March 13, 2012

Perjalanan yang menginsafkan.

Assalamualaikum

Kisahnya bermula dengan kecuaian aku, Aku bangun pagi, sibuk nak buang sampah dari dapur ke tong sampah depan, buka pintu kereta dulu nak buang haba panas, pasang Aircond semua bagai, elok nak masuk kereta terlupa nak ambil sampah dekat dapur.

Keluar balik dari kereta masuk rumah balik buang sampah, lepas buang sampah terus laju duduk dekat seat driver, terlupa nak tutup pintu passenger belakang, masuk gear reverse, undur dengan yakin sampailah berbunyi..

" Keriukkkkkkk.....ah jahanam dah pintu kereta aku"

Musibat, akhirnya kereta masuk bengkel ketuk body belakang kilang tempat kerja dan aku balik rumah jalan kaki dan naik bas pada hari Khamis lepas.

***************************

walaupun aku bawak kereta, tapi aku selalu lalu dan lepak kawasan ni bila nak ke pasar malam.sini memang kelam kabut sikit, sesak dengan bas!

Kiranya minimum aku tak pernah naik bas tinjat-tinjat adalah 3 tahun, aku akui yang aku bukanlah seorang survivor dalam acara menaiki bas tinjat, sebab masa aku study uitm lagi dah biasa naik motor EX5, Aku tak suka naik bas sebab rasa macam sedih sangat bila tunggu bas lama-lama tapi bas tak sampai-sampai.

Tapi dek kerana taknak susahkan sesiapa aku rasa baik aku cuba untuk naik bas dari Pandamaran, Port Klang - Shah Alam, aku nak buat eksperimen, berjaya tak aku sampai ke rumah tanpa susahkan sesiapa?
Jadi perjalanan yang kerdil bagi orang lain tapi agak significant pada diri aku pun bermula.

1. Bas Warisan Bandar Klang - Port Klang.

Aku naik bas ni, tah nombor berapa aku tak hafal, yang aku tau bila bas warna gold ni hampiri bus stop je, aku cepat-cepat panjat tangga lepas tu aku tanya driver..

" Bang, Bang, bas ni pergi bandar Klang tak?"

" Hah, pergi pergi, naik- naik"

Bila aku naik, aku bayar RM 1.50, dalam bas ada 3 orang Nepal, sorang Bangladeshi dan sorang Rakyat Malaysia Berketurunan India. Dalam perjalanan bas yang berdurasi 30 minit ini aku dapatlah sikit pengetahuan. Iaitu pengetahuan berapa pendapatan pemandu bas, India seorang ni adalah penumpang tetap bas tinjat Pandamaran Port Klang, Jadi dia dan driver bas ni dah kamcing la, Bersembang macam lepak kedai kopi pun ada, aku hanya pasang telinga..

" Dey, u kerja gaji berapa? ada 2, 3 ribu ka bawak ini bas?"

" Saya mana ada makan gaji la aya, saya pajak juga ini bas, Satu hari RM180, itu sebab saya kena kerja kuat, angkat semua orang mau naik bas juga aya"

" Woooo itu macam ka? kira-kira u boleh dapat berapa ha?"

" satu hari, libey kurang ha saya boleh dapat 150 la bersih, cuti sabtu ahad juga saya boleh dapat 5-600, boleh lah aya satu bulan dapat dalam 3, 4 ribu tapi kena rajinlah!"

" Takpalah Mat, janji kita dapat cari makan halal lah! takda kasi susah sama worang!"

Bila aku dengar pasal Aya tu cakap kerja apa pun takpe janji cari makan halal, aku macam terfikir..

" Selagi mana badan mampu untuk cari sumber halal, maka kita kena cari sumber halal tanpa susahkan orang lain"

Tepat jam 5.15 maka bas pun sampai ke Bandar Klang, Perhentian Mydin. Kawasan sesak yang amat.

2. Bas City Liner Bandar Klang - Kotaraya - KL

Aku pun dengan kurang pengalamannya, naiklah bas City Liner ni, padahal kalau naik Seranas tentu-tentu di masuk dalam Shah Alam sampai Seksyen 2, dek kerana kesilapan ini, aku pun turun tepi highway dekat bus stop Sungai Rasau.

Dari atas persimpangan Padang Jawa tu, aku turun ke bawah, ke simpang lapan, terus berjalan ke Plaza perabot seksyen 7, ke kawasan Komersial seksyen 7, berhenti di bus stop depan situ, tanya dua budak perempuan yang sedang rancak berbual sambil tunggu bas.

" Dik, tumpang tanya dik, sini ada bas pergi seksyen 8 tak dik?"

" Seksyen 8? hurmmmpphh takdelah bang, abang kena naik bas Rapid KL tak pun Seranas, pastu bas tu pergi Seksyen 2 atau PKNS, dari situ abang boleh naik bas lain, dia pergi seksyen 8."

Fikir punya fikir, last aku buat keputusan nak jalan kaki pelan-pelan je dari bus stop tu ke rumah aku, aku anggarkan adalah dalam 10-15KM jauhnya, Jalan punya jalan aku tersedar yang aku macam buat kerja bodoh pulak, so aku berhenti dekat Bus stop depan Jakel, tunggu punya tunggu, aku tengok semua bas korner masuk area seksyen 7 I-City, takde sekor pun yang terus lalu depan Jakel.

Akhirnya aku buat keputusan untuk teruskan perjalanan. Melewati Hospital Shah alam - dalam pembinaan, poliklinik dan 2 bus stop - tidak berfungsi. bila aku lalu poliklinik aku teringat kawan aku buat lawak masa sekolah menengah.

" Eh kau dapat masuk U mana?"

" aku dapat masuk Uitm, kau pulak dapat masuk U mana?"

" aku dapat masuk Poli je Zul"

" yelah poli, tapi poli tu banyak, kau dapat masuk poli mana?"

" Poliklinik! hahahahhahahaha.... hahahahahha"

" eleh, tak lawak punnn, huh!"

3. Hujan dan Matahari

Melintasi simpang Unisel dan Bangunan Belia Selangor, hari mulai mendung. Aku dengan bergalas beg berisi Laptop, dokumen kerja dan cek-cek duit ini mula rasa gundah gulana.

" Ni kalau hujan ni mau basah Laptop ni, basah semua dokumen opis ni, aku kena cari plastik buat cover"

Masa tu baru aku sedar yang Bandaraya Shah Alam ini adalah bandar yang bersih, jenuh aku berjalan duk pandang kiri kanan cari plastik tepi jalan tak berjumpa. Aku mula bimbang justeru itu aku berdoa dalam hati aku dengan penuh khusyuk..

" Ya Allah, Aku mohon padamu dengan kebaikan yang pernah aku buat, Samada Kau bagi aku jumpa plastik, atau Kau bagi tak hujan atau kau bagi kereta yang kenal dengan aku berhenti dan tumpangkan aku, amin"

Elok habis doa ringkas tu, jalan dalam 10 langkah dalam keadaan gerimis, aku terjumpa payung usang orang tinggalkan tepi jalan. Rasa terharu sangat. Bak kata orang Indon "Merinding Bulu Roma ku"

Seakan dapat rasakan keajaiban kerohanian berlaku secara tunai. Bayangkan jumpa payung tepi jalan dengan tidak semena-mena, Lepas tu aku amik payung dan teruskan perjalanan lagi, elok dalam 5 minit jalan  jumpa lagi Payung tepi jalan, hah 2 payung pada masa yang sama.

Elok jalan dalam 5 minit lagi, hujan pun berhenti turun, dan matahari kembali bersinar terang. Tadi aku doa mohon 3 perkara, Jumpa payung dah makbul, pastu doa supaya hujan berhenti pun makbul, aku tunggu ada tak kawan yang kenal berhenti untuk tumpangkan aku.

Orang kata hidup ni janganlah nak tamak sangat ye tak? sampai ke rumah takde sape pun yang berhenti nak tumpangkan aku. Pada masa tu aku macam pikir..

" eh masin jugak mulut aku ni mintak doa, apa kata aku try doa mintak jumpa duit juta-juta dalam plastik hitam orang buang tepi jalan!"

Buat masa ini, fantasi dan doa aku pasal jumpa duit orang buang dalam plastik hitam belum lagi dimakbulkan Tuhan. Mana tahu esok lusa boleh makbul ye tak? tak dapat duit cash, dapat hadiah kereta beli oren twister pun best jugak.

Scene jumpa payung bukanlah efek dramatik, tapi ia benar2 berlaku, Lawa tak payung ni? sikit pun tak lawa. tapi  boleh  lindung hujan
Selang beberapa minit lepas tu, Hujan  renyai pun berhenti, Matahari kembali bersinar dengan megahnya.

selalu bawak kereta, nampak rumah / galeri ni tepi jalan, mampu tengok skilas pandang je, tapi bila jalan kaki, baru lah kagum gila bila tengok lama2 dari dekat.

Okey dah mula memasuki kawasan rumah, Orang kata pelan-pelan jalan, lama-lama sampai jugak, takde mati de kalau  jalan kaki jauh sikit aaaaihhh. - baru lah aku hargai bahawa betapa damai kawasan perumahan aku ni sebenarnya.
**************************

Kesimpulannya, perjalanan ini menginsafkan aku terhadap beberapa perkara.

1. Mengingatkan aku bahawa aku selama ini selalu kufur nikmat, aku selalu tak puas dengan apa yang aku ada, cuba bila sesekali kita letak diri kita dalam keadaan orang lain yang lebih kurang bernasib baik dari kita, pasti kita akan menghargai sangat EX5, Toyota Corolla, skuter rongak, mountain bike, Kancil 650, dan kereta tak berapa mewah yang kita ada.

2. Setiap hari kita bawak kereta dari Point A ke Point B, kita tak pernah nak ambil peduli apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan, kita tak pernah tau rumput jenis macam mana tumbuh di tepi sidewalk, kita tak pernah lihat dunia dari pandangan pejalan kaki, kita tak pernah berhenti sekejap dari deruan enjin kereta dan berfikir sejenak..

" eh yang aku rushing sangat setiap hari dalam hidup aku, apa yang aku kejar agaknya?"

3. Aku mula melihat bahawa, naik bas itu tidaklah susah mana pun, dalam masa 1 jam dan kos RM 2.50 aku berjaya sampai dari kilang di Pandamaran ke rumah. Jadi tak perlulah kita nak hyperbola konon kalau kawan/abang/abah/pakwe/makwe/mak/nenek tak datang ambik kita bila kita takde kereta maka kita akan mati. Kita mampu mengubahnya. Jika kita tak mahu berdikari, kita anggap je bahawa kita tengah buat eksperimen pulang ke rumah naik bas tanpa susahkan orang.

4. Lain  manusia, lain pengalaman hidup dia. Lain manusia lain sudut pandang hidup dia. Lain Manusia lain Priority hidup dia, lain manusia lain keinginan dia, kita tak boleh standardkan tahap pemikiran manusia. Kita tak boleh nak suruh penumpang bas melihat dunia dari sudut pandangan kita yang drive kereta. Sebaliknya kalau kita nak faham, mungkin kita perlu berhenti naik kereta sejenak dan cuba letakkan diri kita dalam sudut pandang penumpang bas.

5. Allah Maha Kaya, kau dalam kesusahan, kau mohon dan meminta-minta darinya. Kau minta seikhlas dan setepat mungkin. Kau mungkin western, kau mungkin urban, Agnostik, liberal, open minded, Hipster, modern-thinking atau sinikal-skeptikal, tapi kau mesti pegang bahawa Tuhan Itu wujud dan kita semua berada di bawah kekuasaannya. Tanpa Pegangan akidah kita terhadap Kuasa superior yang menentukan nasib hidup kita di alam ini, maka tiadalah beza kita dengan gorilla.


****************** Tamat*********************




p/s lepas ni, sekali sekala aku nak pergi ronda2 KL dengan awek naik public transport.

p/s sebenarnya aku yang over-reacted, padahal ramai je kawan-kawan aku yang naik bas hari2, nak-nak student yang naik bas pergi fakulti. wakakakakaka... anyway salute dekat korang semua yang tegar memilih public transport, alah bisa tegal biasa.

49 comments:

  1. nice entry ikar. apa yg dpt sy nmpak dlm entry ni, kalau kita sndiri tak rasa kesusuahan yg org rasa, kita takkan tau mcm mana org tu pikul susuah dia kan? apa2 pon smua ni ajar kite erti kesusahan disebalik kesenangan yg kite alami:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ezan, kita kalau dah rasa kesusuahan org baru kita mengerit apa itu susuah..

      Delete
  2. dulu-dulu, aku tak suka naik bas kalo balik dari hostel..
    pastu aku akan mintak bapak aku jemput dengan alasan xde duit..pdahal tiket rm5 je..

    terukkan..
    sbb bas ke tmpt aku, ada dua jam sekali.. tu paling baik laa tu..
    nyampah..! da laa tu pn smpai pekan je..
    nak masuk ke felda tu, ade lg 15km..

    mmg tak laa kan nk jalan kaki..
    sbb keliling kebun kelapa sawit..

    tak elok utk anak dara comel cam aku ni..

    eh..pjg pulak aku komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tak pernah tumpang lori angkut tandan sawit tu ke Shila? mesti terserlah kecomelan kau diantara tandan2 sawit tu nanti...

      Delete
  3. kadang kadang kita harus letakkan diri di tempat orang lain; sebab hidup ni macam roda; berputar. kadang kadang kita kat atas kadang kadang kita kat bawah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Reeeeyn, tiada yang betul melainkan betul belaka..

      Delete
  4. nak g K.L ngan AWEK nek public transport..?...hahahah...napa nak ajak awek..g sorg xleh ka..?..zulfi..zulfi...ajak car9 skali...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak awek, baru boleh bermadu asmara.. aaaahaaiii...

      Delete
  5. itulah yang aku rasa selama di sini ...priceless!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memang tabah Win, kau memang tabah!.. eh betul ke nama kau Win?

      Delete
  6. kan?bile kite letakkan diri kite ditempat org lain yg lebih susah, mesti kite bersyukur dgn apa yg kita miliki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tau, bukan senang naik bas turun bas. syukur ada keter T_T

      Delete
  7. hehe..aku rasa pon ak ni kufur nikmat..nice entri

    ReplyDelete
  8. bila kita susah, kita angkat > mudah bersyukur dan ingat kepadaNya.

    *hikmahnya: > 10,000 langkah ni. voila!! (>.<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita susah kejap, baru kita bersyukur dgn nikmat yg kita ada...atau pernah ada.

      Delete
  9. Bro, aku pernah jalan kaki dari Arau sampai ke Kangar. Masa tu time balik kampung. Boleh aje kalau aku nak tunggu bas ke Alor Setar kat bus stop Arau. Tapi ntah keputusan gila apa aku buat nak jalan kaki ke Kangar. Duit cukup-cukup aje buat tambang ke Alor Setar. Tapi bila dah berjalan, kaki ni rasa berat aje nak berhenti rehat sebab takut putus asa dan patah balik ke Arau. Walaupun melangkah perlahan, akhirnya sampai juga ke Kangar. Ini cerita masa zaman sekolah.

    Aku pernah terbaca kat akhbar tentang bantuan perubatan yang diberikan oleh Malaysia kat rakyat Somalia. Ada budak Somalia ni yang sanggup berjalan kaki 2 3 hari semata-mata untuk bertemu dengan petugas perubatan dari Malaysia bagi merawat kecederaan dan penyakitnya.

    Mungkin jika kita berjalan kaki, kita akan mati kepenatan tetapi tidak akan mati keinsafan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wei bukan main jauh wei arau ke kangar, aku rasa apa yang kau buat tu sama macam perasaan masa aku decide nak jalan kaki. aku rasa mcm .. "eh apa kerja gila aku buat ni"

      tapi kadang2 buat mcm syok jugak.

      Delete
  10. aku smpai anak sorang pun tak pas2 naik publick transport kat KL.. LRT pun aku tak pandai naik sorang2. Blh kira dengan jari la berapa kali aku naik publick transport kt KL ni walau aku bukan pandai drive cuma sgt di manjakan je. wakakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau takpe nyah, abang sayang ko lebih! abang ko mesti tak sanggup. ko comel sangat, nanti kene himpit ngan bangla dalam tren. hahaha

      Delete
  11. terharu baca..hidupku dari kecik smpai skang masih naik public transport..ada masa senang ada masa susah.. alah bisa tegal dek biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, nanti ada rezeki naik Motor/kereta sendiri baru rasa kenikmatan dia yg teramat sangat.. sabar ok..

      Delete
  12. huhuhu. laki berjalan awam, lagi banyak benda kot belaja :)

    ReplyDelete
  13. bila kita dah biasa hidup susah kita akan menghargai nikmat yang diberi... sebab itulah kalau kita tak pernah susah kita kena belajar dan memahami hidup susah, baru kita sedar akan kesusahan itu!
    erk, cam belit2 je ayat ni...heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, belit2 ngan ulang2 banyak kali. hehehehe

      Delete
  14. ya Allah terasanyew dgn student yg g fakulti naik bas.hee.Tapi betul lah ikar.bila duk arau dulu sy dah rs susah tapi bila duk shah alam.Peh lagi susah rupanya.hee

    suka wenteri nei tawu.hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wenteri bunyinya. amboi kaedah eww eww dia makin maju skrg ye.

      Delete
  15. Ermm ermm.. aku pun suka juga berjalan kaki kadang kadang. Sementelahan berjalan, kita boleh menghayati alam sekeliling..

    Dan betul, kita memang selalu kufur nikmat. Tak hargai sesuatu ketika ada...ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita rasa susah, baru kita mensyukuri nikmat kita ni! dah dah pergi lukis kartun cepat!

      Delete
  16. Salam. Oh, dok shah alam ye ;) hihihi. Samalah kita tp lain seksyen. Kita selalu take things for granted. Then bila hilang sesuatu baru nak appreciate. Itulah manusia. Lumrah dik!

    ps: Sesekali buat benda lain dari rutin kita is actually good to open up our eyes and mind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Say Syak akak duduk seksyen 18 betul tak kak? haha

      Delete
    2. Teeeettt! Jauh tersasar la hahahahaha.... Depan sinun hah.

      Delete
  17. nasib baik pjalananan tu tak kena naik jambatan gantung atau seberang sungai yg penuh dgn buaya, kalu tak kena pulak berlakon jadi sang kancil, seberang sungai atas badan buaya.. satu dua tiga lekuk, jantan betina kena ketuk.. ingat lagi tak buku cerita tu? Budak2 zaman skrg mesti tak tahu kisah sang buaya nikan... Ikar, kamu buat satu entry pasal buku cerita kanak2 dulu2, ni, bleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kak, saya pun macam ada rasa nak tulis pasal kisah teladan sang kancil dan sang buaya... nanti saya buat ye kak.. tenkiu

      Delete
  18. rindu siot dengan klang tempat aku belajar dulu...terkenal dengan sesak tahap cipan lelagi sebelum klang sentral wujud...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia buat roundabout ngan fly over baru tu pun still sesak gak. sebab struktur asal bandar tu memang dah pusing2... huhh tapi bas punca utama la..

      Delete
  19. tulisan kau sangat bagus ...ada satu permintaan tolong tulis ttg hukum hudud yang baru Tun M post tadi...Agar ramai yang faham dimana letak al-quran dan di mana letaknya hadith...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, ramai orang yg mintak aku tulis pasal hudud. buah fikiran dah ada, cuma tunggu masa sesuai dgn suasana untuk ulas ye. tenkiu...

      Delete
  20. meh ikut aku balik ke tempat aku ngajo...lagi ko insaf.
    merinding bulu roma takde kaitan dengan terharu lah ikar..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. merinding bulu roma terjadi bila terharu sangat, ke aku je yang mcm tu Noi? hahaha

      Delete
    2. merinding bulu roma tu kalau feel feel seram gitu

      Delete
  21. dulu.. ye.. biasa naik bas, pastu nak duduk kat belakang sekali.. sebab tak suka nak bersesak-sesak kat ruang depan bas.. (apa yang best ntah bersesak bagai kat ruang depan bas tu, kat belakang rileks je..)

    tapi sekarang.. sejak dah pindah ke Klang ni, belum pernah walau sekali naik bas walau hari-hari lalu kat Klang Sentral tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu zaman saya muda, saya naik Bas mini no 11 dari sungai tua ke chowkit. skrg ni asyik dengan kereta, motor pun dah jarang2..

      Delete
  22. sesekali rase pengalaman yg berbeza, tak salah.. cume hati je yg kekadang rase takut2 dek mainan perasaan sendri... last2, tak de pae yg tak boleh kite buat... susah pun bukan la susah sangat.... perit pun bukan lah perit sangat... pendek kata, buang je perasaan negatif dari dalam hati.. semua benda kite boleh lalui kot... tu, aku blaja dari kau...

    amacam naik bas? dpt rase tak ape yg zulkifli sa'don lalui selama bertahun-tahun... tak susah punn..... kan.. kan...

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/cerita-zaman-kecil-memburu-bersama-abah.html

    silalah merayap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah mana pun naik bas ni, lagi jimat adalah, sometimes kalau takde rushing mana2, aku pikir nak naik bas je lah. best, x penat bawak kereta.. :)

      Delete
    2. Nak tanya mcam mana nk naik bas kl sentral to klang mydin

      Delete
  23. tumpang tanya, mcm mana nak naik bus drpd kl ke klang sentral ek? blh kasi tunjuk ajar?

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...