June 19, 2011

Isu : Astro, Ketagihan Yang Mula Mencengkam Pengguna

Assalamualaikum.

Pada penghujung tahun 80an dan dalam zaman kegemilangan baju kaler striking dan fluorescent iaitu zaman 90an, budak-budak pada masa tu semuanya tidaklah didedahkan dengan hiburan yang berbondong-bondong seperti zaman 2000 an. (bolehkah aku menyebut 2000an? mesti aku malu kalau cikgu Aziz dengar aku menulis macam ni, sepatutnya aku sebut era 2000 atau alaf 2000)

Apakah yang membezakan kanak-kanak pada era 80an dan 90an dengan era 2000? pada masa tersebut takde lagi ASTRO yang berjaya menghirup dan menghisap darah mak bapak kita untuk bayar bil minimum RM 60.00 sebulan. Pada masa tu kita pun tak pernah tengok org kementerian penerangan datang mintak lesen TV dan Radio.

Dulu, bapak aku pernah cerita zaman 60-80an nak tengok TV kene bayar lesen/cukai, setahun RM24 bagi TV dan RM12 bagi radio. so pukul rata nak tengok TV  dan dengar radio kena bayar lesen sebulan RM3.00 lah kepada kerajaan. kalau taknak bayar atau tak mampu bayar, jenuh la tuan punya TV angkut TV bawak lari masuk dalam kebun bila ada orang kementerian penerangan datang cek lesen tv, kalau tak bayar lesen tu nanti TV kene rampas.

Ini adalah contoh Lesen TV zaman awal 90an.. gambar diambil dari blog ini http://memorilama.blogspot.com/2011/04/blog-post_2641.html



Tapi yang Ironinya, zaman dulu kerajaan mintak kita bayar RM24.00 setahun, aku ulang setahun ye, kita mengeluh dan cakap tak mampu. Tapi sekarang bila Ananda Krishna mintak kita bayar bil RM95.00 sebulan, kita bayar je semata-mata nak memuaskan nafsu kita tengok Maharaja lawak dan akademi fantasia tanpa miss.

Aku ni cakap macam aku anti consumerisme plak, takpun anti capitalisme. Bukan macam tu, aku cakap sebab aku hairan dengan manusia ni, bila gula naik 20sen maka bergegak gempitalah seluruh alam, sedangkan beli gula sebulan tak habis 2 kampit sekilo tu pun guna kat rumah. Tapi bila bayar puluh2 ringgit sebulan untuk lifesyle takda sapa yang nak persoal pulak.

Dan akhirnya, apabila keselesaan dan kebergantungan kita terhadap hiburan mulai menjadi gaya hidup yang compulsary, kita mula memberontak apabila ASTRO yang mula membuat cadangan untuk menyelaraskan bil mengikut suka hati kepala otak pengurusan mereka.

Kenapakah hal ni boleh berlaku dan kita semua gagal untuk mengawal apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Astro?

Segala-galanya adalah kerana hukum ekonomi kapitalis itu sendiri iaitu, kebebasan penetapan harga mengikut penawaran dan permintaan. ah susah sangat nak buat ayat wartawan ni.. demand and supply la senang cerita.

Ditambah pulak lagi dengan faktor monopoli dan juga daya pemasaran yang bagus maka semua ini menjadi resepi yang paling ideal untuk pemegang saham Astro berkata Yay semasa mengundi untuk proposal menaikkan harga caj untuk tahun 2011.

Jika, diulangi sekali lagi jika pengguna menggunakan kuasa pengguna secara betul dan effisien, mungkin kita mampu untuk memberi amaran kecil kepada pihak Astro. Bagaimanakah caranya?

Tiada cara lain lagi selain dari menganjak lengkuk Equilibrium demand dan supply, jika pihak astro mula menaikkan RM 5.00 maka membuatkan 50 orang terminate atau suspend astro mereka, ia sedikit sebanyak akan trigger wisel blow marketing intelligence mereka, dan report akan keluar ke atas meja bos mereka.

" Tuan Sadiq, ini adalah hasil laporan suku tahun kedua, iaitu apabila kita mula bereksperimen dengan kenaikan kadar Caj RM5.00/bulan kepada pengguna maka purata 50 akaun telah terminate manakala 100 akaun lagi telah suspend dan enggan meneruskan pembayaran Tuan, kami rasa langkah untuk menaikkan kadar caj ini tidak sesuai pada masa kini, dan kita perlu tangguhkan kepada satu masa yang lebih sesuai tuan"

Ini adalah Graf equilibrium, anda akan faham nak baca graf yang simple ni jika anda tak main sms masa lecturer anda sedang mengajar.

Tapi, yang menjadi masalah utamanya, tiada siapa yang mahu melepaskan remote control Astro itu!!! tiada siapa yang mahu mengurangkan ketagihan mereka terhadap hiburan yang tidak berkesudahan ini.

Si emak dengan Akademi fantasianya, Anak-anak dengan Maharaja lawak dan drama-drama overratednya, ayah pulak dengan ESPN, EPL dan GOLF, budak-budak town kekonon-konon dengan starworld, MTV, Teen cribs dan akak-akak dengan chanel masakan.

Jadi siapa yang mahu mengalah??? siapa yang mahu berkorban untuk terminate/suspend akaun demi mengimbangkan kembali lekuk graf equilibrium dan membuatkan pengurusan Astro merasa terancam?

Masalah ini semua terjadi bukan kerana pihak yang menawarkan produk  mengawal harga, tetapi ia berlaku kerana permintaan dari pelanggan yang mahu membayar. korang kena ingat, kemahuan nak tengok kumpulan Jambu dan Jozan buat lawak setiap jumaat malam bukanlah barang keperluan, dan kerajaan tidak perlu dan tidak boleh mengawal harga dengan kaedah penetapan harga siling bill Astro.

Jika Gula, beras, tepung gandum, minyak masak, petrol dan tenaga elektrik bolehlah adanya government's intervention terhadap pengawalan harga siling. Jika segala produk dan barangan kerajaan perlu mengawal harga, maka tiadalah beza negara kita dengan negara yang mengamalkan prinsip sosialisma dan komunisma.

Kalau semua barang dagangan memerlukan campurtangan kerajaan dalam penetapan harga maka akan menakutkan pelabur-pelabur dan peniaga untuk berniaga di sini. dan akhirnya kita akan menjadi seperti Venezuela dan Cuba.

Apabila Hugo Chavez implement apa yang dikatakan dengan fusion socialism atau sosialisma moden campuran, maka rakyat menerima faedah yang sangat bagus, harga ayam dan tepung gandum jatuh mendadak dan berpestalah rakyat dengan keadaan itu, tetapi syurga utopia itu tidak bertahan lama apabila peniaga sudah tidak mahu berniaga lagi akibat dari harga jualan yang dikawal teruk oleh kerajaan dan mereka tidak mendapat untung dalam perniagaan.

Akhirnya duit banyak di tangan rakyat, kerajaan berkuasa mengawal harga barang dan bekalan, tapi ayam tiada di pasaran! rakyat nak makan ayam macam mana? ada dua pilihan, samada ternak ayam dalam reban sendiri atau mintak kerajaan yang ternak ayam dan jual kepada rakyat semula.

Ini yg berlaku di Venezuela, aku tak tau lah samada ni propaganda kapitalis, tapi kalau ikut congak logik ekonomi, tak mustahil boleh jadi macam ni.




******************

Okey, beralih semula kepada masalah Astro yang mahu naikkan harga sesuka hati mereka. Astro boleh buat macam tu, okey aku faham sebab masalah Monopoli, tapi adakah mereka mencipta monopoli itu? sebenarnya, masalah ini berlaku adalah kerana trend permintaan.

"Bos, jom naikkan harga nak tak? kalau naikkan harga RM 15, mesti kita akan untung RM 1.1 billion, tahun lepas kita dah Untung RM800 juta bos..bila syarikat untung banyak, staff dapat la bonus berbulan2 bos"

"Gila kau Jimmy, suka-suka hati kau nak naik RM15.00, nanti orang marah, taknak bayar, tutup akaun astro mcm mana?"

"ala bos, bos jangan takut bos, saya dah boleh baca dah market ni, kalau kita naikkan RM5.00 pun orang bayar, kalau kita naik RM15.00 punnn orang bayar. Diorang semua dah ketagih bos, macam orang ketagih dadah, naik la berapa harga pun, diorang mesti nak tengok jugak astro"

" Okey!.. naik naik naik!.. wahahahahahahab"

Jadi agak kurang bijak jika kita beriya-iya membuat saranan agar kerajaan masuk campur dalam kawalan harga bil Astro kerana ia sama sekali tidak praktikal dan tidak boleh direalisasikan pun, kalau masa depan memang Astro tidak menaikkan harga bil akibat diarahkan oleh kerajaan, itu hanyalah tindakan popular dan ia mungkin ada kerjasama diantara kerajaan dan pihak korporat.

Apa?... bila korang tak tengok astro korang mati ke?  rasanya boleh kot kalau bangun dan panjat bumbung rumah, pasang antena TV biasa tu..boleh apa nak tengok cerita TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9... astghafirullah, punya banyak TV, bila masa nak tengok pun taktau la kan.

Dengar cerita, UNIFI pun dah ada Tv online kan? aku belum sempat study, so aku taktau nak cerita apa.

" Tapi Abg Zulfikar....... TV biasa mana ada Maharaja lawak....nak tengok Jambu....ape pun tak boleh!!"

"Bukak Youtube, taip kat Box search tu, Maharaja lawak Minggu 12 jambu tugas 1, tengok 16 kali satu malam pun boleh, cuma kalau org ramai tengok serentak, dia slow sikit la nak buffer, sabar sikit. kalau taknak sabar, apeeee pun tak boleh!"

" Tapi, nanti kalau takde astro, kami ketinggalan zaman, nanti kawan-kawan datang rumah tengok takde piring astro, takde remote astro, diorang ejek kami... diorang cakap kami tak moden, miskin.. canner?"

" Kalau macam tu, pergi tidur kat dalam bangunan astro, baru lagi moden dan berketrampilan kan.... xpun ko suruh kawan-kawan kau tu bayarkan bil, banyak cantik muka dia. moden sangat!"

**********************

Apa yang boleh kita lakukan? okey, ini tidak realistik dan takkan menjadi kenyataan, cuma aku mahu sampaikan apakah perkara logik yang mampu dilakukan oleh pengguna. Walaupun mungkin ianya akan kedengaran diluar realiti.

1. Jangan Tukar Decoder anda dari yang lama ke decoder beyond. banyak kekurangan berbanding kelebihan.
- Bukan banyak pun channel HD dalam Astro, ada 720 AXN, ESPN HD, HBO, satu channel  550 nat geo wild tak salah aku. tu je, tapi korang kena bayar RM20/bulan extra caj selama setahun kontrak.

- Korang kena ada TV LCD HD untuk dapat tengok efek HD tu, kalau LCD cap ayam baik tak payah, kalau TV samsung kembung macam rumah aku pakai, Tak payah ngada2 setuju dengan rayuan customer service astro tu. abaikan.. Belajar untuk say NO!.

- CARD Astro tu tak boleh pakai cucuk suka2 hati dekat decoder lain. ia akan jadi ekslusif untuk decoder anda sendiri je. contohnya, kalau kita nak balik kampung raya lama2 kan, kat kampung takde sport dengan HBO, kita bawak la card kita balik, cucuk la kat kampung, boleh tengok. tapi kalau pakai decoder b.yond, tiada lagi ku lihat kidungmu. kirim salam!.

-Jika semua pengguna mula menolak produk baru mereka, ia akan merencatkan pemasaran, pelaburan dan kajian trend market diorang. dan akhirnya diorang akan merasa tamparan kegagalan dalam projek Astro beyond.



2. Ikut saranan PPIM dan Pengguna subang dan Shah Alam, Jika Astro naikkan bil, BOIKOT!

3. Tengok sampai kena suspend, Jika astro menaikkan RM15.00, kita jangan terus call cakap nak terminate, kita tengok je sampai beberapa bulan, lepas tu jangan bayar, sampai satu tahap dia suspend akaun kita dan kita tak boleh tengok kan? ha masa tu, bukak TV9 tengok Nasik lemak kopi O guna antena biasa dan korek hidung sambil baring kat sofa dengan megahnya.

Semua kaedah dan cadangan yang aku bentang di atas hanya boleh mendatangkan kesan jika dilakukan secara serentak!!!

"Tapi Abang Zul ~~.... abang cakap meletop-letop bagai, tapi saya tengok kat atap rumah abang ada je piring Astro tu!!"

"Ehehehe..hehehe...gulpp.. errmmm.. nguuu..ngaaa.. aaaa.. ermm...piring tu.. erm.. camner nak jawab eh? ermmm... okey kita abaikan pasal tu, mari kita ke bab yang seterusnya"

 ***************
Jadi pengajaranya, jika manusia mulai mementingkan diri, kita akan mulai lemah. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Jika manusia sudah membazir dan berlebih-lebih dalam benda hiburan, maka manusia mulai ketagih dengan keseronokannya.
Jika manusia sudah tidak pandai membezakan antara keperluan dan kemahuan, maka manusia akan mula membuat kenyataan bodoh yang penuh dengan perasaan amarah akibat ketagihan.


Sekian.

p/s apa pendapat korang? dan aku nak tengok peratusan, berapa ramai yang rumah dia takda astro? sila tinggalkan 

komen, siapa setuju dengan entry ni, boleh tekan button like di bawah entry ini, sayang korang sentiasa lebih. :)


34 comments:

  1. meleleh air liur teman membacanya!!!!..haha

    ReplyDelete
  2. Mat gebu : punya panjang kan Mat kan.. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. aku ni kirenye tak moden la eh?miskin rupenye aku..ahaha..

    rumah aku takde astro pun..chill je..nak tgk maharaja lawak?search je kat youtube..kui3..

    siaran yang ade 6 ni pun aku tak tertengok..lagikan nak pasang astro..membazir! baek tak payah..aku dah la kedekut..kah kah kah..

    ReplyDelete
  4. aku kalau dok kampung kat muor nun memang takde masaalah,memang tak pakai astro.

    kat sini aku dok ulu banat,samada pakai parabola atau astro sebab bukan takat line talipon takde,nak dapat coverage tv tempatan pun payah..tapi aku ada terpikir gak,rabak poket aku nak bayo lagi rm15 tu,tak dapatlah aku nak makan ayam penyet sebulan sekali kat bando sarikei..aku sokong setiap usaha ko oyeahhh!!!

    ReplyDelete
  5. kalau guna astro secara berhemah ok kot.. tp bab astro nak naikkan caj tu memang tak stuju.. huhu..

    ReplyDelete
  6. membazir je amk asro beyond tu.. huhu, patutkah kita memohon pada kerajaan supaya memaksa stesen2 tv menambah channel2 best, klu ade channel best, astro tidak diperlukan lagik.. kuikui

    ReplyDelete
  7. damak..umah aku kt cni pun xde astro...search kt youtube sudey.. =D

    ~tunz..

    ReplyDelete
  8. aku tgh tggu bila astro nak turun harga je...mustahil ke?

    ReplyDelete
  9. uwaaaa ... astro astro! beyond? no beyond? mahal oh! urghhhh!

    ReplyDelete
  10. haha addicted to ASTRO. Sebab line tv teruk r kat rumah aku. mana tak pasang astro je.

    Ada 3 booster kalau pakai arial. peh, nak tukar channel, kena tukar sambungan arial jugak. HAHA

    Aku sempat tengok lesen tv tergantung dulu kat rumah nenek aku....HAHA

    ReplyDelete
  11. mula2 nk ckp psl lesen TV.. zman tu sy dh idup.. pny perit ayah nk byar lesen TV tiap2 thn..[actually bkan x mampu byr cume nk ke pejabat pos smata mata nk renew lesen TV..kan perit?]

    lps tu nk msuk cmpur hal astro.. kami sekeluarga x gian sgt dgn astro sbb kami xpnah pn melanggan.. dan sy rse bngga dgn hal trsebut wlaupn mkcik n pkcik dtg raya umah pn prli ktorg x pkai astro. sy skit pn x rase ktinggaln zman. sbb zman dlu, kluarga kami antara yg prtama kt kwsan perumahan yg pasang Mega TV [klu msih ingt dgn stesen TV brbayar ni].. last2 ktorg terminate contract sbb asyik ulang citer same je.. x lame lps tu dgrnye Mega TV pn bangkrap..

    jd conclusionnye kami rase pkai astro pn membazir dan akan ulang citer same gak. sbb tu x pnah melanggan wlaupn begitu byk citer yg kononnye ditayangkn mcm AF dan maharaja lawak.. x rse ktinggaln zman pn wlaupn x knal dgn bnde tu..

    last skali, kami wlaupn pkai siaran biase je, agak brtuah sbb siaran x trganggu wlaupn kesemua jiran2 lain pkai astro. cume ksian dgn sepupu sy yg trpkse pkai astro sbb jiran dia sume pkai astro.. jd siaran TV biase agak trganggu kt area umah dia sbb sume jiran dh pkai astro.. so, itu shj ulasan sy.. thanks utk entri yg best ni.. sy nk share kt FB..:)

    ReplyDelete
  12. tu la pasal suke2 je nak naikkn hrga..umah kte kt perlis xde tv apatah lagi astro..cuma umah kt ipoh je siap upgrade astro byond..heeee:)

    ReplyDelete
  13. eh antena tv bese skang pon dah canggeh kot. kat umah sewa dulu kami siap letak atas balang muruku. gigih nak tengok sepanbob tiap2 petang kat tv semilan.

    kat umah skang ni pon ada astro. sebab mak sedara beli peti sejuk lalu dapat free sebijik. dia tatau nak letak mana dah. dier bagi, amik je ah. tapi tu ah silapnye. bil bulan2 kami plak kene bayar.

    tapi masalahnye dah cenel banyak2 ni pening kot nak tengok mana satu.walaupun ulang2 citer2 yg sama tapi sampai tak tertengok jugak. huhu...

    ReplyDelete
  14. "Tapi Abang Zul ~~.... abang cakap meletop-letop bagai, tapi saya tengok kat atap rumah abang ada je piring Astro tu!!"

    "Ehehehe..hehehe...gulpp.. errmmm.. nguuu..ngaaa.. aaaa.. ermm...piring tu.. erm.. camner nak jawab eh? ermmm... okey kita abaikan pasal tu, mari kita ke bab yang seterusnya"

    yang ni paling best. haha.

    kat rumah ni mak je yang selalu tengok tv, dia penat-penat kat rumah, malam dia layan drama cerita-cerita kat astro. rasa ok sebelum ni, sebab banyak pilihan. tapi lama kelamaan memang rasa menyampahlah pulak naik harga je.

    astro beyond memang tak ada dalam senarai permintaan kat rumah ni, haha. mungkin kalau boikot ramai-ramai baru diorang tau. ye tak?

    ReplyDelete
  15. mak aku pasang astro sebab nak tengok mawi dulu2. ahaha. kdg2 rasa rugi jugak ade astro ni. channel prima, ria tu sume, cite ulang2 je. benanah hati aku tengok.

    ReplyDelete
  16. Nyah umah mak takde estero.. tv pun jarang sgt nak ngadap.. tak kuasa aku nak bayar estero Nyah.. tp skali skali balik kampung layan estero tu rasa mcm tak berbaloi jer bayar. Asyik ulang tayang cerita sama.. pagi aku dah tgk telefilem tu.. petang kang ada lagi.. tp yg kat kg tu mak tak bayar Nyah.. so mak diam je dr membuat pertikaian secara berlebihan.. komplen skit2 jer

    ReplyDelete
  17. Nasib baik aku dah potong astro *ayat nak jaga ati sendri..haha..tapi memang tak patot la dia nak naik,..service macam hampeh tapi nak naik..

    aku suka hg cakap pasal gula tu,...pasal gula naik 2kupang habis harga kuih pun naik 2kupang padahal..logik dak?kenapa naik harga sama dengan harga sekampit gula untuk sebijik kuih?bukan membebankan pada peniaga tapi beban pada orang macam aku yang gemar makan kuih melayu..ahha..

    ReplyDelete
  18. Dalam aku dok busy ngumpat sana-sini pasal astro naik harga, xnak pakej mustika yang merepek semua movie lama. Tup-tup rumah ibu-bapa aku dah upgraded byond pvr siap dengan mustika sekali semua. Sekarang dah sah semua channel ada kecuali chinese nye. Aih, orang Astro deal upgrade macam mana sampai Mustika pun masuk sekali nih?

    ReplyDelete
  19. Cik Sha : hehe, masa sekolah menengah dulu kan kawan2 selalu tanya.. "rumah kau ade astro tak?" kalau takde rasa rendah diri je... caaaiittt...

    Cikgu Norina : takpe, kes cikgu dikecualikan kekekekke... hehe, kat sarikei pecal lele dia sedap tak? haha

    Biey : yess!!. itulah maksudnya entry ni :)

    Jue Abd Rahman : langkah yg dalam kawalan kerajaan adalah menghalang astro menayangkan iklan spertimana yg dia dah janjikan.. tu kiranya patut...

    ReplyDelete
  20. Tunz : betul tun, aku pun tgk kat utube, ulang 100kali pun boleh kan.. :)

    Tamlegend : mustahil. ibarat menanti nuffnang bagi duit 10ribu sebulan.haha

    Acik : say NO to beyond!!!!

    Mr Blank : aku ada pengalaman pakai booster masa duduk mersing, sebab siaran TV3 tak dapat tgk, NTV7 lagi lah keparit...ko duk mana nih?

    Ladydilla : point awak semua bagus. ye megatv tu saya ingat, masa kat batu caves dulu. sape ade mega tv kat rumah kira kaya mcm datok la.. hehe

    Pemasaran Astro mantap, dia buatkan org rasa ketinggalan kalau takde astro, akhirnya kita yang sakit nak bayar bil bulan2.. terima kasih sebab sudi baca entry yg super panjang nih.. hehe.. tq sebab share jugak :)

    ReplyDelete
  21. putrifayad : amboihhh siap upgrade beyond.. mesti rumah ade LCD HD 80inci kan kan.. :) hehe, nanti tumpang tengok ikan dlm laut bleh? haha

    Aslina : wakakakakakakakkakaka bubuh atas balang maruku.. wakakakakakakakakaka, cenel kat astro tu kau tau tak? aku ada yg tak pernah tau cenel tu wujud.hahahhaa

    GR : selalunya mmg kita pasang Astro ni sebab nak reward mak kan, diorg penat masak kemas rumah.. so hiburan dia astro la kan.. :)

    YESSS!!! say NO to Beyond....

    Cik Azeya : ko tau tak, aku penah kol astro marah diorg sebab bengang asik ulang citer sama je.. hehe

    Lekak Lekit : ko memang nyah, 24jam depan internet je tulis blog.. tak tulis blog ko tepuk laki ko tdo kan.. tak pun ko kejar anak bulu2 lari bawah katil :) heheheh :P

    Balecan : lain kali kalau kuih mahal, jangan sesekali beli, tak mati pun tak makan kuih.. aku sumpah ckp, dah lama tak beli kuih kat wwarung nasik lemak tu.. hahah bangga siot.. :)

    ShahPd : astro patutnya tak boleh buat mcm tu, dia hanya mintak persetujuan kontrak melalui telipon je, aku dah kena dah, tapi aku ckp taknak, sebab adik aku ajar. if ckp yes je, diorng akan hantar technician tukar astro beyond.. bengong betul diorng nih.

    ReplyDelete
  22. Kesimpulannye..
    Astro = Dadah

    pelanggan astro = penagih dadah

    woahahahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  23. 1) Suka tgk canel B4U dan Zee.(kat umah mmber)
    2) mampu langgan astro. Tp TAK MINAT langgan astro. kenapa???? (sila lihat di bawah)
    3) astro vs tenet = tenet menang
    4) astro = membazir.(pegi cuti2 m'sia lg bagos)
    5) astro << movie2 tak best dan berulang.
    6) mahal nak mampos.
    sekian.

    ReplyDelete
  24. zulfikar, aku pun nak sapot entry ko tp xboleh wei...tnya org2 sabah..sapa xda asto mmg xdpt tau apa2 perkmbgn lah..tv 1,2,3 jek dpt..ntv7 haram nak dpt,lg2 8tv..tv9 jgn hrp..lg teruk klu g daerah lain,tv 3 pn xdpt...

    ReplyDelete
  25. Nadia : awak dah buat executive summary .. TQ :)

    Nur Alina : pengecualian diberikan kepada anda.. tapi tolong support dgn tak langgan beyond...

    lagi satu.. tolong like page dan sebar2kan.. TQ

    ReplyDelete
  26. Artikel ini adelah suare hati orang bukan semue org mampu utk menerime care org lain.Kalau kite rase kite mampu utk mengubah persepsi seseorang itu dikire bagus.Tetapi bagaimana kalau sebaliknye?

    ReplyDelete
  27. hahahah...aku dah 4 bulan astro kena potong pasal dah 6 bulan aku kena buang kerja....memang dulu ketagih la jugak terutama ngan cenel masak2 dan fox tu......

    ReplyDelete
  28. Hakmi : bila astro kena potong, terus rasa rajin nak panjat bumbung pasal ariel kan? hehehe :P

    Mejuez : yerp, aku karang slow2. aku bukan kaki hapal, aku kaki goreng..kalau zaman2 Uitm dulu.. budak2 ckp mcm tu la.. hahahaha

    kaki goreng = markah cukup makan je..

    ReplyDelete
  29. Aku Bekerja di Astro lebih dari 5tahun....Ramai yg bertanyakan kat aku knapa bila hujan lebat n berangin Astro xdpat siaran???ini jawapan aku....Astro adalah Tv satelit bkan tv testrial mcam tv1,tv2,tv3 n lain2......Jika anda perasan Astro adalah satu2nya Company yg melakukannya....malah jika ada live di bulan pon kita leh tngok....Lagi satu knapa mahal???ini jawapan aku.....kerajaan mengutip Cukai paling bnyak di Astro berbanding stesen tv lain......Astro mengutip keuntungan dari pelanggan bukan dari iklan mcam Tv3,tv1,n lain2......Antara persoalan selalu di utarakan kat aku.....Knapa rancangan selau ulang????Astro adalah kemudahan bkan mengejar keuntungan n populariti mcam stesen tv lain bagi yg sibuk bekerja dan Astro bnyak channel..Astro mesti menyarkan apa yg pelanggan nak tengok bkan sekadar menyiarkan rancangan syok sendiri..Ini pengalaman aku sendiri prnah aku mahu menonton tv ada rncangan aku minati pada waktu yg sama...sekarang kan boleh merakam n tengok siaran ulangan....pasti anda mengalami situasi begini.....sebenarnya bnyak lagi aku nak balas....tapi xlarat nak komen.......

    ReplyDelete
  30. Ko xda astro ko diam...aku yg bayor......seramai lebih 4juta pengguna astro....kenapa ramai org masih menggunakannya???bnyak ilmu kita leh dapat dari rancangan astro dari tv testrial...semua menrangkumi segenap masyarakat....dari kecil hingga ke besar.....

    ReplyDelete
  31. adik aku kerja astro, aku ada semua cenel astro. dan segala kemudahan dia yang terbaru, ada apa2 masalah?

    ReplyDelete
  32. nk tgk kt UTube pon dh susah skang.. kdg2 ade progrm Astro + TV Media Prima yg dh kna removed dek copyright... nk download full TV program? aisehmen broadband siput.. solution? makan loti lorr keh3

    ReplyDelete
  33. skrg dah ado astro free bulan2 x payah payah, pakej Njoi... sapa yg ado piring n dekoder lama just bayar rm100 sahaja... yg x der piring n dekoder bayar rm300.... bulan2 free x payah bayar.... ada 20 saluran tv n 20 saluran radio....

    http://www.astro.com.my/njoi/index.html

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...