Okey, Insyallah esok lusa aku akan ulas apa-apa isu semasa yang aku rasa menarik untuk dikupas, ataupun aku akan sajikan korang semua dengan kisah nostalgia dulukala. Tapi mlm ini biarlah aku kongsikan kompilasi bebelan aku Volume 2. Kalau nak baca yang Volume 1, KLIK SINI
Aku bukan malas nak taip entry, cuma aku kena adil dengan diri aku sendiri, takkan kerana nak mencukupkan syarat 'update selalu' maka aku membuat entry secara caca merba. Ada masa nanti aku taip, sekarang sibuk sikit dengan beberapa urusan rasmi.
Sementara menunggu hidangan utama, mari kita nikmati appetizer ni dulu. Dipersembahkan Kompilasi Bebelan Saya Vol. 2 Tadddaaaaaaaa...
*******************
1. "Kenapa orang selalu cakap negeri aku miskin? aku tak puas hati!"Orang Kaya, tidak akan tahu bahawa masyarakat dan negerinya miskin.
Orang miskin yang menderita saja tau negerinya miskin. Orang kaya selalu merasakan negerinya kaya.
Orang sederhana macam aku, tidak pernah pedulikan negeri mana miskin dan negeri mana kaya. Bagi aku, rakyat Malaysia adalah rakyat negeri bertuah tak pedulilah kau duduk bawah kerajaan mana sekalipun.
Kau perlu tawadhuk untuk melihat kemiskinan orang lain dari melihat kekayaan. Sentiasa merasakan negeri itu miskin lebih mendekatkan diri dengan tawadhuk dari merasakan negeri kita kaya.
******************
2. Isu Najib pergi Ponggal, Thaipusam dari kaca mata sesetengah bangsa India Politik di Malaysia..
a. Najib pergi Thaipusam dan Pesta ponggal, Indian pembangkang ckp Najib Pancing undi.
b. Bila tak pergi, cakap Najib tak perihatin dengan nasib kaum India.
c. Bila pergi cakap tak ikhlas.
d. Bila tak pergi cakap racist, tak fahami sensitiviti kaum.
Kadang-kadang aku simpati jugak dengan kawan-kawan karib aku yg berbangsa India, yang main badminton dan lepak teh tarik dengan aku. Diorang cakap, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
**********************
Barang siapa yang tahu pasal hadis itu palsu atau dhoif (lemah) atau meragukan, kemudian dia sampai-sampaikan kepada kawan-kawan tanpa dia menyatakan bahawa hadis itu palsu atau Dhoif.
Dan
Barang siapa juga yang menyatakan bahawa Hadis Palsu atau Dhoif itu masih boleh diamalkan untuk tujuan peribadi. Maka dia telah menempah tempat duduk di dalam neraka.
Kerana dia telah berbohong dengan nama Nabi saw. Walaupun dia berniat baik, tapi mencipta hadis adalah perbuatan terkutuk yg akan mencemarkan kesucian Islam.
Contoh Hadis Palsu atau Dhoif - Hadis tentang potong kuku hari sekian-sekian ada fadhilat dan berkat, dan Hadis Palsu pasal pengharaman rokok, pasal pokok tembakau tumbuh dari air kencing syaitan. tuntulah ilmu sampai ke negeri cina, Doa awal dan akhir tahun Hijrah dan macam-macam lagi.
sekarang anda sudah tahu, dan jangan suka-suka nak kongsi hadis fadhilat yang takde hujung pangkal kat wall fb lagi.
sekarang anda sudah tahu, dan jangan suka-suka nak kongsi hadis fadhilat yang takde hujung pangkal kat wall fb lagi.
**********************
Kalau kita makan gula-gula, lepas tu kita minum Nescafe mesti kita akan rasa Nescafe kita tawar. Kalau kita minum Nescafe yang manis kemudian kita makan kek, mesti kek kita akan rasa tawar juga.
Kalau kita makan ulam yang pahit, kemudian kita minum Teh O kurang manis, pasti Teh O kurang manis itu akan terasa manisnya, kalau kita makan asam masin, lepas tu kita minum Nescafe, mesti Nescafe kita akan terasa manisnya.
Begitulah kehidupan, masam, masin dan pahitnya pengalaman akan membuatkan kemanisan hidup itu terasa nikmatnya hingga ke pangkal jiwa.
Tanpa kepahitan dan kemasaman pengalaman pasti kemanisan hidup itu tidak akan terasa dan bermakna..
Hargailah segala bentuk pengalaman hidup anda!
**********************
Apa yang Nabi Pesan tentang Akhir zaman banyak yang betul. Contohnya Ustaz yang menggunakan agama untuk memuaskan nafsu duniawi dia. Ada ustaz yang assobiyah, yang menghalalkan perkara yang menguntungkan dia, tetapi mengharamkan perkara yang merugikan dia.
Akhir zaman ni, Ustaz ditangkap khalwat senang je nak lepas, cakap je kena fitnah dengan UMNO, terus penyokong tanpa ragu sokong.
Lepas ni, sesiapa yang ditangkap khalwat, jangan biarkan pengadilan dan siasatan dibuat, jangan sumpah, jangan berani pertahan diri... hanya perlu ckp :
" Ini semua Umno punya angkara"
Jangan fitnah dan tuduh kalau kau tiada bukti, pertahan diri kau dengan bukti dan hujah yang adil, bukan melemparkan tuduhan dan fitnah sesuka hati!
Ingatlah Firman Allah yang mengingatkan kita tentang golongan agama yang disama-tarafkan dengan anjing :
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf).
**********************
6. Isu melebihkan politik kedai kopi melebihi kepentingan domestik.Aku rasa orang yang paling bodoh dalam politik adalah orang yang:
1. Tak kenal Penghulu mukim dia sendiri
2. Tak kenal pengerusi taman perumahan dia
3. Tak kenal jiran kiri kanan depan belakang rumah dia.
4. Tak pernah tahu jadual lori sampah kutip sampah rumah dia.
5. Tak pernah complain jalan berlubang dekat kawasan rumah dia dan negeri dia sendiri.
6. Tak pernah bergaul dengan kariah Masjid kawasan sendiri..
7. Tak pernah hadiri mesyuarat JKKK atau Taman perumahan sendiri..
Tapi sibuk mencela kepimpinan pusat negara dan kepimpinan negeri tak kisah la pembangkang atau kerajaan.
Kalau anda ada kriteria seperti diatas, korang cuba muhasabah diri sendiri.
********************
Hari ni hari bodoh saya...
Nak pergi kerja, ikat sampah, pergi bukak pintu kereta nak bagi haba panas keluar, pasang aircond, nak masuk kereta teringat sampah kat dapur tak bawak keluar. Masuk balik ambik sampah buang kat tong luar.
tutup pintu gril semua balik, terus masuk kereta masuk gear reverse undur dengan yakin. padahal terlupa tutup pintu kereta penumpang belakang. Baik punya pintu belakang langgar batu pagar sendiri. Habis bengkok pintu.
Aku rasa hari ni aku bodoh sangat!
*******************
Berbuat baik sesama insan tak perlu kau masuk mana-mana parti politik..
1. pergi solat jumaat naik kereta, nampak bangla jalan kaki jauh tengah panas, kau berhenti tumpangkan sekali ke masjid.
2. Makcik jiran bawak byk barang pasar kat dalam bonet kereta, tengah kelam kabut bukak pagar, kau bantu angkatkan barang kat tangan dia.
3. Kau jerit bagitau jiran bila kau tengok hari hujan, makcik leka tengok hidustan. "makcik, hari hujan ni acik... angkat baju ni cepat!!"
4. Kau bawak motor, kau nampak dahan jatuh tengah jalan, kau berhenti kutip letak tepi. Nampak pula lubang jalan yang dalam, kau letak tanda dan call PBT.
5. Ko solat jemaah kat masjid 5 waktu, dan kau bantu tutup pili air terbukak kat tempat wuduk.
adakah semua yg di atas memaksa kamu semua masuk parti politik ? adakah kalau ahli parti lawan yg buat semua ini tetap ahli neraka semata2 tidak menyokong parti kamu?
Berhenti jadi Assobiyah dan Khawarij!
************************
Pernah tak korang terfikir?
Dinar emas adalah satu medium matawang yang lebih baik berbanding wang kertas samada US dollar, Ringgit Malaysia atau Pound sterling.
Ramai org yang bersetuju bahawa kita patut gantikan matawang kertas kepada dinar emas, dan skrg dah banyak pun orang yg jual dinar emas.
Tapi perasan tak? Orang jual dinar emas, dengan harga matawang kertas Ringgit Malaysia...Ringkasnya, mereka nak tukarkan dinar emas mereka dengan matawang kertas.
Maknanya dia jual 'sekian-sekian dinar / gram' dengan harga RM 3 ribu, maknanya dia melepaskan emas dia untuk wang kertas yang telah di'down grade'kan olehnya.
Nampak tak Irony dia? ke aku sorang je yang pikir banyak sangat? atau pun korang pun sama pikir macam aku?
Atau aku belum paham konsep sebenar macam mana? aku tau ramai kwn Fb aku meniaga dinar emas, cuba briefly explain to me please.
***********************
10. Isu kapal angkasa NASA melanggar Planet Jupiter kerana tersalah masuk orbit yang sama, lalu membuatkan serpihannya menjunam ke bumi dan menghancurkan seluruh spesis burung dodo.
- Okey aku tipu je point nombor sepuluh, walhal dah habis kat nombor 9, tapi sebabkan macam tak suka mati kat nombor ganjil, saja nak letak gak no 10. genapkan kata orang, orang kata kalau nombor genap ni nanti beranak dapat anak kembar. Okey sekali lagi aku tipu, takde petua mcm tu pun sebenarnya.
orang kata kalau menipu dua kali dalam satu masa akan membuatkan Lautan hindi bergelora, lalu gunung fuji memuntahkan lahar 8 bulan lamanya, Sekali lagi aku tipu, dah 3 kali dah aku tipu.
Orang kata, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Okey yang ni aku tak menipu. Orang juga cakap, kalau semakin hari semakin ramai kawan baik lari dari kita, maknanya kawan baik kita tak salah, there is something wrong dekat diri kita sendiri. Yang lari tu kawan baik tu, bukan kawan biasa. Korang perasan tak siapa orang terkenal dekat Malaysia ni kawan-kawan baik dan rapat dengan dia semakin ramai melarikan diri dari dia?
Maka, yang silapnya kawan-kawan dia atau dia?
Jahatnya aku ni, saja je aku feed-perspective dekat korang kan! jahat betul aku ni.
" Tak Baik Ikar! mama tak ajar Ikar buat macam ni tau, tak mau tak mau, Haipp.. babab tangan dia! pap pap!"
" ouchh, sakit, okeylah, berhenti membebel dekat sini dulu lah. Bye"
************tamat************
P/s aku baru beli handphone nokia C1-01 berharga RM170 je dekat Tesco Shah Alam, tapi dalam satu bangunan yg sama, harga kedai handphone jual RM 199.00 dah lah AP version. nasib baik rajin usha dulu kat dalam tesco. Untung RM 29.00
P/s Terima Kasih Exabytes Networks Sdn Bhd untuk cek atas bayaran Pengiklanan. Kalau mahu lanjut kontrak jangan segan-segan contact saya ye.
P/s esok repair pintu kereta! bye.
Woha !
ReplyDeletehehe..terbaek...begitulah mainan politik n tanda2 dunia akhir zaman...org memperguna agama untuk kebaikan diri mereka..salute kat ko for the nice entry..terojak plak bahasa ak..haha..anyway..ak suke blog ko...
ReplyDeleteroy89
ok cake tu nak sikit boleh
ReplyDeleterepair pintu kete??? mesti situasi kat no. 7 tu terjadi pada ikar! heheheee
ReplyDeletemainan politik sekarang memang banyak yang kotor dari bersih..
semua ini aku dah baca kat fesbuk..ehehe..
ReplyDeleteno 9 tu akak pun terfikir..
ReplyDeleteHargailah segala bentuk pengalaman hidup anda!
ReplyDeleteYesszzaa!! suka ngan kenyataan itu..sama ada manis, pahit, masin, masam pengalaman yg dirasai ia merupakan guru terbaik dalam kehidupan...
manusia tidak pernah puas dalam apa yang mereka capai. :')
ReplyDeleteaip..apa tipu2 ni..xbaik tau..
ReplyDeletesila baca no 10..wahahahaha
wah.. betul ke pintu kereta rosak..?
ReplyDeletehari bodoh yang diciterkan..bermaksud hari lupa ...hahaha
ReplyDeletenk komen cake tu..sweet ke??? hahaha :P - cik lara hati... *_*
ReplyDeleteEm, tah cemana aku sampai blog ko, then baca yg lepas2 smpi kat sini. Xtau la ko baca x komen aku nih. Bukan ape, tang yg psl tangkap kuantan tu, yg masuk surat kabo psl kena tangkap, tapi mana ada lepas tu dibuktikan bersalah, fitnah tu. I dont care psl ustaz tu, i almost dont care psl politik, tp sian kat zt la. Psl ape, psl aku dulu ada la complicated gak ngan dia, sblm dia kawin budak kluang gila tu. Ustz tu pun dia kenal psl mutawif. Cuma silap dia psl mintak tlg dgn org yg salah, dah ribut2, standart org politik keluar la taici sial dia. Dlm hal ni kita bole tgk cemana politicion (atau individu) handle benda ni, time2 kritikal mmg keluar perangai sbnar. & dlm politic soalan setiakawan tu mcm, wtf apetu, kalu aku pertahan ko macam aku kena palit sekali (xkira salah atau betul). Ko tgk je la kat paris kena mesingan, sape yg cabut dulu, babai la yg tinggal, jgn kata kita kumpul dulu, pikir apa plan kita, haram xde. Tambah pulak budaya politik msia ni, tambah kicap gula garam semua ada, xde gambar xde masalah, google je gambar kemban, tampal, skandal sana sini tah betul tidak mmg permainannya. So ada 2 perkara la kat sini, 1st obviously psl kes tu la, aku marah kat laki zt psl dah gila, trap etc, tp aku lg marah dgn ustaz tu psl dia basically mmg xbole buat pemimpin (mgkin bacul&munafik). Mungkin ada yg tau kesudahan kes tu, mmg xde kes, tp benda tu hidden, terutama kat berita perdana, sbb berita tu menguntungkan parti majoriti. 2nd psl aku ada baca psl cerita ko nak jadik politicion, so far jangan dulu la, baik ko jadik mcm syed mokhtar as 'pemimpin'. At least kalu ko business dgn jujur & nak tlg org, dah tentu sebaris dgn tobiin kat sana, kalu 'pemimpin' yg politik ni, dah sblh kaki kat lembah tu, even ko ngelat sikit terus masuk. Kalu ko penah gi jbatan kjaan ko tau la (or even kat luar pun), dah mcm mini msia, pijak memijak, fitnah memfitnah, sampai tahap tak masuk akal, ko tengok drama melayu mcm tu la. Kebetulan keluar selang 5 minit, dah boleh jadik cerita dah, tu skandal tu, xkira mak joyah, pak joyah pon ramai. Tu belum lg mmg saja buat cite, surat layang, elok blaki dibuat cite kata dah mnjnda, yang bukan2 la. Buat keputusan pun guna kaedah 'saya rasa' (assumption), bukan ada brainstorm, sel2 otaknya mmg xberhubung pun. Kalu dlm politik yg ada skrg, itu la bendanya, xkira belah b n / p r, sama je, orangnya pusing2. Jgn dulu la.
ReplyDelete