May 26, 2011

Budak Berhingus Sepanjang Tahun

Assalamualaikum..

Selepas beberapa kali entry di blog ini bergelumang dengan isu-isu kritikal, kini kita kembali ke entry jenis memori zaman kanak-kanak.

Tadi aku lepak kedai mamak, lepas balik main badminton, kami selalu lepak-lepak minum dan makan, masa aku tengah syok syok menyuap nasi kari ayam goreng tu, aku nampak la budak depan meja aku, dok tenyeh-tenyeh hidung dia yang berhingus sambil main laptop rembat wifi mamak tu.

Bila aku tengok tu, aku tergelak sorang-sorang sebab aku teringat kawan-kawan aku yang selsema sepanjang tahun. seingat aku, kawan aku yang hingus tak berhenti-henti tak ramai, antaranya chewe, Faiz, Fuad dan amin secrew. Dan disebabkan hingus ni diorang telah berjaya memahat kenangan dalam memori aku, lantas memenangi tiket pertama menjadi watak dalam cerita blog rasa hati, hahahaha

Cerita ini dinamakan trilogy selsema sepanjang tahun.


******************************

Mangsa Pertama : Fuad

Sejujurnya aku tak ingat nama dia Fuad ke Farid, tapi perasaan aku lebih kuat mengatakan Fuad, ala letak la nama dia Nurnilam Sari sekalipun, sapa pulak yang nak datang cek betul ke idak ye tak?

Fuad ni, bukan kawan rapat selongkang dan sepanjat pokok dengan aku, cuma dia ni geng aku la. Fuad ni kawan setuisyen. Aku pernah gi belajar tuisyen kat rumah dia kat Sungai Kertas.

Apa yang aku tak boleh lupa pasal Fuad sebab dia la orang pertama yang membuatkan aku menimbulkan teori 'selsema sepanjang tahun'

Masa tu Darjah 5, aku ingat lagi masa tu dia kena selsema awal tahun..selsema teruk sampai dia tak datang sekolah 2, 3 hari jugak la. Bila dia datang je sekolah balik, dia terus selsema dan berhingus sampai habis darjah 6, korang bayangkan!, dia asyik pegang tisu lap hingus sampai darjah 6, lama tu wei. bukan nak gebang la.

Disebabkan aku adalah kanak-kanak normal yang diselubungi dengan perasaan ingin tahu, aku tanya dia.

" wei Fuad, ko ni asyik berhingus je, ko kena selsema sepanjang tahun ke? bila ko nak baik ha? agak-agak hingus ko kalau kumpul-kumpul boleh jadi busut tak?

" hotak ko Zul, mana aku tau bila nak baik, dari hari tu kena selsema sampai sekarang aku tak baik2. dah macam2 ubat aku makan dah, ahh lantak la hingus ni, aku dah imune dah"

" baik ko gi cek Fuad, Tah tah ko kena AIDS kot...wakakaka" (aku pun lari laju2 gi lepak kat kelas sebelah)

Banyak jugak la memori pasal Fuad ni, tapi yang paling aku tak boleh lupa, dia main bola sepak 'tin F&N penyek' kat koridor kelas sekolah agama. korang dapat bayangkan tak apa yang aku cuba sampaikan ni? amik tin coke tu, pastu korang pijak jadi penyek, pastu tin penyek tu jadi bola, main la sepak-sepak kat koridor tepi kelas tu.

Tapi satu hari tu, Nasib Fuad malang, dia jadi golkeeper, dengan semangat Khairul Fahminya dia duduk mencapap mcm katak untuk halang bola tin dari masuk gol, sekali datang si malaun mana tah, rembat tin tu sekuat hati, jadi tersepit la Tin yang tajam-tajam tu ke kawasan Mahkota Kejantanan yang belum berbulu itu.

Maka, hari tu.. seluar Sekolah agama Fuad yang bewarna putih bertukar menjadi merah berdarah, seakan-akan budak perempuan yang datang bulan salah catit tarikh kat kalendar. Kesian sangat aku tengok Fuad masa ni, menangis2 dia.

Dia menangis bukan kerana sakit, tapi dia menangis kerana menahan malu ustazah menyapukan minyak gamat Langkawi ke scrotum nya. Harap-harap Fuad sudah kahwin sekarang dan mempunyai anak yang comel dan ramai, dan harap-harap jugak Fuad tak minat baca Blog. kurang-kurang pun dia tak jumpa blog Rasa Hati ni. hahahahahahha



************************


Mangsa Kedua : Faiz

Faiz Budak Nerd, atau budak Geek. Aku pun tak tau mcm mana nak bezakan nerd ngan geek, hentam je lah. walaupun dia nerd, tapi dia sporting. dia selalu lepak kat rumah main sega saturn.
Dalam Kampung Sungai Tua dan Sungai Kertas, dialah antara orang pertama yang mempunyai Komputer peribadi cap IBM. Lantas dia selalu tunjuk skil dia lukis buah apple kat komputer sambil sengih yang maha hebat.

Faiz juga turut dijangkiti dengan selsema sepanjang tahun. Setiap masa dan ketika dia akan bawak sapu tangan 'pejabat' dalam poket ke mana saja. Astaghfirullah... korang bayangkan sejenak bagaimanakah rupanya sapu tangan tu bila penuh hingus yang dah kering?

Ada yang kaler kuning terang, ada kuning cair, ada yang takde kaler, ada yang kaler hijau cendol dan ada juga kaler kuning nak keperang-perangan... Keras dek usia yang dimamah waktu, duduk terasing dalam poket sunyi Faiz, menantikan tuannya mengambil dan membelainya di hidung dengan seraya muzik berkumandang..... PrreeeetTttTtttt....

" Macam mana kau tau detail kaler hingus-hingus Faiz kat sapu tangan tu Zul?"

hahaha, sebabnya, sebab ada satu musim dekat-dekat nak cuti sekolah, ada banyak sarkas tayang kat TV, Bila ada sarkas maka akan ada apa kawan-kawan????

"SINGAAAAAAAAA....... abang Zulfikar"

Salah adik-adik, bila ada sarkas, maka akan ada la silap mata, nak nak pulak masa tu banyak ahli silap mata datang buat show kat sekolah kan? kat pentas kantin, sambil diorang tutup keliling kantin dengan kain hitam, punya busuk perut, taknak bagi budak-budak yang takde duit beli tiket tengok curi-curi kan..

Bila ada musim silap mata, ada la pulak kanak-kanak yang poyo dan semangat lebih. diorng ni mula la nak buat silap mata dekat kelas kan... kenapa ye diorang nak buat silap mata dalam kelas semangat-semangat ni kawan-kawan?

"Sebab nak tonjolkan kehebatan diri dan menambahkan sumber pendapatan Abg Zulfikar!!!"

Sekali lagi, Salah ye adik-adik. diaorang nak ambil perhatian anak-anak gadis dara sunti yang sangat comel di kelas, dengan harapan dapat ajak dating dekat kantin sambil makan choki-choki. maklum la raya nanti nak tunjuk kad raya dari awek kan..

Okey, bila nak buat silap mata, mestilah nak kena ada duit syiling 50sen ngan Kain sapu tangan kan?

Agak-agak korang la, sape ye yang selalu bawak handkerchief ke sekolah pada bila-bila masa? beeetul kali ni jawapan korang semua, mesti lah Faiz.

" Faiz, pinjam sapu tangan, aku nak buat magic ni" (kata si Arzizi)

" AH, aku mana ada sapu tangan la"

"Ko jangan nak tipu la Faiz, aku selalu tengok ko bawak handkerchief, meh la pinjam kejap, kemut la kau nih..cepat la jap gi dah nak rehat, sape plak nak tengok magic aku"

" Malas ah aku nak bagi sapu tangan aku, ala....azizi kalau kau buat magic tak pakai sapu tangan tak boleh ke?"

" bak la sini, kalau ko tak bagi, aku taknak geng ko"

"Nah..jangan nyesal~~~~"

Arzizi ambil saputangan Faiz yang sangat comel tu, berlipat dengan kemas, Arzizi duduk depan kelas, depan kami semua sambil sengih-sengih cakap dia ada magic yang sangat ajaib. dah la magic kan, ada ajaib pulak tu.

Bila Arzizi bukak je lipatan sapu tangan tu, dan bentang sambil pegang hujung kiri kanan dengan ibu jari dan jari telunjuk dia, maka terlihatlah apa yang selama ini mejadi mimpi ngeri kepada Faiz. habislah rahsia rupa hingus Faiz terlihat dek kawan-kawan kelas.

"EEeEEeeeEEeeeEEe.. Hingusssssss, banyaknyeeeeeeee"

" Hahahaha, kan aku dah cakap, aku taknak bagi pakai, ko degil jugak, padan muka!"


***********************


Mangsa Ketiga : Amin Screw

Kenapa nama Amin ni...Amin screw? sapa dapat jawab? sebab dia pandai pasang screw? sebab bapak dia tokey kilang secrew? sebab muka dia mcm screw? salah...

sebab, masa sembahyang kat surau, dia tension dengan hidungnya selalu berhingus, tak berhenti-henti sepanjang tahun jugak.

Bila dia Qiyam dan baca Al-Fatihah boleh tahan lagi, dia akan lap-lap hidung dia guna lengan baju melayu.

Tapi bila sujud, macam mana dia nak buat? dia tenyeh hidung kat karpet? jenuh Amin memikirkan solution demi solution..(bila masa pulak english ada pengulangan kan?)

Akhirnya dia menjumpai solution yang inovatif, bila dia dapat idea ni, aku bayangkan atas kepala dia ada lampul mentol yang bernyala, dan tangan dia telunjuk naik ke atas sebelah muka dia.

Amin pun cepat-cepat pergi toilet, amik tisu toilet, gulung-gulung..gentel-gentel jadi tajam kat hujung...

Lantas dengan penuh Istiqamah, Amin dengan penuh rasa tawadhuk men'screw' tisu itu ke dalam hidung nya.

Kemudian, Amin tanpa rasa bersalah, meneruskan sembahyangnya rakaat demi rakaat tanpa rasa sangsi lagi. Kami pulak kawan-kawan dia gelak ngekek-ngekek, ada yang pegang2 perut... ada yang jatuh melutut kat simen luar surau, ada pulak yang terguling-guling...

Pesta gelak kami hari tu.....

" woiiii tengok woiii... Amin.... Skrew lubang hidung dia pakai tisu woooooiiiiiii"

Melekat la nama Amin screw selama-lamanya sehinggalah detik dan waktu si Zulfikar menghabiskan entry merepeknya pasal selsema sepanjang tahun dengan lambang noktah ini [.]




P/s cerita pasal chewe takda, kena mintak permision dulu, dia dah la selalu jenguk blog ni, karang dia baca dia sentap mcm mana? hahahahahahhaha kalau hang baca ni We, hang setuju, sila like. hehehehehe



23 comments:

  1. hahahha

    geek ni org yg taasub. contohnye computer geek, alien geek; sampai benda lain dia x amik port. biasanya pakai spek besau tebal sebab taasub membaca. taasub internet juga kita panggil internet

    nerd
    org yg xde life. bukan xde life sbnanye....tp dalam bahase kite, kite panggil skema. xreti stylo2

    ReplyDelete
  2. hehe..

    kali ni series time kasih, baru la terjawab misteri selama berpuluh tahun..pasal beza nerd ngan geek.

    p/s kecoh aku ni, walhal taip kat google pun leh dapat jawapan kan.. :) haha

    ReplyDelete
  3. Haha..ade plak aids..:p nseb tak terpegang segala wrna mukus tu..eeee..hehe..ni misteri btuk spnjg bulan x nk wat n3 ke..hehehe

    ReplyDelete
  4. batuk sepanjang bulan? gi cek.. takut TB (series)

    tapi batuk ni, paling misteri adalah, kalau batuk smpai terkencing kannnn

    fayad pernah takkk?

    ReplyDelete
  5. Da check da..doc x ckp pape psal tb..kte asthma..haha..psal t'kncg no kmen..:p

    ReplyDelete
  6. ok...nak gelak ni boleh tak???hehehehe...seriously spnjang tahun berhingus???

    ReplyDelete
  7. inilahaku: gelak je..jangan tahan2... iye.. bukan sepanjang tahun, ada yg 3, 4 tahun pun ade

    ReplyDelete
  8. Tolong!Tolong sebab takboleh berenti gelak sebab cerita hingus ni ada kena mengena dengan saya..Serius azab!

    ReplyDelete
  9. hahaha..ni betul cerita budak hingusan

    ReplyDelete
  10. norinaomar : amboi cikgu, kan main lagi gelak!!!... ape yang kene mengena sangat tu cikgu? meh citer sikit meh.. :)

    inilahaku: hehehe selalunya cerita dalam blog aku berlandaskan kisah sebenar :)

    ReplyDelete
  11. sambung citer chewe plak... kalau die x izinkn, bagi rasuah sikit kt die..

    ReplyDelete
  12. teringat kenangan lama lama aku pulak..hahhaa

    ReplyDelete
  13. Hihii..malulah nak cerita tapi kalau saya satu sekolah dengan abg ikar pun agaknya jadi salah satu watak dalam cerita ni =)

    ReplyDelete
  14. yg skew tu kannnnnnnnnn, aku masih amalkan smpai kskrg bila semasema oh. kau jgn nk pertikaikan. tp bila kt rumah jela buat, kang bt kt merata tmpt tkda org masuk minang pulak.









    maka bakal suami aku haruslah memahami. #mood gatal masuk tiba2

    ReplyDelete
  15. hoi..geli oi..hingus berkaler2 tu ko p describe nape weh..muntah aku!hahaha..


    kelakar nk mati wei..keras perot aku tahan gelak baca entri ni..dah la kat opis ni ha..apsal la sengal betol kawan2 ko ni..

    ReplyDelete
  16. Misssenget : tu dia dah reply kat wall fb dahh hahaha

    Yusri : ko pun berhingus sepanjang tahun ke? hahaha

    norinaomar : apa la yg malu sanagt tu kan.. mesti hingus tersembur ni.. hahaha

    Azza : sebenarnya yg screw tu pun aku buat gak, bila tempoh awal2 selsema.. yang runny nose tu kannn..rimas kalau tak secrew..

    Cik sha : tu belum citer hingus hembus bulat mcm belon lagi, mcm hingus nobita masa dia demam.. hahaha

    ReplyDelete
  17. Nyah nostalgia ko mesti dajalkan kawan2 ko kan?? apapun part last screw lubang idung tu paling kreatif Nyah... kekekekeke

    ReplyDelete
  18. anak buah saya pun berhingus sepanjang masa,smpai berdarah hidung dia.huhu

    ReplyDelete
  19. lekat lekit : ko pernah buat tak nyah? hahaha

    Elyana : kan dah ckp, memang betul kan ade org selsema sepanjang tahun,... ada org tak caya

    ReplyDelete
  20. ceq tau, pikar pun berhingus dulu kannnn? saja tak letak dalam list la tuuu...

    ReplyDelete
  21. dah 3 minggu ni srott srott..hazab!

    ReplyDelete
  22. hahahaha..
    bapak la selebet giler...!
    sumpah sian ,
    budak berhingus dulu
    macam mana plak dengan sekarang ?

    ReplyDelete
  23. budak berhingus sekarang? taktau la.. pernah tengok org makan taik idung ade lah.. cuba selak2 entry lama.. search tajuk muscle twitching dan koreng hidung dan makan.. hehehe

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...