September 12, 2011

Alamak Minah ni Potong Stim Lah

Assalamualaikum...

Dulu aku ada seorang kawan perempuan, kawan perempuan ni aku sangat sayang. Aku sayang melebihi had seorang kawan perempuan biasa. Aku sayang dia seperti kekasih hati. Pada masa yang sama perempuan ini juga menyayangi aku seadanya. Tidaklah pulak aku dapat menyelami jauh ke dalam lubuk hati dia samada dia mencintai aku sepenuh jiwa atau tidak. Tapi apalah yang mahu disoalkan sangat. Nama pun melayan cinta zaman remaja, bukan tentu menjadi cinta telenovela.

Seperti biasanya, cinta zaman remaja adalah cinta yang poyo. Cinta zaman remaja adalah cinta pemberontakan, jangan harus dipersoalkan ke mana hala tuju cinta itu, mesti nanti remaja akan memberontak cakap orang lain semua tak tahu.

Pada masa itu aku bereksperimen dengan fitrah nafsu lelaki aku, bagaimanakah terujanya aku apabila gadis memberikan ransangan nafsu yang dijustifikasi dengan perkataan cinta. Betapa cinta itu sangat indah...

Biarlah gigi dia tak cantik

Biarlah pipi dia ada parut jerawat

Biarlah dia hanya anak orang biasa-biasa saja

Biarlah body dia bukan 36 - 27 - 34...

Biarlah Kulit dia tak gebu..

Semua aku tak peduli, yang penting perasaan cinta itu mampu memabukkan aku jauh dari dunia realiti. walaupun dia manusia biasa, aku juga perlu sedar aku berada dalam satu liga dengannya.

Pada masa tu, aku menyayangi diri dia seadanya, pada masa bercinta itu, aku merasakan dia sudah cukup indah untuk aku. CUKUP indah, bukan PALING indah..

*******************

Tapi makin lama aku berkawan dengan dia, makin pelik-pelik ngidam dia, nak kata aku bagi dia ngandung, Nauzubillah takde pulak aku pernah check in mana-mana dengan dia.. Dulu sumpah aku sangat sayang dia, biarlah dia tak secantik camelia atau Siti Nurhaliza, atau secomel Nurjumah Habib Muhamad, tapi aku terima dia seadanya kerana perasaan sayang yang ikhlas.

Masa tu aku merasakan pengorbanan seorang kekasih itu adalah tentang membahagiakan kekasihnya. Tetapi makin lama aku merasakan perangainya mula potong stim..

" Awak, saya taknak la naik EX5 awak ni, saya gayat la, lain kali  kita dating KL kita naik RapidKL je ye wak"

" Aik, dan dan pulak gayat? dulu elok je tak gayat? bukan awak cerita awak kat kampung suka ronda-ronda naik motor ke?"

" ala, takyah la banyak soal, kita naik bas je la ye, okey ape naik bas, bukan saya mintak naik kereta pun"

Korang dapat sama-sama rasakan betapa renyuknya hati aku masa tu? betapa kecewanya aku bila dengar dia mengeluh dah taknak naik EX5 dengan aku lagi? siap mention pasal kereta lagi...Masa tu dalam hati aku dah mula rasa macam ni...

" alamak minah ni, potong stim la"

Takpelah demi membahagiakan kawan perempuan, aku pun ikut la kehendak dia nak naik bus pergi dating,  rabak duit belanja aku cakap kau, kalau naik motor isi minyak RM 5.00 selesai dah nak lepak KL hujung minggu. kalau naik public transport, korang kira sendiri.

Bus 222,  seksyen 2 Shah Alam - Pasar Seni - Shah Alam = RM 4.00/seorang.
Putra LRT, Pasar Seni - KLCC - Pasar Seni = RM 3.00/seorang

Tak ke perbelanjaan seorang dah RM 7.00 untuk transport je, belum lagi darab 2, konon-konon pakwe caring nak support makwe, dah RM 14.00 sehari. tu baru transport je, belum tiket wayang, makan-makan, air tin, sepit rambut rama-rama, cinggam nak kunyah bagi mulut tak busuk ngan tisu seringgit lap kulit muka minyak kena debu kotaraya kan?

Dah lah, aku malas nak sambung buat kira-kira matematik kat sini, nanti aku pening, pastu korang cakap aku lelaki berkira lak. "Berkiranya kau Zulfikar, patutlah kau takde girlfriend"

Pandai-pandailah korang agak sendiri betapa banyaknya duit yang kena allocate setiap kali keluar dating, mana tak habis duit PTPTN kan? Bodoh punya student tak sedar diri. Orang suruh pergi study, kau pergi menggeletis, kan dah takde duit nak makan, buku teks pun pergi photocopy.

*************

Lepas dah buang tebiat tak nak naik EX5 pergi dating, dia buat perangai lagi, dia cakap dia taknak makan nasik campur, tak selera katanya, kalau dating nak makan Macdonald dengan KFC je. Aku rasa dia segan nanti tangan dia bau belacan kot masa pergi jalan-jalan.

Dah lah aku suka makan nasik campur, lauk gulai lemak cili api ke, asam pedas ke, kari ayam ke kawan dengan sambal belacan dan ulam petai, baru la kenyang perut melayu aku ni. Tapi demi nak membahagiakan kawan perempuan aku ni, aku layankan je la nak makan Macdonald.

" Awak, jom makan Mcd jom, saya lapar la"

" kita makan nasik campur lauk ikan bakar dulu la kat Seksyen 2, pastu baru naik bas"

" taknaklah makan nasik campur, nak makan McD, sekali sekala apa salahnya, boringlah asyik makan nasik je"

" hai berpuluh tahun makan nasik, kali ni lah pulak awak nak boring ye"

" Takpelah, awak nak makan nasik awak makan lah, saya kenyang, nanti saya lapar, saya makan McD k"

Pada masa ni aku rasakan dalam hati......

"Alamak minah ni, potong stim la"

*******************

Pada satu masa, aku dengan dia dalam bus bernombor 222 dari Shah Alam ke KL. Sedang aku melangut dekat tingkap bas, memandang jauh termenung memikirkan masa depan aku dan Dia. Bas itu berhenti di satu bus stop menurunkan penumpang.

Masa kat bus stop tu, ada sebuah Satria GTI, pada masa tu apa dikenangkan, Satria GTI adalah kereta terhebat. Kehebatan satria GTI adalah sehebat belalang tempur Kesatria baja Hitam. Satria GTI adalah Lamborghini Diablo versi Khatulistiwa.

Aku tak pedulikan satria GTi tu, ada Honda EX5 pun dah mujur, itu pun bapak bermurah hati nak bagi hadiah dapat masuk Universiti, Satria GTi konon, penampo nak? elok aku ngelamun dekat tingkap bas tu, datang kawan perempuan aku ni rapat ke telinga aku dan berbisik...

" Ikar, nanti ikar datang rumah ayang nak meminang, wajib bawak satria GTI tau"

aku ambik masa 3, 4 second duk diam tenung keluar tingkap bas digest kata-kata dia, aku buat muka menyampah..lepas tu aku pusing pelan-pelan kepala aku mengadap muka dia..

" Kalau ikar takde kereta Satria GTI?"

" Ayang taknak terima pinangan, takyah datang terus lagi bagus"

" Kalau datang bawak perdana V6?"

" Taknak, nak satria GTI jugak"

" kalau datang bawak BMW 3 series?"

" Taknak,  nak satria GTI...kan ayang cakap nak satria GTI, ikar ni tak paham ke?"

" Habis tu, kalau ikar satu masa nanti tak mampu, datang rumah ayang nak minang naik Van Venette je macam mana?"

" takyah datang lah! Kalau nak datang meminang ayang, mesti datang dengan satria GTI, muktamad"

Pada masa tu aku merasakan dalam hati nak je aku carutkan muka budak ni, tiket bas pergi KL pun aku sponsor, ada hati nak demand lebih-lebih plak,Mungkin kawan perempuan aku masa tu tengah alami sindrom bengap tak sedar diri kot. Takpe sabar, bagi can, budak baru nak up!

Pada saat itu, aku merasakan dia bukan lagi perempuan yang mula-mula aku kenal dulu. 2, 3 bulan di Shah Alam telah merubah manusia menjadi Plastik dan Materialistik.

"Dalam masa sedetik waktu, EX5, Nasik Campur dan ikan bakar sudah tidak  lagi mampu memenuhi keinginan nafsumu. Dalam masa singkat kau sudah tidak betah untuk duduk bonceng motor kapcai dengan aku. Belum lagi aku jatuh miskin kerja kutip tin kau dah tunjuk belang. Gamaknya kalau aku pergi kelas jalan kaki, mau sebelah mata pun kau tak pandang"

Pada masa tu, dalam hati aku..apa yang korang rasa? heh ape lagi kan tema ayat 'punch line' kali ni.. mestilah....

"Alamak minah ni, potong stim lah"

****************

Selang 2,3 bulan lepas peristiwa ni, aku pun dah tak lagi rapat dan menyayangi dia, sebab aku rasa, lain benar dia dulu dan sekarang, Sayang seadanya itu telah berubah menjadi sayang mengada-ngada.

Jenuh aku cari salah aku, memang aku ada banyak salah, aku lelaki mengada-ngada, makan nak nasik campur taknak macD, keluar dating nak naik Motor, takde kereta, aku bersalah sebab cepat sangat menjadi jengkel terhadap kesilapan perempuan, tak sabar dengan kerenah Satria GTI dia.

Mungkin jugak sebab dia memang dah tak sayang aku. Nama pun cinta, cinta melibatkan 2 pihak, satu yang mencinta dan satu yang dicinta barulah jadi saling mencinta. Kalau sorang je nak mencintai, seorang lagi bolayan, itu bukan Bercinta, itu namanya syok sendiri.

Tapi tidaklah hairan mana, rupa-rupanya dia sudah ada teman baru dengan kereta Gen2, walaupun itu bukan Satria GTI idaman kalbu, tapi sekurang-kurangnya dapatlah elak mekap dari kena debu.

Pada masa itu, aku melihat dia dari jauh dengan senyuman puas sambil bersandar di kerusi Gen2, dan aku tetaplah memulas Throttle EX5 buruk aku. sambil itu aku bercakap sorang-sorang dengan penuh syahdu...


" Ohhh Minah ni rupanya sengaja potong stim aku...sebab dia dah ada stim baru"


********************





gambar ni takde kene mengena dengan perempuan dalam entry yang potong stim, ni  gambar officemate, cuma aku rindu  bila tengok pict ni,sapa yang dapat teka, apakah persamaan mereka bertiga?



P/s dalam entry post di atas, kata ganti nama 'awek aku' tidak digunakan, sebaliknya 'kawan perempuan' yang digunakan, sebab aku ngan dia tak pernah dianggap bf dan gf, sebab kata dia aku tak pernah propose elok-elok, kalau korang perasan aku pernah cerita dalam entry lama, korang terer korang cari la yang mana satu.

32 comments:

  1. persamaannya..tiga tiga tu perempuan,hehehe.

    yes,sangat sakit ati bila perempuan macam tu.
    Aku?aku tak demand.aku sayang kat someone sampai sanggup tolak moto sama2 masa moto dia pancit.tapi sayang..akhirnya dia tinggalkan aku.

    aku teringin nak buat entri pasal the only one bekas pakwe aku,tapi bakal roommate aku pembaca tegar blog aku,tak jadik ah,hahaha

    ReplyDelete
  2. Banyak plak teka teki woh... malas plak nak cari...wakaka... ke dier ni yg minah saiko mcm luqiee tu? Ahahaha... satria gti... aku dlu penah la berangan nak keta tuh. Tapi sedo diri kan sampai arini takde lesen keta lagi... hahaha...

    ReplyDelete
  3. Noi : bukanlah.. diorg semua pernah jadi PA.. hehehe

    jodoh ko takde, tapi dapat ganti yg lebih baikkan?

    roomate ko nanti tdo sekatil ke atau tdo katil dua tingkat? :P haha

    Aslina : bukan lah. itu lagi horror.. ni dalam entry menghadapi kekecewaan. dulu aku pun minat satria GTI.. pehh pehh peh.. laju laju.. dah dh ko gi amik lesen keter cepat!

    ReplyDelete
  4. sudah mmg itu penyakit hati org perempuan maka kita lelaki kena pandai memilih kalau sudah di tentukan itu jodoh kita, kita tidak dapat menolak terpaksa redah jugak.Semua ini kadang2 kita mampu rancang tetapi jika terencana itu yang hak kita apa lagi redha sahaja....kalau aku pulak aku cari yang paling tip top bak kata alang2 menyeluk biar sampai lengan...keh3...yang penting aku sudah cuba yang terbaik dapat atau tidak itu bukan urusan aku lagi...sebab aku sudah tahu jawapan yang aku sendiri tidak tahu.Itu semua hak tuhan.

    ReplyDelete
  5. tiga-tiga perempuan dalam gmbr tu semua penah jadi awek ko kan????



    hahah..
    hebat giler.. :p

    ReplyDelete
  6. amboiiii!!!!!! spek 'ukur lilit' tu..... hhhmmmm... (",)

    ReplyDelete
  7. perjalanan yang sangat indah untuk hidup anda....kalolah diteruskan, agaknya mahu taj mahal lagi satu diminta untuk dirinya...

    ReplyDelete
  8. perempuan n mmang sukar untuk difahami kn... :)

    persemaan ketiga2 perempuan tu ialah muka dieorang xmacam lelaki ... hehe :)

    ReplyDelete
  9. perempuan klu byk bg alasan mesti ade sebab, tak semesti nye dlm percintaan la.. dlm ape pun, cuma segan, takot @ memang dia tak nak ko tau je.

    Dlm kes ko ni.. terang2 dia dh ade lelaki lain.. hehe, dh bole agak sudeyy..

    ReplyDelete
  10. dasat gile pompuan tu..mintak GTI tuh...lagi baik nek kapcai dari jalan kaki...kan3...mmg ngada2...nk MCD? mmg ngade..tanyer..'lempeng panas' nak??(penampo) tu lagi sedap...haih...kotaraya mengubah manusia...

    ReplyDelete
  11. siyes demanding pmpuan cmtuh. aku rela hidop sorg2, drpd ade org gitu. huhu.. tu bukan tndenye syg, tu tndenye mencekik tuh.

    ReplyDelete
  12. apsal aku tgk muke ko dlm gmbr tu iras adik ipar aku weh?bhahaha..


    sadis betol la dapat awek cmtu..tp kan, selalu la, kalau pompuan tu memula sweet je lepas tu tetibe bertukar menjadi horror perangainye, mesti sebab die dah ade 'can' lain..tp takot nak bgtau kat laki..macam tu jugak la dengan laki..orang kata vice versa..lebih kurang je perangai sebenarnye kan laki dgn pompuan ni?

    ReplyDelete
  13. ikar:hahaha sengal!

    weh aku dulu minat betul kat satria gti kuning..tapi lalast beli viva forever sebab mak aku kata kereta stria tu untuk orang kedekut.huhuu

    ReplyDelete
  14. kawan awak tuh mmg sengal...
    tp saya pun tak naik moto dgn lelaki... melainkan kes2 emergency... mak saya marah, ayah saya tak suka...

    tp yg herannya best apa nasi campur kena plak dgn ikan bakar, sesekali mkn mc d tu, oklah.. tiap kali keluar nak mkn mc d tak muak ke?

    hmmm.... samalah macam noi, masa couple dulu sanggup sama2 susah, tp bila dia dah senang, dia plak cari org lain...

    mcm tu jugak dgn kawan2 yang tak banyak kerenah n jarang menyusahkan bf masing2 melainkan hal2 emergency... berakhir dengan kena tinggal jugak..

    mungkin kebanyakan lelaki ske ppuan yg byk kerenah dan terlalu bergantung kut, barula mencabar... mcm kami, alasan ex masing2 ialah kami nih boring n terlalu independent...

    ReplyDelete
  15. pompuan fikar oi...susah nak cari y tak material...aku sendiri pun dah pernah terkena...nafsu ada 9...

    ReplyDelete
  16. perkhhh.. frankly speaking.. aku memang anti perempuan mcm ni.. jgnb pntingkan diri syg oiii..

    terngiang-ngiang lagi kat cuping telinga aku.. ex gf aku terlepas cakap pd seorang kawannye... die tak perasan aku ade kat situ... mcm ni katanya.."sapoe2 nak kawen ngn aku, kene sediakan sebijik kereta"... walaupun betul ape yg dicakap pasal kereta tu penting zaman skang ni... tapi, die tak patut ckp mcm tu depan kawan aku tu... murah ek...?

    ReplyDelete
  17. aku pun masa kapel2 ngan laki aku dulu elok2 dok dating naik satria, aku lak bersuara ngidam nak bonceng vespa.. sebulan pastu boipren (skang laki aku) beli la vespa 2nd.. guna 2 bln. lepas tu jual balik. sesaja nak bg aku merasa deting naik vespa.. Punya la seronok sbb dh lama aku teringin nk bonceng vespa.. biar sengal peha.. wakakakakaka. Bab makan aku lak jemu sbb dulu laki aku asyik McD padahal aku nak makan nasi campur ms lunch. Bila mkn nasi kenyang la smpai balik so hepi skit nak buat keja..

    ReplyDelete
  18. haha.perempuan mcm nei memang mengada lebih atau lebih senang ckp tak sedar dek untung.kehkeh

    ReplyDelete
  19. "kawan perempuan" yang dimaksudkan diatas memang tak tahu diuntung kot..

    masa exbf aku ajak naik moto ngan dia aku tak nak..sebab aku tak biasa naik moto ngn lelaki selain dr ayah,abg,adik lelaki dan sepupu rapat aku..bukan demand ek..

    kene bukak balik citer2 lama ko ni ikar..baru tau sape kawan perempuan ko tu eh..=D

    ReplyDelete
  20. mase dia mintak Satria GTi tu lain kali ko nyanyi lago siam sambil breakdance gaya 80'an..

    oh oh oh jeng!
    oh oh oh oh oh jeng!
    oh oh oh jeng
    mei ru khinna pu rai
    khanna nep plow
    khanna minna chemmai
    ne kwan diy ni ne kwan diy ni
    mei yow mei yow mai yow

    takpun ko ye kan jer..
    pastu datang meminang naik saga magma 1st edition no plat ko letak Satria GTi Twin Turbo Waporpoh...

    p/s: 1. lagu siam tu ntah betul ke tidak..hehehehe..asalkn ade bunyi..

    2. mcm tau jew citer nie..hehehehe..

    ReplyDelete
  21. dude...its true, klu gugurl x berape minat dgn boboy tuh, die mmg akan wat mende yg boboy akan benci die.
    sbb CINTA > menerima apa adanye pasangan.
    Die cuma merubah u jd seseorang yg akan die cintai.

    ReplyDelete
  22. dah agak dah ending dia mesti sangkut ngan org lain..

    xpelah kalau kau dah sedih sangat, aku ada cara baik punya untuk tips cinta ni. Senang je

    hantarkan ON CINTA ke 39996 SEKARANG!

    atau, kalau mahukan cabaran,

    HANTARKAN JOM TOLONG NARUTAH ke 3998!

    arcx13

    ReplyDelete
  23. hehee der.. klu ending nye die couple dgn pompuan tuh,misti en.zul da kawen hr nih.

    ReplyDelete
  24. kau pun demand gak ikar...dem~ ...hahaha...

    tapi perasaan cinta remaja memang poyo macam yang kau cakap...betul lah tu... hadoii...

    ReplyDelete
  25. isk! manja betul pompuan tu. mgada-ngada. pompuan yang cinta pada kebendaan dia tu. x sesuai dijadikan isteri utk ko ikar. hihihihi

    ReplyDelete
  26. culture shock kawan pmpuan ko tu... huuu.mana nak cari pmpuan yg tak materialistik skrg ??? even aku yg pmpuan pon takut nak kawan dengn pmpuan anak org kaya...memang tak masuk..huuu =.=..taste masing masing nak berduit jeee...


    elehhhh,lelaki pon sama bila berharta... aku bet...

    kbai..

    ReplyDelete
  27. RepublicAku : betul la tu gamaknya.. ko dah baca entry lepas aku bertajuk Cinta realiti kau cuma perlu bagi hint sahaja?

    Misssenget : takpernah.. tiga2 tu dah kawen ngan ada anak.. dan ketiga2 tu adalah PA.. heheh

    Blog tip kurus : penting tu kak... hahaha

    Blog aku kan : bukan takat taj mahal, tak murah, tak tak mahal. tak sederhana mahal, taj murah sikit semua dia nak...

    Taufiq : diorang PA la Taufiq :P

    Jue : dia sebenarnya malu ade bf bawak motor kot.. budak UiTm kan nak hebat2 pakwe bawak keter..

    Missalongwani : Lempeng panas? sedapnya cicah sardin.. tapi saya taknak penampo.. sakit weihhh...

    ReplyDelete
  28. noor g-nal : jawapan ko tepat!!! mcm mana kau tau eh Noor? hehehe

    Cik Sha : ala.. apsal kena jadi adik ipar pulak?? dia sengaja buat aku benci kat dia kan? sebab ada pakwe gen@ baruuuuu~~~

    Sabrina : saya pun tak suka naik motor ngan lelaki.. hahahhaa saya suka perempuan yg matang.. baru la saya ade can nak manje2.. wakakakaka

    tamlegend : ko terkena mcm mana? ce citer sikit meh... :)

    Sam Banjamin : tak patut tak patut... tak patut.. bila pakwe dengor tak ke sentap hati mak nak?

    lekat lekit : laki ko memang sporting Nyah.. wahhh ko suka makan nasik eh? best betul la kalau ade gf suka makan nasik... kenyang.. berbaloi. hati senang hahaha

    elyana : dia saje je kot nak bagi marah.. ade bf baru

    pjah : kawan perempuan di atas sebenarnya sangat2 culture shock..

    nizam Jasni : kan main lagi ko pandai nyanyi siam ye...ko kenal ke perempuan atas tu sapa jam? hahaha

    Puteri : dia sebenarnya culture shock.. teringin bf anak datuk kot..

    ARC13 : 3998 ngan 39996.. tu no kalau angkat leh kene.. kalau kena aku banje ko eh panda.. hahaha

    Hainiey : dia memang materialistik.. aku rimas hainiey..

    Vampire : jwpan ko tepat, dia culture shock.. dia terkejut dengan kotaraya.. dia berangan nak kapel ngan org kaya...

    lelaki mana pkir.. ko ingat lelaki pikir lagi ke harta perempuan kalau dia dah cun mcm lisa surihani? takde de

    ReplyDelete
  29. nasib baik dah tinggalkan awek camtu. mau tak sakit nanti bila hidup sama2.

    ReplyDelete
  30. damak..aku rase aku tau sape 'kwn pmpuan' ko tu..haha

    ~~tunz

    ReplyDelete
  31. perh. giler la. kelakar jugak baca pengalaman orang dating. kan senang jumpa je kat tempat yang dijanjikan? lelaki naik motor, pmpuan naik bas..orang kata, kalau nak bercinta kena ada kompromi..orang kata, i dunno..tak pernah mengalaminya..hahaha

    tapi, apela perempuan tu. makan nasi la kenyang. murah dan sedap. lagi sekali, kenyang. mcD tu buat bazir duit je. makan burger mana kenyang..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...