February 16, 2012

Kompilasi Bebelan Saya

Assalamualaikum..

Walaupun aku agak lama tak update blog, tapi aku selalu membebel kat Facebook, Korang nak tau kenapa sekarang aku lambat update?

Semenjak aku balik dari Xpdc Mulu, aku banyak kerja nak bukak kilang baru, kemudian jam tidur biologi aku dah kembali normal, dulu aku tidur pukul 3-4 pagi, masa itulah aku selalu update blog, tapi sekarang ni paling lewat pukul 2 pagi aku dah mengantuk sampai tak boleh buka mata lagi. Terus aku tidur walaupun ada keinginan yang tinggi nak menulis.

Aku ada banyak cerita nak taip macam Kisah bas mini, hantu keranda, markas reban ayam dan sebagainya lagi, Malam ni aku update ye, insyallah. Sebagai pemanas badan, ni aku kepilkan bebelan aku terhadap isu-isu remeh sepanjang aku tak update blog. "Kompilasi bebelan saya" namanya.

*****************************


1. "Aku pengurus pemasaran dan pemangku pengurus operasi sebuah kilang biskut.
Bila aku nak export biskut, aku dikehendaki hantar sample biskut ke Lab Swasta yang diendorse oleh Kementeria Kesihatan untuk mendapatkan sijil kesihatan.

Masa Hantar Biskut ke Lab, semua keputusan boleh didapati walaupun dalam bacaan yg kecil. Samada ujian untuk Logam berat, Pertumbuhan Mikrobilogy, Nutrisi atau contents dan gula.

Jadi jika korang percaya dengan 'made-up' story pasal Alkohol dalam Coca-Cola as a 'secret recipe' korang boleh fikirlah sendiri.

satu lagi, Subsitute sugar iaitu Gula Alkohol itu lain ye dengan alkohol todi!

**********


2. Dengan meletakkan gmbar bayi bermata satu akibat kecacatan. kemudian kau letak pulak hadis Nabi pasal dajjal padanya, kau telah memberi 'Feed Perspektif' anggapan bahawa bayi tu dajjal atau seakan-akan dajjal.
cuba kalau anak kau sendiri cacat mata satu, atau adik kau sendiri cacat mata satu, kau sanggup x tangkap gambar baby tu kemudian share kat wall fb letak Hadis pasal Dajjal? kau sanggup tak?

Sila Sensitif sikit dengan perasaan orang!

P/S Dajjal sudah wujud sebelum Zaman Nabi saw, Dajal juga adalah manusia dewasa macam diceritakan dalam Hadis Nabi. Sahabat ada menjumpai dia semasa tersesat dalam pelayaran di sebuah pulau.

***********
3. Ramai orang di dunia ni yang berniat baik, Ramai orang yang mahu kelihatan baik dan ramai orang yang bermatlamat baik.
Tapi Matlamat saja tidak akan membenarkan segala perbuatan anda. Manusia ini dinilai dari segi perbuatannya!

Niat dalam hati itu hanya Tuhan yang menilainya. Engkau tak boleh main pukul rata dan semberono kemudian kau bagi alasan Niat hati kau ikhlas dan bertujuan baik.

Berapa ramai manusia di dunia ini yang berniat baik! tetapi akibat perbuatannya salah maka dia menyeleweng dari fitrah Agama yg sebenar.

sebelum buat apa-apa, letakkan diri sendiri dalam situasi tersebut, adakah kau rasa seronok atau sedih atau marah? kalau kau sedih jadi kau patut tahu orang lain juga akan sedih diperlakukan begitu.

Konsep ini dinamakan Common - sense!

***********



4. Walaupun saya kelihatan easy going dan happy go lucky, tapi saya nak pesan khusus demi solat jumaat kepada semua kawan2 fb saya.

A. Penuhkan Saf depan dan rapatkan saf, jgn jd budak2 yg degil taknak ke depan, apa kau ingat ada cabutan bertuah ke saf yg korang dok cop tu!

B. Bila Khatib sedang berkhutbah, tak perlu sembahyang sunat qobliatan atau sunat tahyatul masjid, duduk dan dengar khutbah.

C. Jika parking blok kereta orang, tak payah wirid dan doa panjang2, bangun terus dan alihkan kenderaan sesungguhnya ia lebih manfaat dan sunnah, doa lepas solat bukan sunnah.

D. Jangan sebarkan Flyers fitnah politik masa org tgh dengar khutbah, org datang nak sembah Allah, bukan datang nak sembah Manusia Anugerah Tuhan!

E. Jika derma, ikhlas, jgn tanya2, kalau taknak dermaa takyah derma.

--sekian saja dari saya seorang muslim biasa dan bukan Ustaz!

***********

5. Korang tau tak yang aku dah tau pasal kes Coca-cola terbalikkan tulisan dia tu sejak dari tahun 1994! masa aku darjah 4! korang tau tak masa aku darjah 4 aku dah gedik2 letak tin coke depan cermin nak tengok ayat terbalik tapi haram tak nampak?

korang tau tak yg design tulisan coke tu dari tahun 1800an lagi, masa takdenya kecoh pasal teori konspirasi nak eja La Muhammad La Makkah? korang tau tak Nahu/tatabahasa La muhammad La makkah tu salah?

Korang tau tak itu hanya kebetulan? korang tau tak yg korang fitnah? korang tau tak yg imej bayangan coke tu exaggerated supaya korang anggap benda yang sama? ( Forced Perspective)
Kalau takde feed idea, korang takkan perasan pun La muhammad La Makkah tu.

aku rasa dengan adanya FB ini, ramai manusia mula mencampakkan dirinya ke lembah kejahilan yg tiada bertepi. 

************



6. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila kau tidak mahu meluahkan perasaan di Wall FB kerana menyangka ia menyerupai dinding ratapan yahudi

Tapi pada masa yang sama kau bergembira dan ketagih dengan Facebook dan skrol wall itu setiap masa.

Practice what u preach! Deactivate FB kau skrg dan hidup bergembiralah di dunia nyata, aku yakin manusia mampu hidup tanpa FB.

Aku rasa umat Islam di daerah FB ini makin lama makin hilang nilai common-sense nya! aku bersimpati kepada kita semua dan diri aku sendiri.. 

************



7. Muak betul aku dengar pasal customer KFC ni, dia nak apa sebenarnya? saksi tu pun nak apa? yang Ahli Parlimen Khalid Samad tu pulak nak apa?

Aku rasa kalau semua ini nak dijadikan modal politik, takde siapa yg untung.

Ok. Ayam dah habis, goreng ayam, kau lapar kau tunggu, tak tahan kau pergi beli ayam goreng pakcik bob sudah. Yang budak KFC tu kurang hajar hilang sabar, KFC pecat dia sudah.

Hey cammonlah politician, ini masalah konsumerisma, bukan masalah racist atau masalah politik, xkan nak ckp KFC tu UMNO punya pulak. Ya Allah... ini je ke tahap politician yg dibangga2kan sangat? ini je ke?

*************


8. Kau tau apa yang bersarang dalam fikiran aku? aku rasa Facebook ni skrg dan berubah menjadi Mastika!

Tak salah nak dakwah, dakwah la contohnya cara angkat takbir yang betul. dakwahlah tentang Hadis Sohih dan Hasan. Dakwah pasal sunnah dan akidah.

Ini tidak, disampai2kan pasal Bidaah, pasal perbezaan pendapat masalah Furuiyah, pasal Ribena Haram, pasal Coke Haram, pasal sumber israiliyat, pasal Hadis dhoif.

Kamu sembang benda yang berpuluh tahun dulu orang dah berhenti bicara pasalnya, kini korang sebar2kan pulak. Kadang2 aku tertanya-tanya yg sebar membabi buta ni masa sekolah rendah tak belajar fardhu ain asas ke? Atau dia tak pernah baca surat khabar? apatah lagi buku ilmiah.

Jangan tukarkan Wall Fb saya menjadi Mastika! saya meluat! terimakasih

p/s kepada kamu semua kwn saya yg tak nakal, saya sayang anda.

************

9. Kurta adalah Baju budaya, Berjuta orang Islam pakai Kurta di India, dan Jemaah Tabligh pun ramai pakai Kurta. Ianya sama dengan baju melayu dan baju-baju traditional melayu yg lain. samalah juga pemakaian Jubah dgn kain pelikat.

Tapi tadi aku tengok gambar seorang Pemimpin Parti Politik itu pakai kurta dan serban Hindu, itu tiada masalah. Masalahnya ada Bindi/Tilakas/ Calit Merah atas dahinya. Itu adalah simbol khusus amalan Agama Hindu.

Jgn cepat sangat nak maki pemimpin yg anda xsuka, kemudian sanjung sangat pemimpin yg anda suka sehingga anda tak sedar telah Assobiyah!

-Agama jika dinilai dari sudut pandang politik, maka agama akan jadi caca marba!-

************************

Sekian saja bebelan aku yang aku copy-paste kan di sini, malam ni, kalau aku tak mengantuk, aku update pasal kisah nostalgia ye.

Terima kasih kepada semua pembaca yang menyokong penulisan aku selama ini. aku sayang korang ketat-ketat. 

" Janganlah ketat sangat nok, susah mak nak bernafas ni!"

" Okey ubah-ubah, sayang korang kemas-kemas"
 

33 comments:

  1. bab hadis palsu haritu thanks banyak ye Ikar..member aku tu takde plak nak remove apa yang dia share tu..dobladombley betul dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama noi, eh dia berdegil eh taknak remove? ermm aku lupa nak kopipes pasal hadis palsu potong kuku tu kat sini plak.

      Delete
  2. blog ko mmg terbaek bro..sy bru nak berjinak-jinak dengan dunia blog..mintak tunjuk ajar...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, tips pertama : tulis kena jujurm, jangan rapat sangat dgn kawan blogger sampai pendapat dan analisis bias sebab nak jaga hati kawan :)

      Delete
  3. bukan sayang ketat2 tapi terus melekat baca entry2 kamu sejak malam tadi. Jumpa blog kamu dari blog Monas, salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Sari Yusa. digalakkan baca entry2 lama saya juga ye, eh dari MOnas2Petronas, blog dia saya suka gila baca aih.. lawak...!

      Delete
    2. Mmg dah galak baca entry2 lama, hihihi. Kan dah ckp, dh melekatttt, hehe.

      Delete
  4. pendapat yang bernas..aku suka dengan blog ni..harap malam ni dapat update ddengan cerita yang zaman budak2

    ReplyDelete
  5. Orang Islam mempunyai sifat paranoid yang terlampau. Kemunculan Facebook, telah melantik UStaz jadian yang jadi penyebar cerita paranoid.

    Ustaz jadian ini menyampaikan cerita paranoid berunsur nasihat. Tetapi bila sumber tidak diuji akal, ia adalah sia-sia. IA hanya menambah kejumudan orang Meleis dan Islam. Spt mana kita pertahankan Hang JEbat yang bermatian mempertahankan sistem Monarki yang corupt.

    Ustaz jadian di FB semakin mendapat perhatian. Maklumlah, setiap manusia yang bujang mahu mencari pasangan yang beriman.

    p/s: wakil rakyat harus selesaikan isu rakyat. Tidak salah kalau MP campur tangan isu KFC. Yang hairan bila pelampau Perkasa nak campur tangan.

    ReplyDelete
  6. tak penah tengok pun video kfc tuh sbb mls nak tgk.. sal coca-cola pun tak tengok.. cam bosan jugak bace benda2 camtu kt fb..

    lame dah follow tapi baru nak komen.. hee~~

    btw,, mang bernas lah..

    ReplyDelete
  7. ya, betul. apa yang menjengkelkan, dorang share tanpa siasat dulu betul atau tak apa yang dorang share. terima bulat bulat dan dengan semangatnya pergi sebarkan benda tu. tak takot dengan dosa fitnah gamaknya.

    ReplyDelete
  8. salam. bro, ustaz² sndri ckp bila hadir solat jumaat, tros sunat solat tahiyatul masjid, bukannye tros dnga khutbah. salah tu. tapi ustaz² pn ckp, laksanakan solat sunat tersebut seringan-ringannya. rasulullah pernah tegur sahabat yg masuk tros dnga khutbah tnpe solat sunat. baginda suh solat sunat seringkas-ringkasnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tengok kat nota Masjid Shah alam, dia ingatkan tak perlu solat sunat masa dengar khutbah..

      tapi aku ada terbca juga hadis pasal Solat Tahiyatul Masjid masa Khutbah. tapi aku berpegang pada lebih sunnah dtg masjid sebelum khutbah,yg datang lambat solat t.masjid di tengah2 khutbah itu adalah kes terpencil.

      p/s Khutbah itu kan rukun solat jumaat. thanks utk perkongsian.

      Delete
    2. salam.
      http://www.youtube.com/watch?v=LnbFjb1ltog
      tgk ni bro. minit ke-10. ustaz azhar sndri ckp kena solat sunat tahiyatul masjid berbanding trus duduk dgr khutbah. yg xperlu solat sunat ialah solat sunat selain dari solat sunat tahiyatul masjid.
      bukan ustaz azhar idrus shj yg berpendapat begini. malah ustaz nidzam, pensyarah UIAM juga mengatakan perkara yang sama.
      walau kes terpencil sekalipun, hukumnya tetap lebih wajar solat sunat tahiyatul masjid berbanding dgr khutbah. jadi kalau menyuruh orang lain dgr khutbah berbanding solat sunat tahiyatul masjid adalah sgt tidak wajar.
      harap kita sama² dapat buka minda demi Allah. :)

      Delete
  9. Baru folo sini. Blog yang menarik gak. Nak jemput tengok entri ini.
    http://awieomar.blogspot.com/2012/02/next-top-blogger-1-episod-6.html

    ReplyDelete
  10. nice...same pendapat macam saya..saya benci tgk orang dok post pasal coke wall fb etc..etc..huhu

    ReplyDelete
  11. itulah orang kita, cepat sangat nak share perkara2 camni kat FB! padahal tak tahu pun kesahihannya...

    benda2 camni kita tengok boleh tapi percaya jangan... kadang2 banyak yang pandai buat andaian sendiri je!

    ReplyDelete
  12. paling aku muak bila keluar psl wall yahudi...
    setuju dgn 2,3,4
    no.5= ahhhhhh...aku lg muak...crocs terbalik pn dorg ckp mcm nama "allah"
    no.7= aku tgk pn video tu..
    no.8= mastika dah semakin merepek sejak alaf baru ni :P
    no.9= dalam almari abg aku xtau ada brapa helai baju ni.rilek je semayang..
    P/s no.1= aku xbrapa tahu..:#

    ReplyDelete
  13. Ingat nak komen tp tak terkata apa.....
    Dpt tau blog ni pun dr fb, entry yg bagus sgt, perkongsian mcm ni la saya suka. Ni tak, ada share kt fb psl maggi dibuat dgn bhn tercemar....kalau betul, mesti dah lama tkde jenama tu, ish...pnjang plak komen.

    ReplyDelete
  14. post tentang bayi mata satu & twitter tengku sophea tu penuh wall aku sejak 2,3 hari ni..mcm2 komen dorang terkadang melampau betul...huhuhu

    ReplyDelete
  15. ape je kau update memang mata aku akan baca je setiap ayat tuh.

    pasal KFC tuh,aku tak tengok pun sebab pasal gaduh-gaduh ni aku kureng sikit.

    aku buta politik Ikar, sangat buta. Sehinggakan pasal isu Bersih, bila dinaikkan nama Ambiga oleh boss aku pun aku masih boleh tanya Ambiga tu apa?persatuan?betapa butanya aku.

    masa aku di sebuah negeri ni, setiap minggu kawan aku ajak aku dengar ceramah yang disampaikan oleh sorang hamba Allah. aku nampak finatiknya orang kat situ, tapi aku hanya lihat tanpa fikir apa. ceramah tu, jika perkongsian menarik memang aku dengar lah, tapi kalau ada masuk isu politik, aku terus chow. sebabnya aku langsung tak faham apa benda tu.

    pasal kau kutu aku, aku kutuk kau.. aku lali dengar, tapi aku tak faham pun. tapi aku gelak je sebab aku tengok tukang kata tu lebih teruk dari orang yang dikata.

    hurm..manusia..

    #akukabordah

    ReplyDelete
  16. salam.

    fb dah makin mengarut..err, orang2 yang kat dalam tu sebenarnya yang makin mengarut...

    saya pernah menonton dokumentari pasal coca cola ni..tapi dah lama..dah lupa pun...kalau tak silap, asal mula air coca-cola, minuman tonik bagi pekerja-pekerja buruh zaman dulu..(dah tak ingat...) yang dibuat dari kokain juga...

    ReplyDelete
  17. psl kfc tu pn, aku tak tengok..

    aku x ikut zuemiey..tp kitorg mmg sehati sejiwa..

    kahkahkah... =P

    ReplyDelete
  18. Rasulullah, hadis dan Al-quran ada bgtau, akhir zaman adalah zaman yg penuh dengan fitnah... dan juga yg baik dianggap jahat, dan yg jahat dianggap baik... begitulah kisahnya...

    ReplyDelete
  19. sayang kemas2 tu camne? aku tak bape gemor dgn term sayang ketat2 tu..ntah nape..dari dulu lagi..(-_-")

    ape2 pun, belog ni sentiasa di hati..sebok camne pon mesti dtg nak membaca..sayang belog ni..kat tuan belog takmo sayang..bio org lain yg sayang..haha..

    ReplyDelete
  20. pasal bayi tu aku amat la sensitif.. terbayang anak sendiri kalau di jadikan contoh benda tak baik.. mau berhujan airmata nyah! Pasal FB sebab tu aku pun makin meluat.. update skit2 dah.. komen skit2 dah.. layan skit2 dah...semua skit2 dah sebab dah meluat banyak.

    ReplyDelete
  21. Pegang yg aku dapat ni "perkauman yg wujud di malaysia sekarang adalah perkauman politik". Maka matlamat2 untuk merealisasikan manifesto telah mengaburi segala nya.

    ReplyDelete
  22. Igt kata-kata ni "perkauman yang wujud di malaysia sekarang adalah perkauman politik". Matlamat untuk merelisasikan manifesto masing-masing telah mengaburi dan menghalalkan cara mereka-mereka.

    ReplyDelete
  23. walau aku dh jarang komen.. tapi baca setiap patah perkataan.. huhu.. jum makan kfc dekat icity weh.. waka waka

    ReplyDelete
  24. kadang2 rakyat malaysia ni terlalu mudah sgt percaya bnda yang takde bukti kukuh kan kan kan. eh awk ingt awk hensem?

    ReplyDelete
  25. best lah eentry nie.suka sangat..

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...