May 22, 2011

Isu : Ramalan Kiamat, Mengarut!


Assalamualaikum...

Tragedi melanda masa petang tadi, aku terkejut dengar berita pasal kanak-kanak rumah anak yatim dekat batu-14 Hulu Langat. Masa dengar berita, 5 orang yang dah disahkan meninggal dan ramai lagi yang tertimbus.

Kawan aku Nizam Jasni duduk dekat dengan tempat kejadian dan turut sama dalam aktiviti menyelamat, aku dapat sms dari dia dalam pukul 10 mlm tadi, dia tak sanggup lagi berada kat tempat kejadian sebab tangan menggigil tengok mayat anak-anak kecik. Dia bagitau baru selesai mengangkat jenazah yang ke enam dan banyak lagi yang tertimbus.

Aku doakan semuanya akan selamat, dan aku doakan juga, semoga yang baik-baik akan mengiringi pemergian mangsa. Semoga dirahmati Allah SWT akan roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

*************************

Tanah runtuh itu mengingatkan kita terhadap hari kiamat. Hari kiamat yang akhir-akhir ini menjadi trend pada kaum muslimin untuk bermain silang kata dan teka tarikh.

Dengan alasan 'membuat kajian saintifik terhadap teks suci Al-quran dan Hadis' demi mencari bukti kebenaran dalam agama Islam, maka dengan lesen itu ramai budak-budak muda yang ghairah mula mencongak-congak akan bilakah tarikh kiamat akan berlaku.

Formula yang paling terkenal, 12-12-2012 menjadi pilihan dan sandaran, konon-kononnya pada tarikh itu adalah yang paling menepati segala ramalan dan tanda-tanda yang diwariskan oleh Nabi SAW dan ia juga bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh kaum Mayan, kajian Bible dan lain-lain teks suci agama kuno. Ini semua mengarut!!!!

Jangan Cross-interpret fakta yang ada dalam bible, Al-quran dan kisah-kisah israiliyat lain. Sebab fakta yang ada di dalam kitab lain kemungkinan sama tapi ia tidak membuktikan bahawa kisah itu suci dan tidak diubah.

Jangan Predict benda ghaib, biarkan benda ghaib itu milik mutlak Allah SWT, kerana apabila anda cuba membuktikan perkara ghaib dengan kajian sains, anda akan kecewa. Jika anda mengkaji perkara ghaib dalam Alquran tetapi anda tidak dapat menemukan jawapan, adakah perkara ghaib itu menjadi tidak sah? adakah anda beriman hanya apabila disertakan bukti sains dan kerasionalan?

Nabi Muhammad saw sendiri tidak tahu tentang tarikh hari kiamat itu, masakan kamu pula orang biasa yang tidak mendapat wahyu boleh tahu bila akan terjadinya kiamat hanya berbekalkan kajian fakta-fakta dan ramalan saja?

Anda tidak akan menjadi orang yang disegani hanya dengan menyebarkan ramalan hari kiamat di wall-wall Facebook. Korang ni nak mendalami agama islam dengan keseronokan meramal-ramal ke? atau korang sebenarnya ada niat untuk menjadi jaguh dan kelihatan hebat.

Aku tau, bila korang dapat menyelesaikan misteri hari kiamat melalui ramalan dan info dari blog-blog, korang nanti akan rasa exclusive :-

" aku lebih hebat dari Ali, dia tu harap je sembahyang tonggang tonggek, tapi rahsia hari kiamat dia tak tau, aku lagi tau, mestilah aku lebih alim kan, jadi korang semua berhenti kagumi ali, kagumilah aku sahaja!!" <-----banyak cantik muka kau!

Ada orang ckp huru-hara akan berlaku 3 ogos 2012, iaitu 15 Ramadhan yang jatuh pada hari jumaat? orang yang meramalkan benda ni dah hilang akal ke apa? kalau benda ni betul, tak payah nak tunggu kau, Nabi Muhammad saw masa hidup lagi dah bagitau benda ni, Baginda lebih sayangkan Ummatnya, kenapa pulak benda ni Nabi nak sorok taknak bagitau? sebab nak bagi can kat kau untuk jadi jaguh meramalkannya? ye la sangat..

Kalau ramalan korang tidak tepat, korang jugak yang malu.
Kalau ramalan ini dilakukan oleh orang berpengaruh dalam agama, atau diendorse oleh ustaz-ustaz...kalau tak tepat, kan orang mula pandang serong dengan kredibiliti agama...

BERHENTI DARI MELAKUKAN KEBODOHAN INI!!!!!

Klik SINI kalau nak tengok Note Facebook tersebut.

Kalau semua Muslim berfikiran mcm ni, akhirnya Al-quran dan Hadis tidak lagi menjadi rujukan dalam beragama, sebaliknya buku-buku karangan ramalan yang akan dibaca dulu. Akhirnya tercemarlah Agama Islam hanya kerana nafsu untuk menjadi hebat yang dipermainkan Syaitan.



P/s Credit untuk link note kepada fanpage ARC13, dan blognya di link INI.







23 comments:

  1. huhu aku tak berani langsung nak menyebut isu nie, apatah lg meramal........ masih byk kekurangan pd diri....

    ReplyDelete
  2. okey, baguslah, takpayah nak kaji2 sangat... Allah dah janji benda ni ghaib dan takde sape yang boleh tau benda ni.

    ReplyDelete
  3. entry kesedaran buat mereka yang suka meramal perkara yang Allah rahsiakan....tq2...

    ReplyDelete
  4. sama-sama cikgu, zaman skrg ni org nak jd terer dekat fb cikgu...

    ReplyDelete
  5. Allah dh kata dh..
    brkenaan soal hari kiamat, akn kekal trsimpan dlm rahsiaNya. jd xkan mgkin sesiapa pn tahu.. walau sehebat manapun pngkaji tuh.

    ReplyDelete
  6. owh..

    x mampu jadi pengomen pertama.. T__T

    awl pagi kata nak buat cerita pasal lain? hehehe

    ReplyDelete
  7. Baru aku tau ade org buat ramalan dan notes....

    kita ni hamba Allah..buat ape yg Allah suruh je,tinggalkan yang Allah tak bagi.. yang lain2 tu urusan Allah..

    Ape nak susah fikirkan tarikh la...mati kita ni pun boleh jadi sekejap lagi..itu yang lebih patut difikirkan...

    ReplyDelete
  8. ape 3 ogos?tu trikh ari jadi kte..hehehe..btul3..nabi penerima wahyu pun x tau trikh kiamat ini kan pula kita hamba Allah yg lemah..:)

    ReplyDelete
  9. betul tu. Nabi SAW yang terlampau sayangkan umat dia pon Allah tak wahyukan tarikh sebenar jadinye kiamat, ni kan pulak kita orang biasa yang tak cukup ilmu. sedangkan malam al-qadar pon ramai tak tahu bila masanya.. nikan pulak hari kiamat.

    lagi satu, ramalan2 ni salah satu cara syaitan menyesatkan manusia. jadi berhati2 la dengan tipu daya syaitan ni.

    ReplyDelete
  10. aritu baca paper paderi New york jangka kiamat sabru (semalam). macam kelakar..

    ReplyDelete
  11. kelakar kan benda nih..masa kecoh pasal doomsday 2012 dlu rasa macam nak golek2 guling2 je..adess terer la plak dorg nih...nabi Allah pon tataw...seleweng sungguh..


    Alfatihah utk anak2 yatim yg mnjdi mngsa landslide..moga mereka tenang disana..insyaAllah syurga jaminan mereka..anak kecil yang tak berdosa

    ReplyDelete
  12. buat apa kisah dengan masa depan sedangkan kita x tau apa yang akan kita hadapi pada masa sekarang.. cukuplah sekadar jadi peringatan hidup ini sementara, banyakkan amalan untuk jadi bekalan...

    biarkan hal2 ghaib itu urusanNya yang mutlak, sangat setuju!

    takziah buat mangsa tanah runtuh..

    ReplyDelete
  13. tak pernah percaya dengan ramalan yang melibatkan tarikh-tarikh ni. ianya seolah-olah kita tahu dengan tepat perkara yang akan terjadi. mana mungkin semua ini, semuanya adalah dibawah kuasa Allah.

    ReplyDelete
  14. orang duk sibuk2 beramal..
    dia sibuk2 nak meramal...

    Ambil kisah ini sebagai pengajaran kita sebagai hamba Allah memperbetulkan dan memperbaiki diri kita. Kita tahu kiamat nk dekat. adakah kita sudah bersedia? jangan asyik takut kiamat nak mendekati sedangkan diri sendiri tak diperbaiki. Fikir dan muhasabah diri. Hidup di dunia hanya sementara, dan bukan untuk kita jadikan alasan untuk 'enjoy' sementara di dunia ini, tetapi kehidupan sementara ini lah kita ambil manfaat untuk mengumpul sebnyak2 amalan untuk kehidapan yang kekal abadi. Wallhua'lam

    ReplyDelete
  15. orang sekarang dah educated dah bab kiamat ni, i mean, they know 2012 tu isnt real

    ReplyDelete
  16. note2 bangang psl hari kiamat 2 xpernah aku baca...ignore jer selalu...sibuk nak meramal ari kiamat...tobatnya x jugak...

    ReplyDelete
  17. tu la kan?org kita ni mudah sangat taksub dengan ramalan2 yg dah tentu2 tak sahih..mana la tak rosak akhlak..hmm..

    ReplyDelete
  18. perkara ghaib itu adalah hak milik Allah jua

    ReplyDelete
  19. setuju2.. sesyka ati je meramal smp menakutkan org

    p/s: hehe saje komen cni, entry br tu byk komen2 ilmiah, nk masuk pon takot :D

    ReplyDelete
  20. tp bukan kah, notes yg diberikan telah diterangkn ttg hadis ari kiamat? di mana Nabi Muhammad berbicara ttg 15 Ramadhan ari Jumaat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari jumaat je, tak specific 15ramadan dan 2012 kan? Nabi pun tak tau dan tak pernah meramal. takkan ada manusia lain yg boleh ramal? common sense je benda ni.

      Delete
  21. Tak perlu nak tahu pasal kiamat. Semua dalam ketentuan Ilahi. Yang penting banyak beramal dan ingat pada Allah.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...