September 4, 2011

Mat Sabu dan Perihal Komunis

Assalamualaikum..


Setelah begitu lama bercuti dari menulis di blog bersempena Hari Raya Fitri, aku terpanggil untuk menulis sesampai saja di workstation aku dalam bilik 6 x 10 ini.


Raya aku macam biasa, seronok. Dan seperti kebiasaan tahunannya TV banyak cerita drama hari raya, extravaganza, tuju-tuju lagu, filem-filem tak laku yang disiarkan di media masa. 


Tapi Raya tahun ini sedikit sebanyak dicemari Tv dengan berita Mat Sabu iaitu perihal statementnya yang seakan-akan menghina pasukan polis bukit kepong dan mengangkat darjat Mat Indera dan platun komunis pada masa itu sebagai pejuang bangsa.


Okey, mari kita kupas akan hal ini di luar ruang lingkup sembang politik PAS hentam UMNO dan UMNO hentam PAS. Mari kita sembang perkara yang tidak bias, yang mana cara nak sembang adalah dengan cara membuka minda...


" wei Zulfikar, ayat 'membuka minda' tu klise gila, basi wei..nyampah aku dengar"


" okey-okey, kita tukar, mari kita sembang dengan kaedah seperti budak ada baca buku, dan bukan hanya seperti melangut dengar ceramah Mat sabu"


********************************


1) Komunis ini adalah pejuang bangsa tulen yang mana berjuang menghalau penjajah tanpa bantuan orang asing dan British, jadi apa salahnya?


Hujah anda salah, anda berhujah sebab anda terpesona dengan pidato Mat sabu sahaja, Anda tidak tahu, Parti Komunis Malaya ditubuhkan untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka. Komunis Malaya di tubuhkan seawal 1930 an lagi.


Semasa Pendudukan Tentera Jepun di Tanah Melayu dan pengunduran British, telah berlaku satu period di mana Tentera British telah membekalkan senjata, latihan, budget dan logistik kepada gerakan gerila yang mana diharapkan dapat menyerang dan menghalau Jepun dari Tanah Melayu. Dan tertubuhnya Gerila Ini adalah hasil perjanjian 8 disember 1940 dengan British..


(kaedah ini sama digunakan semasa pencerobohan gerila di 'bay of pigs Cuba, dan Gerakan Taliban di Afghanistan, gerila yang ditaja pro demokrasi USA/British untuk menentang komunis dan akhirnya belot dan serang USA/British balik)


Pasukan Gerila inilah yang telah berkembang menjadi MPAJA Komunis Malaya, dan mereka mengambil kesempatan tempoh Jepun berundur untuk berkuasa selama 2 minggu memerintah dan melakukan kekejaman terhadap rakyat Tanah Melayu.......


Jadi Hujah Mat Sabu, dan pengampu Mat Sabu tidak lagi Valid, dengan mengatakan bahawa


" Komunis adalah pejuang negara dan tidak sama sekali bersekongkol dengan British semasa Negara dijajah"


Kenyataan Ini adalah salah, Parti Komunis Malaya atau dahulu dikenali sebagai MPAJA adalah Sebuah Gerakan, Gerila, Pasukan, Parti, dan Pertubuhan yang Kiasu dan Opportunist, meraka ambil kesempatan. Mereka Jilat punggung British sewaktu mereka mahu Senapang dan budget perang, kemudian mereka guna senjata itu untuk bunuh orang-orang Tanah Melayu amnya dan Orang Melayu Khususnya. 


2) Tapi Zulfikar, Mat Indera dan Komunis masa itu Menyerang Pasukan Polis yang berkerja dengan British.


Ya, Mereka bekerja dengan British, tetapi adakah pada masa itu rakyat mempunyai pilihan lain selain daripada mengecapi kemerdekaan melalui rundingan seperti yang diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman, Mahatma Ghandi, Pak Soekarno, Nelson Mandela, dan lain-lain?


Adakah pada Zaman Rasulullah ditindas sewaktu Zaman Jahiliyah, Rasulullah membuta tuli membuat gerakan gerila dan membakar rumah-rumah penduduk mekah, membunuh saudara-saudara dan sahabat taulan? pada masa Itu Rasulullah menggunakan strategi berhijrah ke Madinah dan memperkuatkan Muslimin.


Akhirnya kemenangan di tangan umat Islam yang mengalahkan tentera Jahiliyah dan memerdekakan Umat Islam Mekah. Begitu juga yang berlaku Pada zaman pra kemerdekaan, setelah dikaji dan diteliti, kemerdekaan melalui senapang dan pedang tidak mungkin memerdekakan kita, jadi pejuang kemerdekaan memilih jalan perundingan. dan sekarang kita merdeka.


Adakah Halal darah Saudara Se-islam konstabel polis dan tentera dibunuh oleh Mat Indera dan komunis tersebut??? adakah perkara ini dapat dijustifikasikan oleh Mat sabu? 


Pada masa itu, Mat indera bukan memperjuangkan kemerdekaan mewakili kehendak rakyat marhaen, tapi memperjuangkan keinginan berkuasa Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Chin Peng yang bukan Islam pun. Ironik betul ....


3) Tapi UMNO asal dari Tali barut British...


Sama la jugak dengan PAS, tali barut British jugak, sekapal dengan UMNO. Dulu Pas ni parti serpihan selepas Merdeka. Tolong bukak balik buku sejarah KBSM tingkatan 3, 4, 5.


4) Tapi sejarah negara banyak diputar belit oleh UMNO dan BN, dan telah 'discredit' pejuang kemerdekaan yang sebenar, itu yang Mat Sabu cakap Pasal Jins Samsudin 'org UMNO' buat filem bukit kepong tu.


Siapa yang cakap macam ni, Dia telah melakukan Fitnah!


Atau dia tidur masa mata pelajaran sejarah sekolah menengah, atau dia memang tak dengar apa cikgu ajar, atau dia malas baca buku, dia hanya suka baca blog pro pembangkang dan dengar ceramah pembangkang 24 jam.


Korang tak baca sejarah Mat kilau ke? tak baca pembunuhan JWW Birch oleh Dato Maharajalela dan sipuntum/seputum? tak baca sejarah Mat salleh? Tok Gajah, Dato' Bahaman, Dol Said, Tok Janggut, Rentap... 


Perjuangan mereka semua yang menentang British telah direkodkan di dalam Buku Teks sekolah menengah dan mereka dianugerahkan sebagai Pahlawan dan pejuang Kemerdekaan negara, 


Malah Ahmad Boestamam juga diangkat sebagai pejuang Negara wahima beliau menubuhkan Parti yang berhaluan kiri iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya.


Malah Jika korang pergi ke Bangunan Perbendaharaan Negara atau Kementerian Kewangan di Putrajaya, di lobinya terpampang muka Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas menteri kewangan, Kalau UMNO ni busuk perut sangat macam Mat Sabu tu, dah tentu kerajaan buat dek je turunkan gambar DSAI itu.


Kalau korang tak percaya cakap aku, korang pergi sendiri bangunan itu, atau kalau korang malas, korang duduklah terlopong bawah pentas dengar Mat sabu Hina penjuang bangsa dengan putar belit terdesak dia tu.


5) Mat Sabu jujur, dia cakap jugak pasal perjuangan komunis menentang British.


Mat Sabu Hipokrit, pada satu masa dia berganding bahu, duduk sebaris dengan Ambiga and the gang memperjuangkan Bersih 2.0, iaitu memperjuangkan keadilan pilihanraya dan demokrasi....


Pada satu masa yang lain, dia mengangkat dan memuji komunis, komunis dan demokrasi adalah vice versa dan kedua-dua ideologi ini tidak boleh bergerak seiring. Takde pendirian, semua boleh asalkan popular dan dapat penyokong untuk mengundi, dulu panggil DSAI Al-Juburi, sekarang dia sebaris dengan Anwar pergi demo. cait.....



6) Tapi itu pendapat Mat sabu sendiri dan bukan pendapat Pakatan Rakyat dan PAS....


Anda bohong, pakatan rakyat telah keluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka menyokong kenyataan mat sabu perihal  ucapannya tentang serangan komunis di bukit kepong. 



7) Salahkah Menyokong Komunis?


Tak salah jika anda bersetuju dengan ideologi tiada pilihanraya, tiada pemilihan pemimpin oleh rakyat, tidak percaya agama, dan jika anda mahu Tahu, pada revolusi budaya yang dilakukan oleh Mao Zhe tong, mereka telah membunuh ketua-ketua sami, dan mengharamkan aktiviti agama di China.


Polpot telah membunuh cendekiawan dan orang bijaksana, dan kalau mat sabu cintakan sangat Perjuangan Komunis, boleh pergi mohon suaka politik di Korea Utara, baru kau tau langit tinggi rendah.


Dalam Konsep Islam pula, kita mesti berpegang pada 'memilih kemudaratan yang paling kurang dan kebaikan yang paling banyak'  dan pada pendapat umum dari pengalaman Emparikal dan praktikal sudah tentunya demokrasi yang lebih utama dari Komunis. 


"kalau tak, takdelah PAS berjuang dalam pilihanraya yang demokrasi ye dak?"


8) Jadi Apa yang sebenarnya aku sebagai ahli pas, dan Parti PAS perlu buat dengan kenyataan mat sabu ni Zulfikar?


Sepatutnya ambillah langkah berlepas diri dari kemudaratan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Mat Sabu...korang nak stay sokong PAS itu hak korang sebagai individu dalam negara demokrasi, takde sapa nak persoal.


Sepertimana yang diajar oleh Rasulullah Saw yang memohon Ampun kepada Allah SWT dan berlepas diri dari kesilapan yang dibuat Oleh Khalid Al-Walid R.A semasa perang.


Mat Sabu tu bukan maksum pun yang korang takut sangat nak berbeza pendapat, Orang Umno selamba je berbeza pendapat dengan  Tengku Razaleigh Hamzah,  DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir. Janganlah Jadi Assobiyah sangat. Gila Taklid buta betul korang nih.



9) Yang kau Anti sangat dengan Komunis ni kenapa Zulfikar? kau ni ada bukti kukuh ke? entah-entah kau ni Cybertroopers UMNO.


Datuk  Saudara aku 2 orang, Iaitu adik lelaki Nenek aku, dibunuh dengan kejam oleh KOMUNIS!!!


Kau tahu macam mana mereka dibunuh?


Diorang dipaksa gali kubur mereka sendiri, kemudian disuruh melutut, kemudian diikat tangan mereka di belakang, dituang air sabun ke dalam mulut mereka sebanyak satu tong minyak gas, kemudian perut mereka dipijak-pijak sehingga terkeluar air sabun di setiap rongga badan, hidung, mata, mulut, dan jubur sehingga mati. 


dan kemudian Mayat mereka disepak oleh komunis masuk ke dalam kubur yang mereka gali sendiri.


Orang kampung, iaitu kawan-kawan nenek aku, yang perempuan dirogol kemudian dibunuh dengan kejam oleh Komunis, dan Pejuang komunis sebeginilah yang disanjung oleh Mat Sabu. Menambahkan lagi jelik adalah kedengaran suara penyokong totok Mat sabu di bawah pentas yang gelak dan seronok dengan cerita lawak seloka mat sabu. Jenis manusia yang tiada maruah.



10) Implikasi dari Kenyataan Mat sabu ini apa?


Jika aku ini Pengundi berdaftar di atas pagar, 


jika aku ini veteran perang yang berjuang melawan komunis dahulu kala, 


jika aku ini orang tua-tua yang ada kenangan diseksa oleh komunis, 


Jika aku adalah ahli keluarga yang mempunyai keluarga yang diseksa dan dibunuh komunis, 


Jika aku adalah pejuang demokrasi tulen...


Sudah pasti Undi aku pada masa akan datang sama sekali tidak diberikan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan khususnya Mat Sabu.


" ahhh kau bias, kau ni orang kerajaan Zulfikar"


" Aku Kerja kilang biskut, aku tak pernah pergi temuduga PTD, aku tak pernah dapat biasiswa JPA, aku tak  pernah isi borang kerja kerajaan, aku bukan ahli UMNO pun, aku pernah krtitik Kerajaan dalam entry blog aku yang lepas2, Bapak aku bukan pegawai kerajaan, bapak aku tak pernah dapat kontrak & tender kerajaan, bapak aku berniaga Kilang ais, keluarga aku tak pernah duduk kuarters kerajaaan, aku tak pernah pergi persidangan UMNO di PWTC"


*******************************


Aku tidak pernah terhutang budi secara direct dengan BN, tapi aku terhutang budi dengan perlembagaan Demokrasi dan KEMERDEKAAN Negara aku..

Pemandangan Putrajaya dari tingkap tingkat 12 bangunan Perbendaharaan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia. aku tangkap guna Henpon nokia e52 je.

Ini Plat depan Pejabat Menteri Kewangan.


p/s nak tengok Potret DSAI kat pejabat MOF ke? aku tak tangkap, takut kena marah ngan pak guard, korang nak tengok, pergi MOF sendiri lah!

p/s II Entry ini ditulis bagi menjawap permintaan dari Nin Fazren Elyana, ARC, Nizam Jasni, Shahril Husin dan Mohd Zikry di Fanpage Blog Rasa Hati di FB... Jemput Join Fanpage untuk update, dan sila klik LIKE di bawah entry jika setuju dengan penulisan ini. sekian. Terima kasih.




Update : pembetulan ejaan sipitung kepada seputum/sipuntum

27 comments:

  1. tragik sungguh kisah atok sedara ko tu..

    kejam nak mamp......

    ReplyDelete
  2. KO NI BODO SBNARNYE ZULFIKAR..TAPI KO BAJET PANDAI SGT KN..KNON2NYE BNYK MMBACE SGTLA..HAHA..KESIAN..CUKUP2LA BERLAGAK MCM PANDAI SGT

    ReplyDelete
  3. sedih ar bc kisah atok sedara ko.. aku cuma taknak negara dijajah lagi, british, komunis, jepun etc. sume penah jajah negara kita, derang sume same je.. kejam!!

    ReplyDelete
  4. missenget : kejam nak mampus kan?

    Rem : thank you

    Anon 8.46 : tu je ke kau mampu?

    Jue : Mat sabu buta hati perut...

    ReplyDelete
  5. Aku suka baca entry ko pasal ni. dan aku pon sokong apa yang ko kata kan, orang yg tak SEKOLAH je yang tak tahu sejarah ni. tengok paper baru2 ni, KARPAL SIGH president DAP pon tak sokong kenyataan Mat Sabu tempoh hari. Pembangkang ni semua BUTA MATA, HATI DITUTUP, tak boleh ditegur sikit, ada je yang nak dibangkang. kadang2 kesian jugak tgok pembangkang ni. myb dorg sebelum ni diceramah dari rumah ke rumah tentang keburukan UMNO, tp keburukan PAS, PKR? masok telinga kanan, keluar telinga kiri. ntah apa2 tah dorg ni. kadang2 aku Berterima kasih jugak dengan kerajaan, yelah aku sekolah dibantu penuh oleh kerajaan, nak carik keja tetap kerajaan, dapat biasiswa dari kerajaan, tp pembangkang semua tak pernah nak hargai. tapi ingatlah asal usul kita. kalau tak suka kerajaan, korang buat lah HOSPITAL PEMBANGKANG, SEKOLAH PEMBANGKANG, dll, pandai2 lah hidup.

    ReplyDelete
  6. meh sini kite try ape yg komunis buat kat atok sedara u dkt die...
    sian kaum yg bodo d perbodohkan jek!

    ReplyDelete
  7. missalongwani : TQ...

    Mierameya : orang kalau dah buta perut, gila kuasa.. tamak haloba nak menang pilihanraya... semua benda dia main langgar je, sampai dah tak peduli hati perasaan orang lain kan..

    Puteri : diorang ni buta perut... busuk perut.. hati kelam...

    ReplyDelete
  8. mgkin time sekolah dlu MAT SABU tu tdo dlm klas.tu yg dy xtaw.one more think,anon tu mst mereng.

    ReplyDelete
  9. ekyn : Anon tu mampu cerca ckp mcm tu je.. padahal dah terkedu tak boleh jawap semua soklan aku tulis kat atas... malu la woi penjilat komunis anon woi.. hahaha kan ekyn kan kan

    ReplyDelete
  10. org sblah umah aku org kuat pas,tp anak dia dua2 org msuk uitm....skolah lak skolah kebangsaan...ni la contoh org pembangkang, kalo mencaci x ingat dunia....nk UNTONG JE, ape bley sapu diorg sapu pastu caci...aku pon xla sokong umno 100 peratus...hanya rakyat biasa x pro dalam parti politik,tp aku MELIHAT dan BERFIKIR

    ReplyDelete
  11. untuk pengetahuan semua....MAT Sabu NIH EX ITM....ceit,wat malu Dak itm

    ReplyDelete
  12. entri takde bias dan diselitkan dengan benda untuk direnung-renugkan. i like

    anon tu buat nyemak je tengok. hahaha

    ReplyDelete
  13. susah nak katala zulfikar, saya sendiri pun tak paham macamana diaorg ni buleh label komunis tu pejuang kemerdekaan. isu ni bukan baru, dulu pun pernah dengar masa diaorg mengatakan yg arwah samsiah fakeh tuh pejuang kemerdekaan.kata mereka sebab sejarah malaysia ni dah diubah dan ditokok tambah oleh kerajaan. jika berubah kerajaan, sejarah pun akan turut berubah jugak. dulu sorg cikgu saya yg berkelulusan master dan sangat aktif dlm bidangsejarah dan jugak arkeologi pernah menyatakan bahawa dia mengaku mmg byk fakta yang boleh dipertikaikan dalam sejarah negara, tapi untuk mengatakan komunis tuh pejuang kemerdekaan tuh tak delah. cuma dia ada nyatakan yg zaman tersebut ada ramai lagi pejuang berhaluan kiri untuk menentang penjajahan dan menubuhkan kerajaan berdaulat, tapi tak de pulak diaorg nak masuk komunis...

    ReplyDelete
  14. anon tu boleh join jadi luqiee hahaha. Tak valid langsung argument. Bak datang kroni kau tengok apa ada hujah

    bagus2 entry ni. aku baca sepatah sepatah dari awal sampai ke akhir

    p/s: aku delete fb jap

    ReplyDelete
  15. namanya hijau : mat sabu ni patut kene masuk kursus ROTU 2 tahun kot. biar dia rasa mcm mana jadi askar.. sembang suka mulut dia je..

    Syazwan : aku tulis ikut apa yg aku tau.. aku bukan main reka2 fakta kan kan kan :)

    sabrina : tak susah nak kata aihhh.... fakta sejarah ni umum dah tau, org ikhlas nak tulis... dan fakta tu bukan datang dari satu sumber je..

    cuba baca, fakta tu datang dari mulut ke mulut macam orang2 tua.. pastu fakta sejarah banyak di cross cek dengan sumber oxford dan macam2 lagi...

    kalau ada penambahan itu memang kesilapan kerajaan..

    tulisan di atas menyentuh hanya pasal komunis dan Mat sabu..

    adakah Mat sabu boleh di justify kenyataannya menyanjung komunis dan menghina polis bukit kepong?

    entry atas bukan berkenaan penyelewengan sejarah.. cum persoalan pendirian.. "sokong komunis atau tidak?"

    ReplyDelete
  16. Mat Sapu belajar sejarah kot..
    tapi mungkin fail..
    Mungkin jenis makan kulit tapi isi dan tulang xmakan..

    sah2 memang kejam ape yang komunis dah buat..

    WFT....!!!!not WTF but WFT..

    ape WFT tu?

    ReplyDelete
  17. ARC : aku pun ada perasan jugak cara dia ckp mcm Luqiee ckp.. hahahah

    ReplyDelete
  18. dulu masa arwah nenek aku ada, dia selalu cerita pasal komunis ni..komunis memang kejam..arwah nenek aku cakap, dia selalu nyorok kalau komunis buat rondaan sebab dorang takleh tgk anak dara mesti nak rogol..uhuhu..

    ReplyDelete
  19. seperti pendirian cikgu sekolah saya, saya mmg tak mungkin akan menyokong komunis....

    yang saya maksudkan dgn susah nak kata tuh, mcmana diaorg bleh pikir sampai ke situ..

    sebab nak cari bukti mangsa yg hidup zaman tuh susah dah skg ni, tp kalu igt2 balik zaman2 kecik bila borak dgn org2 tua dulu, cerita kekejaman komnis ni mmg disertai dgn linangan air mata...

    itulh kalau merujuk pada cikgu sejarah saya, dia mengaku ada fakta sejarah yang menjadi tanda tanya...

    tetapi jelas dari semua fakta dan sumber sejarah samada lisan dan bertulis mmg komunis nih bukan pejuang kemerdekaan tetapi pengkhianat bangsa dan negara..

    saya pun bukan nak cerita pasal penyelewengan sejarah, apa yg saya nak nyatakan, saya tak faham mcmana diaorg buleh fikir sampai sejauh itu.

    kalu kita sebagai generasi muda ni dah pernah dgr cerita kekejaman komunis tuh dari pelbagai mangsa n org yg hidup zaman tersebut, diaorg tuh lebih la lagi. mungkin mak ayah diaorg buleh jadi sumber lisan yg baik..

    manakala tentang cikgu saya plak, saya maksudkan wpun dia pernah jumpa fakta sejarah yang menjadi tanda tanya pada dirinya apakah sebab dan musabab berlakunya perkara tersebut, tp dia tetap takkan sesekali mengatakan perjuangan komunis itu betul dan benar serta rasional. tak pernah sekalipun dia jumpa bukti yg mengatakan komunis ini pejuang kemerdekaan. .

    saya rasa kalau nenek saya masih hidup dan saya mengatakan komunis itu pejuang kemerdekaan, mesti dia geleng kepala.. silap2 saya yg kena lempang....

    ReplyDelete
  20. Sabrina : okey saya paham dah maksud cikgu, terima kasih untuk pencerahan :)

    ReplyDelete
  21. he he ... sorry yer, komen yg mula2 tuh mcm serabutje... satu pengajaran buat saya, jgn baca blog time rehat, kalau tak komen yang ditulis pun dalam keadaan tergesa - gesa.. :)

    ReplyDelete
  22. org x tau sejarah.. auta pon jd fakta! --'

    ReplyDelete
  23. orang yang buta sejarah....sempit akal...akan bercakap dengan emosi untuk menyembunyikan kebebalan mereka...

    putar belit fakta adalah satu permainan bagi mereka...

    entry terbaik bro... teruskan...

    aku di belakang menyokong....

    ReplyDelete
  24. terbaek bro.. aku d belakang menyokong kamu. =)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...