October 4, 2011

Orang Nomad

Assalamualaikum...

1) Dulu aku pernah bercerita dengan Kak Najwa dan Kak Yong Fairus. Diaorang tanya aku asal mana, aku dari kecik memang berat sikit bila nak jawab asal mana ni.

" Hey Zulfikar, kau asal mana sebenarnya ni?"

" panjang kisahnya Kak Yong"

" cuba bagitau aku, aku nak tau"

" saya ni asal Ipoh, Lepas tu membesar dekat Batu Caves, Lepas tu saya pindah Mersing Johor, lepas tu saya pindah Shah Alam"

" Jadi Mak bapak kau duduk dekat Ipoh la sekarang?"

" ehh.. ehh taklah, mak bapak saya ada kat Mersing"

" ishhh aku pening la dengan kau ni Zulfikar"

" Macam ni lah Kakyong, saya ni beranak dekat Ipoh Perak, Keluarga saya semua asal sana, lepas tu kami pindah ke Klang, lepas tu pindah ke Batu Caves, Lepas tu pindah ke Mersing, Lepas tu pindah ke Shah Alam"

" banyak betul pindahnya, betul ke umur kau ni 26 tahun? banyak betul tempat kau dah duduk? bapak kau kerje polis ye Zul?"

" la betul la saya 26 tahun, bapak saya kerja berniaga sendiri"

" Bapak kau berniaga pasar malam ke main pindah-pindah macam tu?"

" Takdelah, Bapak saya kerja jaga kilang"

"OooOOoOOoooOOo... dah macam orang nomad pulak kau ni kan"

*****************************

2) Dulu jugak aku selalu main Chating, MIRC dan YM, dan aku memang berat nak jawab A/S/L....

" Hye a/s/l please"

" 19/m/ipoh"

" hei... saya ipoh jugak, u ipoh kat mana?"

" saya asal je ipoh, tapi saya duduk sekarang dekat Mersing, tapi saya ada rumah dekat Bandar Baru Selayang"

" pening la saya dengan awak ni, awak orang nomad eh? mesti daddy u kerja Polis kan?"

" Tak tak, bapak saya kerja kilang, terpaksa la pindah ikut bapak, bapak nak cari makan kan"

" OooOooooOOoooo"

Dulu masa zaman bengap-bengap chating, orang selalu ingat A/S/L tu singkatan kepada asl atau asal, padahal ia adalah Age/Sex/Location. Pada satu hari, ada kawan aku nak belajar main chating MiRC, tetiba ada girl dari bangsar Pm tanya gaya skema.

" hi ZorroMan"

" Hi PixiePrincess"

" Boleh tau A/S/L?

" maksud awak Asal?

" Nope, Age/Sex/Location please?"

" errr saya 17 tahun tapi saya nak chating, saya bukan nak sex."

Apa punya bebal kawan aku tu dulu, tapi bebal tak bebal mana lah, dengar cerita dia dah kerja engineer dekat company oil and gas sekarang ni. punyalah dia nak pretend naive, kot-kot boleh ngorat awek mirc kan...taknak sex konon-konon, tiba-tiba... padahal kalau dapat tengok Siti Nurdiana muka macam Banduan tak dapat perempuan. (lari tajuk sedikit, sebab takde isu orang nomad, hahahahha)

**********************************

3) Dulu bapak aku Operation manager jaga kilang air batu di serata pelusuk Malaysia, kiranya setiap bulan atau setiap 2 minggu dia akan pergi melawat branch untuk tahu jumlah sales dan report prestasi. Diringkaskan setiap negeri kat Malaysia ni ada cawangan kilang air batu tu.

Bapak aku pulak selalu sunyi bila travelling outstation, jadi dia akan ajak kami sekeluarga ikut dia outstation sekali. Oustation tu membuatkan aku travel dengan bapak aku dari Perlis, pangkor, Pantai Remis, Klang, Seremban, Batu pahat, Muar, Jb, Mersing, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu bla bla bla bla bla....yada yada yada....huargggghhh boring.

Zaman awal 90 an, sesiapa yang selalu travel adalah satu keajaiban dan kekaguman, malah siapa sahaja cerita dia nak naik kapal terbang ikut mak bapak terus akan digelarkan 'Anak Datok'

" woi, kau tau tak Anis tu kan pernah pergi Ireland"

" mesti bapak dia Datok kan? tak pun bapak dia Duta"

" takde lah, dia bagitau aku bapak dia study kat sana dengan mak dia, jadi dia lahir dan besar kat sana, skrg baru balik"

" hah dah kawin ngan beranak pun belajar lagi? macam tipu je, aku rasa dia saje je, dia nak low profile la tu, aku gerenti bapak dia datuk"

Begitulah keadaannya ketakjuban perasaan orang Malaysia bila dengar orang naik kapal terbang pada zaman dulu, sambung balik cerita aku ye, Jadi bila cikgu tanya dalam kelas......

" Siapa pernah pergi Perlis?"

" saya cikgu"

" Siapa pernah pergi Johor?"

" saya cikgu"

" Siapa pernah pergi Kelantan?"

" saya cikgu"

" Siapa pernaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh pergi Terengganu?"

" saya cikgu"

Punyalah aku jujur masa sekolah rendah dan menengah, dalam kata nak berlagak tu tidaklah, cuma aku jujur, tapi seringkali kejujuran itu dinilai sebagai berlagak. bak kata orang putih

There is a thin line between arrogance and confidence

Mula-mula ia nampak Berlagak kan? macam rasa nak cakap "ek eleh mamat ni poyo, semua dia pernah pergi, macamlah orang lain takde, entah betul entah tidak..poyo gila"

Tapi tunggu bila aku guna skill public relations (pr) untuk mengendurkan suasana....

" Wah Zulfikar, awak berjalan merata-rata satu Malaysia ye Zulfikar"

" Ye cikgu, sebab saya ikut bapak pergi Outstation satu Malaysia cikgu"

" 1 Malaysia awak dah pergi?"

" dah cikgu, dari perlis sampai ke Kelantan, Cuma Sabah Sarawak je saya belum pergi"

" bapak awak Businessman ke? ke Pilot?"

" bapak saya kerja kilang cikgu, Kami travel naik kereta proton saga bapak saya keliling satu Malaysia, sebab tu kami tak pernah pergi Sabah ngan Sarawak, sebab tiket kapal terbang mahal, bapak saya tak mampu cikgu, takkan nak naik proton saga pergi Sabah lak cikgu kan"

" owhhhhhhh bagusnya, mesti best kan jalan-jalan pusing Malaysia kan, bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan, takpelah tak naik kapal terbang pun, naik kereta pun best apa Zulfikar"

Pada masa tu, barulah kawan-kawan sekolah tersenyum sampai telinga, dan kembali seronok, dan kerumun aku seraya bertanya........

"wah best la ko Zul, wehh betul ke orang cakap Ferry Pulau Pinang 2 tingkat Zul?"

" A'ah, Ferry Pulau Pinang 2 tingkat, besar gila, kat pangkor pun ada ferry tau, tapi kecik je, kereta tak boleh masuk, langkawi pun ada ferry jugak"

" A'ah la Zul, aku pernah naik Ferry langkawi, ferry Pulau Pinang je belum"

Okey dah kecoh-kecoh pasal jalan-jalan tu, cikgu aku tarik perhatian balik

" Okey murid-murid, banyak kan tempat Zulfikar dah pergi jalan-jalan kan?"

" banyak cikgu"

" Jadi, berbalik pada topik kita pada hari ni, orang yang hidup berpindah-randah dan tidak menetap di satu-satu kawasan dipanggil apa murid-murid?"

" Orang Nomad Cikgu"

" Bagus..Jadi berikan satu contoh orang yang hidup secara nomad ni kelas!!!"

" Zulfikar dan keluarga dia Cikgu"

" hish kamu ni, ada pulak Zulfikar, orang nomad tu contohnya Orang Eskimo la"






"Jadah betul mulut mamat sekor ni, ada ke aku dikatanya Orang Nomad" kata aku kepada diri aku sendiri, sambil mata redup memandang kawan kelas aku tu. Jage ko!

*******************************



korang tengok semua muka bersinar-sinar dapat naik kapal terbang, jauh gila perjalanan masa ni, nak pergi Langkasuka. perjalan mengambil masa 5 jam, 5 jam dari KLsentral.

Bye-bye orang Malaysia, mak abah semua, kami dah nak terbang pi london sambung ngaji, Betoi habaq hang, tak mohong aihhh.. Mak abah jangan nangis na.. kami pi tak lama.. kim salam toklang, tok cik tok cak tok cok tok cuk semua na...peace yooo....

Ya Rabbi, kawan sapa ni oi!!!! ni mesti orang nomad ni, bala tangkap gambar beria dalam kapal terbang, takde sape dah lagi yang hebat oiiiiii.... astgahaaa, anak sapa ni.. cepat amik cepat, ikat kat seat tu ketat2....

Yessss, aku berjaya landingkan kapal terbang ni. Peace! hik hik hik gelak sambil sengguk-sengguk,  mabuk udara katanya, 






p/s Dulu adik aku belajar dekat UiTM Samarahan Sarawak, dia beli tiket airasia dah macam beli tiket Bas. Zaman dulu kalau naik Flight kat Airport Subang, kalau boleh satu kampung nak bawak, buat rombongan, siap chartered bas ekspress. sedangkan kemodenan ni jarak timeframe tidaklah jauh mana pun. sapa lagi yang ckp Rakyat Malaysia ni semakin mundur dan miskin adalah orang yang hipokrit atau buta perut.


22 comments:

  1. tinggal tapak kasut dulu... panjang sangat nak baca...hahaha...

    ReplyDelete
  2. "Jage ko!" memang buat aku ketawa terbahak2~!! dem~!

    hahahaha....

    bab part last P/S tu memang makan dalam...kah kah kah....

    siapa duduk atas kerusi lama-lama dia rasa panas...wakakaka...

    ReplyDelete
  3. ahahahahahaha.. jawapan kat dlm kelas tu mmg lawak.. wakakakaka

    ReplyDelete
  4. Anti Orang Nomad : wahhh kan main suka lagi ko ye...aku tiba2 dapat idea nak bubuh kipas mcm cooler laptop la kat bawah kerusi.. jom join venture nak? haha

    Jue : OooOOooo suke ye... gelakkan orang....

    ReplyDelete
  5. hahahaha....
    aku pun dulu selalu ikut bapak aku g daerah2 kat johor nih,bukan kerana bapak aku menteri beso tapi ikut bapak aku g hanto kitab sekolah agama naik van takde ekon.

    aku dah boring naik kapal..warghhhhhhhhhhhhhh!!bosan!

    ReplyDelete
  6. NOI : ko maklawak, aku selalu gelak bila baca komen ko ngan baca entry ko...

    hahahaha, aku bygkan muka ko panas naik van takde ekon.. hahaha

    ReplyDelete
  7. aku teringin nak rasa pindah2 rumah..

    ko tahu kan?

    ReplyDelete
  8. oii orang nomad..hahaha..

    lawak wei jawapan kawan ko dalam kelas tu..mesti ko hangen je kat die kan?kui3..

    a'a kan..dulu org kalau naek flight mesti disangkanye orang kaya duit banyak..skang ni semua org boleh merasa naik flight..tmbh2 air asia flight tambang murah tu..everyone can fly..weee~~

    ReplyDelete
  9. best woo travel jejauh kan...time blajo dulu tggu g rombongan sek je br la dpt g melawat tmpat org..lau x idup ak kat perak-selgr-kl je la.....
    lau nk naek flight slalu...kne la cri bkl suami kat sbh/srwak erk..hahahahhaha

    ReplyDelete
  10. ermm.. speechless jap bace. hahhaa

    ReplyDelete
  11. hahahaha.kahkahkah.lawak lah kwn tue jawab.

    dah boleh bayang muka awak ms kena jd contoh org nomad.hahahahaha

    ReplyDelete
  12. eh sama la kte..kte asal ipoh pindah penang-kedah-pahang then baru balik ipoh semula masa umo 17 taun..lepas tu sambung belajar pulak kat matrix arau-uum sintok-prac pun kat perlis..tgk kebanyakannya sebelah utara sampai orang ingat kte ni orang perlis sebab mampu bercakap loghat utara dengan fluent sekali..hahahaha:)yang pasal ayah keje polis tu pun kte da lalui..asal cte kat kwn2 je mesti dorang ingat ayah kte polis..


    p/s:eh terpanjang pulak komen kte..

    ReplyDelete
  13. ambe penduduk tetap rakyat jelata trg..huhuhuh..xpernah kuar2 dr trg...dari kecik smpai besar...branak,skolah,keje smeua kat trg..kalu kuar pon g jejalan je..tp yg penting satu malaysia dah jejak..huuuhuhu..baru tau ape itu dunia luar..kikikikik *katak dalam kaca*

    ReplyDelete
  14. orng nomad zaman kini lagi best. rumah dia ada kat mana2x jak. tak sama mcm orang nomad zaman purba. kih3

    ReplyDelete
  15. wah....untung la~~~ boleh naik kapal terbang...aku seumur hidup tak pernah lg naik kapal terbang...


    ps: hari tu nmpk ko la fikar kat masjid...tp tak tercapai dek akal ku nak pergi menegur...segan...huhu

    ReplyDelete
  16. Part jwpan utk contoh org nomad tu paling best... buat aku tergelak panjang2.. kehkehkehkeh...

    ReplyDelete
  17. kesiannya x terlepaih kene cop org nomad~ hahahaha...

    dulu pun ayu x taw gk a/s/l tuh apa.. ms form 5 baru faham.. time tuh dah x lyn mirc dah laa.. hehehe

    eh! ada org nomad melintas!
    (hahahahhahahaha)

    ReplyDelete
  18. saya pun NOMAD jugak (ceh! nak jugak tue)

    lahir kat kuala pilah.. kemudian g kuching, kemudian g kl, lepas tu g pahang, lepas tu g selangor.. lepas tu g penang lepas tu dok pinang.. kadang2 balik seremban..

    ini semua sebab abah saya seorang askar..

    mr zul
    tu kira NOMAD tak??

    ReplyDelete
  19. jauh jgk g langkasuka tu kannnn...hehehe..rindu btol kt korang seme...
    ~tunz

    ReplyDelete
  20. hahaha ceh, itu yang baguih tu. semua tu pengalaman kot. jeles2.

    aku nak melancong 1 malaysia naik beskal lah pasni

    ReplyDelete
  21. MissSenget : tahu, ko dah citer dah.. :)

    CIK Sha : mau tak hangen, muka aku mcm singa lapor masa tu tauu

    Deeyaudeen : sib bek tak speechless nak komen..kikiki

    Nin : Jahat lah kawan saya tu!

    Putri Fayad : komen dah jarang, tapi sekali komen paaannnjang.. baguih2 betei.. baguih anak dara papa ni..

    missalongwani : Mung belanje kawang Nasik Dagang aaa macang nih!

    Hainiey : org nomad purba lagi best, takyah bayar instalment rumah..

    Tamlegend : la apasal ko tak tegur? ko ni buat aku tak tdo mlm la duk imagine ko mana satuuuu

    iyou : mana org nomad mana? hahahahhaa

    Ikhram : wahhhh kita ni Orang Nomad la kan... gip me pai!!!!

    Tunz : jaauhhh langkasuka tu, 5 jam!!!!.. ehhh ko rindu aku lebih kan tun?

    Haikal : ko jgn buat malu geng motor... melancong naik RXZ ekzos bisu baru la style, ape brg basikal!!

    ReplyDelete
  22. hahahah!!!buleh2..mung mari tranung dulu ah..kite makang nasik dagang hok kepala ikan rm45 seketul..hahhaha\

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...