June 28, 2011

So Called 'Beer Halal' dan Kaedah Hujah

Assalamualaikum...

First of all, aku telah restrained diri aku cukup lama dari mengomel benda Beer Halal ini, sebab bagi aku ia adalah benda terpencil. Tidak berbaloi untuk dibahaskan dan aku sendiri pun taknak melangkau majlis Fatwa kebangsaan.

Satu masa dulu aku pernah pergi ke Jeddah, Saudi Arabia. Aku menjalankan urusan bisnes dekat sana, dan aku menghabiskan masa almost 20 hari di jeddah dan 2 hari 1 malam di Makkah untuk Umrah.

Masa dekat Jeddah, aku diperkenalkan dengan Minuman Barbican, iaitu minuman Malt & Barli beperisa buah- buahan. Aku suka minuman ni sebab sedap, adventure dan funky.

Ia juga sangat refreshing di tengah gurun panas Arab saudi. Semasa di Jeddah aku berkawan dengan Pak Arab berbangsa arab dan pak arab yang berbangsa Melayu dan Pattani. Jika orang melayu yang lahir dan berkerakyatan sana mereka akan digelar Al-Malayu di belakang namanya.

Contoh Adel Al-Malayu. dan kebetulan kawan aku sorang lagi bernama Adel juga, tapi dia dari Pattani, jadi nama nya Adel Al-Fatani.

Masa di Jeddah, Bahrain dan Makkah Barbican ini dijual di merata tempat, dan ia dinikmati tanpa rasa ragu-ragu kerana ia bukanlah arak. Ia juga bukan Beer Halal dan ia tidak pernah digelar Beer Halal.

Semasa di Jeddah aku hanya minum Barbican, Pepsi, Kopi  dan lemon/pudina teh, sebab kat arab diorang takde masa nak bancuh Milo ais tabur rasaksa dan Teh ais kaw yang sangat lazat. Nescafe ais pun tarak.

Khamar adalah arak yang dibuat dari Tamar, jadi adakah kurma menjadi haram? sila rujuk point dibawah untuk jawapan, jangan nak skinread je.. ** gambar adalah persidangan bawah pohon tamar di kedutaan Malaysia di Jeddah.

Adapun Hujah-hujah dan perbincangan di bawah tak memerlukan korang belajar sampai Al-Azhar atau Jordan pun, cukuplah hanya dengan silibus Feqah darjah 4-6 sekolah agama rakyat. Janji jangan cepat melatah, dan jangan takut untuk menjadi budak berilmu. kalau asyik nak taqlid buta, apa pun tak boleh!!!





***************************


Dan di sini aku bukan nak bincang halal atau haram 'beer Halal' Ini. tapi aku nak bincang kaedah hujah. Aku berharap kepada Ustaz Wannabe, Blogger semberono yg ulas pasal ni semata-mata nak catch SEO dan nak traffic tinggi sila bertanggungjawab dengan penulisan korang. Di sini aku bincangkan beberapa point kaedah hujah yang salah.


1. "BEER HALAL ini menjadi syubhah dan seterusnya menjadi haram sebab nama ia adalah Beer 'halal', nama yang menyerupai Beer maka jatuhlah hukum haram untuk meminumnya"

------- Hujah ini SALAH! 

Pertama : Ia tidak pernah dianggap sebagai Beer pun selama ni samada oleh pengeluar, pengedar dan peminum., korang yang ustaz wannabe penyebar fitnah yang labelkan ia sebagai beer halal. selama ini ia digelar Malt drink/beverage or barly drinks.

Kedua : Jika benar pun korang nak menang hujah yang ia adalah haram kerana namanya BEER, maka korang semua telah berdosa, sebab korang bias, korang tidak pula mengharamkan Ginger beer, Root beer ,  grape juice sparkling WINE, Kuih TAHI itik, lidah BUAYA, lidah JIN, kuih TAHI minyak Nira Tuak dan sebagainya lagi.

"Gila kau nak makan tahi itik? najis tuuu...lagi haram dari barbican"

Ketiga : Kaedah Feqah, sesuatu benda itu tidak akan berubah sifatnya hanya kerana panggilan. nampaknya ramai orang Melayu yang terkeliru dengan Ilmu Ghulluw (melebih-lebih dalam agama) iaitu :

" Air masak dalam gelas ni pun, kalau korang cakap dia arak, kalau korang minum ia jadi haram tau"

Ilmu hukum ini banyak keraguan dan telah dihujah beratus tahun oleh Ulama terdahulu kerana :

Adakah manusia boleh menjadi babi hanya kerana panggilan? adakah anak halal menjadi haram dengan panggilan? berubahkah sifatnya?

" celaka kau Sood, kau ni babi la!" (adakah Sood berubah sifatnya menjadi babi? adakah Sood wajib disamak?)

" Woi anak haram, jangan berani kau jejak rumah aku lagi!" (adakah anak halal itu berubah sifatnya menjadi anak haram? adakah pernikahan mak dan ayahnya terbatal?)

*******************************

2. "Beer Halal ini menjadi haram kerana rupa bentuk botolnya menyerupai botol beer"

-----------Hujah Ini SALAH!!.. (mengigil2 badan aku masa nak menaip ni)

Kerana......

Pertama : Jika anda berpegang pada hujah ini, maka pizza hut haram, sebab menyerupai pizza hut peperoni babi di USA, Big Mac haram sebab Big Mac kat USA pakai ham iaitu babi. Hatta air kosong dan sirap dalam gelas goblet/wine glass yang dihidang di banquet dan kenduri kawin pun haram, sebab menyerupai hidangan wine di dalam gelas di itali.

Bukan itu sahaja, boleh katakan semua boleh jatuh haram kalau guna hujah ini. Tin pepsi, coke kejadah semua haram sebab menyerupai  tin beer dan stout... arghh tension dengan kebodohan yang berlaku.

Kedua : Hukum Feqah, bekas arak halal digunakan setelah dibersihkan sehingga hilang warna, rupa, bau dan rasa. Tidak perlu samak dengan air tanah pun. wahima kalau ada sticker/lukisan tiger beer kat gelas tu pun halal digunakan. agak-agak ada orang tak belajar fardhu ain bab feqah ke masa kecik dulu?

Ke korang bila dah besar berubah menjadi Ultra Ustaz wannabe, fanatik dan taksub, menyusah-nyusahkan hukum agama sebab nak jadi hero?

********************************

3. "Hujah bahawa Beer ini haram sebab ia syubhah kerana rasa dia menyerupai beer sebenar dan ia adalah dakyah freemason dan illuminati untuk mengajar Ummat islam rasa beer macam mana"

------- Hujah ini SALAH!


Kerana......

Pertama : lembu sembelih dan lembu tidak sembelih tiada beza rasa.

Kedua : Zina tiada beza rasa dengan persetubuhan halal dengan nikah.

Jangan Hukum Haram Ikut rasa, apa korang ni semua tidur ke masa belajar feqah simple sekolah rendah tu?

Ketiga : Tapai adalah literally Arak ' in the making'... ada pun tapai terjadi akibat daripada penguraian gula di dalam sumber karbohidrat iaitu pulut / ubi kayu yang mana hasil sampingannya ialah bahan kumuh yis iaitu Alkohol dan carbon dioksida, lantaklah korang panggil ethanol ke ape ke.

tak pernah pulak aku tau yang freemason & illuminati tu yang ajar kita minum tapai. tapai tu dah almost macam nak rasa arak la.

Siapa masa sekolah menengah amik sains dan siapa yang masuk universiti aliran sains mengetahui akan hal ini.. Tapai ialah Urban legend. Tapai adalah dilema antara kesedapan dan kebudayaan melayu. Tapai adalah  Silent policy dan Tapai juga adalah kebenaran yang selama ini terlindung.

Kedudukan tapai menjadi halal dalam Majlis Fatwa kebangsaan adalah kerana kandungan alkohol yang terbentuk tidak significant untuk mengubahnya menjadi air bersifat arak yang memabukkan. Tetapi ada alkohol dah dalam tu ye sayang-sayang abang sekalian. Jadi aku tak nampak perbezaan antara tapai dan so called Beer halal ini.

***************************

4. "Beer 'halal' menjadi haram sebab ia berasal dari zat/sumber/bahan mentah yang sama pembuatannya dengan Beer sebenar, jadi ia menimbulkan syubhah"


----Hujah Ini Salah!!!

Pertama : Menghela nafas panjang sambil bertanya kat korang. korang rasa nak ke aku terangkan hal ini?? baiklah aku terangkan sikit.

Kedua : Jangan makan nasik, pulut, kelapa, nira, barli panas kat mamak, roti, gula, air paip, gandum, ragi, bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla....... korang pikir lah sendiri.

Ketiga : Sebab semua karbohidrat/gula dalam dunia ini boleh menjadi zat untuk membuat arak!!!!


******************************


5. " Zulfikar, kau jangan nak tunjuk pandai sangat, jangan nak tunjuk bagus sangat, mati ke kalau tak minum Barbican? seeloknya ana mintak ente jauhkanlah sebab ia adalah syubhah. seeloknya kita elakkan lah benda yang belum pasti ni"

Jawapan : "99% makanan yang ente beli dalam dunia ni ente takkan mampu pasti la ya sheikh!"

Jawapan : ada beza besar antara syubah dan  penyakit was-was. sila selak buku sebelum tanya aku.

***************************

Disclaimer : Entry di atas ditulis bukan hendak memperdebatkan tentang hukum, tentang halal atau haram Malt beverages or so called beer halal, tetapi entry di atas membincangkan tentang KAEDAH HUJAH. adapun aku masih lagi menyandarkan keyakinan aku terhadap persidangan majlis fatwa kebangsaan terhadap hukum yang disepakati kelak.

P/S i aku bukan Mujtahid


P/S ii Aku cuma malu dengan kebodohan hujah dan kaedah hujah yang dikeluarkan.


P/S iii aku tidak akan melayan komen yang ajak aku hurai halal atau haram.


P/S iv kepada siapa yang terasa dengan entry ini, samada anda boleh belajar feqah asas dengan adik anda semula, atau pergi baca buku feqah, jangan asyik baca blog je.


P/s v Camonlah, semua kat atas comon sense.

31 comments:

  1. frankly, menggigil aku menaip ni td, geram.. ko gi baca kat blog delusional tu... senang2 je dia ckp barbican haram di minum...

    ReplyDelete
  2. haha...aku minom barbican ta mabok pon...haram kah???sedap wo0o0 layan...haha

    ReplyDelete
  3. Ala abang ikar ape pun tak boleh,ape pun tak boleh.habis takkan nak makan kurma jewww.kehkeh

    sesuka hati dorang je nak jatuhkan hukum,kalau macam tue pergi duduk dalam hutan jelah.

    ReplyDelete
  4. wow!...hujah2 yang bernas ;) 2 la kadang2 kan.masyarakat melayu kite ni 'terlampau sensitif' la konon2 nya...nak jaga Islam. padahal, salah cara nak tunjuk kasihkan Islam.Kita punya akal fikiran,Allah dah bagi..guna sebijak nya.rujuk buku2 dan ilmuwan...jangan mudah untuk jatuhkan hukuman...

    sokong zulfikar!~hehe ;)

    ReplyDelete
  5. kalau nak diikutkan, segala jenis proses penapaian or bahasa best sket jeruk menjeruk ni, hatta buat kicap sekalipun, melibatkan alkohol...
    tp sape berani kata makan kicap tu haram?

    dulu, ada belajar sket pasal ilmu fermentation. so, penapaian ni xlari dengan belajar buat cuka, wine dan beer...

    kata profesr saya yang bukan muslim:
    "pada penelitian saintifik saya, beer dan wine n senang sebut arak diharamkan dalam islam kerana kuantiti alkoholnya boleh mengubah kewarasan seseorang wpun peminum tersebut tidak mabuk. selain itu, utk mencapai kuantiti alkohol yg boleh memberi kesan di atas, yis atau microbe yg digunakan utk proses penapaian tersebut telah melalui beberapa proses hidup seperti perkumuhan (buang air besor n air kecik), kematian dan penggandaan. so, if awak minum arak, means awak minum bersama tahi dan bangkai microbe tersebut"

    wallahualam...

    ReplyDelete
  6. brilliant...u r so brilliant...luv u...allow me to share all this with my frens....

    ReplyDelete
  7. Thanks info yang menarik..
    tak faham kenapa bila dah ada sijil Halal tup..tup.. jadi haram pulak..
    bukan setakat barbican ni jer banyak lagi..
    Bukan ker nak dapatkan sijil halal tu satu proses yang tak semudah bagi title dato..'

    ReplyDelete
  8. jangan la tension bang ikar..kang ai pun tension jugak..ekekeke..


    betol la..aku pun kadang2 gigil tangan kalau geram atau marah..nak penampo tak dapat..;p



    itulah mentaliti orang yg terperuk dengan dunia dia sendiri je..bila orang bidas konfim melatah tak ketahuan hala..ada akai tak boleh pakai..

    ReplyDelete
  9. tuuu die..

    mmg terbaeekk~~!!

    err..gigil2 lagi ke??

    ReplyDelete
  10. kalau nak berhujah, kenalah ada point yang canteek..
    kadang pening bila bersuara dengan lantang walhal tiada apa pun point.adoyai pun....

    abang rilek, saya sokong full entry ni termasuk TEH AIS KAW. HAHA

    ReplyDelete
  11. Mr katok : aku pun tak pernah mabok minum barbican, mnum ubat batuk ada la mabuk.. hehehe

    nin Fazren Elayana : saya cadangkan blogger dan ustaz wannabe pergi masuk kelas feqah darjah 5 balik!!!

    Shu : inilah masalah penulis bila tulis niat nak jdi pahlawan cyber, tapi hujah mcm org ponteng sekolah agama. TQ untuk menyokong

    Sabrina : tahniah sebab anda dah boleh synchronize fakta sains dengan kehidupan beragama.

    Tamlegend : My pleasure, please share and bincang2kan dengan kwn2.. biar bukak minda sikit.

    Balqis : U R right!!!! ingat mohon sijil halal mcm amik tiket plus highway ke kan...

    Cik Sha : gigil lagi nih... bygkan semalam baca kat blog sumbody nih.. senang2 dia ckp barbican HARAM...tapi at the same time dia ckp dia tunggu majlis fatwa.. merepek!!

    Miss senget : dah kurang sikit dah gigil... kalu gigil lagi kene cek doktor.. hahaha

    HaikalBlank : aku pun suke teh ais kaw aduyai nye pun..

    aku tengok hujah mereka aku kasihani diri aku nye punn.. hahah

    ReplyDelete
  12. tak pernah minum tp skrg ni isu ni memang hot. Bila banyak sgt pendapat & hujah aku sendiri tak tau mana betul sebab aku sendiri cetek ilmu agama & perlu banyak rujukkan utk memahaminya. Apapun entri ni mudah di faham & rasa ada betulnya. Mak angguk dgn hujah ko bukan sebab ko kawan mak yer.. tp bg seorang yg tak bapa pandai, kita perlukan hujah & rujukkan utk menerima & menolak sesuatu. Utk menerima & menolak sesuatu kena faham. Kalau tak faham.. ada jadi keliru.

    ReplyDelete
  13. Lekat Lekit : itulah perjuangan yg sebenar, berkongsi ilmu dan ada semangat nak bagi faham kepada yang kurang faham..

    p/s kalau minum beer halal sambil pakai legging dan menari rumba agak2 leh jatuh haram tak nyah? wakakakakakakaka

    ReplyDelete
  14. wow... ustaz.. sy setuju!!! terkesima aku membacanya :D

    ReplyDelete
  15. " celaka kau Sood, kau ni babi la!" (adakah Sood berubah sifatnya menjadi babi? adakah Sood wajib disamak?)


    ish terasa tau sebab dedulu suka membabikan org. dan kawan-kawan aku pun selalu memababikan aku. haruslah tiap hari aku samakkan diri herm.



    and btw, aku pegang satu je. aku rasa yakin, aku telan. dah kalau arak telan dgn yakin lain pulak ceritanya aaa. kemende aku meraban ni kbai -.-

    ReplyDelete
  16. "and btw, aku pegang satu je. aku rasa yakin, aku telan. dah kalau arak telan dgn yakin lain pulak ceritanya aaa. kemende aku meraban ni kbai -.-"

    hahahahahahahahhahahahha lawak betul......

    p/s baik ko sediakan satu kolah air tanah.. buat rendam org yang koda 'babi'kan... haha

    ReplyDelete
  17. Jue : common sense kan? feqah silibus darjah 5......

    p/s terkesima dengan terkesip2 tu sama tak jue?

    ReplyDelete
  18. Tertarik sunggug aku dengan entry ni..

    tak kisahlah siapa yang menaip tu kan dan apa yang dia taipkan tu... bila dah ada unsur-unsur SEO tu... macam dapat tahu siapa yang dimaksudkan ...tetiba rasa macam diri sendiri pula yang dimaksudkan...

    Hmmm... okay... abaikan dulu segala hujah di sini...kerana aku dah pun baca dari atas sampai bawah...

    Kalau kamu maksudkan aku... Mohonlah baca semula entry aku dengan fikiran terbuka.. dan tolong fahami satu-satu ayat..Janganlah emosi kerana kamu pernah minum minuman ini...

    Jika kamu layari satu laman web ini..."beer oh beer"... kamu akan tahu apakah impaknya bila malt/beverage ini disamaratakan dengan beer... sudah pasti ada impaknya kepada anak-anak muda yang buta kayu dan agama bukan?...

    Dan sebelum aku naikkan entry itu, aku lebih dulu menyelidik segalanya...aku google semua yang aku mahu tahu... tiada satu apa-pun yang aku mahu terlepas pandang mahupun aku tinggalkan...

    Dan kerana kita di malaysia... Sudah aku tegaskan lagi mengikut apa yang dipersetujui oleh majlis fatwa.. Selagi belum ada fatwa yang mengatakan ianya halal... Maka ianya haram untuk di minum...

    Mudah...kembali semula kepada yang lebih tahu... Aku hanya menyampaikan...

    Aku sendiri tidak sukakan tapai mahupun segala benda yang dimaksudkan mahupun yang ada unsur2 seperti itu...

    Penegasan aku ada dalam entry itu... di bawah sekali... mungkin ada yang terlepas pandang barangkali....

    Walau apa-pun hujah.... selagi belum dimuktamadkan kebenaran, maka di situlah titik pencernaan pemikiran...

    Yang salah sama-sama kita perbetulkan... yang benar sama-sama kita lapangkan dada untuk menerimanya...

    Mungkin dalam penulisan, aku terlihat agak kasar... Tapi memang begitulah cara aku.... Kerana tidak semua orang boleh jadi seperti itu... Dan aku rasa kamu pun tahu corak penulisan aku bukan??

    Aku tidak pernah menggunakan ayat-ayat Qur'an bagai untuk mempertahankan hujah aku.. Kerana aku sangat takut jika tersalah guna...bisa sesat lagi menyesatkan...

    Cukuplah jika aku perjuangkan mengikut apa yang aku yakin adalah benar...Dan aku harap hujah ini tidak akan memutuskan persaudaraan... Kerana dengan berhujahlah kita mendapat ilmu dari corak pemikiran orang lain.. tidak begitu?


    Salam perjuangan...

    ReplyDelete
  19. PB : aku tak quote dari blog kau sje. ni campuran dari 5-6 blog. tengok bermacam-macam hujah yang aku letakkan.

    Hujah dari entry kau adalah no 3 dan mungkin 1.

    aku tak emosi, sebab aku tak selalu mnum pun barbican, mahal nak mati.

    aku mempersoal kaedah hujah. 3 perenggan dalam entry dah buat disclaimer.

    jangan haramkan benda yg halal, dan jangan halalkan benda yang haram, diam jika tidak pasti. ia melanggar hukum Allah.

    aku tak pernah terasa dengan pengkomen, boleh lihat semua entry aku sebelum ni, aku tak pernah moderet komen kecuali spam.

    aku tak akan nak putus saudara kerana blog. ia pathetic

    Aku cuma tidak bersetuju, boleh baca entry aku bertajuk "belajat untuk tidak bersetuju"

    sekian wassalam, segala permasalahan lain telah dicover sepenuhnya dlm entry di atas.

    simple, Feqah darjah 5.

    ReplyDelete
  20. Jue : terkesip. macm kesip2 asam boi yg dah nak abis tu.,.. sip sip sip..


    Melle : punya pnjang entry.. ko oooo je? huhhhhh~~~~

    ReplyDelete
  21. Good entry. Very forward thinking.

    Siapa yang cakap nak guna botol arak kena samak, serius bodoh. Alasan, alkohol itu najis. Kira marker pen pun najis la sebab ada alkohol? Tak nak samak whiteboard?

    ReplyDelete
  22. Apa yang ko mengarut ni... Zulfikar...

    Barbican tu haram di negara kita sebab jumlah alcohol melebihi paras yang dibenarkan... itu aje.

    Yang ko pegi dok membebel yg bukan2 tu apasal... Ko ni berpelajaran ke tak ni?

    ReplyDelete
  23. Anonymous : sila baca disclaimer, takkan benda simple mcm tu pun tak paham, ko ni terpelajar ke tak?

    ReplyDelete
  24. kaedah hujah yang sebetulnya adalah dengan ayat-ayat yang dah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran al-karim..bukan hanya cukup sekadar dengan feqah darjah 5,(kejap, darjah 4 kejap darjah 5) pokoknya, ilmu feqah adalah perkara yang cukup sensitif dalam islam kerana ianya melibatkan hal kehidupan seharian. ilmu feqah yang diajarkan pada golongan muda i.e 'darjah 5' adalah ilmu yang dijelaskan sejajar dengan fahaman mereka yang berfikir ikut umur muda. hal-hal berkaitan feqah tak bole la nak dijelaskan secara logik semata-mata.perlu sokongan al-quran dan hadith. kalau tak, jadi la perbahasan yang hangat. saya setuju dengan saudara yang isu membesarkan hal 'beer halal' ni dilihat sebagai terlalu extreme. namun saya leboh tertarik dengan hal yang diperkatakan oleh sedara tentang cara berhujah. da saya jelaskan da tadi bukan dengan niat nak provoke sapa2, sekadar mengingatkan..=) satu lagi, kenapa ada penggunaan 'ana' 'ente' secara sinis ye? perlu ke? wallahualam..yang salah minta ditegur, salah sy sndri, yang benar, datangnya dari Allah..=)

    ReplyDelete
  25. singgah sekejap, sebagai bahan bacaan tengahari. yeahhhh

    ReplyDelete
  26. ai nak pinjam entry ni ye.. lepas ni boleh bagi hujah kat budak2 yang over sangat nak boikot kata haram bagai tu..

    ReplyDelete
  27. Tapi kan abg ikar kata barbican tu from malt n barli campur perisa buah2an. ?nape pulak depa nk kata barbican tu haram...lgpon bknnye kite x pernah minum air yg berasal dr malt n barli..milo,horlick...lain la kalau ada alkohol/benda yg memabukkan kat dlm tu,mmg jelas2 haram..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...