June 16, 2011

Pecah Suara

Assalamualaikum..

Masa sekolah agama kecik-kecik dulu, ustazah selalu ajar dalam feqah. Lelaki akan mula baligh bila dia melalui fasa kematangan seksual iaitu pecah suara, iaitu suara mula menjadi garau.

Pada masa ni, korang mesti teringat zaman kecik-kecik dulu, punyalah budak lelaki kemaruk sangat nak jadi budak besar kan. Saja digaraukan suara..

Kadang-kadang tu baru baik demam, suara serak... tapi perasan dah pecah suara, pergi sekolah buat-buat la cakap suara serak, nak bagitau lah kononnya kat kawan-kawan yang dia dah pecah suara.. dah besar dah boleh kawin...

Caaaiitttt.... baru darjah 4 berangan nak pecah suara, bunyi suara pun macam nobita nak pinjam buluh terbang, Pecah suara konon. Korang yang perempuan kena paham itulah politik budak lelaki. EGOCENTRIC...

suka sangat kalau cepat jadi dewasa, sebab nak menunjuk kat kawan-kawan lelaki lain yang dia dah lebih matang kan, padahal kadang-kadang mlm pun kencing tilam lagi.

Bagi aku pulak, masa kecik aku ingat pecah suara tu akan jadi dalam masa satu malam. Jadi aku sentiasa menunggukan bila masanya suara aku nak bertukar jadi garau. Satu hari tu, bapak aku bawak satu family pergi Family day company dia cold storage.

Masa family day tu, semua menjerit-jerit la baling bola tenis nak jatuhkan bapak sendiri dalam kolam air kan. semata-mata nak hamper coklat ngan air oren.. balik rumah je, tau-tau suara semua dah hilang, bila bangun esok paginya, sedar-sedar suara dah serak..

Ya Rabbi, Punya la bangga ni, rasa kalau boleh masa tu, nak tegur semua orang dari pintu gate sekolah sampai ke bilik guru, sampai ke semua budak kelas, sampai ke makcik jual jajan hingga lah makcik sapu kantin tu. Sonok sangat suara tu dah serak woiii.....

" Testing testing... 1..2..3.. uishhh suara aku serak la, ni la kot masanya pecah suara, maknanya aku dah besar, aku dah baligh. Yihuuuuu boleh kawin ngan Melisa Saila" (aku cakap dalam hati)

Melisa saila masa tu ngetop habis, yelah berlakon dalam cerita cili padi kan. Tapi masa tu tak sedar yang angan-angan tu akan musnah.. Selang 2, 3 hari lepas tu, serak suara tu elok, tengok tengok suara kembali macam suara budak darjah 4 mintak beli aispop kan. terus kecewa tak bertepian.




"Ciss nampak gayanya lambat lagi la baru leh jadi budak besar, ermm kena sambung tengok power rangers lagi la gamaknya"

Punya malu nak ngadap kawan-kawan balik bila suara dah halus. Malu sebab dah terlebih eksyen...

" Woi Mustapha Kamal, serak tak suara aku, aku dah pecah suara wei. maknanya aku dah boleh dating ngan Nurul Huda Kat Pasaraya bintang, hahaha, ko mana boleh ikut, ko budak kecik lagi, suara pun belum pecah. ko tengok je la eh..wakakakakakakakaka"

" hek eleh, suara serak sebab ilang suara, pecah suara konon. Blah la woi.... esok suara kau elok balik, aku nak padan-padankan muka kau, tengok lah"

Hahaha, Memang padan muka aku. Eksyen sangat!



13 comments:

  1. camtu rupanya budak lelaki teruja nak jadi anak teruna.. menunggu saat suara pecah. kalau dah suara semulajadi garau mcm anak buah aku Nyah.. tak tau la bila dah baligh camna vokal dia nanti.. kekekekeke

    ReplyDelete
  2. errmmm mcm suara mak la.. sampai tua pun masih comel dan kiut... ramai org ckp mcm suara budak2... wahahahahahha

    ReplyDelete
  3. hahahahahha~ baru tau benda ni...ade gak ek camni dak2 laki.. teringin nak pecah sore cepat2...adeiii...

    ReplyDelete
  4. still waiting for your kinabalu pictures

    ReplyDelete
  5. patot la mse skola dlu budak laki nak suara pecah cepat..

    baru tahuuu.. aisehh

    ReplyDelete
  6. Hahahaha.aduh bah kalakaunya.hahaha.

    penat terguling guling gelakkan awak.kalau imani lelaki mesti dia ckp dia dah pch suara sbb dia tgk bersuara serak

    ReplyDelete
  7. rupanya macam ni perasaannya..
    anak muridku dah 2,3 orang dah pecah suara,then saja je tanya,nape suara kamu dah jadi besar tapi sunat belum..masing2 tersipu-sipu lepastu ada hati nak ngorat cikgu dia ni,,chaitt

    ReplyDelete
  8. Haha~

    Tak sabar nak besar ek?
    Tapi bila besar, mesti nak jadi budak2 semula, kan? wahaha~

    ReplyDelete
  9. ooohhhhh..cmtu rupenye..ingtkan budak laki malu bile bersuare besar..rupenye nak cepat bersuare besar..:)

    ReplyDelete
  10. secara sedar tak sedar, blog ini telah banyak merapatkan jurang kefahaman diantara jantina apabila setiap persoalan yang selama ini terlindung di fahami secara bersama

    ReplyDelete
  11. hahaha..1. masa hg hilang suar dan perasan suara hg dah pecah tu cerita apa hg tengok.??

    2. suara aku sekarang sangat larh rock aku rasa!..bangga tahu..tapi samapai la tak kawen lagi..yela..takan nak bagi bini makan pasiaq kan..ahha

    3. Yeahh!!kecik-kecik cili padi!aku gelak terbahak2 bila macam statement hg nak kawen dengan malisa saila tu..*memang cantik dia dulu!

    4. Pdan larh dengan muka dapat malu balik sebab eksyen sangat!haha..rindu plak suara yang tak pecah tu
    ahah

    ReplyDelete
  12. aku nie nak buat suara jadi xde nie...hehehe

    ReplyDelete
  13. Hurm knapalah suara aku ni x nak berubah walau pun dah form 1.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...