October 19, 2011

Isu Pakai Tudung Biarawati


Assalamualaikum...

Entry post kali ni di cetuskan oleh kawan aku, yang memohon aku memberikan pendapat pasal masalah tudung Biarawati (nuns) ini. Dan sebelum itu lagi aku dah dapat banyak request untuk nyatakan pendirian aku pasal hal ni, sekarang aku akan bagi pendapat aku..

Zaman aku budak-budak dulu, kami tak aktif sangat dalam Friendster, Myspace dan Facebook pun belum wujud lagi, tapi masa tu dah adanya golongan manusia yang takde kerja duk spam-spam email pasal dakyah kristian la, mimpi imam pasal org yahudi la, kiamat, makanan ada katak dan babi dan macam-macam lagi.

Benda yang buatkan lagi best email ini adalah ianya Hybrid dengan surat berantai, lepas dah bagi maklumat mengarut, diorang tulis plak kat bawah bahawa wajib sebarkan kalau tak nanti nasib malang. Maka berbondong-bondonglah semua office worker dan Ustaz wannabe sebar-sebarkan walaupun dorang taktau fakta sebenar.

Setelah reda beberapa tahun lepas dengan Isu email berantai aka spam ni, datang pulak Musim FB, tiba-tiba.....TIBA-TIBA timbul balik semua cerita lapok dan basi tu di share di wall-wall fb, dan yang paling banyak share benda lapok/fakta tipu ni adalah budak yang baru habis sekolah, atau pakcik makcik yang baru berjinak-jinak dengan Fb dan internet.

Dengan Isu ikan keli haram makan najis, isu air holy water dan paderi gereja, suara yakjud dan makjud dari dalam lubang di Russia, isu Pakai tudung pin belakang nampak macam biarawati (nuns) kristian dan banyak lagi. Dan semua perkara ini berlaku kerana umat manusia makin ramai yang takut untuk berfikir secara common sense dan paling tidak berfikir dulu sejenak sebelum klik button share itu.

*****************************

Mari kita selak satu persatu checklist yang aku akan bincangkan dibawah ini secara santai, dimaklumkan bahawa aku tak perlulah nak buat citation lengkap fatwa khas dari  Ulamak dahulukala dan mujtahid kerana aku yakin korang semua dah pandai nak google info itu.

Jangan bimbang, nanti di akhir nota ini aku akan selitkan link ke citation tersebut yang telah disummarize dengan baik.

Beberapa perkara yang perlu korang fikirkan sebelum korang memfitnah Nuns Kristian menyebarkan dakyah pakai tudung pin belakang.

1) "Jangan pakai Tudung pin belakang yang ketat di bahagian leher kerana ia menyerupai Biarawati Kristian"

a) Pertamanya, tuduhan di atas menjadi sangat jelik kerana kamu semua memfitnah Biarawati Kristian menyebarkan dakyah tersebut secara senyap kepada Muslim bagaimana cara mahu pakai tudung.

adakah korang sedar dalam seketika, Makcik-makcik yang duduk dalam ceruk kampung, bila masa yang diorang bertemu muka dengan Nuns? bila pulak diorang ada baca flyers pasal cara pemakaian tudung nuns?

Ini hanyalah kebetulan kerana fesyen tudung tersebut direka dan kemudian nampak cantik, jadi perempuan pun pakai, bukanlah ada satu organisasi yang memberikan tudung ni secara percuma, supaya bila muslim pakai diorang semua jadi nampak mcm Nuns.....

Orang perempuan kristian sendiri pun tak pakai tudung masa bersosial kecuali nuns, walaupun dalam kitab bible ada disebutkan bahawa menutup rambut bagi penganut kristian adalah wajib.

b) Jika kamu hendak menggunakan hujah pemakaian tudung sepit belakang itu menyerupai Nuns Krisitian dan ia adalah sesat.

-- maka kamu perlulah menyesatkan jugak Jubah-jubah imam, bilal, ulamak kerana mereka jugak memakai jubah yang sama dengan jubah Rabai Yahudi, Jubah-jubah ini jugak tidak berbeza dengan jubah paderi krsitian Ortodox.

-- Tidak adillah jika kamu ambil separuh dan sorok separuh, atau kamu sebenarnya tidak pernah berfikir akan hal ini terlebih dahulu sebelum gatal tangan pergi share notes tudung Nuns itu!

-- Kamu juga patut menyesatkan mereka yang memakai Kupiah yang sama dengan penganut agama Yahudi juga, kamu juga wajib juga melarang Umat islam yang memakai baju kemeja, Tshirt, Jeans dan tali leher semasa mereka menunaikan solat, sebab pakaian yang aku sebutkan di atas semuanya adalah ciptaan orang kafir dan kalau mengikutkan kata korang, sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka mereka tergolong dalamnya.

2. "Kau tak boleh cakap macam tu Zulfikar, kau jangan menolak Hadis dan mempersendakan Ulamak yang mengajar tentang hadis tersebut. Betul lah apa yang diorang cakap, barang siapa yang memakai sesuatu menyerupai sesuatu kaum itu maka mereka tergolong dalamnya...."

a) Sebelum korang menggunakan hadis itu untuk justifikasi akan fitnah korang, korang kena faham dulu konteks hadis tu. Jangan main sebat je ikut suka hati.

Hadis tersebut berbunyi begini :

Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar).
Adapun hadis ini berkenaan pakaian atau aksesories yang khusus dalam satu-satu kaum yang exclusive bagi upacara ritual keagamaan mereka atau identiti mereka, namun pakaian seharian yang mana kebetulan dan tidak exclusive menjadi identiti tidaklah pulak di suruh kita elak. kalau nak elak semua, jenuh. Spender korang pun orang kafir yang reka.

Tu belum nak sebut bra lagi, jam tangan, bla bla bla bla bla bla bla... kalau nak sebut semua, mau penuh blog aku cerita hal ni je.

Contoh-contoh pemakaian aksesories yang ditegah umat Islam memakainya kerana ia akan menimbulkan Fitnah dan org akan menganggap korang sebahagian dari agama itu adalah seperti berikut :

i) Salib
ii) Nande' / Bindi / Tilakas ( ataupun lukisan garis lurus, titik merah atas dahi bagi penganut agama Hindu)
iii) Jubah kuning sami, tasbih sami buddha
iv) imej-imej Tuhan berhala yang di print pada baju. atau dipakai di rantai gelang atau cincin.
v) dan lain-lain yang apabila korang pakai maka korang akan dikenali sebagai penganut agama itu.

Pesanan Rasulullah saw ini adalah sebagai peringatan, untuk mengelakkan Muslim dari menggunakan alasan bahawa penampilan tidak menunjukkan iman dalam hati. Dan juga bagi mengelakkan fitnah.

Aku nak tanya, adakah terdetik dalam hati kau, bila nampak Mak, adik atau kakak korang pakai tudung pin tengkuk tu, boleh timbul was was bahawa mereka convert kristian atau mereka memuja budaya kristian?

Sudah tentulah bukan, Perempuan pakai tudung macam tu sebab kebetulan je nampak sama dengan Nuns, aku tak percaya ia adalah dakyah kristian, dan dengan mengatakan bahawa ia adalah dakyah kristian telah membuatkan korang terlibat dalam sektor fitnah. BERDOSA!

Selagi mana pemakaian tudung itu menutup aurat selaras dengan Syarak maka ia tidaklah menjadi salah, lainlah kalau Dia pakai tudung, pastu gantung salib kat hiasan batu ladung tu,  atau pun dia pakai tudung dan robe yang sama sebijik macam nuns, takpun dia pakai tudung tapi pakai mini skirt.

kalau korang berdegil menyatakan bahawa pakai tudung macam tu adalah salah, aku sarankan korang buat jugak Nota/entry/blog post/flyers/kempen untuk menasihat dan melarang Imam, Ulamak dan pak Haji dari memakai Jubah yang menyerupai Paderi Kristian dan Rabai (Rabbi) Yahudi itu.

Period ... Cease Fire.....

Mungkin silapnya adalah ketat dibahagian leher, boleh dibincangkan dari sudut menjaga Aurat, tapi dengan cakap ini adalah menyerupai Nuns adalah satu pendapat yang tidak adil dan berbau fitnah.


Selain dari mengaibkan orang, gambar ini juga adalah satu Provokasi terhadap agama lain, kau nak dakwah itu kau punya pasal, tapi kau nak salahkan orang kristian yang mendakyahkan Tudung ini, kau telah FITNAH! mungkin salah pengantin sebab tudung tak tutup dada, tapi salah menyerupai nuns adalah HAL yang lain.

Ini adalah Jubah (robe) paderi krsitian Ortodoks yang menyerupai jubah orang arab.

Beliau adalah Ulamak Tersohor, Pengerusi Majlis Fatwa Antarabangsa,  penulis buku-buku hebat dalam Islam zaman Kini, dan ulamak yang disegani ; Dr, Yusuf Al-Qaradawi.

Rabbi @ Rabai (tok imam) yahudi yang memakai jubah yang saling tak tumpah dengan Jubah orang Islam pakai, adakah Jubah orang islam adalah Dakyah Yahudi? freemason? Illuminati? Dakyah kristian yang meresap dalam kesatuan ulamak moden? 
tafsir sendiri, nak dakwah tu bagus, niat mulia, tapi kempen lah benda yang bagus, jangan sikit2 fitnah  agama lain..

Ini orang Yahudi yang religious, mereka pakai Kemeja, Kot dan topi dan cermin mata, jadi kamu semua jangan pakai mcm mereka, jika tidak kamu juga tergolong dalam golongan mereka.....



BLOG RUJUKAN : Laman Soal Jawab Agama (sila lawat Blog ini untuk huraian secara ilmiah dan citation yang lengkap)
**************************

p/s I Bodoh itu adalah satu kehinaan, tetapi bodoh sombong adalah bencana.



p/s II Diam itu adalah perhiasan orang pandai dan Pelindung orang Bodoh.


p/s III Tak tahu bertanya, malu bertanya sesat jalan.


p/s IV "hey zulfikar, kau apesal satu satu nak taip kat p/s? kalau buat satu perenggan penutup kan senang?"


p/s V " nanti tak dapatlah aku nak main p/s banyak-banyak. eeee syoknya main p/s ni, dah lama tak buat, naik gian pulak..






p/s Terakhir .... cammonlah, u are my Friends.... boleh lah ehhh, satu ni je lagi.. last last last. ok..bye bye.


69 comments:

  1. setujuuuu.. ini la yg selalu disalah tafsirkan oleh org Islam skang ni.. jgn la terlalu cpt menyebarkan sesuatu yg kt sendiri tak pasti betul atau salah.. kan bagos tanye ustaz yg bertauliah dl..

    p/s: apsal sy tak nmpk butang like eh

    ReplyDelete
  2. orang yang suka sebar cerita2 cam ni kenapa xsebarkan sekali cerita cara2 budak2 yg suka pakai baju hitam ala2 puak blackmetal..punk..boleh tazkirah skali budak2 ni..lalala

    p/s:aku rasa cm pening je ayat aku ni..harap ko paham la..=p

    ReplyDelete
  3. setuju.suka sgt share kat fesbuk benda2 yg mengarut dan tak betul takpun tak pasti kesahihannya.

    ada otak guna jangan simpan buat pekasam je.adohai.

    p/s : emosi sbb nyampah dgn makhluk yg suka mohon share dekat fesbuk sesuka hati.semak semak.

    ReplyDelete
  4. Errr..mungkin dorang ni terpengaruh dengan situasi "SHARING IS CARING" kuuttt..

    ReplyDelete
  5. menampakkan batang leher mmg salah..sbb dlm AQ ada sebut larangan tu. tp nk samakn dgn kristian tu x berani nk ckp. ramai yg salah gunakan hadis skrg ni. even ayat AQ pon ada yg salahgunakan. berhati2 la dlm menafsirkan satu2 ayat @ hadis.wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. fb kan sekarang dah canggih..dah xtau nak type ape. type la benda2 macam tu then sebar, share link sgala macam. hukhuk...

    ^_^

    ReplyDelete
  7. yup...ku stuju dgn pandangan yang di berikan..mereka2 ni cepat mmpercayainya tanpa menyelidikinya dahulu...tanpa mengkajinya dgn lebih mendalam.kite bukan menolak hukum...tp,nak tuduh2 pon, kite tgk keadaan sekeliling jua..hm..kadang gua xpaham r ngan org2 kita nih...haish....

    ReplyDelete
  8. haha..
    p/s I::nice bebeh!

    p/s II::tu la..budaya xmau belajaq tu jadinya teruih nak share!

    p/s III::kalau tak share post ni kena bencana tak?? rezeki masuk tak kalau tak share??

    p/s IV:: wakaka

    ReplyDelete
  9. Jue : selain dari blog ni, sila cari second opinion..butang like ade je kan tu?

    pjah : paham je, dont worry bebeh

    Nin : emosi sebab sakit kepala dgn tak sihat kot..

    Ernie : agaknyalah...

    Ibnu Khaldun : TQ... itu tak dinafikan tapi bab provok agama lain tu yg dibincangkan...

    Syieda : tu la namanya share membuta tuli..

    missalongwani : ala biasa la budak2 baru nak up along oi...

    Balecan : kelas kau.. komen pun main p/s.. pehhhhh

    ReplyDelete
  10. bab hadis aku tak expert sangat. hanya nak cakap, be relevan! ex kalau nak pakai selimut, kain langsir, kain kapan or style apa-apa sekalipun, kalau cukup syarat takde hal rasanya. janji niat betul. setel.

    sebenarnya budaya orang kat malaysia ni je yang kekadang menambah kan lagi masalah. judgemental!

    nway, nice opinion

    ReplyDelete
  11. aku ternampak perkataan 'kristian ortodox'.
    erm, blog aku tak kene mngene dengan beliau ok.
    keh keh keh

    *hye, fikar. lama tak beralam maya bersama :)

    ReplyDelete
  12. sebab tulah aku slalu stuju ngan ko Zul.. ko selalu sekepala ngan aku.. :)

    ReplyDelete
  13. kita selalu tekankan benda ni ikut orang kristian yahudi bla bla bla. tapi kita tak tekankan apa kesalahan org Islam tu sendiri. contoh mcm awak cakap - tudung ketat leher, x tutup dada, jadi x menepati syarat menutup aurat. itulah silapnya orang kita (terutamanya yang rajin sebar benda gini). dengar perkataan sama macam orang kristian tu takut sangat. tapi ilmu takde. asalkan kita ikut sepenuhnya apa Islam suruh buat, benda-benda camni takkan goyahkan iman dan kefahaman kita.

    tuntutlah ilmu wahai orang Islam. baca buku, dengar ceramah. bukan bukak fb je memanjang.

    ReplyDelete
  14. thnx sbb sudi bg aq info.hurm.to be honest aq adlh slh sorg yg pcye isu pkai tudung tu sbb aq bru jep pkai tudung ni.and mmbe aq yg dorong aq pkai tudung ckp xbley pkai sbb sme ngn biarawati.aq igt mgkin btol and that's y after almost 1 year aq pkai tudung aq xpna wt pin ke blkg.pny la curious btol ke x.ble aq bce aq da nmpk rasional ape yg kau cbe smpai kn.tq. :)

    ReplyDelete
  15. isu yang menarik bila dikupas.. lagi menarik bila ada yang share hal ni kat FB. at least terbukak terbuntang sikit biji mata dorang yang taksub percaya pasal isu tudung tu..

    psstt: jangan mudah percaya dengan sebaran dalam pelbagai bentuk ni kalau tak tau sumber dari mana

    psstt lagi: jangan main redah je kalau diri sendiri pun tak cukup ilmu..

    psstt: betuller best pulak main psstt psstt ni..

    last psstt: oh.. aku pun dah terikut ni.. oh tidak.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  16. Setuju. Kalau betul agama kata salah, sepatutnya letak dalil agama. Bukan tunding jari kt org dan agama lain. Emm, ntah la, kdg2 aku rasa share2 mcm ni mnyebabkan seorg ppuan yg free hair dari terbukak hati nk pakai tudung, lansung tak jadi di sbbkn pakai tudung pun bahaya nanti silap boleh lari akidah..

    ReplyDelete
  17. P/s last sekali : sila share - share. Tak payah mintak izin :p


    org kita banyak yang lagi pandai dari alim ulama' tu yang payah tu..

    ReplyDelete
  18. info berguna..

    eloknya umat islam skrang sibukkan diri memperbaiki cara bertudung ikut syariat yang sebenar.. menutup dada tanpa menampakkan bentuk leher,telinga, rambut, lengan dan kaki...

    ReplyDelete
  19. Setuju dengan pendapat ika... itu lah yang Kak Yong terangkan kat makcik2 yang sibuk cerita isu tudung berpinkan belakang tengkok nie.. Apa salahnya kalau kita nak nampak cantik dan kemas kan... lagi pun itu adalah fesyen yg akan bertukar2 dari semasa ke semasa... Yong suka isu nie.. Ajid pun tumpang sekaki baca blong ika nie.. walaupun dia tak suka baca blog... ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  20. hmm..itulah..aku sendiri tak paham sesetengah orang Melayu Islam punya mentaliti ni..


    kenapa aku highlite Melayu Islam? sebab mereka je yang suka menyebarkan sesuatu benda yang mereka tidak tahu kesahihan nya..kemudian suka menyalahgunakan hadis dan ayat al-Quran tanpa merujuk pada yang lebih arif..dan semua nak berlagak 'pandai agama' padahal ilmu agama ada ciput je tapi takmau belajar bagi mantap ilmu pengetahuan..


    pendek kata..mereka ni adalah orang yang BODOH SOMBONG dan SUKA MENABUR FITNAH..

    ReplyDelete
  21. “ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
    - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

    “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
    –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

    ReplyDelete
  22. aku umur 14 tahun, so aku tak tau nak cakap ape . -.-
    tapi bapak aku cakap bende ni, same macam chopstik je. dululah. sape pakai chopstik mse makn. dia syirik. sbab menyerupai orang budha makan. padahal mmg kaum dorang makan macam tu. korang paham ak ?

    ReplyDelete
  23. Shahrulazwad : ada link tu kat blog rujukan dalam tulisan aku...

    ReplyDelete
  24. haihh.h. gejala share ni la yg bkl merosakkan akidah org nih.. huhu :)

    ReplyDelete
  25. setuju..semakin hari semakin rimas dengan benda2 y di share dalam FB..xsalah kita berkongsi..tp..bukankah lebih baik kalau sebelum berkongsi tu guna logik akal untuk berfikir...?

    takperlu terlalu rigid dengan assume sume benda y non muslim buat adalah haram...sgt kurang matang tindakan tersebut...

    p/s :: hanya sekadar pandangan sendiri sahaja...

    p.s :: cam best jek main p/s ni kan..?:P

    p/s :: tibe2 teringat Gerard Butler dlm p/s i love you...!! haahah...motive? :P

    ReplyDelete
  26. dear Ali, tidak mengapa kalau masih muda, dan masih mudalah harus lebih tahu.

    and Chopstik is not 'agama' thing, chopstik is budaya, even in China, muslim people also can use chopstik if the want. dalam Quran takde cakap pun pasal tak boleh gunakan Chopstik. sbb dalam Quran ckp, tuntutlah ilmu sampailah ke negeri China.

    dan bila kita ckp tentang pemakaian tudung. ia harus menutup aurat, aurat kita sampai pergelangan tangan, kaki, sehelai rambut seribu dosa, itu terkandung dalam al-Quran. dan pemakaian tudung seperti bonggol unta itu juga haram di sisi Islam. Allah tak suka. Laknat. harus kaji semula apa yg terkandung dlm Quran, itu lebih baik, Islam tak pernah salah. sbb ia ayat yg diturunkan dari Allah (PEncipta kita)

    kalau tanya pada ustaz azhar idris, ustazah mana pun, mereka pun akan ckp pemakaian tudung pin belakang itu salah. hukum tetap hukum, sunat tetap sunat, wajib itu wajib, halal dan haram itu harus tahu beza.

    antara budaya, agama. harus pandai beza. waallahualam. ;)

    ReplyDelete
  27. Al Quran bukanlah sekadar hafal, cukup syarat. tapi kajilah Al Quran itu dan maksud tersirat. baca balik Surah An-Nur, Surah Al Baqarah, dari awal sampai akhir. fahami maksudnya. sy seorang muallaf, sy bukan nak ckp pa. tp sy kaji alQuran. bukanlah bermaksud sy pandai segala. tp sy kaji setiap perkataaan dlm arab dan termasuk dlm rumi sekali utk sy sendiri faham. dan Al Quran sememangnya terbukti ialah panduan hidup manusia semuanya. sy harap kamu semua yg sedia Islam ni, jgnlah kamu meragui islam. sbb ramai dah sy jumpa orang orang yg meninggalkan Islam krn mereka tidak kaji Al Quran itu sendiri. Even mereka hafal satu buku tupun, ratanya ramai yg hanya sekadar hafal. tapi tak memahami apa maksud dalamannya.

    barakallahu fikkum.

    ReplyDelete
  28. Kadang-kadang kan macam banyak sangat benda-benda yang entah pape di share kat fb. Memanglah nak peliharakan Islam, tapi tengok lah betul-betul apa yang nak dishare tu. Kena tengok balik konteks Islam yang sebenar tu camane :)

    Btw, nice post :)

    ReplyDelete
  29. Thankz giler!! Ak da x confuse skang ney.. Dlu, ak sgt konpius pasl ney.. And wondering knpe tdug tu dikaitkan dgn 'sister'... Now.. Ak da pham..
    Those people yg nak dakwah.. Must gain knowledge... Bnde ney bley memecah kan Islam dari dalam...

    ReplyDelete
  30. Islam tak pernah pecah, lol.

    asalkan pakai dgn cara yg betul, takde pape. janganlah sampai pakai tudung, nampak leher, nampak bentuk dada, nampak itu ini.. nak pakai, biar appropriate in islam way. not 'christianized' k. :)

    ReplyDelete
  31. Buat pembaca semua : Kini anda sudah paham :)

    Mitchell : terima kasih dengan pencerahan, dan selamat berdakwah...

    p/s tuntutlah ilmu sampai negeri china adalah hadis palsu atau fuqaha telah berpendapat ia adalah riwayat yg tidak disandarkan ke atas Alquran dan Nabi...

    ReplyDelete
  32. Salam,
    Pendapat saya:
    -Dari segi pemakaian, biarlah bersederhana dan menutup aurat . Ini yang dituntut. Fesyen ni mainan media, itu yang jadi macam2. Macam tu yang keluar, semua nak ikut. Bagi perempuan, berhias biarlah hanya untuk suami. Bagi lelaki, biarlah menutup aurat dan sedap mata memandang. Untuk pekerja (lelaki dan perempuan), tak pernah salah kalau pakai bersederhana selagi tak melanggar etika kerja.

    Isu yang diketengahkan oleh blogger pasal sharing membuta tuli, ada betulnya. Kadang2 jadi susah sebab ini melibatkan networking power. FB memang dah sah2 yahudi yang cipta. Email, sah2 kafir yang invent. Tpi kita guna.

    So apa yang saya nak bgtaw, buat sesuatu biarlah berlandaskan Al-Quran dan Hadis sahih. Org kata "tengok niat la", mmg elok tgk niat. Tapi niat yang baik pun kadang2 salah sebab tak berlandaskan syarak. Dan selalulah merujuk ulama' kalau ada kemusykilan barulah tak jadi 'alamak!'.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  33. bagi aku, benda ni xda masalah. yng penting x melanggar perintah-Nya n iman x goyah. tu jer.

    ReplyDelete
  34. Play safe lebih baik untuk orang awam.

    Semasa membaca post ini, terlintas di fikiran,

    "Tengok si polan itu juga memakai tudung seperti kami. Jadi benarlah agama kami."

    Psikologi dan krisis keyakinan.

    Rasanya, ramai yang dah tahu. Di sana juga agama wahyu tetapi berlaku penyelewengan.

    Asyik dorang je psiko kita, apa kata kita psiko balik dorang dengan memakai tudung dengan sempurna.

    ReplyDelete
  35. hahaha, nice entry, aku sngat menyampah bila si polan berlagak alim slalu share cerita mengarut di FB

    ReplyDelete
  36. aku pernah buat gak entri sal ni dulu..tapi yang tu aku share pandangan ustaz je...

    http://www.sunahsukasakura.com/2011/09/tudung-dipinkan-ke-belakang-menyamai.html

    aku suke nak kongsi kat sini pasal hadith Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar).

    sebenarnya baginda memaksudkan perbuatan2 yang buruk, yang akan membawa keburukan kepada Islam..tapi kalo bendanya baik dan boleh membangunkan Islam (contohnya rajin bekerja dan mencari rezeki, ramai orang bukan Islam lagi baik dari kita dari segi ni, kenapa tidak kita ikut, kan?) tak salah untuk mencontohi..ni ape yang aku faham dari pandangan Dr. MAZA la..

    wallahua'lam...

    ReplyDelete
  37. Sedangkan syarat-syarat yang lain adalah sama antara lelaki dan perempuan iaitu Lima kriteria lain adalah sama bagi lelaki dan perempuan :
    ii. Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan bentuk tubuh
    iii.Pakaian tidak jarang/tipis sehingga dapat mendedahkan bentuk tubuhnya.
    iv.Pakaian tidak terlalu glamor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis
    v. Pakaian tidak boleh menyerupai pakaian lawan jenis (lelaki tidak menyerupai perempuan dan sebaliknya)
    vi. Pakaian tidak menyerupai pakaian orang bukan islam iaitu pakaian menyerupai identiti atau simbol khas agama lain seperti Baju Risyi atau Rahib.


    hanya ALLAH YG MENGETAHUI..saya tak tawu sapa benar.

    ReplyDelete
  38. cik wanie Lovela : ni baca habis tak?

    ada skip2 tak tulisan saya?

    ReplyDelete
  39. saya berkongsi je lah.cuz saya ada skip2 baca penulisan anda :)

    ReplyDelete
  40. bagus juga, mcm tbuka minda aku ckit..

    ReplyDelete
  41. nice entry..=)
    finally jumpa jugak entry yg discuss isu nie..

    ReplyDelete
  42. encik penulis:sila belajar lagi...tulisan anda salah...jahil MU

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah tang mana, bgtau dan betulkan. bagi nas sekali.

      Delete
  43. blog ko ni tah pape la..ko suke kn bajet mcm pndai sgt..haha

    ReplyDelete
  44. owh..info yg best..
    ssh nk jd pmpuan..
    tp snang gak nk jd pmpuan..

    like entry nie 1000x hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk baca dan bersetuju.. :) jd perempuan senang la, senang masuk syurga :)

      Delete
  45. thanks n saya bersetuju tp bab pakai tudung tuh x berani nk coment sbb kite yer dosa masing yer....lain org lain cara....bg saya 1 jer kebanyakkan baju jubah yg kite pakai adalah baju nabi adam s.a.w cube korg bayangkan jubah org kristian sama ngan kite itu bermaksud jubah itu hanya pada pakaian bukan melambangkan agama kite ok......pk dulu yer sblom bg dakwah...itu pendapat saya

    ReplyDelete
  46. Ini kes belajar ilmu tak habis, makan minum di suapkan, kepingin nak jadi pro.....

    ReplyDelete
  47. 110% setuju. Ramai di kalangan kita gagal untuk menggunakan akal fikiran secara analitikal. Apa-apa yang disumbat bila disulam dengan ayat suci atau hadis, kita akan telan tanpa banyak soal.

    ReplyDelete
  48. ramai yang telah lupa pada AQ. Bila tak kembali pada AQ jadilah sepertimana firman Allah dalam surah Al-Isra' (17) Ayat 36. Nak tau mende ? Hah, pegi cari AQ terjemahan sekarang dan buka mukasurat yang ada ayat tu.

    ReplyDelete
  49. ape pun bro semua....dalil hadis jangan ambik sekerat-sekerat...
    yang penting aurat perempuan di depan bukan muhrim kena jaga...hanya tapak tangan dan muka yang boleh dibuka....
    tak yah la ikut trend macam sekarang ni...pakai baju jarang...seluar legging...tudung singkat tak tutup dada....berdosa besar tu....confirm neraka...
    bawak2 bertaubat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu kat atas bukan bincangkan hal bagaimana menutup aurat, tapi masalah fitnah dan salah tanggap tuduhan tudung biarawati.

      masalah menutup aurat dengan betul tiada percanggahan pendapat. sekian.

      Delete
  50. ustaz don cakap....
    kalo nk lilit selendang byk kali pown xpa...
    janji kain yg kita lilit tu tutup depan, belakang dan tepi..
    kenapa kena tutup smapi mcm tu..sbb kita xle bg nmpk bentuk badan kita..
    akhir kata...kan senang kalo kita tutup aurat mcm Al-Quran cakap...
    x susah pown..jgn nmpk bentuk tubuh kita je...
    sekadar pendapat dan pandangan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu kat atas bukan bincangkan hal bagaimana menutup aurat, tapi masalah fitnah dan salah tanggap tuduhan tudung biarawati.

      masalah menutup aurat dengan betul tiada percanggahan pendapat. sekian.

      Delete
  51. Ada sebab knp diorg wat cmtu rsnya. Hakikatnya perbuatan pakai tudung camtu mmg tak mengikut syariat langsung. Bukan slh agama lain pun, namun tu lah contoh plg senang supaya org cpt sedar. Sbb nak explain pnjg2 sapa la nk dgr kn? Kang kata ceramah la, tarbiah la. Hati org zaman skrg kuat memberontak. Dgr tang makan babi haram, pegang anjing najis, tp yg pegang gf tu x haram pulok? Tu yg pelik tu. Wallahualam~

    ReplyDelete
  52. Aku dulu try la pakai tudung camtu, sekali rasa sungguh tak selesa sebab:

    -kalo berpeluh nampak woo..malu aarr..haha..kalo pakai tudung biasa leh kibas2 kalo panas,hehe...aku mmg tak suke pakai tudung melekat2 dan melilit kt leher,iklim mesia tak seswai, dok oversea takpelaa..
    -melekat kat dada dan biasanya tudung mcm tu pendek, kalo labuh pun stil melekat,aku segan sendiri je lah, takdelak nk pk mcm nun ke ape..hadoihh..

    ReplyDelete
  53. senang cerita kembali pada tutup aurat maksud dia tutup hingga tak nampak bentuk tubuh yg mampu ditutup contohnya leher kerana dia mampu ditutup walaupun seseorang itu saiz xxl sekalipun jd persamaan tudung dgn agama lain mmg timbul kerana depa agama samawi yg asalnya sembah tuhan yg sama nmun cara tafsir tuhan berbeza jd kalau rasa sama dgn depa jgn ikut senang saja

    ReplyDelete
  54. kristian dgn islam nmpk seolah sejajar..tp drg terpesong dek sbb jesus..pakaian mmg drg dah mula dulu..sama dgn yahudi berjubah..sbb tu kelihatan seakan2,tp ada beza sket terutama bhagian kepala..islam serban/kopiah/songkok tutup penuh atas kepala..yahudi plk ala2 topi,kristian kopiah kecik tp pakai nmpk jambul rambut..singh serban jgk cuma tutup penuh telinga..cuma islam diperkemaskan oleh Rasulullah saw dlm setiap aspek termasuk pakaian laki/perempuan..yahudi moden itulah pakaian kod hitam drg,sama dgn kristian dlm majlis pengkebumian..serban tu xjelas sbagai perlu,sbb tu budaya arab..budaya melayu plk ialah songkok hitam baju melayu..isu pakaian wanita lebih dititik berat nabi turun temurun..jd wanita tetap kena ikut yg sepatutnya..leher,cuting bdn kena jaga..sbb wanita jgklah yg terbyk penghuni neraka..slh 1 sbb ttp sbb pakaian..kes rogol pun byk sbb pakaian..nk kata terikut tu xdpt secara tepat sbb islam agama selepas drg dan drg ajaran ikut nabi bangsa drg yg jd antara nabi2 dlm islam jgk..tp ttp ada lain sket..sbb dah diperkemaskan oleh nabi muhammad saw..jd fkr2kan sndri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOKONG aTok,,, mmg takdapt tuduh direct,,, lau camtu kebayakkan yg kita islam buat skrg ialah ikut nasrani atau yahudi,,, barang2 dgn gajet tu byk dorang yg cipta buat,,, itu pun kita dah follow up. cuma wanita islam kena ikut hadis sahih sekurangnya dpt tutup maruah diri,suami,keluarga itu aje. lg pun mmg buruk skitlah ada bonggol unta tu. ramai dah lbh dr tggi atas kepala. itu yg nabi pesan tak boleh tu, dan tetap tak boleh. rambut panjang tak masalah gumpal blkg tengkuk je masuk dlm sarung kepala. jgn mcm conehead je. leher jgn jerut. setel.

      Delete
  55. TUDUNG BAWAL LEBIH BAGUS DARI TUDUNG SYRIA YANG BANYAK DAH SINGKAT NAMPAK DADA SKRG. JADI TAK PAYAHLAH BELI. BELI YANG LABUH LG BAGUS. BAWAL LABUH.

    ReplyDelete
  56. Terima kasih, Zulfikar. Sekurang-kurangnya ada lagi org yg berfikiran rasional di luar sana. Biarawati dikatakan menyebarkan agama kepada umat lain. Ibu bapa yg hantar anak2 belajar di mission schools spt St. Joseph Secondary School tuduh pihak sekolah ajar anak2 didedahkan Bible. Padahal sekolah itu mmg di bawah gereja. Wajarlah, anak-anak Kristian diajarkan agama. Kami sudah penat dgn fitnah. Kita semua sukakan keamanan. Cubalah semua org berhenti memburuk-burukkan agama lain..

    ReplyDelete
  57. FOR YOUR INFORMATION "ATOK_ROCK"... kristian & islam mmg nampak seolah2 sejajar..tp TOLONG la JANGAN sesekali ckp yg agama "KRISTIAN NI TERPESONG SEBAB JESUS" kan BAIK kalau atok_rock guna ni ayat "KRISTIAN & ISLAM MMG NAMPAK SEOLAH2 SEJAJAR TP CARA SEMBAYANG\SOLAT BERLAINAN" cara ajaran agama kita (semua agama) tidak pernah terpeson cumah cara kita berlainan... !!!

    ReplyDelete
  58. EugeneNethan agama kristian dan yahudi adalah berasal dari agama Allah SWT yg telah dipesongkan manusia yg x bertanggungjawab... bilble sja pon da ada bnyak versi... Al-Quran pun dah menjelaskan segalanya... maaf kan sy.. sy x berniat nk menyinggung sesiapa

    ReplyDelete
  59. Setuju dgn anda tak boleh menilai sesuatu secara membabi buta. Tetapi hanya satu jer yg saya nak ckp dlm islam takde fesyen

    ReplyDelete
  60. guys you need to separate between religion and culture, because judaism and christian also come from middle east like islam. so, although they contrast in religion they have similiar culture

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...