September 8, 2011

Lawak Tak Jadi

Assalamualaikum..

Dulu aku selalu buat lawak dalam kelas, bila aku buat lawak kawan-kawan aku semua akan gelak, selalunya bila cikgu ngajar, aku akan selitkan lawak-lawak loyar buruk dan ia membuatkan kelas jadi hiruk pikuk tergelak. Ternyata lawak semulajadi adalah lawak yang terhebat.

Tapi bila satu masa, cikgu suruh aku jadi pelawak secara rasmi, terus semua lawak aku tak jadi. Bila cikgu paksa aku buat persembahan lawak untuk jamuan kelas, jenuh aku keluarkan semua skill tapi haram takde satu pun orang nak gelak.

Itulah yang dinamakan tekanan High Expectations. Akibat daripada aku terlalu bersungguh-sungguh nak buat lawak secara pro di depan kelas, akibat daripada lawak aku yang telah scripted dan akibat dari usaha-usaha tidak semulajadi itu telah buatkan lawak aku menjadi stereotype.

Korang nak dengar macam mana aku buat lawak masa tu?

" Assalamualaikum para hadirin dan hadirat sekalian, saya Zulfikar nak buat lawak hari ni, sila tekan remote untuk saya beraksi.. Tadaaaaaaa..Sinaran Pasport Kegemilangannnnnnn.... lawak tak lawak tak lawak tak?"

Senyap sunyi sepi sambil budak kelas buat muka bosan tengok aku cakap macam orang bodoh kat depan kelas...

" Korang nak tau tak? macam mana Aiskrim boleh dapat nama jadi aiskrim? sebabnya dulu ada seorang budak bernama Karim pergi kutub utara amik ais. Bila dia bawak balik kat Malaysia, dia jual atas motor....aissss..aisss...aisss aisss.... orang panggil la dia Ais Karim... lama-lama jadilah Aiskrim.... lawak tak lawak tak lawak tak?"

Fiuuu~ fiuuuuu~ bunyi dedaunan kering dihembus angin.. takde siapa yang nak gelak, takde orang nak gelak satu hal, taknak gelak sambil buat muka jebik macam muka kucing farsi tak dapat friskies satu hal yang lain.



Sekali ada bunyi-bunyi suara sumbang dari belakang kelas...

" boooo..boooo..tak lawak pun, tak lawak pun"

" ha tengok cikgu, kan saya dah cakap, kalau cikgu suruh-suruh mesti saya tak boleh buat lawak, jadi lawak bodoh, kan dah jadi bodoh saya depan kelas ni!"

" wakakakakakakaka..hahahahahaha"

Baru la ada orang gelak bila aku cakap spontan mengeluh pasal tak lawak, ironi betul lah. Bila aku tengah tak buat lawak pulak budak kelas ni nak gelak. Baru la aku dapat rasakan macam mana perasaan bila aku kutuk-kutuk pelawak atas pentas yang buat lawak tapi tak jadi.

Senang cerita macam lawak Amir 'raja lawak' tu, aku bukan setakat rasa tak lawak, tapi sampai aku rasa kesian dan naik malu nak tengok dia melawak atas pentas depan orang ramai tu. bila sampai turn dia memang kena tukar channel.

****************

Mungkin aku rasa sebab aku dulu selalu kutuk Naqiudin la, Naqiudin ni kawan baik aku masa sekolah darjah 4, dia ni lawak, tapi lawak dia spontan. Lagi satu lawak dia sebab dia selalu buat muka sememeh sambil hingus bersepah kat hidung, aku selalu gembira bila berkawan ngan dia sampailah dia pindah.

Ini semua sumpahan Naqiuddin....berjangkit kat aku.

Satu hari tu aku tension sebab kena marah dengan Ustazah Yong, lantas aku cakap kat Naqiudin...

" Naqiudin, aku tengah stress la, ko tolong buat lawak boleh tak?"

" mana aku reti buat lawak, kau ni pelik-pelik la Zul"

" ala, buat je la Naqiudin, tolonglah, nanti aku banje ko sengkuang Makcik buntil balik sekolah nanti"

" yelah..yelah, sebabkan ko selalu tolong simpankan hadiah aku menang tikam, aku buat lawak spesel untuk kau"

" okey okey, aku dah ready nih, cepat la, lawak satu!!!!"

" Monyet memakai skirt, monyet menunggang kuda, monyet berskirt menunggang kuda.. kelekuk...kelekuk kelekuk..kelekuk..."

Sumpah tak lawak, korang rasa lawak ke? aku masa tu tak hingin nak gelak sikit pun.

Tapi disebabkan muka dia berhingus, dia cakap sambil dia lap hingus guna lengan baju melayu dia, sambil dia cakap dia buat muka funny, juling-julingkan mata dia, pastu cakap macam suara tenggelam timbul iklan tora...Pastu sambil cakap kelekuk..kelekuk tu dia buat tangan macam tengah pegang tali kuda, badan terhinggut-hinggut...

Sebab tu lah aku gelak berdekah-dekah, aku gelak sampai terkeluar air mata, aku gelak hebat sangat, bayangkan sampai sekarang pun aku ingat peristiwa Monyet berskirt menunggang kuda nih.

Aku gelak sebab dia bersungguh-sungguh buat lawak bodoh, tapi lawak tu tak jadi. Ataupun itu memang intention dia nak buat lawak guna skil bodoh-bodoh alang? setelah 17 tahun aku hidup dengan keyakinan bahawa lawak dia tak jadi, malam aku menaip ni lah aku rasa itu memang skil lawak dia.

******************************

bukan sengkuang, bukan Naqiudin, bukan monyet berskirt menunggang kuda, bukan Ais karim dan juga bukan gambar Aaron Aziz ... ini gambar kat driving Range, " Tapi apa kena mengena Zulfikar?" takde kena mengena, saja taruk.
******************

Sengkuang Makcik Buntil, sengkuang ni buh sos merah, kacang ngan gula tabur. sekeping seposen, sedap ya amat.. tapi ni bukan gambor aku tangkap, ni gambor aku search google.

p/s Naqiudin ada seorang kakak, kakak dia nama Nadia, cun gila. tapi tak rasa nak ngorat pun, sebab dia kakak member, rasa macam ngorat kakak sendiri je... eh aku ada kakak ke? aku mana ade kakak.

30 comments:

  1. haha.part monyet pakai skirt mesti muka serius sbb tak lawak.haha.ingat senang ke nak buat org gelak kan.jadi kira hbt sikitlah sape2 yg mampu buat org gelak tue.

    lawak tak boleh nak buat buat buat,susah nak menjadi.kena spontan br real.hekhek..


    p/s : amir memang takde aura sbgai tukang lawak.err i'm sorry.haha

    ReplyDelete
  2. ha'a..

    kite sehati sejiwa..

    dgn amir pn, aku selalu tuka channel..atau X kalo tgk kt utube..

    aku rasa aku tak bawak da perangai letak gambar takde kaitan ngn entry..

    ko jangkit dr sapa huh???

    ReplyDelete
  3. memang payah nak menghiburkan orang lain..

    ReplyDelete
  4. semasa cikgu suruh ko buat lawak dpn kawan2 dalam kelas tu, kawan2 ko tahu tak yg ko duduk kat depan tu kena buat lawak?

    kalau diaorg tahu, maknanya diaorg sedang menantikan suatu persembahan lawak drpd ko.

    maknanya kat sini, harapan diaorg adalah nakkan ko buat lawak yg benar2 lawak

    apabila harapan dah diletakkan, malangnya mereka tak ketawa apabila ko buat lawak bkn bermakna di situ ko gagal buat lawak.

    tp apabila harapan dah diletakkan, mereka mengharapkan lawak ko adalah lawak yang paling lawak di antara lawak yang terlawak

    sebenarnya lawak ko tu kalau ko aplikasikan semasa sesi spontan, sy rasa sy jamin kot org akan ketawa.

    ni pendapat peribadilah ek, maaf kalau salah

    sbb apa sy ckp gitu, cth diri sy sendiri, sy tgk prog maharaja lawak tu la, apabila tajuk dia terang lagi bersuluh maharaja lawak, maka sy sentiasa mengharapkan lawak mereka adalah yg terbaik drpd terbaik, yg terlawak drpd terlawak

    maka apabila mereka memberikan persembahan yg biasa2 sahaja, maka sebagai penonton sy rasa kecewalah, wpun dlm hati diaorg mmg ada bakat sbg pelawak (majoritilah)

    satu lagi pengalaman peribadi, sama mcm kes sy, apabila sy disuruh mengajar atau diminta bercakap dpn public, terus sy jadi blur, sbb org mengharapkan yg terbaik drpd apa yg bakal keluar drpd mulut sy, maka sy gagal laksanakan

    tp apabila org tak suruh pula, sy dgn senang hati boleh mengajar atau bercakap dgn penuh rasa yakin dan lancar

    sekadar berkongsi saja :-)

    ReplyDelete
  5. kadang2 yang bodoh tu la yang lawak... nampak bodoh... orang kan suke ketawakan kebodohan orang lain.. kadang2 aku suke jugak melakonkan adegan bodoh depan rakan-rakan.. saje test.. sah mereka ketawa... ooo yang bodoh tu la yang nak ditengok... pastu aku gelak dalam hati kat kawan2 aku tu.. hahahaha.. jahatnye aku...

    ReplyDelete
  6. hekeleh..lawak pulak ko ni..tah pape angkat dri sndri

    ReplyDelete
  7. part amir raja lawak tu..sudah terang lagi bersuluh..aku akan tukar channel bila dia buat lwak..
    i'm sorry..=p

    ReplyDelete
  8. serius mmg ksian kt amir tu... amir tu kalo naik pentas x ckp pun xpe.. da kelakar... bila die buat lawak x jadi tu.. rasa kesian sgt kt die.

    ReplyDelete
  9. adohai si amir tu..sangat kasihan.

    yang spontan itu lebih natural sebenarnya..kadang kalau jumpa membe yang manjang suka buat lawak tak jadik,rasa nak baling je telor

    ReplyDelete
  10. ehem2..daku juga bernama Nadia. tapi Nadia yg lawak. errr...video bersalam raya yg dibuat tu lawak atau lawak tak menjadi?

    ReplyDelete
  11. kahkah..angin fiuu fiuuu tu sumpah aku terus imagine scene yang slalu ada lam anime..haha! awkward gila kot situasi camtu T___T

    sengkuang macam tu fav aku time sekolah rendah! so nostalgic aww

    ReplyDelete
  12. Ko penah rase tak, hati tengah berbulu darah naik kemuka..

    bile kawan tnye sebab ko pun cerita..

    tgh2 cerita mesti korg ulang tayang
    bende yang buat korg marah tu kan?

    Tibe2 kawan korg boleh gelak berdekah2
    siap guling2..

    ape ko rse?

    nak sampaikan expresi marah si kawan
    ingat lawak?

    mcam hareeemm kan rse?

    ReplyDelete
  13. Tengok gambar sangkuang , teringat sengkuang yang beria - ria pak ndak jamukan di hari raya.. seguni sangkuang habis...

    ReplyDelete
  14. spontan la best, mcm JOZAN, ms ML tak best, tp bila mengacara lawak giler, sebab lawak derang lawak spontan.

    yg tak lawak ms buat lawak spontan adalah nabil.. hehe, ms ML dia best sbb buat latihan bagai..

    p/s: nak sengkuang tuh.. cam sedap jekk..

    ReplyDelete
  15. teringin lak nak tgk aksi nagiuddin tuh...hahahahahha

    ReplyDelete
  16. biasanya memang takkan jadi kan kalo disuruh...pelik..

    teringin nak tengok abang cheppp buat lawak...takmo tengok naqiuddin

    ReplyDelete
  17. elyana : masa dia ckp monyet menunggang kuda tu, muka saya toya je.. smabil ckp.. hek elehhhhh

    Misssenget : ko percaya tak kalau aku ckp, aku tak penah tengok lawak amir raja lawak sampai habis dalam mana2 episod pun...

    al_hakim : payahhh..payah...

    Wanita bertudung hijau : tu la namanya high expectations pressure.. suka la ngan entry awak ni. panjang dan bernas. suke3 sangat.. tenkiu ":)

    ReplyDelete
  18. Sam Banjamin : pretending bodoh memang best. kadang2 rasa comel. padahal kita tau yg diorg taktau yang kita tau.. apa yang aku mepek ni?

    Anon : tang mananya aku angkat?

    pjah : sama la kita.. mesti tukar cenel kan. hahaha

    Adfeez : sama kan.. rasa kesian ngan malu tengok dia.. hahaha

    Nadia : itu lawak menjadi.. bersungguh betul siap rakam... gi hantar AFV la.. haha

    Sweetymui : angin fiuu fiuu tu pun aku tulis sebab bygkan scene Ninja boy.. hahahaha

    Nizam Jasni : aku rasa dia sedang memahami masalah, tapi masalah tu lawak., cuma kita rasa tak lawak sebab kene tepek kat muka kita.. kakakaka

    EKIN : memang dapat idea entry ni masa makan sengkuang pak andak ngan mak andka buat pun kak yong.. hehehehe

    ReplyDelete
  19. Jue : Jozan best masa spontan.. betul... sengkuang? errmm meh datang shah alam meh...

    Cik Bambam : try search kat FB nama dia.. tapi dah tak kenal dah muka dia.. huhuuuu

    Puteri ika : sapa lagi lawak? i ke Naqiuddin?

    Sunah : abg chep buat lawak tanpa disedari ...kekek... tapi abg ady pun boleh tahan lawak dia.. weeeeee :P

    Syazwan : ala jangan la malu2... ko mmg terer kan buat lawak kan kan.. :)

    ReplyDelete
  20. hahahaha!
    well.
    gua sangat kagum mereka yang mampu buat lawak atas pentas.
    lawak spontan tu biasa.
    dengan kawan2.
    tapi depan khalayak ramai.
    perlukan satu "aura" kelakar yang tinggi.
    kalau org tak gelak.
    kadang2 rasa nak bunuh diri.
    kadang-kadanglah.
    =D

    ReplyDelete
  21. kalau amir raja lawak tu.. aku pun rasa malu nak tgk dia buat lawak.. yg pelik dia x malu lak berlawak yg x lawak.. :D

    ReplyDelete
  22. kalau buat lawak ikhlas kompem boleh buat orang ketawa.


    macam naqiudin kau ni.
    aku baca terus aku bayangkan reaksi die time tu. seboleh boleh nak bagi kau ketawa sampai juling2kan bijik mate. haha. cute!


    lawaklah. kirim salam dekat dia bagi pihak aku.
    hahah.

    ReplyDelete
  23. tgh bayangkan monyet berskirt tunggang kuda..mcm penah tgk dalam cite katun..hehe

    ReplyDelete
  24. aku tak boleh tgk org yg try nak buat lawak tapi lawak dia tak menjadi..satu aku kesian..kedua aku malu bg pihak die..ketiga aku rase macam nak bg penampo..boleh? ahaha..


    p/s :: terliur aku tgk sengkuang tu weh!

    ReplyDelete
  25. weyh weyh weyh aku suke gilaaa kot sengkuang tu. nyummy!

    ReplyDelete
  26. part amir tu.. i'm sori.. akan ku tukar ke channel lain.. segan nak nengok lawak dia..

    part sengkuang tu.. perghh. sedap.. meleleh air liur.. ah sudah.. mana lak aku nak cari ni..

    ReplyDelete
  27. Hihi. Tumpang gelak. Nk ilangkn stress.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...