February 17, 2011

Sumpahan Sang Tewas

Linny dan ming ming juga..turtle tuck datang membantu...Telefon..telefon berbunyi...ada haiwan dalam bahaya.....kesian orang tewas itu, mari kita selamatkan dia...

Assalamualaikum....

Anda pernah alami tak situasi mcam ni?, masa anda kat sekolah rendah, dlm rumah sukan, anda selalu salah masuk kumpulan, salah timing, salah giliran termasuk dalam Rumah sukan yang corot, sedangkan anda telah berusaha sekuat2 hati dan sehabis daya, tapi anda tetap juga kalah dan rumah sukan anda selalu tewas, dapat no Last sekali masa penerimaan hadiah... anda selalu rasa cemburu tengok Rumah sukan lain, Havoc, meriah, cikgu rumah sukan sporting belanja ais pop kepak dua ngan budak2 semua..., budak2 rumah Merah support ngan sorak kawan bertanding lebih best dari rumah sukan hijau anda... kesian anda.. takpa itu bukan salah anda, itulah namanya Sumpahan Sang Tewas...

Anda pernah tak alami situasi macam ni? Masa sekolah menengah, anda masuk badan beruniform yang selalu tewas, anda dah pelajari kesilapan masa sekolah rendah, anda tidak mahu lagi buat silap dengan masuk ke Kumpulan yg corot. anda Cuba masuk PBSM, tapi sekuat mana anda berusaha, mencuba, anda tetap berada dalam badan beruniform yang corot dan selalu kalah dalam pertandingan Kawad, pertandingan pasang Khemah, memasak dan juga pertandingan membaca peta, anda selalu di'overshadow' oleh Badan beruniform Pengakap atau Tunas Puteri sekolah...kesian anda..takpa itu bukan salah anda, itulah namanya Sumpahan Sang Tewas...

Anda pernah tak alami situasi macam ni, bila anda masuk Universiti, anda tidak lagi memilih untuk masuk dalam mana2 kolej...anda biarkan saja nasib yang memilih untuk anda. jadi anda masuk Kolej Jati, tapi anda selalu corot... pertandingan kolej terbersih anda tewas walaupun anda dan Jawatankuasa perwakilan Kolej telah berusaha bersungguh-sungguh. Pertandingan sukan antara kolej anda jugak corot, anda mengeluh sebab nyampah tengok budak2 kolej anda pemalas, suka pakai suar jeans lepak kedai minum, taknak bersukan, taknak gotong royong..anda jeles tengok Kolej Meranti dan Perindu yang penghuninya bekerjasama dan hidup riang seperti binatang2 di dalam wonderpets...*apa yang penting???? Kerjasama!!..... ini bukanlah salah anda...sekali lagi ianya adalah Sumpahan Sang Tewas.

Anda selalu mengeluh dan mengenang nasib anda bila kelas anda dalam IPTA adalah kelas yang suram...awek2 kelas anda kekampungan atau kegedikkan melampau2...anda tiada HOT and Sexy Girls dalam kelas anda...sebaliknya anda selalu termenung jauh tengok budak2 kelas lain bemesra2 kat cafe Fakulti, anda selalu mengeluh...

"kenapalah nasib aku selalu malang? dapat budak kelas semua lembab2...tak meriah, tak mesra, tak funny, tak happening...kenapalah aku selalu tercampak masuk dalam kelas yang boring mcm ni..kenapa awal2 sem aku tak daftar ngan budak2 kelas macm tu.. sedih betul la"

Anda sering rasa mcm dunia ni tak adil, anda rasa mcm kenapa Tuhan Buat hidup aku mcm ni???..kenapa Tuhan sumpah aku dengan Ketewasan...Sumpahan Sang Tewas.

"arghhh kenapalah aku tergolong dalam supporter Liverpool..asik kalah je, kenapa dari detik aku mula minat EPL ni aku tak pilih nak jadi Fan MU ha? malang betul la nasib aku"

Anda pernah tak selalu meratapi nasib mcm ni, kenapa aku selalu Couple dengan lelaki yang silap, kenapa aku tak merasa bahagia macam kapel2 lain, kenapa kehidupan cinta aku selalu tewas di Ranjang? eh silap bukan tewas di ranjang.. tapi tewas di pertengahan jalan..

"apa la ko ni Zulfikar, spoiled mood aku je la, aku baru layan stim sedih2 baca citer ko nih"

Jika anda semua selalu rasa anda kene Sumpahan Si Tewas, mungkin anda perlu Redha, bersabar, berubah situasi dan keadaan, cuba ubah norma2 hidup anda. mungkin bagaimana Pattern anda buat keputusan.

Mungkin selama ni anda bersungguh2 dan beriya-iya sangat bila hendak pilih antara dua, atau anda selama ni terlalu banyak memikir tentang tewas dan menang...

ANDA SALAH!!!

Hidup Bukan Tentang Tewas dan Menang...Hidup Bukan tentang Destinasi... pengisian hidup itu sebenarnya adalah Perjalanan.. Perjalanan, Usaha, Ikhtiar, Cara, Kaedah, pengorbanan, Perjuangan itulah intipati kehidupan..yang akan membuatkan anda pada satu masa nanti terlepas dari Sumpahan Sang Tewas..moga-moganya,....

Jika anda ubah Mindset anda sperti ini selepas baca blog picisan ini... mungkin selepas ini anda akan tersenyum dan anda akan lapang dada dengan apa yang anda ada, dengan apa jenis nasib pun yg menimpa anda, dan dalam kumpulan mana pun anda berada..sesungguhnya kita yang melabel tahap kemenangan dan ketewasan kita sendiri.

p/s manusia mana yang tak suka kalau menang, dan manusia mana yang suka bila kalah? tapi selalu tak dengar ckp2 mcm ni? "kalau semua nak menang, siapa yang nak kalah?"pokoknya bukan tewas atau menang, tetapi sebagus mana anda tewas dan sehebat mana anda menang?

12 comments:

  1. ckp psl rumah sukan merah dan hijau tu, cam same je ape yg berlaku kt sya...haha~

    tp btol la...apa yg berlaku dlm hidup kita, perjalanan hidup kita sudah ditetapkan oleh Pencipta...mungkin naseb kita kurang baik skg, tapi di masa hadapan kita tak tau lg...Allah tau apa yg terbaek utk diri kita lebih drpd apa yg kita tahu psl diri kita sendiri...Allah tidak akan jadikan hambaNya sentiasa dalam kesusahan...mungkin kesusahan itu adalah utk menguji tahap keimanan kita...walauapapn, disebalik kepahitan itu tercalit kemanisan bg mereka2 yg memahami...
    siapalah kita nak menyalahkan takdir kan...

    dlu pnah gak rasa cam hidup nie sgt tak adil, tp pas berfikir balik, tgk balik sejarah lama (kehidupan sendiri), rasa cam apa yg berlaku tu ada sebab disebaliknya...walaupn skg mungkin kita tak nampak, tp satu hari nnt kita akan nampak gak...

    ReplyDelete
  2. biarlah kalah bermaruah dari menang cara keji.. Wah.. mak dah pandai ber monolog.. erkk... monolog ker??

    ReplyDelete
  3. Hero biasa kalah dulu, jangan mengeluh, tentu ada hikmah disebaliknya...

    firaun selalu menang tapi masuk neraka...nabi-nabi dan para rasul pun selalu dizalimi tetapi mereka sabar kalau tak menang di dunia pun, mereka menang di akhirat dan syurga menanti.

    ReplyDelete
  4. kenapa kehidupan cinta aku selalu tewas di Ranjang? eh silap bukan tewas di ranjang.. tapi tewas di pertengahan jalan..

    selalu tewas di ranjang? maknanya banyak kali la ke ranjang... nasib baikla silap tulis...

    skang ni mood kemenangan di rasai dijiwa... meriah dan bahagia...

    ReplyDelete
  5. Ted: salah satu cara nak mengubati derita sumpahan sang tewas.. selalu pikir nasib org lain yg lebih teruk dari kita..

    ReplyDelete
  6. Lekatlekit : ko semenjak dua menjak ni dah pandai main ayat2 falsafah ye.. baguih..wahhh ada masa betul ko baca habis belog mak ni ye nyahhh

    Hamdan : tepat sekali... kalau kita tak menang kat Dunia..mungkin kita akan menang di akhirat. yg penting usaha rapat2...

    ReplyDelete
  7. SM Banjamin.....mood kemenangan tu yg penting.. kalau tak de mood usaha kemut kemut.. hehehhee

    Ko pernah tewas kat ranjang tak zul?

    ReplyDelete
  8. seperti biasa.. madah berhelahmu amat berkesan.. heheh..

    intro nak wonderpet je..

    tapi bab2 sumpahan sang tewas ni pon.. mmg slalu jadi isu la.. ish2..

    stuju sgt la dgn pendapat ko tu..
    mmg dah lame pasrah dgn ketentuan Dia.. usaha jela jalan nak capai kejayaan.. kn?..

    hm...

    sat.. iklan.. aku tag ang jap .. heheh..

    http://alongusop.blogspot.com/2011/02/senyum-tak-nampak-gigi.html

    ReplyDelete
  9. nasib malak dan kurang baik tu selalu je menimpa kita.. ianya sebagai ujian nk tgk samada kita mampu mengatasi halangan atau kekangan yg dtg...
    TUhan xkan uji manusia dengan ujian yg mereka x dpt nk atasi...
    Dia tahu mana yg terbaik utk kita kan..
    jadi.. kalo kita selalu mengeluh dan merungut kenapa n mengapa nasib x selalu baik, seolah2 kita x bersyukur terhadap qada n qadar yg ditentukan..
    pastinya kita boleh ubah jalan hidup kita.. tentunya dengan doa dan usaha dr diri kita..
    hanya kita je yg mmpu mengubah jalan hidup kita...:)

    ReplyDelete
  10. TINGKATKAN TRAFFIC BLOG ANDA DI KOMUNITI FACEBLOG. SERTAI SEKARANG. [ http://the-faceblog.blogspot.com/ ]

    ReplyDelete
  11. Aku da tersenyum awal-awal entri lag tgk wonderpets... hahaha... :)

    ReplyDelete
  12. hahaha...suka wonderpet la tu kan...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...