December 27, 2011

Isu : Ucapan Hari Raya Agama Lain

Assalamualaikum..

Sejujurnya, aku merasakan aku tidak layak untuk menetapkan cara berfikir kepada kamu semua tentang masalah Ucapan Hari Raya agama lain ini kerana ilmu aku tidak mapan dan mengkhusus dalam perkara ijtihad.

Jadi pendapat aku tentang isu ini bolehlah dibaca sebagai sembang-sembang anak muda di tepi kali. Masalahnya adakah anak muda yang masih lagi lepak di tepi kali?

" kali tu apa Zulfikar?"

" Kali itu Sungai, sekarang kau dah faham kan apakah maksud nama wali songo yang berbunyi Sunan Kali Jaga?"

" Faham Zulfikar"

******************************

Nak ceritakan ayat pembuka sebagai justifikasi keseluruhan isi memerlukan penerangan yang panjang, jadi aku harap korang yang pembaca baru dapatlah menyemak sejarah hidup aku yang lepas di dalam entry post lama. Bagi pembaca setia sudah tahu bahawa diri dan keluarga aku adalah di dalam ruang lingkup Moderet, sub-urban -kampung tepian bandar- rasional- praktikal-fundementalis-dan kadang-kadang skeptikal.

Aku dibesarkan dengan masyarakat berbilang kaum, bukan sahaja keluarga induk, tetapi keluarga dari atuk nenek lagi kami amat bergaul dengan masyarakat cina dan India. Moyang dan nenek sedara aku fasih berbahasa Tamil walaupun mereka 100% Melayu.

Bapak dan aku pula boleh faham dan bertutur sikit-sikit bahasa tamil. Mak aku pula agak rapat dan faham dengan budaya masyarakat cina. Disebabkan dia dulu bekerja sebagai Jururawat Bersalin di Ipoh Chinese Maternity Hospital maka dia dapat membeza-bezakan dialek suku bangsa cina samada kek, Teochew, Hakka, Hokkien dan kantonis.

Adik ipar aku sendiri adalah mualaf yang berasal dari bangsa cina dari belah ibunya dan India dari belah Bapanya, menjadikan dia berbangsa Cindian. Kalau adik aku nanti dapat anak, jadi bangsa bagi anak dia adalah MeCindian. Haruslah haru biru nanti surat beranak itu.

****************************

Dulu-dulu, keluarga kami akan celebrate semua perayaan bangsa ini bersama jiran dan business partner bapak aku, kalau GongXi Fa cai, Kami akan melawat jiran kami dan dihidangkan Air kotak laici bersama limau mandarin. Hadiah limau pula jangan cakap, kalau setiap tahun baru cina, maka penuh satu stor dekat rumah dengan kotak-kotak buah limau.

Bila Deepavali, kami akan memenuhi jemputan dari kawan-kawan berbangsa India. Pekerja bapak aku ramai yang berbangsa india terutamanya Uncle Vellu, Sagheran dan Sudha. Samada tengahari atau malam kami akan melantak Vidhu Thosai, kari ayam, kari kambing, Idhli, Putu Mayam dan Rassam. Kalau nasib baik kami dapat makan Banana Leaf Rice.

Lihat! tak perlu masuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat pun aku mampu merapatkan jurang di antara berbagai kaum di Malaysia ini. Pokok pangkalnya cara kita berfikir dan keterbukaan kita mengiktiraf kepelbagaian bangsa, bukan laungan kosmetik poster pilihanraya.

Jika tidak, masakan pula Allah berfirman bahawa Dia menciptakan manusia dari berbagai-bagai suku kaum dan bangsa agar kita dapat saling mengenali.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya" (Al Hujurat:13)
**************************

Apabila sudah meningkat dewasa, dan pelbagai maklumat boleh didapati dari internet, buku, guru dan kawan-kawan, maka aku terdedah dengan fatwa dan pendapat dari ulamak muktabar  yang mengatakan ia adalah Haram, Syirik, dan menggugat akidah jika kita meraikan Hari Raya Agama lain contohnya Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina ( ada pendapat mengatakan tahun baru cina tu tiada kena mengena dengan agama, ia hanyalah sambutan tahun baru kalendar cina)

Namun terdapat juga Fatwa dan pendapat dari Ulamak non-literalist, ulamak fundamentalist dan lebih Flexible yang menyatakan bahawa mengucapkan kembali selamat bergembira kepada kawan beragama lain hukumnya adalah harus dan tidak membuatkan kita rosak akidah dengan syarat.

1. Ucapan kita tidak mensyirikkan Allah.
2. Kita tidak membenarkan agama mereka.
3. kita tidak beriya-iya menyambutnya samada dalam keadaan sedar atau tidak, langsung atau tidak langsung.

Tapi walau bagaimanapun aku menerangkan, persoalan ini harus aku jawab demi menunjukkan bagaimana masyarakat marhaen berfikir dan memilih pendapat yang lebih kuat. soalanya adalah....

" Jadi, Apakah pendapat dan pendirian kau Zulfikar?"

" Pendirian dan pendapat aku adalah seperti yang aku terangkan di bawah ini "

1. Aku tidak pernah dan tidak akan mencerca agama, pegangan, perayaan bangsa lain.

- Kerana Allah berfirman jika kita mengutuk Tuhan mereka nescaya mereka juga akan mencerca agama kita kembali kerana sesama kita tidak faham agama masing-masing dan apa yang kita cakapkan.

- Kau tidak mahu sambut perayaan lain sudah, diam! tidak perlu engkau mencerca dan tidak perlu engkau berlaku kasar.

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku" ( Surah Al-Kafirun)

2. Jika kawan Kristian datang dekat aku dan ucapkan.......... 

"Merry Christmas Zul!" wink wink sambil wat muka comel, mate kedip laju-laju konon-konon cute nak hadiah le teeww...kurang-kurang pun kucupan mesra di pipi munggil..

aku akan jawab.. 

"Hai Eunice, Hai Stephanie, selamat bergembira. Selamat hari krismas, Enjoy your Holiday dan selamat tahun baru. moga-moga awak seronok bersama keluarga"

- Tidaklah pulak ia bermakna aku endorse agama Kristian itu mengangkat Jesus sebagai anak tuhan dan tuhan sekaligus, sebaliknya aku mengucapkan selamat kepada Eunice yang mahu beraya perayaan agama dia. full stop, tiada ulasan beranalogi dan bermetafora lagi.

3. Aku tidak ada nafsu nak pakai baju santa dan pergi parti krismas. Kalau pergi parti pun aku rasa ia bukanlah acara keagamaan, ia hanya parti keseronokan mereka berhari raya. Sama macam kita yang bakar lemang dan bagi angpau untuk menyambut raya. ia bukan acara keagamaan, sebaliknya ianya adalah acara dalam memeriahkan raya kita. Tapi aku memang tak pernah pergi parti krismas, sebab sesak padat dan banyak bau alkohol dalam club.

-Yang menjadi masalah, jika kau pergi Gereja, atau pusat masyarakat Kristian dan kau bersama-sama menyanyikan Gospel Hallelujah. Itu sudah terang-terangan kau merosakkan akidah Islam kau secara langsung atau tidak langsung. Sedar atau tidak sedar.

- Aku rasa korang tak perlu pun kot nak pakai baju dan topi santa tu, nak jadi open-urban bukan macam tu. Jadi terbuka adalah dengan memahami isu sensitif bangsa dan agama lain.

- Aku rasa tak perlu kot korang beriya nak hias pokok krismas, susun hadiah, pastu pagi-pagi bukak hadiah bersama keluarga tersayang. Korang just wish dan pergi jemputan open house itu dah memadai. Jiran nak belanja makan, kita makanlah kan. Berbuat baik sesama insan kan dituntut Tuhan.

4. Tidak perlulah kita berdebat pasal masalah 25 hb  Disember itu tarikh lahir Jesus atau tidak, atau ia adalah perayaan pagan yang telah digabungkan oleh maharaja rom atau adakah Santa Claus itu berunsur agama Kristian atau tidak kerana....

1) isu yg kita bincangkan disini adalah ucapan hari raya agama lain. bukan validity fakta asal usul Krismas.

2) Krismas ini sudah sebati dengan agama Kristian dan diiktiraf Vatican City sebagai upacara rasmi Agama Kristian. Jadi ia mmg disambut sebagai hari raya merayakan Lahirnya Jesus Christ ke dunia.

5. Jika orang Kafir memberi salam kepada aku, aku akan menjawabnya balik. Aku tidak akan mendoakan dia masuk ke dalam Neraka Sam. Aku rasa masalah kesempitan akal sesetengah umat Islam adalah suka mencerca agama lain. Aku bukan cakap sedap mulut, kau pergi baca blog-blog fanatik yang suka menghentam agama lain, dan komen-komen yang menghiris perasaan. Semua seakan lupa Firman Allah yang aku letakkan di awal perenggan di atas.

Mana mungkin kawan datang kepada kita..

" Salam sejahtera ke atas kamu wahai Zulfikar"

Kita jawab balik....

" Selamatlah kamu di dalam neraka Sam wahai Vellu"

Sepatutnya kita sentiasa mendoakan semua manusia, semoga Umat Islam itu sentiasa sejahtera, dan semoga umat Kafirun itu sentiasa terbuka untuk mendapat rahmat Allah.

Jadi, aku sudah jawab di mana pendirian aku dalam isu Ucapan Hari Raya Agama Lain ini. Bagaimana pula kamu semua?

Jika terasa goyah dan gayat dengan pendapat aku, mungkin kamu boleh baca pendapat dari Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sini : - DR MAZA . COM 

***************** tamat******************

Ini bukan Santa turun ke bumi dari north-pole, sebaliknya adalah pemburu bayang yang turun mencari belang tarungnya di atas bumi. Jaga kamu wahai Siluman Angkasa. Jurus Pukulan Maut alam semesta Jurus ke7!!!


P/s I seriously, gambar kat atas adalah antara pict yg paling aku suka dalam koleksi, gambar beberapa meter dari puncak Gunung Kinabalu, ditangkap oleh Encik Hairie Jasadi. Saat aku di atas awan.

p/s U walk the talk, cakap pungpang2 dalam blog dan dalam FB, tapi bila suruh baca doa selamat semua tolak-tolak panik nak bagi orang lain. suruh dakwah orang kafir semua segan, diam seribu bahasa. Kamonlahh.. takkan nak jadi Keyboard warrior je kot.


23 comments:

  1. tapi bang aku dapat hadiah krismas.harus bagaimana?? mohon persoalan dirungkai.

    ReplyDelete
  2. Bujal X : dapat hadiah Krismas? amik je la. pemberian org kan. kesnya sama dengan org Yahudi yang jamu Rasulullah makan.

    ReplyDelete
  3. betul tu, menghormati adalah berbeza dari mempercayai . yg penting niat di hati kena jaga, jgn terlalu sporting sampai terpaling akidah sendiri =)

    p.s Gambar kat puncak gunung KK itu mmg terbaik, boleh buat post card hehehe :D

    ReplyDelete
  4. suke entry ni..

    biasalah sesetengah orang melayu zaman sekarang ramai sangat yang racist..
    bila tanya alasan kenapa jadi macam tu..mulalah dia sebut alasan ni la alasan tu la..lagi takley blah diorang bagi alasan sebab agama..*aku tak nampak mana rasionalnya disitu*
    mata diorang dah dikaburkan dengan yang tidak2.. takut ini la..takut itulah.. aku tak tau la mana letaknya akal waras diorang..
    politik pulak dah satu hal..*malas aku nak sentuh..sebab luar bidang aku*
    btw, terlalu banyak dengar cakap2 kosong pun tak guna..reformat balik otak tu.. fikir dengan waras.. kita kan hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum.. kenapa mesti benda2 macam ni jadi punca kita berpecah belah..??*sigh*

    ReplyDelete
  5. saya rasa tak salah! apa yang penting niat kita... ucap sekadar tahniah dan menghormati!

    ReplyDelete
  6. orang kite suka beratkan yang ringan lepas tu suka ringan kan yang berat =_=" .

    ReplyDelete
  7. kalau dapat hadiah, terima aje. saya siap dapat kek lapis lagi..bantai makan dengan family.

    ada cop halal JAKIM lagi tuu. haha!

    Bila Karipap Boleh Bercakap

    ReplyDelete
  8. Susahlah kalau semua benda nak dijadikan isu.sebelum2 nei okey je bila nak msk tahun 2012 semua bnda jadi isu.apeeee pun tak boleh.

    walau apa org ckp sy tetap wish selamat hari krismas utk kwn sy sebab bila tiba hari raya kita,dia jgk selalu wish dkt sy.

    ReplyDelete
  9. mekaseh sebab terima cadangan aku untuk menulis topik ni..^_^

    ko nak tahu sebab ape aku tanya ari tu? sebab nenek sebelah arwah abah aku sambut krismas..die bukan Islam..jadi tak salah la kan kalau aku nak wish die je..bukan aku nak sambut pun dan mengakui pulak pasal agama dia tu..

    walaupun kami berlainan agama, takkan aku sebagai cucu dia nak memusuhi dia pulak..(-_-")

    ReplyDelete
  10. Suka pesanan terakhir! Jelas dan mantap ulasannya!

    ReplyDelete
  11. Pergh terbaik. Meh amoi2 semua. Jom kite kawan jom

    ReplyDelete
  12. Entry yang bagus wahai Encik Zul yang berwajah seperti Gerard Butler dalam filem 300 (pengsan laa ko zul kena puji dgn aku).

    Haha. Aku pon rasa tersentuh jgk dgn entry ni sebab pernah terkena bab wish-wish perayaan selain agama kita ni. Tapi aku rasa pendirian kita sama kot. Selagi tak menyimpang ye dak.

    Selamat bercuti panjang.

    ReplyDelete
  13. mak aku fasih bahasa tamil walau dia melayu takde campur2 tamil.. Kawan2 dia pn byk org india. Uncle Vellu.. aku teringat kawan baik arwah ayah aku nama pakcik vellu jugak. Baik sgt menurut cerita mak.. masa mak aku nak bersalin kakak sulung aku, ayah aku takde kt umah, keja.. yg ada makcik mary bini pakcik vellu.. maka kelam kabut la makcik mary pggil pakcik velu balik hantar mak aku gi spital. Smpai nurse pn hampir tersilap igt pakcik vellu tu suami mak aku.. moral of the story.. kalau pakcik vellu sambut depavali, makcik mary sambut krimas.. mak & arwah ayah sambut hr raya.. dorang kwn baik, kalau smpai nak wish raya pn tak boleh, kan nampak kejam sgt..

    ReplyDelete
  14. Hari ini kepala umat islam pening dan binggung kerana terlalu banyak sangat yg mengaku ustaz atau ustazah dan selamba-selamba keluar fatwa ikut anak tekak yang bertuhan kepala otak dia...Itu tak boleh ini tak boleh !

    Lepas itu ambil ayat separuh2 ntah dari mana dan lagi teruk main ceduk tak tahu kitab daripada mana...dan yang paling menyedihkan masyarakat blog yang bodoh dungu buta2 pula ikut apa yang mereka perkatakan...

    Selepas beberapa tahun barulah ada yg tersedar bahawa maklumat tersebut palsu dan cuma diada2kan...macam haramjadah!


    Cuma aku sedih manusia yang seperti kau cuma ada beberapa kerat sahaja yang tahu dan faham apa yang harus dilakukan...yang lain2 ikut rasa sahaja bukan ikut hati atau ikut akal.

    ReplyDelete
  15. keyboard warrior pun jadilah dari xdak langsung..ke cmne


    btw, aku suka penulisan ko yg sempoi...

    mode : jeles~!

    ReplyDelete
  16. TiTi : betul3. ha'ah hari tu pun ade berangan nak masuk pertandingan gambar postcard.. hehe

    Cik Marina : gip me pai! pap!

    Ain Farha : perasan tak? masalah racist dan kecoh2 ni berlaku bila ada fb dan blog yg berleluasa.

    mas saari : setuju dengan mas!

    Irah Hajerah : org kita suka kosmetik...

    Zinedine : org bagi, makan je la kan.. :)

    NIN : semuanya sebab ramai yg nak menulis tapi hentam kromo.. tu masalahnya.

    Cik Sha : terima kasih sebab suggestkan. owhh nenek ko sambut christmas rupenye.. bagus2 muhibbah.

    FiFiey : terima kasih...

    Akim : bukan main lagi ko.. amoi terus!

    Monas2petronas : sayang tanter lebih la.. pehhhhhhh gerard butler tuuu.. kan aku dah ckp dah korang semua.. ramai ckp aku mcm gerard... see see... pengsan jap..

    p/s aku tau ko suka filem 300 kan?

    Lekat Lekit suria : Mak ko pandai tamil gak? untungnye. baiklah uncle vellu tu, tu la, tak semestinya agama berlainan tapi hati perut jahat kan.. ada manusia mmg baik tak kira agama.

    Republic : Masalah ni timbul sebab ramai org nak tulis, tapi tulis speruh paham separuh mcm yg ko cakp tu la... moh kita berdoa semoga mereka lebih istiqamah dalam menuntut ilmu...

    Zuemiey : betul gak tu. aku bagi chance jelah kat kau.

    Thanks..

    Jangan la jeles. ko punya penulisan pun hebat jugak. aku ikut pe.

    ReplyDelete
  17. sekadar bagi ucapan bukannya kita turut sama meraikan..

    ReplyDelete
  18. tetiap kali chinese new year, kitorang mesti dapat limau berpeti2..


    nyummy2..

    bole je kan makan..?

    ReplyDelete
  19. @missSenget : selagi halal, makan aje...lagi best kalau dikongsi2 dgn saya. hahaha

    ReplyDelete
  20. HUJAH YG MANTAP, FLEKSIBLE & TERBAEEK boboboi .. Tahniah!

    ReplyDelete
  21. I like this entry.

    Terlalu ramai yang fikiran sempit macam dalam entry ni sampai dah malas nak layan. Lagi sakit hati ada.

    1Malaysia sebenarnya dah lama ada. :)

    Kudos for an excellent entry! (as usual) :)

    ReplyDelete
  22. saye tak fahamlah..haru ke hram ucap?

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...