May 18, 2011

dan di ceruk-ceruk kota..selfish bermaharajalela

Assalamualaikum..
Aku sebenarnya faham apa yang difikirkan oleh driver kotaraya ni, tapi aku tetap nak guna ayat klise orang excited nak menulis...

"aku pun tak paham apa yang orang bawak kereta kat depan ni pikir...penting diri sendiri betul"

Ok abaikan ayat klise di atas, apa yang aku jengkelkan sangat dengan segelintir driver selfish nih? diorang ni merasakan bahawa walaupun diorang buat salah semasa memandu tetap diorang takkan dapat apa-apa musibat sebab pemandu lain semua pengecut nak bagi pengajaran pada diorang.

situasi 1.
Tadi aku drive nak pergi the curve, elok aku drive dekat Lebuhraya Damansara Puchong ni, ada apek tua bawak Kenari depan aku, lane kanan, 60 km/jam... aku dekat belakang tengah merapati dengan speed 100km/j... agak-agak korang, korang boleh sabar ke dengan driver mcm ni?

Selalunya, kita yang bengang ni, akan potong ikut kiri dan kemudian speed laju2 tinggalkan dia kan?
Dan selalunya, kalau kita paling berani pun kita cuma potong dan angkat tangan lambang kesopanan bak karam singh walia tu kan? atau kalau kurang sopan sikit, kita angkat jari tengah tu...ammakkk rombe nallareke..

Tapi tadi, mood aku tak berapa baik.. aku meragam sebab bangun awal hari ni, jadi.. aku potong kereta kenari tu, aku pergi kat depan kereta dia, aku brek kereta aku, perlahankan sampai 40km/j...30km/j... weeeeehhuuuuuu.....

Mula-mula dia buat rileks dan degil, ikut je belakang aku, sebab mcm budak-budak kecik yang ego, lagi kita marah lagi dia nak buat, tapi lama-lama dia pun serender, dia pun pergi ke tepi lane kiri sekali, dan pandu dengan jayanya...

Aku pulak gembira, "rasakan kau wahai apek tua, sekarang baru kau rasa apa yang driver lain rasa, kau ingat banyak cantik bumper kenari kau, aku nak tenung lama2?"

Situasi 2.
Kenapa, kalau nak amik budak sekolah, mesti nak parking dekat depan pagar sekolah ramai2? ada boria buat show ke kat situ?

Atau korang kesiankan anak-anak korang nak jalan jauh sikit? korang kesian anak-anak korang tu letih ke nak jalan 50 meter ke bahu jalan? atau kesian anak2 letih nak panjat jejantas?

Tak payah nak layan syahdu sangat la, anak-anak korang dah lari acara 300 meter main kejar2 masa rehat tu dah, takde diorang penat nya.... masa kat rumah, boleh pulak korang biar anak korang lari2 main bola ngan kayuh basikal Fixie?

Balik sekolah pulak korang nak berhati sutera tunggu anak depan pagar? korang ni memang takde otak betul la, korang tau tak kereta belakang jem sampai 2km? dari warta superstore tu...kalau aku nak terberak kan ke naya?
Dulu aku selalu temper bila tengok situasi mcm ni...mula la aku plan nak buat macam2...

"satu hari nanti, aku free, aku nak kuar waktu org balik amik budak sekolah, aku nak parking depan kereta yang takda hati perut ni, biar dia pulak rasa stuck mcm mana kan?"

"kalau lah aku ada kawan transformers bumble bee kan, mesti aku dah suruh dia angkat kereta Harier depan ni pastu campak dalam midvalley."

Tapi aku tak pernah buat lagi, buat masa ni, aku just tangkap gambor je la ngan letak dalam blog, korang tengok la sendiri bengap tak bengapnya mak bapak yang tak berhati perut zaman sekarang...2 x 5 sama je la dengan driver bus sekolah tu..










Lokasi kat atas adalah kat sekolah Menengah Taman Selayang, aku bukan duduk area ni pun, aku duduk Shah alam, tapi on the way nak pergi Bandar baru Selayang jumpa klien. korang bayangkan aku boleh stuck kat sini sampai 20 minit, semata2 nak tunggu bas sekolah dengan kereta mak bapak pick-up anak2 diorang balik sekolah, apa diorang ni dah hilang akal ke apa?

Kalau aku ada kuasa tongkat sakti harry potter, dah lama aku sumpah kereta2 ngan bas sekolah tu jadi jongkong emas dah..boleh aku gadai beli jam G-shock Pro Trek.....

" Zul, apsal ko tak sumpah je jadi jam G-shock terus?"

" ko jangan sibuk boleh tak? aku tengah menulis dalam keadaan marah ni!!"

Lagi satu lokasi paling menyenakkan perut adalah, Sekolah jenis Kebangsaan China apa tah yang kat seputeh tu, yang kat main road depan Midvalley tu, Memang Selfish betul mak bapak budak-budak ni, kepimpinan melalui teladan, jadi aku dapat jangka anak-anak diorang bila dah besar nanti jadi jenis mcm mana?....tak sensitif!

Dah, xnak tulis panjang2 lagi dah, aku nak semayang subuh.




p/s dulu masa kecik, aku selalu tanya diri sendiri, Kenapa orang putih cakap penting diri sendiri tu selfish? adakah kerana dari perkataan sellfish iaitu suka menjual diri sendiri untuk mendapatkan keuntungan?

ataupun datang dari perkataan Shellfish, iaitu kerang-kerangan laut..bermakna orang suka penting diri sendiri ni ibarat kerang, menyembunyikan dirinya di dalam cengkerang taknak campur hal orang lain? Ooohhhh sucinya minda aku....

"tu bukan suci Zulfikar, tu bengap-bengap ubi"

22 comments:

  1. hahha..memang sakit ati sangat kalau lalu kat depan SJK cina tu..sangat!

    ReplyDelete
  2. hehehe..btul2 marah ni..
    :)

    ReplyDelete
  3. penyakit selfish ni memang susah nak ubah sebab dah jadi tabiat..

    btw..smk taman selayang tu depan rumah kakak saya..kalau cuti sekolah saya lepak rumah dia..=)

    ReplyDelete
  4. itu bukan selfish..


    itu nk penguji..nk uji tahap kesabaran orang lain..

    hahaha..

    kesian laa apek tua tu...

    ReplyDelete
  5. hahahha aku kalo p lepak umah member kt nakhoda, mmg member aku anti sungguh bawak kete

    kami naik Yamaha LC

    Cilok sana

    Cilok sini

    BAEK PUNYA CILOK!

    ReplyDelete
  6. hahaha.kalau lalu je depan sekolah mesti kena tahan mulut dr buat dosa.sebab betul2 menguji tahap kesabaran.haha

    ReplyDelete
  7. Mak dulu bas sekolah parking dalam kawasan sekolah.. Tp hangin jugak kalau terpaksa mengadap JAM semata2 org parking macam jalan tu hak persendiran jer.. Nak2 lg tengah rushing kan??

    ReplyDelete
  8. alala, suci nye abam fikar ni.

    ReplyDelete
  9. taw x pew derrrr..... stuck lam jammed hengat besh sesangat?? kalo mengaji sah2 dah abes 30 juzuk time tuh... tgh marah jugak nih. grrrrr

    ReplyDelete
  10. selalu naik motor je kalau nak senang, sebab pemandu-pemandu macam ni bukan seorang dua.

    tak tahu cara macam mana lagi yang dapat ubah sikap mereka ni

    ReplyDelete
  11. akibat x bawak ferra pegi the curve ! hahahaha . ferra paling sakit hati bila pukol 2, jam dekat kerinchi ke ape tah , ade skolah cina betol2 dekat federal highway tu .. sakit hati !

    ReplyDelete
  12. Balecan : SJK cina tu patut diambil tindakan... diharamkan budak budak sekolah pegi skolah naik kereta kan...

    Fayad : mmg tgh marah :D.. hehehe

    Norinaomar : kat situ ada warung goreng pisang, nanti jom lepak makan!....

    Miss senget : hah apa? uji?? uji rashid???? hahahaha

    ReplyDelete
  13. Arc : aku minat motor besar, ade sebijik kat umah ni, tapi dah tak jalan, maklumla kulit takleh tahan panas2 debu kan.. tak kuaseee.. hahahaha

    Elyana : tindakan mesti diambil..segeraa!!! haarrrghhh

    Lekat Lekit : wahh advancenye bus sekolah parking dalam skolah.. patut jd contoh tu.. ceciter...

    Dale : suci kan kan kan:)

    JM : mak datuk.. habis 30 juzuk? hebatttt....

    GR : kena ada org gi kat tingkap dan sembur diorang tang tu jugak..

    Ferra ferro : kalau ajak bebetul nak ikut???? sekolah yang sama la tu.. bukan kerinci.. seputeh kot.. federal hgway..depan mdvalley kan kan?

    ReplyDelete
  14. kau ingat sama ke penat dia, naik fixie dengan balik sekolah jalan kaki 50meter? tak sama! balik sekolah penat oo. penat bercinta dgn aweks dan balaks.

    ReplyDelete
  15. ahahahahah....penat eh? lain kali semua student balik sekolah kayuh fixie je. takyah mak bapak dtg amik.. :P

    ReplyDelete
  16. hurm..sempoinya bila baca entri anda seolah2 aku merasakan situasi itu...

    bab turn over keta n slow balik dia, tu aku penah buat kat hiway PLUS...huhu.

    ReplyDelete
  17. pkra yg selalu bermain dimindaku.. knp kbnyakan lelaki xtahan ngan jammed???konpius.kalau gurl leh bukak novel jap..lyn 2-3 helai..

    ReplyDelete
  18. Pakcik Lie : ramai rupenye pernah buat mcm aku ye? hahaha

    Aiza : membaca semasa memandu amatlah membahayakan keselamatan org yang tersayang :P

    ReplyDelete
  19. hahahhahahha gelak ajelah..mmg betol pon ape yg hang ckp tuh..:D

    amboi bengap2 ubi pon boleee

    ReplyDelete
  20. Betul...aku ada pasang siren dengan speaker kat kereta aku...agak2 tak puas ati aku sound je "TOLONG TEPI SIKITTT...!!! ANDA MWENGGANGGU LALULINTASSSSS!!! TOOOOOOOTTTT!!!" kuat2 pakai speaker tuh...terkemut2...padan muka...hahahahaha!!

    ReplyDelete
  21. Bus skolah haruslah parking dkt situ..they only used 1 lane..u sendiri kata bukan org situ, u tau ke bus2 skolah tu nak parking mana?cuba usulkan?atas bridge tu ke? Standart kalau pergi mana2 skolah bila pick hrs camtu akan jammed..

    ReplyDelete
  22. Kesianya penulis blog ni, U have a car but u don't know how the road is work?? Why do we have laluan for Bus only? Teksi only? Same goes to bus sekolah la. Kalau tak boleh letak, Polis malaysia dah datang saman la!!
    U takda anak ke? Tu yang takda perasaan dengan keselamatan anak sendiri. Laluan ni dah memang sempit!!!

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...