April 29, 2011

Isu Blogger : Mengumpat, celupar, carut Vs Outspoken

Assalamualaikum...

"Wei Siti, ko nak tau tak? si Kamal Jendul tu kan, tak senonoh, ko tau tak dia tu kan, pergi kelas tak pakai spender, aku selalu ushar dia dari jauh, kalau dia jalan dari belakang boleh nampak K*t* dia.. buruk gila"

" Ko biar betul Zety?!... ko jangan fitnah orang, Kamal tu budak Nerd dowh....kesian la kat dia"

" apa pulak Fitnah orang Siti, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, sumpah aku nampak, kalau aku tak nampak takkan aku nak cerita kan?"

"kalau ko nampak pun, tak payah la cerita pasal buruk orang, ni dah jadi kes ngumpat ni Zety!"

" Laaaaa.. aku bukan nak mengumpat, aku just nak bagitau kenyataan je, benda berlaku depan mata..aku bukan citer belakang2 dia, aku bagitau kat kau ni ha..depan depan kelas kan?..kalau dia dengar nasib la"

" Hoi Siti, Zety!!... korang dua orang ni memang la kuat mengumpat orang kan... mulut ko ni Zety memang Macam Pu*i..."

"erkkk Yanti...kau ni memang B*bi!"

***********

Okey anak-anak, dari skrip sandiwara di atas, apa yang dapat kita simpulkan? berapa banyak kesilapan yang boleh kita kesan kat atas? ternyatalah mereka 3 orang kat atas ni terlibat dalam industri mengumpat, mengata, melabel orang dengan gelaran yang buruk, mencarut dan lain-lain yang seangkatan dengannya....

Tetapi adakah mereka outspoken? apa itu outspoken?

Outspoken tu kalau dalam Bahasa Melayu bermaksud 'bersuara lantang atau berterus-terang atau berani menyuarakan pendapat'

Outspoken sama sekali tidak menghalalkan seseorang insan tidak kiralah dia lawyer ke, doktor , cikgu, engineer, peniaga pasar malam, pelajar,blogger dan sesiapa pun untuk menjadi kurang ajar dan tidak berakhlak

Outspoken tidak akan justify tindakan korang untuk menjadi seorang pemaki, pengumpat dan pencarut tegar, walaupun anda berniat hendak menasihati orang dan membela diri, tetapi dengan cara memaki hamun, mencarut dan mengumpat sama sekali tidak akan menjadikan korang lebih mulia dari mangsa yang dicarut..

Ternyata, nilai kepahlawanan dan keberanian orang yg bersuara lantang atau "outspoken" ini telah tercemar dengan salah faham akan maksud Outspoken itu sendiri....

Jika di dalam penulisan anda penuh dengan cacian, maki hamun dan carut marut, ia sama sekali tidak akan meletakkan anda di dalam kelas Outspoken/lantang sebaliknya anda dilabel sebagi celupar. Aku paham yang korang ni, konon-konon nak jadi Blogger outspoken dan berani, cakap ikut 'dan' dan Sarcasm... tapi sebenarnya cara penulisan korang yang penuh dengan carut dan maki hamun tu tak nampak intelektual pun..nampak kekok dan huduh tau tak??.....

Keceluparan mulut korang itu akan mengiklankan kebodohan diri korang, kekurangan didikan dari rumah dan sekolah, kerendahan moral dan akhlak, sikap tidak sensitif anda terhadap manusia lain dan sikap kurang matang anda.

Korang mungkin mendapat sokongan dari kawan-kawan korang apabila korang seronok memaki hamun orang, tetapi adakah dengan sokongan yang anda terima itu boleh justifikasikan perbuatan celupar anda?

Atau adakah ia satu lagi iklan menunjukkan kawan-kawan yang sokong anda secara membabi-buta itu pun sama kekurangan moral dan kematangan fikiran macam anda?... owh tidak heranlah korang boleh geng.

Aku mengaku aku adalah seorang yang outspoken dan lantang dalam menyuarakan ketidakpuasan hati, tapi aku berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga saki baki tata susila dan budi bahasa yang masih bersisa dalam masyarakat moden zaman ini dengan tidak mencarut dan memaki hamun.

"Alaaahhh ko ni Zulfikar, perasan bagus la kau, poyo, apa kau ingat kau ustaz ke nak cerita pasal kemuliaan dan keceluparan ni?"

Kita tak perlu ber'tiket'kan ustaz, berlabelkan mulia hanya untuk menjadi seseorang yang menjaga budi bahasa dan tata susila sebagai seorang manusia. Cukuplah dengan hanya menjadi manusia yang mempunyai adab dan akal.

"Habis tuuu.. dah mamat tu kurang hajar sangat kutuk2 perempuan, kutuk2 geng aku, biarlah aku nak sound dia balik, dia sound orang, maki hamun orang boleh, takkan aku nak maki dia balik, nak carutkan dia balik tak boleh?... ko ni macam bagus je... mcm good2 je... benci dowhh org bajet bajet macm ko ni"

" kalau kau carutkan dia balik, jadi apa bezanya kau dengan dia? kalau kau maki hamun dia balik adakah itu boleh menghalalkan industri maki hamun yg sedang berkembang biak ni? kalau kau carutkan muka dia balik, adakah apa yang dia carut dan maki kawan kau itu akan menjadi baik dan hilang semua dendam? adakah kau dibesarkan oleh mak ayah ko, diajar oleh cikgu2 kau untuk menjadi pencarut dan pemaki hamun?"

Kalau korang berbalas-balas maki dan carut, maka tiada beza la antara korang. Dengan berbekalkan Carut marut dan maki hamun tidak akan meletakkan korang dalam golongan 'outspoken' atau berani bersuara" sebaliknya anda akan jatuh taraf ke golongan manusia tidak berjiwa.

" Tapi Zulfikar.... aku mencarut dan maki hamun dia bukan sebab aku nak tunjuk kurang hajar, niat aku baik, aku nak sedarkan dia, aku nak ajar dia sikit, kau bukan Tuhan Zulfikar, kau bukan Malaikat boleh tau isi hati aku, boleh tau niat aku....niat aku baik..kau tu yang hati busuk!!"

" Manusia ini dinilai bukan kerana niat dia, manusia dinilai dengan perbuatan dia, aku bukan nak nilai hati kau, tuhan tak anugerahkan aku 6 sense untuk aku scan hati kau samada kau niat baik ke tidak... semua manusia didunia ni dinilai dengan perbuatan dia..."

Niat sama sekali tidak boleh menghalalkan cara, niat sama sekali tidak akan merubah carutan dan makian engkau itu menjadi mulia....

Jika seorang bapa , merompak Bank dan membunuh pengawal keselamatan untuk mengambil duit, semata-mata niat baiknya untuk memberi anaknya makan, dan menyediakan rumah yang selesa, adakah dengan niat baik dia itu akan halalkan perbuatan dia yg salah itu?

" ala.. biarla aku nak maki hamun dia, biar la aku nak carutkan dia, ko peduli apa... dia tu adik ko ke yang ko nak backup sangat? yang ko nak defend2 sangat? bodoh sial mamat ni...."

" Habis tu kau nak tunggu aku carutkan mak kau mcm mana kau carutkan barang dalam kain mak dia, baru kau insaf?

Dia memang jahat, dia bukak aib dia sendiri.. tapi yang kau mencarut2 barang dalam kain mak dia ni kau tak bukak aib kau ke? kau tak tunjukkan keaiban dan kebodohan kau sendiri? sekurang-kurangnya dia memaki hamun dan dia amat buruk perilakunya, tapi kau lagi teruk, sebab kau balas balik kebodohan dia dengan kebodohan kau.."

Sememangnya aku tidaklah lebih pandai dari kau, aku tidaklah lebih mulia dari kau, sesungguhnya aku tiadalah tiket express ke syurga, dan sememangnya aku bukan Tuhan untuk tahu niat hati kau...tapi sekurang-kurangnya berilah aku peluang untuk selamatkan kau dari kau menelanjangkan diri kau, dan memperbodohkan diri kau di khalayak ramai....

Moga-moga satu hari nanti...bila anak kau dah pandai komputer, dan dah pandai baca blog, takda la anak kau merasa malu melihat ayah dan mamanya bercengkarama, berpesta memaki hamun dan mencarut-marut di bawah bulan purrrrrnama.....


Apa kau ingat Blog ni memang orang cipta untuk kau tambah dosa?


P/S Membabi - buta, gila babi dan "kau ni memang babi" adalah 3 senario yang berbeza. Jangan salah faham dalam mendefinasikan maksud dan ungkapan. Sila baca ini tanpa sentimen. penulis tidak menujukan entry khusus kepada sesiapa, dan entry ini bersifat umum. jika sesiapa terasa, eloklah tu, maknanya jiwa anda masih hidup.... sekian...

18 comments:

  1. mak tak tau nak bagi apa kat ko Nyah.. amik la aispop patah dua ni.. sorang separuh dengan Mak! Memang malatop kebabom la entri ni Nyah. Panas, pedas Tapi masih beretika. Syabas beti!

    ReplyDelete
  2. ermm, nanti banje makan laksa.. dengar citer org kedah pandai buat laksa.. :P buh plak petis.. cabai burung.. uihhh baguihh duk ada...

    errmmm :) kalau suka, share2 kan.. kot kot ramai baca.insaf sikit.. :)

    ReplyDelete
  3. betul, matlamat tidak menghalalkan cara. kadang-kadang diorang yang sedap2 memaki hamun ni kata macam yang dinyatakan tu lah. nak insafkan orang, bagi ayat macam tu baru boleh sedar sikit.

    tapi tu semua melambangkan kenaifan diri sendiri. bahasa melambangkan bangsa. tapi etika itu, melambangkan agama. bagus entri ni! :)

    ReplyDelete
  4. Dengan bangganya mak share dengan sapa2 jer berkenaan.. petis tu apa Nyah??

    ReplyDelete
  5. petis tu otak udang cik kak!....

    ReplyDelete
  6. "amboi.. mencarut je kejenye... kang aku cibai baru tau...biase lagi die..."

    "ler die tu mencarut tu... cabai la..."

    "opssss"

    ReplyDelete
  7. Fitri : betul tu... matlamat tidak menghalalkan cara... kalau kuih cara tu halal.. makan pulak dengan sos kan.. uihhh sedapp...

    SM Banjamin : Kuuuu he hekk.. man nak makan tetel.. kau ade tetel? tetel sedap makan masa kenduri tu kan.. ku hee hekk ku hee hekk......hahahahahaha

    ReplyDelete
  8. tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! ang memang eh pikar! bab2 cenggini no satu!!! ceq nak mencarut ang pun tak jadi!

    lalala~

















    thumbs up untuk entri ni!

    ReplyDelete
  9. mak bangga dengan ko ikar ! hahaha

    ReplyDelete
  10. two thumbs up untuk entri ini!

    setuju yg amat..yang dicarut pastu membalas dgn mencarut lebih kurang sama je level otak depa..kan?

    ReplyDelete
  11. apa yang kita tuturkan itu adalah cermin dari diri kita sendiri..
    ingatan untuk diri sendiri jugak..tQ bang ikar!

    ReplyDelete
  12. Situasi/dialog dekat atas tu macam dahsyat benar bunyinya. harap2 dialog tu hanya rekaan semata2 takde kena mengena dengan yg masih hidup atau dah meninggal dunia sebab saya rasa susah nak cari perempuan mencarut sampai sebut p*k* dan b*b* sesama teman perempuan. tapi tak tahulah kalau perempuan malaysia skrg macam tu sebab saya pun dah lama study di luar malaysia. jadi kurang tahu kalau mencarut dah jadi trend di kalangan gadis/wanita malaysia.

    anyway, message yg cuba disampaikan dalam entry ni sgt BAGUS :)

    ReplyDelete
  13. itu la dia Sunah, budak2 zaman skrg ni nak kene di sound2 sikit, tak boleh dimanje2 sangat.. kalau diorang tak betul, kene bagitau, walaupun dia kawan baik kan.. ko ni bila nak jemput aku mkn nasik minyak ni?? kekekekekekkee

    Cik Heroin : kembang hidung ikar ni, rasa mcm mak sendiri baca plak kan :) maceh2...

    Cik Sha : ha betul tu, takde bezenye lansung..

    Norinaomar : u r welcome Teacher.. lain kali rotan je sape2 suka mencarut ni kan??

    Amar Amirah : dialog diatas diadaptasi dari keadaan sebenar, skrg dah berlambak2 remaja suka mencarut, tak kira lelaki ke perempuan...

    nak nak zaman blog2 nih, lagi byk mencarut...tak caya gi blogwalking, tgk blog2 dak pompuan yg ske mencarut, berlambak..

    ReplyDelete
  14. adeh pikar...

    aku baru nak try buat entry outspoken...

    dah kene tahan.. cane nih... nguu

    ReplyDelete
  15. laaa Ucop, entry outspoken tu buat la, tak kisah, sapa pulak nak tahan.. aku marah entry carut marut je...

    contoh entry outspoken mcm dlm blog aku, arc13, terfaktab, dan mcm2 lagi... but yg childish2 yg suke mencarut maki hamun

    ReplyDelete
  16. bgus2 entry ni..
    dpt sedarkn mne2 pihak yg x bpe jelas dgn istilah outspoken,mencarut n mengumpat..:)

    ReplyDelete
  17. jujur. suka entry nie.. realiti sebenar yg terjadi...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...