April 17, 2011

Isu Blogger dan Rumah Kaca AF

Assalamualaikum.

Kepada semua pembaca blog aku yang mengikuti tulisan aku, aku rasa korang dah faham bahawa blog ini tak suka membincangkan pasal dunia blog itu sendiri atau Blogosphere. Dan aku malas nak komen apa-apa isu pun berkenaan blogger, tips2 blogging, unique visitors, iklan, duit, backlink, SEO dan sebagainya.

Walaupun aku rasa aku mampu untuk menghuraikan isu2 blog ini dengan baik, aku tetap taknak ulas...sebabnya bagi aku, ia akan mencemarkan blog ni yang lebih fokus kepada entry berbentuk ' pendapat tentang isu semasa' 'kisah nostalgia' 'puisi moden' dan 'jurnal aktiviti'. Lagipun target pembaca aku adalah terdiri dari pembaca tegar, ataupun peminat blog tulen, dan bukan peminat contest dan segmen.

Cuma, semakin lama aku merasa semakin meluat bila tengok list blog yang di'follow' penuh dengan entry2 berbentuk join segmen, Giveaway (GA), contest, blog Tagging2, promote2 sekutu dan sebagainya, bagi aku perkara ni adalah satu perkembangan yang kurang sihat utk industri Blog. * aku perlu kemas kini blog yg aku follow, aku nak delete blog yang setiap kali entry hanyalah segmen dan print screen pendapatan Nuffnang.

Tujuan dan matlamat utama untuk berblog telah lari dan jauh menyimpang. Daripada matlamat untuk berkongsi pengalaman hidup, pendapat dan tips2 kehidupan terus bertukar menjadikan dunia blog ni sebagai medan untuk meraih perhatian, populariti dan simpati.

Sesetengah blogger juga sudah mula ketagih untuk join GA, Segmen dan contest, dan perkara ini membuatkan dunia Blog Malaysia menjadi seperti kartun dan pasar lelong. Cuba korang semua duduk secara tenang, jujur dan berfikiran rasional..

"Adakah blogger jenis ini yang aku mahu jadi? adakah entry mcm ni yang aku mahu hasilkan? adakah seronok jika pembaca aku bukak blog dan lihat semua entry contest dan segmen saje? apa kejadahnya semua ni???"

Kepada Blogger yang famous dan dikenali ramai, janganlah anda menggunakan kelemahan dan keterujaan blogger2 muda ni untuk meraih follower yang ramai dan traffic yang tinggi, anda selalu ckp anda ikhlas untuk memajukan dunia blog , tapi anda lebih dilihat sebagai "telunjuk lurus kelingking berkait" jauh dalam sudut hati anda, anda sebenarnya mahu blog trafic tinggi dengan memanipulasi keghairahan blogger2 muda.

Sungguh ironik, apabila blog dibuka untuk menceritakan pasal blog, dan bukan tentang pendapat, pengetahuan dan pengalaman hidup. akhirnya blog2 ini akan menjadi semak dengan entry GA, Contest, Tagging, segmen dan jual header & template. Mana cerita untuk kami sebagai pembaca nak baca?"

Nasihat aku, kepada semua blogger, hentikanlah pencemaran yg dilakukan, dunia blog sudah tepu dengan promote dan segmen yang tidak jujur. aku tau korang nak cakap....

"Ala Kau kecoh lah, kalau kau taknak baca ko klik je la pangkah...yang sibuk nak kutuk2 kenapa"

Ala, kalau ko taknak orang masuk blog kau pastu blah mcm tu je dan kalau kau taknak orang kutuk blog kau, ko takyah la publish public, ko privatekan je, pastu ko takyah la nak buat blog kalau tujuan kau nak masuk contest, ko ingat ni Funfair ke main bali tin dapat teady bear?"

Senang mcm ni lah, korang bayangkan, korang bukak TV3, tapi semua cerita pasal iklan, segmen penaja dan dokumentari pasal TV3 je yang ada, agak2 korang bosan tak?

Camon Guys....bukak minda korang dan bersedia untuk menjadi matang!....

Oh pasal Rumah kaca AF tu? aku rasa penghuni tu mcm beruang Sarkis, cikgu mcm jurulatih, dan pengetua amy search tu mcm tokey sarkis.

Aku dah tekad taknak cemarkan blog aku dengan entry pasal Ulasan Akademi Fantasia 9, sebab ia tak ilmiah dan tidak berbaloi utk diceritakan.. tapi aku nak cerita jugak, sebab aku annoyed bila terpaksa tengok kat mapeley bila customer ramai2 suruh tukar chanel AF 9 tu.

Apa kata, akademi fantasia start jual tiket dekat depan rumah kaca. Sorang bayar rm5, mcm tengok monyet kat zoo negara. boleh kaut banyak untung, takdala harap kat sponsor ngan duit sms je.

aku tak percaya aku boleh buang masa taip benda isu blogger dan AF.. habis tercemar blog aku..ciss ciss cis.....

P/s ini adalah pendapat secara umum, dan ia tidak ditujukan kepada sesiapa, jika sesiapa terasa dan mula membenci penulis, itu hak individu.

45 comments:

  1. weee wettt...amboihhh n3 kan mainn..tapi betul lahh...pcm pun jenis blogger tak kesahh...koo kesahh ke, aku tak kesah kann...

    ReplyDelete
  2. "ade aku kesah" nampaknya spesis kita sama la kot.. malas amik kisah PCM oi... :) janji dapur berasap.. blog terupdate sudahhh :)

    ReplyDelete
  3. hahah.. aku join segmen pon beragak jugak la...

    buat kalau ade entry elingan je.. kalau takade.. aku tanak join..

    skarang ni puas takde kalau penuh list dengan kontest je..

    segmen yang kau buat ni pon.. bukan nak kejar trafik semata.. aku nak tarik bape ramai lagi kaki pantun selok cam aku.. hehe.. ramai gak rupenye.. =)

    ReplyDelete
  4. aku serabut bila tengok ramai org dok update pasal contest dgn giveaway.. pffftt

    kenapa kau tak letak like button?
    senang nak like. haha! :D

    ReplyDelete
  5. sokong.... JM pon x bape suke gak contest n segmen nih.. tp bak kate Along Usop tuh, join beragak ler... setakat nak join segmen ntah pape baek x payah (walaupon ade join segmen tp sekadar nak test market) :)

    kekadang rase boring, join. tp pasnih tatau ler. tingin gak nak update n3 cam Sarkasis @ LensaROsak... :)
    peaceee v(-o-)

    ReplyDelete
  6. Nyah mak lebih suka rojakkan isu di blog mak... mak suka dengan pendapat ko Nyah.. pedas, panas & padat. 3P gitu! Mak pun kdg2 clik X je bila masuk blog someone yg contest, GA, segmen manjang.. mak pun join jugak menda2 camtu.. tp makin krg skang sbb mak jenis guna konsep amik kesempatan utk perkenalkan blog mak tp takde la entri mak dr dulu smpai skang ni segmen GA manjang. Bg mak kita cr tapak dulu.. bila dh blh berdiri sikit kita tampilkan kekuatan blog kita pulak. Smpai bila nak bergantung traffic dgn join segmen GA bagai tu.. walau blog mak kategori mengesot lg tp mak rasa ok la tu dh boleh gerak. pelan2 kayuh.. apapun mak dr awal kenal blog ko Nyah mak rasa blog ko tak lama lg meletop.. mak dh tgk dlm geluk jampi mak ni Nyah.. Nyah2 pun berilmu gitu! sekian pujian dr mak untuk meraih undi utk piliharaya akan dtg..

    ReplyDelete
  7. along : ko takpe,aku tak tujukan kat ko... aku pun kawan baik ngan kau..sebab aku tau ko berbakat, bakat ko lebih dari aku, cuma kau kene mula praktikkan bakat seni kau tu..kalau ko buat drama2 ringan dlm blog ko..myb nanti ia jadi identiti belog ko..

    McJust : mcm mana nak buat button like????? uuwaaaaaaa

    JM : segmen tu kurang2kan...buat tulisan yang ada isi..lagi bagus.. org akan suka blog kita secara jujur, bukan sekadar nak trafic je.. :) vagus2...

    Nyah Lekit : blog ko best, kalau tak takkan aku melekat je kat blog ko kan..
    betul ke ko tengok dlm geluk ko blog mak ni akan meletop?? wahhh terharu gitu.... tolong tengokkan sekali lagi, ape no 4 angka yg baik2 sikit. kekekekekke

    ReplyDelete
  8. huhh bila baca penulisan ko, aku terasa kerdil... jauh lebih baik dr aku... ini la bezanya blogger otai dan blogger cikai cam aku.. serius aku cakap.... lame lg aku kene menuntut nie... hehe... kite sehaluan.. blog aku bknlah tempat nak bubuh segala bagai.. hanya kenangan utk dikongsikn dimasa akan dtg....... -peace bro-

    ReplyDelete
  9. secara keseluruhan ada yang aku setuju..ada yg kurang setuju dgn entri ini..=)

    yg salahnya bukan org yg buat segmen atau ga semua..tp tuan yg join..,

    mcm entri aku, join juga segmen dan GA.., tp lepas buat entri keluarkan la entri kita sendiri..bukan la biar entri GA,atau segmen tu melekat di post..,=)

    kekadang yg join tu bukan la sentiasa dia dpn pc utk update..,tp dah tak tau nk buat apa..=)

    dunia blog dulu maybe 50,000... tp sekarang dah lebih 100,00..=) jd dah pelbagai ragam..=)

    ReplyDelete
  10. Sangat setuju. Penat aku nak baca blog yang penuh entry segmen dan contest. Nak join agak-agaklah. Letaklah belakang2 entry tu.

    Pasai AF, aku memang tak suka tengok. Mengarut. Budak2 yang terhegeh2 kejar dunia artis. Malas aku. Realiti show kebanyakan mengarut aje.

    Imam muda, akademi al-quran okey! Hohoho

    ReplyDelete
  11. Pendekar Petai : aku suka gila blog ko, aku takyah buat segmen pun, tapi terus tempek blog ko kat bloglist aku.. ahahaha :) teruskan menulis.. aku sentiasa menyokong.

    Ujang : betul, orang yang join ni yg tak berpada2...join segmen 99%, entri yg ada pun just gambar2, ngan tulis gi makan aiskrim kat buskin robins..hehe tapi blog ko best jang.. ni bukan ngampu.. aku suka sebab lawak.. haha

    Amira atiya : penat ngan meluat kan? lama2, rasa mcm list blog yg kita follow tu penuh dengan segmen je.. u bygkan, dari atas sampai bawah semua tajuk entri sama.. "segmen mari menulis bersama dingdang" <--- contoh je...

    ReplyDelete
  12. SyerAgh : terima kasih kerana bersetuju :)

    ReplyDelete
  13. btoi3 tu .~
    den mmg jauh ketinggalan dari segi cara penulisan anda dan den .. ~ huhu.. salute :D

    ReplyDelete
  14. wah Nyah nampaknya tak bapa hr lg meletop la blog ko Nyah... Mat Gebu tak penah nak singgah blog Mak tp blog ko siap komen lg... Tu blogger pemes tu.. tak lama lg nak masuk bloglist ko terpaksa la buat entri kipas.. wakakakakakaka

    ReplyDelete
  15. orang yang buat segmen tu la...adoiii...kalau giveaway aku pun suka , dpt hadiah..

    ReplyDelete
  16. Zacky 786 : anda sebenarnya hebat, cuma mungkin belum dirasuk semangat pendeta.. hehehehe :) gurau je.. semua org ada kekuatan masing2 :)

    Nyah Lekit : heee, Mat gebu masak sedap, lagi satu. ko perasan tak Mat -Gebu DTS yg pemes tu tak pernag buat segmen dan kontest? dia menulis benda yang tulen iaitu minat dia dalam bidak masakan.

    p/s ko jgn risau Nyah lekit, kalau blog meletop, header sumbangan ko tetap ada kat situ.. weehuuuu :P

    Kodet : kalaulah ada segmen bagi hadiah lancer kan?? jgnkan ko, aku pun masuk.. hehehe p/s hensem hitler tu.. HUhuhu

    ReplyDelete
  17. yeah, setuju. dulu ada jugak masuk segmen-segmen ni. tu pun satu dua je lah.

    pasal entri berkaitan dengan blog tu pun, buat kalau rasa macam ada benda yang tak kena je, sekadar nak beri pendapat kan, cuma taklah setiap kali entri nak mengenai blog je.

    masalahnya pada penulis blog yang macam ni adalah mereka ni terdedah dengan blog melalui segmen, GA dan contest. Jadi, diorang buat blog atas dasar nak turut serta dengan tu semua.

    bukan tak boleh, cuma berpada-padalah kan, jangan sampai tak ada langsung yang disumbangkan hasil dari pemikiran sendiri. :)

    ReplyDelete
  18. Fitri Kasim : begitulah apa yg saya pikir, takkan setiap kali bukak blog kawan2...asyik nak baca segmen, GA contest je kan? pulak tu kalau sorang buat semua buat... tak ke dah mcm buku teks sekolah menengah?

    ReplyDelete
  19. wah.. canggih... ade like button... aku klik like tande sokongan... macam mane nak letak kat blog aku mende tu ek?

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. mcm aD lak selalu join kalo contest tu menarik n senang.. kalo yg mcm komplicated tu susah skit lah...

    kekadang ada gak yg join segmen nie pasal nakkan populariti n publisiti..
    ada jugak yg jenis malas nk update n tatau nk update ngan idea apa..
    so join segmen adalah salah satu cara tuk update kan blog supaya blog x mati..

    isu aF... malas jugak nk komen...
    rumah kaca tu sume propaganda yang dibesar2kan supaya dpt kaut lebih byk untung... knp jusco aEon tu? padahal xramai pun orang kt sana..
    nie suma dah dirancang nie.. nk menarik orang ramai ke sana.. salah satu cara marketing tuk dorang..

    ReplyDelete
  22. SM banjamin : aku ikut instruction kat blog nih. link dia adalah ni :

    http://www.arcx13.com/2010/10/butang-like-facebook-blogger-baru.html#axzz1JnJTNWst

    Try la klik tengok..kene ejas template HTML.. tu pun sikit je...

    ReplyDelete
  23. AD : annoyed tak kalau kita bukan list 'follow' kat dashbord tu, tengok semua blog yang ada kat situ join segmen yg sama... beratur je dengan tajuk yg sama, header yang sama.. dan cerita yg sama... aarghhhhh meluat!!!!!!!

    rumah kaca AF tu adalah disaster dalam tamadun manusia....

    ReplyDelete
  24. ermm... rase tol2 kena tunjuk JM yang sebenar... tp isau gak takot ade yg s-e-n-t-a-p... JM ni kekadang lemah semangat gak...huk huk huk..

    ReplyDelete
  25. ala JM.... kalau nak hasilkan karya masterpiec.. kita tak boleh nak please everybody sampai tulisan kita nampak mcm tak telus.. bako je bako je...

    ReplyDelete
  26. hik hik hik.... ni rase nak jadik SARKA gak nihhh.... SARKA okeh.. no SARKAS !!! arap maklom.... peace..

    ReplyDelete
  27. "ko ingat ni Funfair ke main bali tin dapat teady bear?"

    lawak okay. haha

    ReplyDelete
  28. melle : kat shah alam ada Funfair nanti jom gi tembak itik... dapat henpon tuuuu

    ReplyDelete
  29. anikimaro: kita sama2 rock.. sebab tak tacing lepas bace :)

    ReplyDelete
  30. memang menyampah sgt bile bukak blog deorang sume ckp pasal segmen. kalau segmen tulis cerpen ke novel ke puisi ke tu boleh dibace lagi.tapi ni segmen ntah pape. gieveaway lah, segmen jejak blog lah. bosan tgk tajuk SEGMEN GIVEAWAY CONTEST . blog untuk menulis, menarik minat org bace penulisan dr hati dan minda kite.bukan untuk cr follower or join segmen bodo tu. (elak kene serang je lepas ckp mcm ni) harihari segmen pastu entry betul tak sampai 50 patah. meresap. haha

    ReplyDelete
  31. Nurul Atikah : setuju dan thumbs up untuk pendapat awak.. memang tepat sangat la yg awak ckp tu.. kita sampai naik meluat bila bukak list blog..berbaris je tajuk masuk segmen...header pulak samaa jeeee...

    ReplyDelete
  32. wow menarik topic, but anyway setuju dgn pndpat ni :)

    ReplyDelete
  33. ada jugak join giveaway..dh abes takde idea nak update blog :P

    kalau jadi rezeki, dapat la kan..tp betul la, semak kot kalau bukak satu2 blog tu asek dengan entri GA la, segmen tu la, segmen ni la, contest tu la, contest ni la..pernah join main segmen2 ni. tu pn sekali je la. lepas tu nyesal. sebab macam menyemak.

    sabo je la.

    AF9, tak penah tengok lansung.

    ReplyDelete
  34. setuju sgt dengan pendapat tuan hamba.... ada di antra blogger hnya mengejar populariti. aku bukan nak cemburu ke apa, tapi kadang2 trsasar jauh untk menjadi seorg blogger.. segmen sana, segmen sini.fuhh!!

    aku respect blogger yg bnyak beri maklumat dan ilmu..walaupun penulisan tak seberaba..cayalah bro.. :)

    pasal AF? umm... meluat nak tgk AF... buang masa... tgk bola lagi best... hehe

    ReplyDelete
  35. cik umie : thnks utk bersetuju :)

    fina fento : paling semak bila semua blog yg kita follow buat segmen sama jeeeeee.. kejadahnya? nak baca ape?

    Abu Huzaifah : cara penilaian blog yg bagus telah tersasar, bukan entry yg berkualiti, sebaliknya jumlah follower dan taging sana sini

    ReplyDelete
  36. perhhh mntapp..camne sy leh terlps en3 nih..huhu..

    saya sokong awk n certain komen kat ats..kalaupon nk join GA n segmen lepas tu letak la en3 sndiri..org xkan nak baca yg GA contest je..masuk ssh payah nk wish gud luck je ke..huuu..sy join gak segmen ga kalo org yg buat tu kawan baik n die beria ajak:p hehehe tlg kwn

    ReplyDelete
  37. Alexa Yussida :

    Maybe lepas entry ni, saya cepat buat entry baru kot, atau awak bz study :) anyway tengkiu sebab menunjukkan awak selak2 baca entry saya :)

    saya setuju untuk apa yang awak bersetuju dengan saya.. nampaknya awak paham apa yang saya nak sampaikan :)

    ReplyDelete
  38. wow..41 komen. nanti aku baca semua, sbb nk rush p masjid now.

    apa pun, aku suka satu baris ayat ko ni "telunjuk lurus kelingking berkait".

    well, if u ever heard, some people panggil blogger glamour yg kononnya nak membantu blogger baru itu sbg MLM Blog which i think pretty much true.

    Tapi biaq p lah bro. Kita tulis asal kita puas hati.Tak suka, kita jangan baca. Thats simple :)

    ReplyDelete
  39. sy sgt stuju dgn entri ni..
    sume ni bgantung kpada niat kita nk berblogging ni..
    sy xminat bernuffnang, n xpasti ada follower ke x.. hahaha
    contest pn xpena nk msuk.. xpena nk wat..
    yg sy tau mnulis ape yg sy rse,, haha!
    papehal.. blog ni best! sy suke.. =)

    ReplyDelete
  40. nurul Izzan : folower ke nuffnang ke ape ke, tu abaikan dulu. awak menulis je secara jujur dan enjoy dengan hobi awak berblogging, insyallah kalau cerita best, org mesti nak selalu baca punya.. :)

    terima kasih sebab suke belog ni :)

    ReplyDelete
  41. *mamat mana plak yang mampir kat blog kau ni ikar,hahaha..

    aku nak buat pengakuan,aku baru je unfollow seseorang dengan konco-konconya sebab setiap hari aku dibelenggu dengan satu perasaan iaitu annoying.

    aku pernah join segmen 2 kali kot kalau tak silap,masa tu aku masih bongok-bongok alang gitu,agak teruja la tengok ramai yang singgah n folow tapi haram nak datang lagi.follower aku kat tepi2 tu cuma maca frame gambo takde nyawa.

    tapi sekarang aku puas hati kerana aku menulis dengan ikhlas hati serta penuh kasih dan cinta,dan ada je pengkomen tegar termasuk ko.
    Thanks banyak2..

    Aku tau ada yang rasa blog ni ditujukan kat dia,tapi aku percaya dia akan tetap teruskan dengan segmen b***** itu.ayat macam ni mesti ada.."sentap ke?takde pun"..orang macam tu memang jenis takboleh ditegur.

    btw,selamat hari raya ikar.semoga gembire di hari raye..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...