March 3, 2012

Surat Terbuka Kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur


Datuk Bandar Kuala Lumpur

Menara DBKL, Jalan Raja Laut

50350 KUALA LUMPUR                                                                                           3/03/2012

Datuk,

Masalah Budak 'Pow Parking' di Jalan Doraisamy

Dengan segala hormatanya perkara di atas adalah dirujuk, saya memohon perhatian Datuk atau sekurang-kurangnya para pegawai Datuk yang rajin membuka blog dan membuat carian 'surat terbuka kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur' untuk mendengar beberapa rungutan saya terhadap masalah klise yang berlaku di sekitar Ibukota Malaysia.

1. Untuk pengetahuan Datuk, saya adalah seorang pemuda yang membesar di bahagian pinggir bandar Kuala Lumpur, dan kemudian berpindah ke merata tempat di Malaysia ini, Jadi tidaklah menjadi satu situasi yang kekok dan tidak adil untuk Datuk mendengar rungutan saya ini.

2. Masalah ini berlaku semalam iaitu 2/3/2012, Saya telah pergi meronda-ronda sekitar Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Bandaraya bawah seliaan Datuk. Setelah berpusing-pusing dan melihat panorama yang indah, maka saya mengambil keputusan untuk menghilangkan dahaga sambil mengalas perut yang lapar di Warung Sup Jalan Doraisamy. Tetapi berlaku perkara yang sangat menjengkelkan saya, yang mana bagi saya ia tidak patut berlaku di tenga-tengah kotaraya.

3. Dek kerana kawasan Jalan Doraisamy tersebut dipenuhi kelab-kelab malam bak cendawan yang tumbuh selepas hujan, maka berduyun-duyunlah kutu belahak yang mengambil kesempatan di situ. selain dari tempat meletak kereta (selepas ini disebut parking) berbayar yang sah, ramai pengunjung meletak kereta di bahu-bahu jalan. Disebabkan kawasan parking sah penuh, maka saya telah mengambil keputusan untuk parking di bahu jalan sahaja, Sementelaah waktu itu menunjukkan jam 1.30 pagi, maka saya mengambil kira bahawa adanya budi bicara untuk membenarkan kereta parking di situ, malah di kiri kanan bahu jalan tersebut sudah penuh dengan kereta.

4. Sejurus saya meletakkan kenderaan di belok sudut kosong, saya pun berjalan dengan teman saya ke Warung sup doraisamy tersebut, Tiba-tiba datang sebuah motosikal EX5 warna merah menderu laju ke arah kami, kemudian berhenti tergocoh-gocoh. Pemuda tersebut memanggil saya dan kemudian meminta saya bayar RM10.00 untuk bayaran parking katanya.

5. Cuba Datuk bayangkan, Semangkuk sup baru RM6.00 air pula RM 2.00, keseluruhan baru RM8.00, apa rasionalnya saya diminta bayar RM 10.00 untuk parking pula kepada budak kutu parking itu? adakah wajar sebuah tempat parking haram, yang bahu jalan itu tidak dipunyai sesiapa diminta bayar dengan harga RM10.00 sekali park? apakah justifikasi dia untuk minta saya bayar parking tersebut? hendak kata dia menjaga keselamatan kereta, kawasan tersebut bukanlah tempat tersorok, kereta tersebut berada di khalayak ramai, nak kata dia adalah jockey yang tolong bawa dan park kereta saya pun bukan.

6. Saya bertanya kepada dia, jika saya parking di bahu jalan di seberang pula bagaimana? dia jawab kawasan depan pun ada orang lain jaga, itu kawasan dia. Jadi Datuk, pusing ikut mana pun semua orang perlu bayar RM10.00 jika mahu makan di warung sup Jalan Doraisamy. Buat pengetahuan Datuk, selepas saya mendengar permintaan atau dalam bahasa yang saya fahami adalah ugutan halus setinggi RM10 tersebut, maka saya merasa jengkel dan saya alihkan kereta pergi dari kawasan tersebut, Tak dapat makan Sup Ayam Jalan Doraisamy pun tak mengapalah Datuk.

8. Saya tidak mahu bertekak dan saya tidak mahu berlagak samseng pada masa itu kerana saya tahu natijahnya kalau saya berdegil untuk parking dan melulu tidak bayar, balik nanti sekurang-kurangnya tayar kereta saya akan dibocorkan atau paling kurang kereta saya akan dicalarkan. Saya bukan membuat tuduhan melulu Datuk, saya bercerita mengikut pengalaman, dahulu tayar kereta saya pernah dibuang angin kerana tidak bayar duit 'pow parking' kepada kutu di kawasan KTV karoke Ampang Park.

10 . Datuk juga perlu sedar bahawa saya membesar di Kuala Lumpur, saya sudah masak dengan adat resam pow parking oleh kutu jalanan ini, kalau setakat seringgit atau 50 sen di Chowkit saya boleh terima lagi, tetapi untuk sekali parking berjumlah RM10.00 ia adalah melampau dan boleh di istilahkan memeras ugut pengunjung dan pelancong domestik Datuk.

11. Saya sudah tawar hati untuk berhenti singgah di Jalan Doraisamy lagi Datuk, kalau hal ini beterusan saya jangka pengunjung akan berkurangan, yang tinggal adalah kaki-kaki 'clubbing' yang sanggup bayar berapa saja hanya untuk 'impress' manusia lain bahawa mereka mampu untuk masuk kelab malam dan bayar parking RM10.00 satu malam.

12. Saya harap Datuk dapat mengerahkan tenaga para penguatkuasa DBKL untuk membuat rondaan atau pemantauan. Atau saya cadangkan Datuk mewujudkan kawasan parking sah 'berwaktu' di situ, saya sanggup bayar RM0.50/sejam kepada DBKL daripada saya perlu bayar RM10.00 kepada Kutu belahak tersebut Datuk. Malah saya sanggup masukkan RM1.00/sejam kalau Datuk rasa berbaloi untuk memberi keuntungan kepada DBKL.

13. Saya harap juga Datuk dapat menasihatkan rakan sejawatan Datuk iaitu Ketua Polis KL atau sekurang-kurangnya Ketua Trafik KL untuk mengerahkan pegawai polis membuat rondaan / mengawal bukan hanya Jalan Doraisamy sahaja Datuk malah seluruh kawasan strategik perlancongan di KL Datuk. Lebih baik semua kereta tidak dibenarkan parking di kawasan larangan daripada mata sakit melihatkan kutu parking mengambil kesempatan orang yang rela bayar duit untuk makan sup ayam wahima kena bayar parking sepuluh ringgit.

14. Saya harap hal ini diambil berat oleh Datuk atau sekurang-kurangnya para pegawai Datuk yang rajin membaca blog saya ini Datuk. Jika tulisan ini tidak diambil berat maka saya rasa saya perlu menulis surat rasmi terus kepada pihak atasan yang lebih berwajib.

15. Kalau saya jadi Datuk, bukan susah nak pastikan dakwaan saya ini berasas atau tidak Datuk, saya cadangkan Datuk pakai singlet pagoda atau baju tshirt tidur paling buruk yang Datuk ada, kemudian pakai seluar biasa-biasa sahaja, Datuk pinjam kereta tukang kebun Datuk, kemudian Datuk pandulah sendiri ke Kawasan Jalan Doraisamy tersebut. Saya jamin Datuk, jika Datuk sendiri terkena batang hidung, di 'pow' Sepuluh ringgit untuk parking di bahu jalan ber'line' kuning, Datuk juga akan marah. Saya Pasti balik ke rumah nanti Datuk juga akan menulis Surat Terbuka kepada diri Datuk sendiri di dalam Blog.

Untunglah saya ada blog kan Datuk? untunglah...

16. Akhir kata dari saya Datuk, terimalah serangkap peribahasa dari saya untuk mengubati jiwa saya yang lara tidak dapat makan sup ayam Jalan Doraisamy setelah jauh memandu dari Shah Alam, Datuk.

Terbakar Kampung Nampak Asapnya, Terbakar Hati siapa yang tahu...

Eh Datuk, rasa tidak puas pula bagi serangkap peribahasa, saya nak tambah lagi Datuk..

Bagai menarik Rambut Dalam tepung, Rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Jangan nanti kerana marahkan nyamuk seekor maka kelambu pula yang dibakar.

Boleh Ketagih pula bermain peribahasa ni Datuk. Harap rungutan dan kritikan membina saya ini dapatlah Datuk pertimbangkan. Kerjasama dari pihak Datuk amatlah saya hargai, sekian. Terima kasih.


Yang Benar,

Mohamed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri  BSC HONS PJK, BM, BI, ADD, MATH, AMK, U.N.T.A
( Surat ini adalah tulisan blog dan cetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan)


Salinan Kepada :

Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Yang Berbahagia Datuk Ketua Polis Kuala Lumpur

*******************************************************************************

Credit gambar : Mattingtong.blogspot.com ** sup kat sini tak dinafikan mmg sedap selain Brickfields, Klang dan Pelita

p/s I kejap-kejap aku rasa aku macam 'Prince' Luqiee Hasanal Bolkiah plak bila tulis surat macam ni.

p/s II apakah kebarangkalian Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk baca entry post ini?

p/s III korang rasa kalau aku buat degil jugak parking tak bayar, bocor tak tayar aku malam tu?

37 comments:

  1. aku rasa,kalau tak kena gores dan menang, ko kena tumbuk kat muka, atau cermin kereta ko pecah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena tumbuk kat muka, aku tomoi dia balik noi.... aummmm

      Delete
  2. Gores dan menang tak ganas sangat sekarang... jenis baik2 cam aku je wat gores dan menang tu... kutu2 tu mungkin jugak la balun ko dengan helmet. Dah nama kutu, mgkin nk tumbuk ko pun tak lepas, so, dorg gune brg2 lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa dorang pancitkan tayar aku, sebab aku dah penah kena dahhh...

      Delete
  3. huhuh..panjang lebarnye surat..
    tp betul gak..dulu penah g mam kat bangsar,park kete kat bahu jalan kene paw rm5.. nak xnak kene byo gak la.. -_-"
    Mmg patut pihak bertanggungjawab pantau pasal ni..kutu belahak yg sgt biadap..dah la paw melampau..klu xbyar mesti jadi sesuatu kt kete tu (mmber dah tkene)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 aku bayar la, skrg aku taknak bayar dah. selagi ada org bayar, selagi tu dorang akan buat gak..

      Delete
  4. baca-baca, aku excited tunggu respon ko kt kutu tu..bila ko bagitau ko blah, rasa frust gila..!

    hakhak..sbb nk tgk gak ape jadi kt kete ko.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. esoknya, kete aku bengkok pintu langgar pagar sendiri.. irony tak?

      Delete
  5. ooo... kene paw... ramai lagi ruprnye org jahat kat kl tu... dalam arus pemodenan masih jugak ade saki baki org2 tak betamadun yg wujud....

    amik plat number die? bukan pi chai number tu... tapi at least langkah2 keselamatan... ape2 hal bleh report kat polis...

    insyaallah.. kalau YB tu pro kerajaan die akan ambil tindakan atas surat terbuka kau ni... kalau die konco2 anugay.. mesti die akan salahkan kerajaan pusat pasal tak prihatin nasib org2 kl.. sampai sanggup mengepaw... eh2 eh2.. apasal berbaur politik ni? bahang pilihan raya dah dekat la tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, aku lupa la amik no plat di. aaahh, kalau tidak leh aimkan! nanti aku nak gi buat la...

      Delete
  6. thank you for the credit. :) yes,memang tak patut pon. totally not worth it kena bayar sampai rm10 ringgit. untuk berapa lama je pon lepak makan situ kan? dah terfikir jugak what other worst case scenario that might happen to you,and your car.

    nanti boleh pegi try dekat sentul punya. dulu dia bukak dekat jalan doraisamy(or "cawangan" of jalan doraisamy,not sure)confirm takde pow parking camni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey, next week pegi makan kat sentul plak kan! padan muka jalan doraisamy dah kurang 2 org pelanggan dah.. huh **flips bulu dada..

      Delete
  7. gores dan menang, tak tahulah. tapi klu gores dan calar, itu sudah konfem

    ReplyDelete
  8. In the end, pengguna/ org kebanyakan mcm kita yg rugi. Bersepah kutu pow parking ni kat merata KL. Ada sesetengah tu cam mat gian je. Tempat tumpuan org ramai pulak tu port diorang. Selalu kita dlm dilema nak bayar tak nak. Kalau ikut hati memang tak nak bayar, tp "keselamatan" kereta & kita yg dirisaukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya syak, zaman moden ni, dorang ni ada kena mengena ngan gengster la, bkan mcm zaman dulu mat2 gian je.... sebab dorang organized

      Delete
  9. mahalnya kena bayar! tapi kat area kl memang camtu, ramai sangat tukang pow parking.. akak pernah pergi kat area kg baru, makan kat satu restoran ni... nak parking kat depan restoran dia kena charge rm5! nak tak nak kena bayar jugak sebab takutlah dia buat apa2 kat kereta kita kan?

    tapi pihak DBKL patut pantau perkara ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DBKL ngan polis mesti serius halang benda mcm ni, sebab benda ni susat org mcm kita pengguna ni, kena tindas.. nak wat sombong kang kena dajal pulak kete kan kak...

      Delete
  10. aku rasa sudah sampai masanya ....kita bakar je!


    keh3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pikir satu hari nanti aku nak pg ngan geng2 naik van, pastu parking, pastu dia mintak aku taknak bayar, pastu usha dari jauh. kalau apa2 jadi, hambat belasah dorang... amacam?

      Delete
  11. hahahahahaha terbaikkkkkk laaaaa...hahahaha kompem punyooo datuk baco...hahahaha....x dpt makan sup..bau sup pon jd la yer..hahaha - by cik lara hati

    ReplyDelete
  12. kalau tak bayar mungkin la tayar kau tu bocor tapi kalau tak bayar + kau naik suara.... paling tidak cermin pecah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu aku malas nak tunjuk langsi, nanti aku makan sup, dia pedajal kete, kut mana pun rugi... haihhh

      Delete
  13. siyes first time aku skip bc surat ko..xlarat nak baca..kepala pening melayang2..nak demam..lalala..
    sory zul ek..lain kali aku baca full entry ko..

    yang benar..
    budak senget-pjah..=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa makan ubat, pastu rest ok, nanti dah baik boleh baca lagi kan kan kan :) take care k...

      Delete
  14. Jwpn pd psII : kita pakat share ramai2 warkah ni dlm fb agar smpi ke pngetahuan Datuk
    Jwpn pd psIII: gerenti kalu tayar tak bocor cermin depan lopong

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada idea, email aduan kat DBKL website, pastu letak link entry ni kan kan kan :) hahaha

      Delete
  15. perghh..pnjg nau surat cinta ko ni..ehehe..

    kat penang ni aku tak pasti ade ke tak kutu yg suke ngepow time parking ni..sebab aku takde kereta nak merayap merata2 dan parking tepi2 jalan..mungkin ade la kot kat area island sana..kalau kat mainland ni aku tak pasti pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun dah delete suku Sha, kalau tak, mau jadi mcm karangan autobiographic saya sebatang pen.. hahaha

      Delete
  16. waduhh!! terbaekk la surat cinta ko nih, konpom datuk bandar tu feeling habis kalau baca surat cinta ni..hahaha

    AMK & U.N.T.A tu stand for...??
    yang lain2 tu aku pernah dengar tp yg dua tu aku x tau..nak kesahihan baik tanye ko terus kan...:P

    ReplyDelete
  17. AMK tu Ahli Mesyuarat kampung, UNTA tu unta, binatang berbonggol di tanah gersang.. hahaha

    ReplyDelete
  18. wahhhh dah jadi cam indon..tetiba keluaq tukang parking dari lubang mana tah..pastu pow duit ckp tu area dia,,tak patut,,tak patut,,,10ringgit pulak tu

    ReplyDelete
  19. amboi tak boleh panjang lagi surat ni? kah3. kutu belahak tu macam maneww?

    ReplyDelete
  20. aku tak membesar kat KL tp laki aku memang membesar kat KL & masalah yg sama jugak selalu kitorang hadapi bila nk park keta kt kl.. tp untung skit laki aku dia pandai cr2 port menarik yg x kena pow. dia kalau dgn kaki pow parking pun dia malas nk bising sbb tau akan memudaratkan je. Bagus jugak kalau Datuk baca.. memang masalah pow parking ni semakin maharajalela

    ReplyDelete
  21. entry ni link kan aje kat aduan dalam laman web dorang, kita tengok apa respond dorang..

    idea yang menarik.. ai rasa kalau dato bandar KL sendiri turun padang dengan idea bernas tu confirm esoknya semua anak-anak buah kena kerja keras.


    psstt: hahaha.. gelak2.. ops.. sori dato' sebab terbayangkan dato pakai singlet dan seluar biasa2 turun kat Doraisamy tu.

    ReplyDelete
  22. walaupun aku baca post ni lambat 3 tahun... nak tau gak kesudahan surat kepada dato ni...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...