Manifestasi kejutan budaya bagi aku ada banyak, ia bukan yang sekadar kita tahu selama ini iaitu 'culture shock' yang minah-minah dan abang-abang urban selalu guna tu.
" kau tengoklah Rogayah Sungib tu, culture shock gila ah, baru masuk Zouk dah nak shuffle, ape hal pulak nak shuffle lagu Bruno Mars? please, nampak sangat culture shock!"
Jangan kata korang, aku dulu-dulu pun faham yang culture shock itu berbunyi negatif, tapi sebenarnya culture shock itu takdelah negatif sangat, ia sama sekali bukan bermaksud "kau ni kampung lah!" atau "kau ni jakunlah!" tapi kejutan budaya itu adalah keadaan kekok yang berlaku dek kerana perbezaan budaya. Tak bermakna culture shock itu kuno, atau ketinggalan, cuma ia berbeza.
Aku ingat lagi cikgu aku pernah mengajar dulu, dia bagi analogi pertama untuk aku memahami culture shock yang sebenar.
" awak mesti ingat culture shock tu untuk orang kampung yang berubah sebab masuk bandar kan? tak semestinya, ada culture shock yang tiada kena mengena dengan masalah kuno tapi ia tetap menge'shock'kan kepada sesiapa yang kena" kata cikgu aku yang mengajar alam dan manusia masa darjah 6.
" maksudnya cikgu, macam mana cikgu? macam rusa masuk kampung la ye?"
" Contohnya, macam orang asli afrika yang duduk dekat tengah-tengah gurun tu, pernah satu ketika wartawan national geographic bawak microwave oven, apa lagi diorang pun mula la sembah ingatkan benda tu benda ajaib turun dari langit, padahal mereka bukan kuno sebab kehidupan dorang tak perlukan oven tu pun, diorang masak guna kayu api"
" eh, takde beza pun dengan ketinggalan zaman, tu kuno la cikgu!"
" ye tak ye gak kan? okey saya bagi contoh lain, contohnya orang yahudi dan Islam memotong kulit lebih di depan kemaluan lelaki! senang kata sunat la, kalau orang cina atau orang yang tak pernah tau sunat tengok burung tu dah kena potong, mesti dorang terkejut, diorang mesti ingat awak semua cacat!"
" hahahaha cikgu otak kuning, cikgu mencarut! eeeeeee, tak malu!"
" saya bagi contoh je, awak tu yang pikir ke lain. cuba la hati tu suci sikit Zulfikar!"
Gmbar ini sendiri akan memberikan definasi Culture shock, ia bukan Kuno, tapi sebaliknya perbezaan perspektif dari hasil pengalaman budaya setempat. |
*****************************
Aku ingat lagi, permulaan aku mengalami culture shock yang membuatkan aku ingat benda tu sampai sekarang. memori itu terpahat dalam minda aku bak filem lama yang bermain di TV1, tak berubah sedikit pun.
Pada satu malam mak aku malas masak, bapak aku pergi outstation, jadi bila bapak pergi outstation ia adalah satu lesen besar kepada mak aku untuk bermalas-malasan masak, selalunya dia akan bagi duit dalam RM10 suruh beli tomyam atau bihun goreng basah dekat kedai tomyam depan simpang nak masuk Kampung Sungai Tua Baharu.
Pada tahun berkenaan, ia adalah tahun pertama bertapaknya kedai tomyam di kampung aku, sebelum ni kalau kami nak makan tomyam kami akan pergi ke kampung nakhoda, Kampung Baru atau Jalan TAR. Tahun itu adalah 1994, zaman di mana kedai tomyam belum menjadi sensasi di Malaysia, pada masa itu orang semua makan nasik campur, nasik lemak, mamak dan banyak yang makan di rumah.
itu sudah menjadi satu kejutan budaya pada aku, selalunya malam-malam mak aku takde can nak mengulat dari masak sebab takde pilihan nak beli kat kedai. Yang ada pun Kedai P.Ramlee hujung kampung atau malam pasar malam, boleh beli yong taufu dengan kueyteow talam! Ya Rabbi punya seronok woi kalau malam pasar malam, perasaan dia macam pakwe korang ajak pergi makan dekat menara KL.
Kejutan budaya yang kedua aku terima malam tu adalah, aku tengok mamat siam tu masak tomyam guna air keruh warna putih. Dia cedok dalam periuk besar kemudian guna untuk masak tomyam. Teori pertama aku fikir masa tu, air putih keruh tu adalah air susu yang dicampur dengan air paip untuk bagi tomyam rasa lebih lemak.
Teori kedua pulak mak aku cakap tu air paip campur santan, teori yang lain adalah air keruh tu adalah air jampi bomoh sebagai pelaris nak sedapkan tomyam dia. Takde satu pun tekaan yang try bahawa air tu adalah Stok Ayam. Mahu 2, 3 tahun jugaklah misteri tu tersimpan sampailah tengok rancangan kuali, chefwan ada tunjuk masak guna chicken stok barulah semua Ooooo...
" Oooooo, Maknanya mama, air putih yang keruh kedai tomyam tu pakai chicken stock rupanya mama, bukan air paip campur susu!"
" Iyalah ikar, rupanya air stok ayam, dosa je kita cakap dia pakai air tanduk gajah kan ikar kan! takpe, esok kamu pergi beli tomyam dekat dia ye, kira mcm kita tebus salah lah!"
" eleh mama, padahal mama malas masak kan?"
" ala kamu diam-diam sudahlah, tau abah kamu naya kita"
***********************
Masih lagi di kedai tomyam di simpang masuk Kampung Sungai Tua Baharu...
Aku sedang menanti Tomyam ayam, Nasik Putih dan Kangkung belacan siap. Aku duduk dekat satu meja kosong belakang satu kapel. Kapel melayu yang aku ingat lagi imej dia sampai sekarang.
Akak tu pakai baju biru berseluar jeans, Abang tu pulak pakai tshirt hitam berseluar pendek adidas. Korang dapat bayangkan tak seluar adidas zaman awal 90an macam mana cutting dia? jenis tepi kat peha tu terbelah sikit ke atas, cawat luas dan pendek bukan main.
seluar lebih kurang macam ni, tapi brother 1994 pakai warna merah, tengok lubang peha dia luas kan? pendek bukan main seluar nih! dulu2 aku ada gak seluar ni, tapi diharamkan pakai tanpa spender! |
Tengah aku tunggu sambil gulung-gulung duit, aku dari kecik ada habit, bila aku takde apa nak buat dekat kedai makan aku suka main gulung-gulung dan lipat duit. Elok aku tengah leka gulung-gulung duit, aku tengok kakak tu muka stim-stim, lidah nak jilat-jilat bibir, yang brother tu pulak cool je makan nasik dia.
Bila aku amati betul-betul, aku nampak perkara yang mengubah perspektif aku seterusnya sehingga aku dewasa, bayangkan masa tu aku baru darjah 4, aku mana tau apa-apa pasal blue ni! korang rasa apa yang aku nampak masa tu?
Haa betul lah tu, aku nampak akak tu tengah uli cekodok! bukan cekodok pisang, tapi cekodok brother tu. Masa tu aku jadi macam bebal, bengap dan terkesima, aku jadi macam tak boleh nak faham apa yang aku tengok. Senang cerita aku terkena kejutan budaya la masa tu.
Perasaan dia masa tu, ishhk macam mana ye nak describe. Korang bayangkan macam korang pergi KLCC, sekali korang nampak ada Monyet menunggang Anjing laut sambil pakai skirt pastu buat tarian belly dancing sambil nyanyi lagu broery marantika.
Perasaan dia macam kau first time naik roller coster, kau tak dapat nak faham apa yang jadi, masa tu aku darjah 4, umur 10 tahun, aku macam ni lah fikir...
" Kenapa akak tu masuk tangan dalam seluar pakwe dia hah masa makan?"
" Akak tu cari apa dalam seluar pakwe dia? mana ada poket kat situ, kalau nak cari duit cari kat poket la!"
" Eeeee tak malunya abang ni, kalau gatal kena tungau pun garulah sendiri, ada pulak suruh makwe garukan! eeee tak malunya!"
*****************
Bila aku dah besar sikit barulah aku faham kenapa akak tu buat perangai macam tu, rupanya dia tengah beromen, atau amik kesempatan dekat pakwe dia semasa pakwe dia sibuk makan nasik padprik. Saat aku mula memahami maksud senario tu, maka aku tergelak sorang-sorang sambil bayangkan betapa gagahnya pakwe dia buat muka cool sambil menyuap nasik! kebal betul dia, kebal betul!
Dan bila aku dah besar, aku faham dah lawak orang tua-tua yang selalu diceritakan masa rewang kahwin.
" Jang, kalau kau pandaikan, macam mano kekdahnyo ekau nak makan sardin tapi rasa telur! kau pernah makan Sardin tumis tapi rasa telur tak jang?"
" Mengarutlah Pakdin ni, mana ada sardin rasa telur, sardin rasa sardin lah! tak pernah pulak saya makan sardin rasa telur!"
" Itulah jang, ekau ni mudo laie, orang tuo-tuo yo tau macam mano nak makan sardin rasa tolor!"
" macam mana Pakdin?"
" Haaa tangan kanan kau tu suapkan sardin ko mulut kau tu... ha tangan kiri ekau tadah sini, ha sekarang amik tolor ni pogang! ekau raso la tolor tu sambil makan sardin. Kan dah solosai makan sardin tapi rasa tolor kan jang kan?"
" Hahahahah Pakdin buat lawak! hahaha pakdin buat lawak jadi ahhh! hahahaha"
" eh ni baru 1 par sepuluh yo lawak eh, tu kau baru makan sardin rasa telur ayam, kau belum lagi makan sardin rasa telur manusio! Makjah kau selalu buek kek umah, makan sardin tapi rasa telur!"
" eerrrrrrrr... okey pakdin, dah over sangat dah ni Pakdin, saya rasa baik pakdin stop dulu, nah amik balik telur Pakdin ni, lenguh aih nak makan sambil pegang telur manjang"
************tamat*************
p/s I kalau ada mesin delete memori, aku nak delete memori pasal akak makan tomyam rasa telur!
p/s II orang kata Hipnosis boleh bantu memadamkan ingatan trauma!
p/s III takyah deletelah aku rasa, muka akak tu iras-iras Zila Bakarin, boleh lah buat kenangan kan. bye!
Masya Allah...astaghfirullah ya zulfikarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
ReplyDeleteboleh pulak concentrate dia makan eh..
entah tgk abang tu selamba je nyuap nasik padprik, xde rasa bersalah langsung..
DeleteHahaha..kecik2 da nmpk situasi cmtu..memang mcm2 la dipikirnya kan..
ReplyDeletebayangkn, dah 18tahun jadi, tapi ingat lagi bygkan...
Deleteeeeeiii!!!
ReplyDeletebaru je mengalami kejadian yg hampir sama di gerai berdekatan Istana Budaya. Mula2 ingatkan bapak & anak. Lepas nmpk aksi ala2 camtu, kompemlah bahawa boipren dia tua ataupun pakcik tu ada makwe sangat muda.. lawa pulak tu!!
*er, itu bukan stalagmit ye? :-)
err tu stalactite kan? atas kebawah.... eh ke salah?
Deletecheh. public pun jadi...
ReplyDeletetada malu punya worang.. ceittt.
DeleteHebat. Clap clap clap. Hehehe
ReplyDeletesuke kau ye akim!
Deleteculture shock biasa. tapi kesan culture shock dia, bertahun nak lupa. ;0
ReplyDeletebetul.. betul.. betul!
Delete18thn tuuuuu 18 thunnnnnn!! lama tak lama la kannn
Deleteadeh dapat wayang free.....
ReplyDeletetakde popcorn!
Deletebetul3(upin ipin)...terbaek..(boboiboy)..
ReplyDeleteapolah entri ko jang.. miloh sonyum sipu baco.. nasib baik balik umah ko tak ajukan soklan pasal perbuatan terkutuk akak tu kat mak ko kan Nyah?? kalau tak susah mak ko nak explain..
ReplyDelete10 tahun lepas tu baru aku cerita hal ni kat mak aku, mak aku wat muka selamba je jawab.. alah beromen la tuuu
Deletehaha jawapan mak kau memang nak gelak je aku baca..kahkah :P
DeleteMak kamu sama macam akak la.. ngelat masak time tuan rumah takde rumah. Kalu mak kamu rajin sikit masak hari tu, tentu kenangan culture shock tu tak terpahat dalam ingatan kamu kan... hihihi. Tentu otak kamu suci murni masa djh 4 tukan.. hehe.. Kamu tak story kat mak kamu ke peristiwa yang kamu nampak tu??? Huhuhu
ReplyDeletelepas kejadian tu otak saya dah makin menyusut nilai kesucian dia kak...
Deletetak story kak, saya simpan sepuluh tahun lamanya.. ahahha
tang p/s ||| tu,aku tau psaipa hg xmau delete..bkn stakat nk buat kenangan ja,hg nk buat modai time dok sorng2 dlm bilik @ pancoq kn??huhuhuhuhuhuhuhuh...
ReplyDeletep/s:sengih..jgn xsengih...
hantu! sengih aku masa baca nih!...
Deletehoi! trauma aku baca pasal akak tu..pengsan~~~ (-_-")
ReplyDeletesedap ke weh air dari gua yg korang nganga tadah minum tu? rase ape? ade rase oren tak? ;p
kau trauma bila baca, aku ni yg tgk ni nak kira macam mana?
Deletesedap, rasa air mineral lah, sebijik.
culture shock aku bile bc part akak tu..hakhakhak..
ReplyDeletetau pun, bygkan aku yg tengok ni pijah!
Deletehahahaaaa...memang tak menahan akak tu!
ReplyDeletememang tak delete punya sebab tu boleh ingat cerita tu sampai sekarang...heheheeee
muka minum air batu tu memang culture shock!
memang lah dia, saya syak akak tu skrg ni mesti dha umur 40an, anak dah berderet dah kakmas... hahahaha
Deletekalau dia baca entry ni, dia ingat tak kak? hgahgaha
huhuuuu.... main pengang2 telur ye jah... ape la rasenye.. ko ni... buat org bujang mcm aku nih rase teruja nak berbini la... alahai omak kawen kan aku... alahai omak kawen kan aku.... apo la rasoe... makan sadin sambil diramas ramas tolor nyo.. hahahhahah
ReplyDeletemakan sardin diramas tolor nyooooo.. hahahahahahahahhahah sumpah aku gelak bahak2 skrg woiiiii!
Deleteaaa.. entry ni kan.. aaa.. habisler sampai p/s III tu ai baca.. hikhikhik.. tak boleh delete.. buat-buat lupa je.. tapi akak tu langsung tak tengok kiri kanan gamaknya.. yang pakwe dia kenyang ke makan..?
ReplyDeleteEeee, trauma lak membaca akak tu makan lauk telor, -_-, abes kesucian otak ai ilang, tidaaaaaaaaaaaaaaaaak...
ReplyDelete