March 19, 2012

Nasihat Tentang Sahabat Kepada Sahabat

Assalamualaikum....

Dulu aku pernah terharu, aku pernah ada kawan bernama Shahril Husin. Ya Rabbi, Hamba Allah ni punyalah sebaik kawan. Pernah satu hari aku habis duit dalam poket, masa tu kami tengah Practicum dekat Hospital Selayang jadi kami berulang dari Shah Alam ke Selayang setiap hari. Duit dalam wallet aku habis sebab masa zaman aku study duk gigih buang duit dekat meja snooker dengan Cyber Cafe.

Bila dah sampai dekat petronas, aku bagitau Shahril..

" wei Debe, aku tengah takde duit ni, pinjam duit kau dulu boleh tak? minyak dah tinggal reserve je ni. Nak pergi pun tak sampai nak balik pun tak sampai"

" erm, ada - ada, nah kau pakai dulu duit aku ni, Aku pun takde duit, ni je ada"

Masa tu Shahril bawak keluar RM 2.00 tak salah aku dari wallet dia, itupun duit tabung 50 sen 4 keping, Tak salah aku lah, atau pun RM 1.00 je aku pinjam, punyalah aku terharu sampai aku ingat peristiwa tu.

" Terima kasih ye debe, nanti bapak aku masukkan elaun aku bayar balik kat kau!" 

"okey ikar, takde hal lah!"

Nasib baik kami kerja dekat Catering department, jadi tengahari tu aku dengan debe makan nasik free sebab duit 4 keping 50 sen debe aku dah pakai buat isi minyak motor.

Sahabat karib bukan tentang berapa kali kau nak ulang " dia ni bestfriend aku!" sampai beratus-ratus kali, sahabat karib adalah kawan yang lalui susah senang sama, gaduh gelak sesama, walaupun sampai satu masa kawan memulakan hidup baru, kamu masih genggam erat kenangan lama, dan kau selalu tanya khabar tanpa lupa.
*************************

Masa zaman aku  dulu, kami semua akrab, baik kawan karib, kawan serumah sewa, kawan sekelas dan kawan sekepala. Macam-macam perkara kami lalui bersama. Tapi yang paling akrab antara kawan-kawan kami semua dari diploma part 1 sampai habis degree adalah Aku, Shahril, Zikry, Chewe, Ili Farhana, Rushaida, Aleng, Tun, Fadhli, Azie dan ada beberapa lagi.

Tapi kami semua ada Mutual Respect...

"  eh jap abang, sebelum abang sambung membebel, nak tanya Mutual Respect tu apa Abang Ikar?"

" Mutual Respect itu adalah saling hormat menghormati hak masing-masing, ok duk diam-diam dengar abang nak sambung bebel ni"

Tapi kami semua ada mutual respect, iaitu kami tidak akan melangkau batas individu masing-masing. Kami tidak akan sibuk-sibuk menghasut semua kawan-kawan kami tentang dengan siapa mereka harus berkawan, berkasih, berpakwe-makwe dan bersosial.

Bagi kami, seakrab mana pun hubungan kawan, ia sama sekali tidak akan menjadi lesen untuk kau menjadi 'Friends' law Enforcement Officer'. Kami tidak mempunyai hak untuk bagitau kau patut kawan dengan siapa, kau patut bawa atau tidak pakwe kau lepak dengan kami atau samada kau patut pilih antara kami atau makwe kau.

Bagi kami, jika kami sudah menerima seseorang itu menjadi kawan akrab kami, maka kami harus juga menerima sesiapa sahaja pilihan hatinya untuk bersosial dengan kami. Walaupun banyak kali juga mereka tersilap memilih Pasangan, namun itu adalah haknya. Itu adalah process remaja dewasa dalam bereksperimen tentang fitrah manusia bercinta.

Ili Farhana dulu ada pasangan kekasih setia, Hamdan namanya, sekarang diorang dah kawin pun dan ada dua cahaya mata. Tapi bila kami keluar berjimba takde pulak kami nak bagi arahan kepada Ili....

" wei Ili, kau tak payahlah bawak Hamdan, kacau program la. kau datang seorang je"

No, no no dan no. Rules of Thumb dalam mengangkat persahabatan biasa kepada persahabatan karib adalah, Kau jangan letakkkan kawan kau di dalam dilema nak memilih antara Kawan dan Kekasih. 

Melainkan, melainkan kawan kau sendiri datang meminta pendapat jujur kau tentang kekasih dia.

" Ikar, aku nak tanya kau lah! apa pendapat kau dengan si Yati?"

" kau nak aku cakap jujur ke atau kau nak dengar apa yang kau harap kau akan dengar?"

" aku nak kau jujur, ni gambar dia, kau komen la sejujur mungkin"

" Bagi aku, Yati ni terlalu tua untuk kau, kau muda lagi, kau berhak untuk dapat awek yang lebih muda atau paling kurang sebaya dengan kau, at least mungkin dia akan memahami kau dengan lebih baik"

" tapi Ikar, aku dah jatuh cinta kat dia!"

" kalau kau dah cinta dekat dia, masakan aku boleh direct hati kau nak buat pilihan beb, kalau kau dah suka, umur bukan lagi faktor, yang penting hati bahagia, tapi kalau kau mintak pandangan aku sebagai kawan, ikhlas aku cakap kau kawan je dulu dengan dia, satu hari nanti kau akan belajar erti cinta"

"Okey Thanks Ikar, lega hati aku dengar nasihat ikhlas kau"

Antara kami dulu, kami takde pulak nak Kenen-kenen perli pasal kawan pergi dating, atau amount of time yang kawan terpaksa bahagikan antara kekasih dengan kawan. Mungkin adalah sekali sekala, tapi itu gurauan semata-mata, dan gurauan itu takdelah pula menjadi kerap sehingga menukarkan gurauan menjadi sesi sentap menyentap.

Pada pendapat aku...

" kawan yang meletakkan kawan di dalam dilema memilih antara kekasih dan kawan adalah bukan seorang kawan yang bagus"

Pada pendapat aku lagi...

" kawan yang meletakkan kawan di dalam dilema ini adalah seorang kawan yang tamak, yang hanya mahu kawan dia hanya exclusive untuk dirinya"

Sepatunya sebagai kawan, kau raikan kebahagiaan kawan kau, kau berikan masa dan ruang kepada kawan kau untuk merasai cinta, Cinta yang tidak dapat ditawarkan sesama kawan karib, sebaliknya perasaan cinta itu hanya boleh discover dengan kekasih, apa kata kau beralah sikit dan kongsi kawan kau dengan orang lain.

Kau perlu ingat, Sahabat karib kau mungkin juga adalah sahabat karib kepada orang lain. Jangan tamak dan jangan menjadi Pegawai Penguatkuasa Kawan-kawan.

*************************

Persahabatan adalah tentang..

1. Kau menerima baik dan buruk kawan kau.
2. Kau tidak menghina kekurangan kawan semata-mata nak membuatkan kau nampak hebat.
3. Kau tidak memberi arahan dalam sesi lepak dan bergaul.
4. Kau menerima pasangan kawan-kawan kau sebagai sebahagian pershabatan kau juga.
5. Kau bahagia dengan kebahagiaan kawan-kawan kau.
6. Kau tidak judge kawan sehinga bertahun hanya kerana satu silap yang pernah dia lakukan.
7. Kau harus faham perasaan kawan kau sama macam kau mahu kawan kau faham perasaan kau.
8. Kau bersedia untuk berkongsi kawan kau dengan kawan dia yang lain.
9. Kau tidak cepat melatah dengan khabar angin, tapi kau nak dengar penjelasan dari dia sendiri.
10. Kau tidak malukan dia dengan kelemahan dirinya di hadapan kawan, keluarga dan public.

Persahabatan karib itu berbeza dengan kawan biasa. Walaupun satu masa nanti kawan karib melangkah ke kehidupan berteman dan berkeluarga, kau akan bahagia melihat dia bahagia. Hargailah kawan-kawan kerana kawan kau sentiasa ada untuk sokong kau walaupun kadang-kadang ia merenyahkan hidupnya.

***********Tamat**********

Catering Officer, Exec Halal Jusco, Pengurus Asrama, Pegawai MPS, Pensyarah, Pengurus Lada, Kapten Airforce, Cikgu, Pekerja Kilang.


Dari Kanan atas : Fadhli dah kawin, Zikry dah kawin anak sorang, Ili Anak dua, Chewe bujang, Rushaida anak sorang, Debe dah kawin, Aleng Bujang, Aku Bujang dan Tun Bujang. ( orang tua-tua kata jangan lepak dekat tangga nanti lambat kawin!)

P/s I sebagai seorang yang lebih tua, kadang-kadang aku perlu menjadi serius dan jujur dalam menasihati kawan-kawan yang lebih muda, bagaimana membina jati diri sebelum diri itu berubah menjadi watak antagonis tanpa disedari.

P/s II kawan yang bagus takkan sentap bila dengar teguran jujur demi kebaikan, walhal ia juga menasihati dirinya sendiri.

P/s III Woi debe, aku lupa la yang aku dah bayar ke belum 50 sen 4 keping kau tu? tapi aku rasa aku dah bayar, jarang aku pinjam tak bayar duit orang ni.

p/s IV Selain dari Coolblog, ada banyak lagi Bubble tea yg sedap, iaitu Cupbon dan Chatime. Dah tua baru nak merasa hype remaja, ngengada betul aku.


27 comments:

  1. " kawan yang meletakkan kawan di dalam dilema ini adalah seorang kawan yang tamak, yang hanya mahu kawan dia hanya exclusive untuk dirinya"

    so trueeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Ugly truth, walau nafi mcm mana, tapi ada manusia yg dalam hati dia mahu kawan exclusive hanya utk dirinya..

      Delete
  2. Haha..blum lg la..dulu ye la 50 sen..skang dah jd 5 ribu...;p

    ReplyDelete
  3. Seb bek aku dok tangga paling ats..hehe..miss that mooment

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali Zik, bila komen letak nama zik.. haha

      Delete
  4. saye ade raaaamai kawan . tapi takde pun yang karib . walaupun semua boleh layan kepala memasing gile2 , mereka cume kawan biasa jer . sbb sye agak susah nak mempercayai org laen . (kes dah terkena) hehehe ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu hari nanti awak akan mula percaya pada seseorang, samada dia bakal jadi kawan karib, atau teman tido sekatil awak..hehe

      Delete
  5. aku cuba untuk jadi kawan yg tak tamak..

    tapi kadang-kadang gagal..

    T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. gagal? kau kena muhasabah diri shila! muhasabah diri!

      Delete
  6. P/S IV tu dah keluar topiklah.. hahaha..

    berkawan biar seribu..

    ReplyDelete
  7. hehe..kalo aku tau mmg duduk atas sekali!! ;P ~tunz

    ReplyDelete
  8. aku kalau cerita pasal kawan baik, sahabat bagai ni mcm.. hurmm.. maybe terlalu buruk kot sejarah persahabatan aku sampai aku rasa laki aku la kawan baik, sahabat merangkap asben aku. yg lain2 tu aku berkawan kawanan biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam banyak betul kisah kawan yg mengkhianati kau ni Nyah oiiiii

      Delete
  9. nicely said :)
    a good friend would always support you,be there for you no matter what.

    p/s; saya nak jadi kawan awak boleh tak? ehemmm! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak jadi kawan saya? bukan awak dah jadi kekasih saya ke? ehem ehem...

      Delete
  10. hai ikar..ko sehat? *tetibe nak feeling kawan karib tanya khabar* hahaha..

    tp apa yg ko tulis ni mmg betul..aku setuju sesangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik alhamdulillah. kau sihat tak sha? kiranya kita ni kawan karib dalam internet la.. hihihi

      Delete
    2. oiii..aku ni memang dah terlebih sehat dah weh..hahaha..

      seyes ko anggap aku kawan baek versi tenet? terharu~~~

      ni nak sayang lelebih2 ni..tapi sayang kawan baek je tau..hahha..;p

      Delete
  11. tu la..if aku tau kan tun,memang aku dok tangga atas skali...tp if ikut prinsip susunan tangga,cik martun macam last skali..;p (aleng)

    ReplyDelete
  12. masa sekolah dulu akak ada persahabatan yang macam ni, susah senang dikongsi bersama... pergi mana2 mesti bersama! tapi bila masing2 dah sambung belajar dan berkahwin persahabatan tu dah jauh, walaupun masih contact tapi jarang berjumpa... tapi kenangan bersama tu memang tak dapat dilupakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah kawin fokus tu lebih kepada kuarga, anak suami semua kan... kalau nak kawan lebih2 pun dengan jiran kan kak kan..

      Delete
  13. x semua kawan boleh tlg kawan..pernah ade pengalaman sbegini....perit jerih..hanye org yg faham je boleh mendalami..kalo x..hampeh je laa word BFF tu kalo x tau ape makne nye...jgn men sebuttttttttttttt jek...kekekeke - cik lara hati..*_*

    ReplyDelete
  14. Ika.. pagi nie masa Yong tgh baca email kat yahoo.. tiba2 dapat lah satu email dari kawan Kak Yong yang bertulis begini....

    just for sharing ye kwan2...ade mase bacela blog ni psl persahabatan...
    http://zulfikarhazri.blogspot.com/2012/03/nasihat-tentang-sahabat-kepada-sahabat.html

    p/s: cume teringat 3 org ni je..rse mcm sahabat da mkin pupus lak...huhu

    Wahhhhh... ramai betul peminat blog ika nie... sampai kan bekas kawan rumah sewa Kak Yong pun baca blog Ika... Teruskan menulis..dan Kak Yong akan terus membaca... hi..hi..hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Kakyong? peh terharu betul la. sampai strangers rekemen blog ikar ni untuk baca. mungkin entry ni menyentuh perasaan dia kan ..


      okey, insyallah kalau ada lagi daya, ikar akan terus menulis Rasa Hati Zulfikar Hazri..

      Thanks ye sebab selalu baca blog ikar. :)

      Delete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...