October 28, 2011

Kejutan Bahasa

Assalamualaikum..

Akibat daripada nature family aku dari kecik sampai ke besar hidup berpindah randah, aku telah terbiasa dengan rutin menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan masyarakat setempat.

Bagi pembaca yang baru kenal blog ini, untuk lebih memahami boleh lah baca entry aku yang bertajuk Orang Nomad dan lain lain lagi entry lama.

Akibat dari banyak berpindah randah, maka aku telah terbiasa dengan mempelajari slang, punch-line dan struktur ayat yang baru dari masyarakat setempat. Benarlah cakap orang tua-tua bahawa jauh berjalan luas pandangan.

Luas pandangan tidaklah pulak bermaksud otak cerdik exam dapat 4 flat, cuma ia sekadar pandangan yang lebih luas dalam memahami persoalan dalam hidup. Kalau malas baca buku, malas buat assignment, berjalanlah sampai Uganda sekalipun, tetaplah repeat paper sampai ke part 8.

Salah faham itu berlaku. Salah faham itu bukan satu dosa dan satu jenayah, cuma ia boleh menimbulkan ketegangan kalau tidak diatasi dengan betul.

****************************
1) Menganjing

Masa aku mula-mula pindah Mersing, aku telah bersedia untuk menjangka akan adanya kejutan bahasa bagi aku masa dalam kelas, dengan persediaan mindset begini akan mengurangkan kesan terkejut beruk, jadi aku akan ckp macam ni..........

" Jangan cepat melatah Zulfikar!" berkata-kata sambil ikat tali kasut kat muka pintu.

Bila masuk kelas Tingkatan 2 Yakin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing, aku buat lawak dengan kawan-kawan pasal Amirul yang kemetot.

" Mirul, kau pendek macam ni ada hati nak ngorat Aishah Jo, pergi sunat dulu lah!"

" eh..eh Zul, 'tak kuat' kau menganjing!"

Bila aku dengar dia cakap aku menganjing, aku tergamam dan rasa macam nak tumbuk muka dia masa tu jugak. Aku rasa macam mulut dia takde insuran sebab dia cakap aku menganjing. Pada pemahaman aku, menganjing tu datang dari kata akar anjing, dan imbuhan 'Meng' itu seumpama mengatakan aku melakukan perbuatan anjing atau berlaku seperti anjing.

Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi aku menerima penghinaan macam tu sekali, tapi sebabkan aku datang tempat orang dan aku dah set taknak cepat melatah, aku cool dulu, dan kemudian aku tanya Hasmuni dan Hafizan, Diorang bagi tau.......

" Zul, Menganjing tu makna dia macam mengejek, perli atau mengutuk lah, kau jangan pulak pikir yang orang nak maki kau anjing"

Pada masa tu, barulah aku paham, dan aku baru perasan yang semua orang dekat Mersing akan menggunakan term menganjing untuk makna mengejek dan mengutuk, umpanya kalau zaman sekarang ni budak-budak suka cakap 'bahan' atau 'membahan'....

" woi jom lepak rumah Yus jom, best sikit nak bahan Debe"

" kau ni tak habis-habis nak bahan orang Zik, mana cukup korum wei nak bahan Debe, Chewe gi main snooker"

Okey mari kita gantikan struktur ayat di atas dengan perkataan baru kita belajar hari ini iaitu menganjing.

" woi jom lepak rumah Yus jom, best sikit nak menganjing debe"

" kau ni tak habis-habis nak menganjing orang Zik, mana cukup korum wei nak ngajing Debe, Chewe gi main snooker"

Perkataan ini setahu aku tidaklah menjadi pelik bagi masyarakat di negeri belah pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Separuh pantai timur Johor seperti Mersing, Kluang, Jb dan lain-lain. Dan bagi mereka ianya hanya perkataan biasa, slanga sebutan harian.

Namun jika digunakan dengan kawan-kawan dari pantai barat Malaysia umpamanya Selangor, Perak, KL, Kedah dan lain-lain, ia sangat berbunyi kurang ajar dan menimbulkan perasaan yang tak selesa. 

Kalau cepat melatah boleh bertumbuk dan putus kawan. Now you Know!.. pergh rasa macam narrator National Geographic pulak dah.

********************

2) Perkataan Vice Versa

Pada suatu masa semasa di tingkatan 2, aku berborak dengan Hafizan, Amirul dan Khairil Adnan.

" woi, ko tengok tak motor Honda Bulat Hijau semalam? Seeelowww, pergh sekampung EX5 Abu kena tinggal"

Masa tu, aku tak faham dan aku keliru, mana satu yang budak-budak ni maksudkan, motor tu laju ke slow? kalau slow kenapa pulak Ex5 yg lebih baru dan power boleh kena tinggal?

Rupanya di Mersing, kalau budak-budak tengah excited nak menceritakan sesuatu kehebatan atau superiority, mereka akan terbalikkan dengan perkataan yang berlawanan.

" ehhh ehhh kasut Zul Size 9, kecik!"

" Kecik apa nya Hasmuni? besar ni, jenuh aku nak cari kasut sekolah tadi. Size 9 kecik lagi kata kau?"

" Hek ehh Zul, besor la aku cakap size 9, tapi aku cakap Keeeecik, saja la.. excited!"

" Ikut kau la Hasmuni"

Jenuh, seminggu dua jugak la aku cuba biasakan diri nak terbalikkan semua perkataan yang diorang cakap dalam otak aku, bagi membayangkan maksud yang sebenar. Kalau aku tak sesuaikan diri, mungkin aku jadi kera sumbang dekat sekolah sana.

*******************

3) Awak

Di Negeri Perak, Pahang dan sesetengah negeri pantai timur, ada orang tua-tua atau orang yang bersopan-santun akan bahasakan diri sendiri dengan panggilan awak atau awok (slang)

Tapi bagi mereka yang tidak biasa dan jarang bercampur dengan Masyarakat, mereka akan jadi lambat pikap, bila lambat pikap mulalah jadi salah faham, bila salah faham tambah dengan lambat pikap tambah lagi keterujaan untuk menunjuk pandai maka akan wujudlah masyarakat 'Mohon Share' nota facebook dan Keyboard Warrior dalam arena blog. Semuanya akibat salah faham untuk membezakan entry Real Facts dengan Troll ataupun dalam bahasa mudahnya Penulisan Sindiran.

" awak ni takda la pandai mana, tak berani nak cakap macam lawyer, kalau belajor pun takat sekolah rendah ye dak?!"

" celaka betul mulut kau ni kan Leman, baru datang sini dah nak kutuk-kutuk aku, kau ingat kau tu bagus sangat ke nak kutuk-kutuk aku tak pandai? aku masuk Politeknik tau tak!!!! bila masa aku belajar takat sekolah rendah pulak????"

" Hish kamu ni Jemain, awok bukan ngatekan deme, awok cakap kat diri sendiri ni, bila pulok awok ngate deme tak pandai"

" gulppp...."

Jika Jemain ego, Jemain sedar dia telah silap tapi malu nak mengaku diri telah silap, jadi Jemain akan mengheret kes ni berpanjangan dengan mengatakan bahawa Leman saja je cakap macam tu. Mungkin juga Jemain boleh ajak Leman bertomoi bagi menyelesaikan masalah.

Tapi jika Jemain matang dan bersikap bijak, Jemain tidak akan terus hidup dalam keangkuhan, sebaliknya Jemain akan menukarkan situasi tegang menjadi Humor lantas mereka pun berkawan semula.

" Hishh... Awak bukan nak marah kamu Leman, saje je nak acah deme tu"

" awak tau deme saje je melawok kan, udoh moh kita ngeteh kat kedai Lebai Kulop sane"

Bukankah dah baik balik kan? semuanya adalah terpulang pada kebijaksanaan manusia menerima, menyesuaikan keadaan, bersabar, tenang, dan berfikir di luar kotak.

" kotak? berfikir dalam kotak macam mana? berfikir luar kotak pulak macam mana Zulfikar?"

" berfikir dalam kotak tu... errmm..ermm...bek bek bek bek..ngaaa"

" la dah tanya taknak jawap pulak, yang terbek bek tu kenapa? org tanya ni, dalam tu mcm mana, luar kotak tu macam mana?"

" erm, aku mana tau luar dalam kotak macam mana, aku main sebut je, aku tengok semua orang duk cakap luar kotak.. luar kotak..macam best je pulak"

***********************************

" Cobra, aku kesian tengok kau, takde tangan kaki, macam mana ko nak garu kalau gatal ha Cobra?"

" eh eh German ni, Kuat Menganjing betul lah!!"

" Dah memang aku anjing, memanglah aku kuat Menganjing, takkan aku Mengular pulak!"

" Ala aku tau lah aku selalu ngelat basuh pinggan,dah nama aku ular, memang lah aku mengular takkan aku mengulat pulak, menganjing lagi kau ni"

" nasib baik Ulat takde dalam gambar ni, kalau tak mesti Zulfikar tu sambung lagi dialog untuk Mengulat pulak kan Cobra kan?"

" ala German, biarlah dia, blog dia.. kita pun numpang je kat sini german oiii"








P/s Sumbang ada banyak kegunaan, Sumbangkan lagu, Suara sumbang, Sumbangan, dan Kera Sumbang, Dari kecik aku cuba jari jawapan kenapa kera sumbang itu bermakna tiada kawan, adakah Kera itu menjerit dengan suara yang sangat sumbang, pitchingnya menyakitkan telinga kera yang lain sehingga semua kera lari taknak kawan dengan dia? atau pun Kera itu tidak pernah menyumbang apa-apa dalam hidup dia dalam komuniti kera? atau Kera itu sangat sombong, tidak mahu Sumbangkan lagu bila Kera-kera membuat sesi menyanyi di kenduri perkahwinan kera?

P/s II " Zulfikar sayang, p/s kau kat atas ni panjang macam nak buat entry, lebih baik kau simpan dalam draft dan publish di next entry dalam tajuk Kera Sumbang je kan senang, dapat Jimat idea.





P/s III siapa dapat bagi jawapan kenapa Kera Sumbang? tolonglah bagi menamatkan misteri yang selama ini melanda diriku.

37 comments:

  1. aku pun tak pasti ngape guna Kera untuk Sumbang..tak terkaji weii..

    aku sekarang bahasa dah bercampur2..aku sendiri dah jadi konfius..

    e.g
    1)fuiyooo..cara ah baju baru dia!
    2)selekeh je perangai..

    hahahaha...

    ReplyDelete
  2. Noi selalu no 1.. :)

    bahasa bercampur sebab masyarakat dah makin dekat... nya la tek.. reti kau kelakar sarawak? aokkk

    ReplyDelete
  3. hahaha.ms mula2 dulu terkejut jugak dgn perkataan nganjing,bahan dan vice versa tue.dahlah jenis blur blur je dulu.kahkah.

    bila duk u dan bercampur dgn bebudak yg berlainan tempat byk gak bahasa baru.paling xfaham bhasa kwn yg duk parit buntal.

    ReplyDelete
  4. Nin : parit buntal? ikan buntal? bantal? bental? buntal?

    atau anda maksudkan Parit Buntar?

    ReplyDelete
  5. dlm byk2 tu, perkataan awak tu pernah buat saya confuse sekejap, sebab sangka saya perkataan dan ayat yg diutarakan kawan sy ditujukan pada sy, rupanya ditujukan pd diri sendiri, slps tu smp skrg sy akan tersenyum apabila kwn2 drpd perak menggunakan kata ganti awak di depan sy :-)

    ReplyDelete
  6. aku perkataan2 gitu x jadi masalah sgt..

    selalu aku mslh bila gi pantai timur..

    penah praktikal kt pahang aritu..

    ramai orang klntn kt situ..

    emosi kot..aku diam je..sbb tak paham ape diorg ckp..

    tp skrg ok dah..mmg kwn2 aku ramai klntn..sedap je diorg ckp sbnrnye..

    ReplyDelete
  7. haha... tetiba aku terasa nak mengarnab plak.. haha

    ps : ade ke? :P miahahaha

    ReplyDelete
  8. dulu blur2 sotong gak ngan beberapa istilah tu...bila dh kwn 1 malaysia ni, lama2 ok sudah...:)

    p/s : best la dialog anjing ngan ular tu...hahahaha

    ReplyDelete
  9. aku reti cakap melanau,orang kampung ni tak reti sangat cakap sarawak..

    ReplyDelete
  10. haha..menganjing tu mengejek rupenye..last time sy ada sorang fb fren yg agak close..one day dia sebut word menganjing kat saya..gulp!!!terasa..sbb mcm dia sebut sy ni serupa anjing..then tanya dia apa maksud menganjing sbb sy taknaklah marah x tentu pasal..dia pulak tak nak bgtau..asyik nak suruh sy find out..last2 saya taknak dah chatting ngan dia sbb sy pasti dia kata saya anjing...huuuu..salah faham..tak sabar nak balik rumah nak chatting balik ngan dia...

    ReplyDelete
  11. memang banyak bahasa yang pelik2 camni, kadang2 saya pun tak faham..

    pasal kera sumbang tu pun saya tak tahu, perumpamaan je tu! heheheeee

    ReplyDelete
  12. skrg bahasa bercampur-campur..makin jahanam bahasa disebabkan teknologi sms

    ReplyDelete
  13. haha..mmg mcm2 pnggunaan prkataan yg akn buat kte rs pelik klo kt tmpat org,.prkataan menganjing tu kita belajar masa kat polipd..depa guna menganjing instead of membahan, mngejek..so dah terikut2 smpy skrg..hoho

    ReplyDelete
  14. lagi 1 contoh perkataan kopek..kalau org perak kopek tu mcm kupas..bila pindah kedah kopek tu maksudnya dompet duit..bila pindah pahang kte ckap la tolong la kopek buah tu..sume kwn2 gelak kat kte..pastu kte da mcm blur2..asal dorang ni kena gelak bila kte sebut cmtu..rupa2nya kopek bg belah pantai timur maksudnya buah dada..3 negeri 2 maksud yang berbeza..:D

    ReplyDelete
  15. sebelum kahwin, tau vocab kl, melaka dan perak sikit2.. dah kahwin, vocab bertambah - perak belah parit pulak..

    uniknya malaysia..

    ReplyDelete
  16. kat u dl derang suka sebut ape baranggg.. cthnye: 'sy beli kat jln TAR' 'ape barang jln TAR'

    pastu klu kene tipu derang akan kate 'ko kene kencing'..

    skang kat pebuk derang sibuk sebut 'wakluuuu' 'untung laaa'

    ReplyDelete
  17. biar apa pun bahasa atau ayat yang kita dengar berlainan dari yang biasa kita dengar ia bukan lah kejutan budaya tapi ianya suatu yang sinis.dan kebanyakkannya cuma satu gurauan kawan-kawan.orang kita memang terkenal dengan kata sinis atau sindiran yang agak tajam.bergurau pun part yang paling orang kita suka.

    ReplyDelete
  18. Perkataan menganjing mmg dh jadi stu perkataan harian org Belah Pantai timur jugak :) hee. Btw nice blog :)

    ReplyDelete
  19. menganjing biasa dah dengar.

    kalau yang berlawanan tu selalunya kawan aku cakap kuat-kuat. baru faham kena maksud dia.

    yang perak, tak pernah merasa lagi. hehe

    ReplyDelete
  20. lau word MENGANJING mmg dh lame tau.., tp yg skrng ni pulak word MEMBONGAK means MENIPU.. ~jgn nk mmbongak~ huhu... nice blog bro..=)

    ReplyDelete
  21. menganjing..tapi aku lebih suka guna ayat mengeDOG..stylo skit..omputih tu..miahaha

    vise versa..dah bese dah aku menterbalikkan maksud ayat ni..kadang2 kene ulang banyak kali sbb membe tak paham yang sebenarnya dia kena perli tapi jenis lampi(lambat pikap)..last2..bagitau je apa yang sebenarnya nak disampaikan tu..

    ReplyDelete
  22. Nice entry. Baca dari mula sampai akhir.

    Setiap negeri ada bahasa masing-masing.

    Mula-mula dengar perkataan 'menganjing' tu, terkejut jugak.

    Masa duk dengar orang Johor, banyak perkataan baru baru dapat. 'Mengeteh' pun perkataan baru yang saya baru dapat.

    Lagi satu, perkataan "saing" sebelah pantai timur dan selatan, berbeza maknanya. Sebelah utara, tak ada perkataan yang maknanya selain compete. =P

    ReplyDelete
  23. ade beberapa lagi yg dapat di kesan... antaranya:

    1. tak boleh blah
    2. skema
    3. lengit
    5. poyo (ni ko yg ajar, ingat lagi time aku pi umah ko.. yg kite ngumpat pasal din... ko kate din poyo)

    banyak lagi la.. mengikut tred, ikut daerah, ikut keturunan... paling best.. ikut kepala sendiri... sayangi bahasa anda...

    ReplyDelete
  24. mnganjing tuh 1st tyme dgr masa f1 dlu..ade sorg cikgu ko-ku suka guna word tuh...mula2 ase cam kurang ajar betol cikgu nih,lepastu baru tahu slang2 -.-'

    yg vice versa tuh dah biasa guna sampai tak perasan gaya cmtu..hehe

    ReplyDelete
  25. sama la masa mula2 datang sini dulu, terkejut budak2 sebut "kuangjaqqqqq"...sebab kalo kat tempat kakakfroggy, kurang ajar tu orang2 tua je sebut kalo da betul2 marah dengan orang2 muda ni...huhuhu...

    lawak bebenor gambo cobra ngan anjing tu..tapi betullah, cane dia garu kalo gatal eks?

    ReplyDelete
  26. aku dulu pun ingat kan menganjing tu macam samakan orang dengan anjing..hahaha..


    vice versa dah besa sngt..yg awak tu pun dah besa jugak sebab aku membesar kat perak..dah tua baru duduk penang..


    macam2 bahasa ni kan kalau ngikut negeri..unik beno orang2 kite ni..;p

    ReplyDelete
  27. aku tak paham makna " bertomoi". kau terangkan dlu ngan aku dulu ikar

    ReplyDelete
  28. perkataan awok yg digunakan org perak pernah buat aku konpius Nyah.. pernah berbual dgn salesgirl kedai letrik.. perak dia pekat gila.. dia dok sebut awok.. aku jd pening. apsal lak dia kata aku.. rupanya awok tu maknanya sy.. laki aku lak kalau ckp ngan family or sedara mara aku.. mesti ada part dia terdiam even dia peramah sebabnya ada perkataan dia x faham.. masa anak aku mula buat perangai x nak tido mlm .. time tu aku pantang lg, mak aku ada kt sini lagi.. mak aku ckp la kena beli ndoi ni.. hubby aku dh ternganga.. aku gelak je sebab aku tau dia x paham menda ndoi tu.. ko tau ke Nyah?? ko x tau aku tlg bgtau.. ndoi tu maknanya buaian la..

    ReplyDelete
  29. hehehhe
    memang
    lain tempat lain loghat dan maknanya

    ReplyDelete
  30. Wanita : awak menulis ni pun nak bagitau dekat awak la.. :) hahaha

    Misssenget : aku boleh ckp kelantan.. tapi bab yang dah pekat sangat, aku sikit pun tak paham

    Udeen : try mancungkan gigi dulu...

    Bintang Hati : try cari gambar ulat xde pulokkk

    Ernie : merajuk rupanya bila tak paham maksud menganjing.. kekeke

    Mas saari : mesti ada maksud di balik perumpamaan tu kan...

    Abah Khalisha : Uik? teknologi Sms?

    Fayad : kat perak org ckp Kopek tu tetek la.. cth anak kamu nak mengopek tu....

    ANA : belah parit banyak vocab yang pelik2.. bapak saya org parit..

    Jue : dah hurai dalam entry Slang, cari di entry lama

    Ghost Writer : org yg tahan sindir akan maju dlaam bidang politik

    ezan damia : tenkiu...

    Sca Ndx : ko memang paham. aku rasa ko org johor kot..

    Aby : membongak ni bahasa n.9 rasanya

    pjah : ulang banyak kali, rasa lama2 kita pulak yang mcm bengap kan pjah.. :)

    Sha my heart : saing.. bunyi saim.. dulu pun keliru gak masa denganr saing tu.. hgaha

    ReplyDelete
  31. Sam Banjamin : tak boleh blah dengan poyo aku dah hurai dalam entry lepas... takpe nanti aku try tulis lagi.. haha haha din poyo...

    Yussida : eh org kelantan tak guna menganjing ke?

    Sunah : ular tu garu badan dia atas batu kot, sambil ngesot2.. hahaha

    Cik Sha : pasal menganjiing tu sama la kita ,hehehe

    Hainey : bertomoi = Tomoi = muay thai., bergaduh secara muay thai (tomoi)

    Lekat Lekit : laki ko org KL ke nyah?

    Hans : ha tu la Hans.. betul3...

    ReplyDelete
  32. hak hak hak...iyolah...aku pun selalu terdengar bahasa pelik2 jugak...tapi stail je guna... macam best je tu..

    ReplyDelete
  33. aiyyyyooooooo

    mmg dlu pnt nk ngejas

    ade kte sengal, bingai, bongek

    sume mksd sme

    tp pnggunaan d tmpt y berbeza wt org luar xphm

    ReplyDelete
  34. org KL la nyah Ooi.. yg pelik dia pandai mengajuk tp dia sebenarnya tak paham sgt byk perkataan org kedah ni..

    ReplyDelete
  35. smpai aku pun di larang berkomunikasi dlm loghat negeri aku Nyah Ooi kalau dgn dia.. dgn anak pun x blh. kdg2 aku ni sasul jugak.. nak2 lg lepas ckp ngan fmly aku kt kedah.. kalau ko kat tempat aku Nyah.. blk kg ko akan jd kelam kabut juga.. bygkan dok ramai2 bersembang, dgn family sedara mara x kan la aku nk ckp slang KL.. satgi apa depa kata.. tp dlm pd masa yg sama bila nak ckp dgn laki aku kena tukar slang tu..

    ReplyDelete
  36. hehehe.. betoi2.. kekadang kompius jugak ngan smua terms di atas.. ekekke..

    ReplyDelete
  37. oleh krn i dah busy gler,miss u dude! TC..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...