February 7, 2011

Kais pagi makan pagi...

"bang, ape rezeki kita hari ni bang?" "cacing je Mah, dari tadi abang kais dapat ni je" "jadila abang oi, ok la tu ada cacing, semalam kita makan taik je bang"

Assalamualaikum..

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalau takda ape yang nak dikais, nak makan apa tuan2? bila berbicara pasal kais menngais ni, teringat sahabat aku Sobrie Said pernah mengeluarkan pendapat bak Tokguru silat di bawah gua air terjun didengari dengan penuh Khusyuk oleh aku sendiri bersama Zulkifli Sa'adon, kata tok guru jemba jamburi....

" saya ni tuan2, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalau tak kais...makan taik..mcm ayam"

Bila sampai bab makan Tahi ni, ramai la yg memandang serong terhadap statement ni, tapi kita perlu sedar yang ayam kampung, kalau dia duk kais2 takda cacing, ulat beluncas hatta Nasi basi lebihan semalam, ayam tu akan mula makan tahi dia sendiri...okey agak geli menceritakan hal ni berlanjut-lanjutan, agak mcm tak bertemadun, terus tercemar kecomelan tuan Blog, dan terguris kredibiliti sikit.. tapi nak buat mcm mana? itulah kenyataan dan realiti Hidup...

Dulu masa kat Kolej Meranti Uitm Shah alam, pernah budak2 kolej buat gila mancing ikan Talapia kat Tasik shah alam, bila dapat Ikan talapia 2, 3 ekor, diorang lepaskan dalam kolam kecik berair terjun buatan kolej...aku pun tanya la otai merangkap kawan aku si Pekan namanya...

"wei korang lepas ikan ni kat sini, nanti cuti sem sapa nak bagi makan? takda makanan mati la ikan talapia ni"

selamba je Pekan jawab...

" ikan talapia ni makan la apa2 yg ade, kalau ade ulat gugur dr pokok, makan la, tu namanya rezeki.. kalau takde makanan jugak, dia makan geng dia sendiri.. kalau geng dia pun dah habis kene makan, last2 dia makan taik dia sendiri"

Garu kepala aku yang tak gatal, aku ingat aku dah kampung betul tau bab2 hidupan liar ni, tapi nampaknya ada org lagi adventure, tau ikan talapia cannibal...huhhhh

Tapi bila bab pekerje yang takda gaji nak beli makanan? kat mana lagi dia nak kais? habis dah semua akaun bank dikais... habis dah kawan dan keluarga di pinjam...manusia tu bekerja nak cari makan, nak bayar rumah, kereta, bayar bil....mencari sesuap nasi utk melunaskan permintaan jasad agar terus hidup...Pekerja bukan berkerja semata2 utk berkorban kepada syarikat.. kalau syarikat tak boleh jaga kebajikan pekerja, macam mana pekerja nak menyumbang kepada syarikat?

Pekerja selalu dilingkungi dengan stigma "anda akan dibayar gaji atas sumbangan dan khidmat anda, jika anda bekerja dengan bagus maka lumayanlah benefit dan gaji yang akan diterima" setuju 100%... tapi mcm mana pulak pekerja menilai Majikan? sepatutnya ada timbal balik "Majikan akan mendapat Khidmat dan sumbangan saya diatas penilaian saya terhadap prestasi majikan membayar upah dan menjaga kebajikan saya"

Kalau kita masih berpegang pada prinsip "take it or leave it" atau "jika anda tak puas hati, anda boleh cari kerja lain" maka mundurla syarikat, kerana asset paling penting bagi sesebuah syarikat adalah pekerja yang setia dan bagus berkhidmat.. jika kebajikan pekerja tidak dititik berat, apa la guna pulak Akta buruh yang telah digazetkan utk menjaga kebajikan dan hak2 pekerja?jika pun majikan masih tidak ambil pusing dengan kegerunan pada akta buruh itu.. ingatlah dalam sepicing...bahawa dunia ini tidak tamat di sini.. ia akan dihitung di akhirat kelak...

Sabda Rasulullah Saw .... "Bayarlah Upah sebelum kering keringat pekerja di badannya"

P/s aku tidak mahu menjadi ayam yang sentiasa mengais mencari makan, dan aku tidak mahu menjadi talapia yang rakus menjamah tubuh saudaranya...

6 comments:

  1. lawak.. tadi bace balik.. tergelak ngan lawak sendiri hahaha

    ReplyDelete
  2. Mak teringat kata2 manager mak yg kini dh jd saleman BMW kalau x silap.. Tak suka pegi keja tempat lain.. tu br manager branch Nyah.. tak tau kalau company tu dia punya. Agaknya camna la statement dia yer.. Itulah kalau dah salesman dpt pangkat manager jd camtu ler.. Kerek x tentu pasal

    ReplyDelete
  3. Ammmboiii mulut manager ko nyahhhh.. nanti aku cili2kan... dia ingat tu company bapak dia ke???

    ReplyDelete
  4. ikan talapia bakar cecah air lade.. nyum2.. ikan talapia goreng lagi sedap... kih3...
    kalo jenis suke campak syiling merate2, habis sudut dikais2 lah.. :p

    ReplyDelete
  5. aahhh sedapnya ikan talapia merah bakar cicah air asam.. nasik panas.. ulam petai.. slurrpppp menjilat siling...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...