan kalau cerita tu feedback best akan digembar gemburkan..dan ramai la kawan2 media dan blogger berpusu nak tengok wyg tu....ohhhh tidak ketinggalan. selain Ady, aku tengok movie ni bersama dua lagi blogger yang di jemput Ady iaitu Fahmi Mahat dan Amalina.. :) bertambah ramai kawan2 aku nih.. :)

Jadi, aku rasa teruja, sebab aku dapat tengok movie ni 3 hari sebelum tayangan rasmi iaitu 17 March 2011, terima kasih Ady sebab ingat member..thanks gak kat Ucop sebab pas no phone aku kat Ady..walaupun dia melakukan penyamaran sebagai awek ajak aku tengok wayang tadi...aku pasrah..haha... jom kita selak2 review dan seba sedikit pasal filem ni.

World Invasion : Battle Los Angeles ni waktu tayangan 2 jam. cerita mengisahkan makhluk asing yang menyerang dan menakluk bumi kerana nak ambil sumber paling berharga sekali iaitu..AIR. alien ni gunakan air untuk bahan api dan segala2nya... tapi jangan mengharap sangat, takda lansung scene yang nak menerangkan pasal alien ni secara detail, malah alien ni takda dialog, takda closeup, rupa dia sebenar pun tak nampak sangat...nampak lebih kurang macam sotong kurita yang ada kaki je.

Cerita berkisar pasal Askar marin yang diketuai oleh Staff sarjan bermatlamat untuk mengosongkan bandar Los angeles bagi memberi laluan kepada tentera mengebom secara besar-besaran. apa yang aku dapat simpulkan secara esklusif adalah.. filem ni penuh dengan aksi, aksi, aksi.. tembak, meletop, tikam, tembak, terbakar, C4, Grened, mesin gun, askar..bunuh..kill kill die die...

takda aksi romance, lawak takda, drama melankolik takda, sweet, comel bagai semua takda. korang akan duduk diam je selama 2 jam, tanpa berborak dan komen2.. korang akan tengok sampai habis, dah habis korang akan bangun dan keluar dari wayang macam takda apa2 perasan.. takda perasan WOW..Huissshh..hek eleh...sempoi..ganas..hebat... semua takda.. korang hanya akan rasa puas terhadap aksi tembak2.. dan kemudian sampai rumah korang akan melupakan filem ni.. itu je..

Anyway, terima kasih sekali lagi kepada Ady, 8tv dan GSC kerana memberikan aku peluang merasai pengalaman screening.. satu pengalaman baru :) opppsss satu lagi... jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.. rupenya Ady ni kecik2 comel je.. tengok kat FB macam Kemawas.. hahaha

P/s aku ingat lagi tengok cerita deep impact zaman dulu kala... keluar wayang je, terus tengok langit... pastu cakap.."entah2 ada komet nak hentam bumi kot"

17 comments:

  1. er.. kemawas tuh ape pulak?.. ngaaa... =p

    adeh.. sempat ko pomot aku yek.. hahaha =p

    ReplyDelete
  2. as salam..
    hoho.lama tak singgah sini =)
    sibuk banget~

    wow! untungnya!
    er..
    dah review macam ni..
    tak nak pegi la. buat rugi duit je
    huhu.


    entri lama?

    1) internet slow dan selalu disconnect? ada penyelesaiannya.baca tutorial saya

    2) blogging tips yang ringkas versi seni lukis kaca

    ReplyDelete
  3. aahahhaha..ala ko..tak perlu la mention aku kecik..ahahahahahhaha

    ReplyDelete
  4. hahahah~
    abg adi mmg kecikkk =p
    not bad la cite die kan..hihihi

    ReplyDelete
  5. along : kemawas tu watak Khir Rahman dalam Merong mahawangsa la... aku pomote ko la.. sebab ko selalu pomot aku... nanti aku wat entry khas tuk link pasal lakonan sebabak kita.. lagi satu.. aku dah tanya Ady.. dia ckp kalau nak buat list blog mcm kita diskas tu hari.. guna Feeds.. :)

    ReplyDelete
  6. MF : Waalaikumsalam....
    boleh je pergi tengok filem ni kalau jenis minat aksi2 askar dan tembak menembak, mmg puas la...

    Ady: ahahahahaa.... dah ko memang kecik2.. comel2 mcm anak ikan kannn kann kann.. hahaha

    Amalina : kecik je kan Ady ni kan :) hehehehe

    ReplyDelete
  7. xnk komen xnk komen xnk komen...:P
    hahahahha

    ReplyDelete
  8. ahahahaha. kesian dia penat2 bagi korg tket free. tapi review tak mempromote!

    takpe. kite kne bercakap benar kan :D

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. berkatalah benar walaupun ianya pahit :) hehehehe....

    p/s kenapa sampai 7 komen ni? mesti redundent sebab internet poblem kan..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...