February 21, 2012

Latar tempat - Rumah Sewa No 56 Jalan Kenanga

Assalamualaikum...

Latar tempat. Dalam mewujudkan penulisan dan penceritaan yang bagus, seseorang penulis mestilah berjaya dalam memberikan gambaran terperinci dan setepat mungkin bagi latar masa, latar tempat dan watak.

Selalunya, novel yang bagus akan selalu menyorokkan gambar latar tempat yang sebenar bagi memberikan ruang kepada setiap pembaca membayangkan sendiri latar tempat hasil dari garapan penulisan. Kreativiti itu mampu membuatkan pembaca disedut ke dalam cerita, lantas membuatkan setiap kisah menjadi begitu hidup untuk satu malam.

Tetapi kadang-kadang bila kita tengok filem Hollywood pasal kisah benar, kita akan ternanti-nantikan penghujung cerita untuk tengok 'credit' kot-kot ada rupa watak sebenar yang dilakonkan. Aku selalu ternanti-nanti dan mengharap sangat pengarah akan bermurah hati untuk letak gambar watak sebenar di hujung cerita.

Contoh Filem - inspirasi kisah benar yang aku masih ingat sampai sekarang adalah Blow - lakonan Johny Depp dan filem The Fighter lakonan Mark Wahlberg. Dua filem ini letakkan watak sebenar di akhir filem. Puas hati aku!

Antara Filem Kegemaran aku sepanjang zaman.


sebenarnya, tadi aku tengok cerita ni kat HBO petang lepas balik kerja, terus aku terbawa-bawa. Cerita ni bagus sangat, rekemen untuk tengok!

Aku sarankan korang tengok cerita di atas, sangat memberi inspirasi. Tapi abaikan pasal review, aku bukan nak tulis pasal review filem, tapi aku nak tulis kisah lain.

******************************

Sepanjang aku menulis blog ni, aku tak banyak tempel gambar latar tempat masa aku kecil walaupun aku banyak menulis kisah nostalgia. Tak salah aku 60% entry post dalam blog ini adalah tentang kisah nostalgia.

Hari ni aku tergerak nak letak gambar rumah aku zaman aku membesar. Terima kasih kepada Atiqah Nadiah Bt Abdul Rahim. Dia ni Jiran aku, aku banyak kali sebut nama dia dalam kisah-kisah yang lalu, yang aku sebut-sebut pakcik Rahim tu bapak dia lah. Atiqah ni cucu kepada Nenek Timah. Rumah dia betul-betul setentang dengan rumah aku dekat Jalan kenanga.

Okey mari kita naik terowong masa dan kembali ke zaman dahulu kala, aku minta maaf kalau gambar yang aku letak ini akan meranapkan imaginasi korang tentang latar tempat yang aku cipta selama ini.



1. Rumah ni dulu warna hijau, alamat rumah ni adalah no 56 Jalan Kenanga, Kampung Sungai Tua Baharu, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

2. Aku pindah ke rumah ini masa aku umur 5 tahun iaitu pada awal 1989. aku ingat tarikh sebab masa duduk rumah ni adik bongsu aku lahir, dan mak aku balik berpantang kat Ipoh - rumah opah aku, selama dua bulan.

3. Porch kereta tu sama dengan yang 23 tahun dulu - nampak senget macam nak runtuh kan? memang tuan rumah ni kedekut nak repair rumah ni, cat pun tidak berganti. yang aku nampak baru hanyalah piring Astro.

4. Rumah ni ada 3 bilik, bilik depan sekali yang tingkapnya di porch kereta itu adalah bilik aku dengan abang aku, bilik tengah tu bilik Makteh aku, mak bapak aku duduk bilik belakang sebelah dapur. Dengar khabarnya rumah ni berhantu. Tapi sumpah aku tak pernah jumpa hantu kat rumah ni.

5. Ada dua tembok batu tepi jalan tu kan? tembok tu tempat makcik-makcik Jalan Kenanga berborak, mesyuarat Van Ikan. Kenapa? sebab pagi-pagi bila van ikan sampai, makcik-makcik akan berkumpul beli ikan sambil bermesyuarat. Gosiplah pasal semalam siapa laki bini gaduh, mesyuarat pasal laki sape makan nasik kangkang, sape mengelat taknak bayar duit kutu, siapa yang baru beli karpet baru dekat benggali karpet, Gosip yang paling aku tak boleh lupa adalah ada makcik yang beromen dengan benggali karpet, kantoi dengan jiran dia!

6. Rumah sebelah yang kaler oren tu adalah rumah Usop Kelantan - Pemilik kedai runcit hujung kampung - pak imam separuh masa -  dan pakcik yang tak mesra kanak-kanak. Rumah tu ada banyak pintu, pintu tingkat atas tu rumah sewa Ustazah Yong yang aku ada cerita dalam entry Ustzah Yong, Gasing dan Tumit tinggi

7. Jalan raya depan rumah tu tak seluas yang korang bayangkan, masa aku kecik aku rasa luas sangat, tapi bila aku pergi sana besar-besar ni, aku langkah 4-5 langkah dah sampai seberang dah. Depan rumah bertentangan adalah rumah Atiqah Nadiah anak Pakcik Rahim, cucu Nenek Timah.

8. Longkang kecil depan rumah tu adalah tempat aku tangkap Anak ikan longkang pertama sekali, bila dah besar sikit mula tangkap kat longkang besar Taman Jasa.

9. Sebelah rumah tu ada macam tanah lapang kan? Tanah lapang tu adalah padang mini bola - tempat kami main bola petang-petang, main kejar-kejar, bola cop, badminton dan juga tempat rewang masa aku kenduri sunat dulu. Rumah ini adalah satu-satunya rumah yang mempunyai kawasan lapang (padang proper) di jalan kenanga masa 90-an, rumah orang lain tanahnya semua dibuat rumah sepadat mungkin untuk keuntungan sewa.

10. Belakang rumah aku tu ada rumah putih kan? zaman aku kecik, kawasan tu lapang ada Reban Ayam, ada pokok jambu batu, Pokok Rambutan dan Pokok Buah Nona. belakang tu tempat paling heaven untuk lepak masa kecik-kecik sebab dia redup, dan ada macam-macam benda boleh dibuat main. selalunya kami panjat pokok rambutan untuk mesyuarat sebelum pergi main kejar-kejar kat taman permainan taman jasa. Sekarang dah ada rumah, samada rumah sebijik atau rumah orang lama reno extend sampai habis tanah aku tak pasti la pulak. ** Baca - Markas Reban Ayam 

11. Pokok-pokok renek depan umah tepi longkang tu adalah apa yang kami tanam masa aku kecik-kecik dulu, sampai sekarang tak mati-mati lagi. Tapi pokok jambu batu dah takde, pokok mempelam pun dah tumbang.

12. Aku pernah buat gila panjat bumbung porch kereta tu dengan abang aku, dengan alasan nak ambil Shuttle cock tersangkut masa main badminton tepi padang tu, lepas dah panjat seronok lepak atas, bila nak turun dah menggelabah puyuh, tangga takde, jadi kami pun lompat langsung ke bawah. Itulah pengalaman pertama aku rasa kaki berdesing spring bila mendarat ke tanah, Nasib baik tak patah!

13, Jangan terpedaya dengan gambar, rumah ni besar, memanjang sampai ke belakang. Bayangkan kami boleh main teksi-teksi tolak sofa beroda. Kami boleh main pingpong kat kawasan makan - tengah rumah.

14. Dulu pintu tu ada Grill - Kedai runcit apek, macam mana aku nak terangkan ye, Grill tu bersilang-silang, bila nak bukak dia terkapit macam gunting. Aku ingat lagi grill pintu tu sebab jari aku pernah terkapit masa kelam kabut nak bukak. konon-konon nak cepat sambut bapak aku balik dari kerja.

15. Kesimpulannnya rumah ni takde banyak berubah, cuma semakin usang! dulu nampak segar. Hairan betul aku, tuan rumah taknak reno ke apa ke, aku ingat lagi tuan rumah terakhir duduk Canada, mastautin dekat sana. Sewa rumah ni masa tahun 1989 adalah RM70.00 sebulan, lepas tu naik RM90.00 sebulan, lepas tu naik RM120 sebulan, dan akhir sekali kami duduk sewa pada 1995 adalah RM180 sebulan.

16. Aku rindukan rumah ni sampai sekarang. Bagi aku, walaupun aku pernah duduk rumah teres setingkat, Teres double storey, banglo, rumah setinggan, rumah lot bertiang dan bertangga, rumah sewa dua pintu dan rumah flat, tapi rumah ini adalah rumah favorite sepanjang zaman. Segala kenangan dan pengalaman yang membentuk jati diri aku sekarang berlaku di rumah ini! - Terima kasih Rumah sewa Lot setingkat - No 56 Jalan Kenanga, Kampung Sungai Tua Baharu 68100 Batu Caves. Selangor Darul Ehsan.

****************tamat*************

P/S I aku baru je meraikan sambutan Hari Jadi aku yang ke 28 tahun pada 19 febuari lepas, aku ingat nak update kisah sambutan birthday, tapi gambar semua dalam camera adik aku pulak, nanti dia datang sini, aku amik gambar baru aku update entry ye.

P/S II Terima Kasih Atiqah Nadiah Bt Abdul Rahim untuk gambar ini!

P/S III sorry kalau gambar ni spoil imaginasi korang selama ini.

42 comments:

  1. Dalam entry ni jer, tiga kali awak sebut/ tulis nama Atiqah Nadiah Abd Rahim... ada apa-apakah??? Hik.. hik.. hik..

    Itulah yang dikatakan, tempat jatuh lagi dikenang, bila baca kisah-kisah awak tak banyak beza dengan kisah akak yang selalu pindah2 rumah tapi ada satu jer rumah yang penuh nostalgia yang membentuk peribadi kita hari ini.. kan.. kan..

    ReplyDelete
  2. persoalan aku..

    Atiqah nadiah abdul rahim tu gepren ko kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama diorang sama, cuma yang sorang lagi takde Nadiah je.. kebetulan kan?

      Delete
    2. owh...

      sepanjang aku baca entry ni, aku terbayang die gepren ko..haha..

      Delete
  3. Atiqah Nadiah bagi hadiah ape? hihi!
    Happy Belated B'day. May Allah bless u.. bila nak kawen?? (>.<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia emailkan gambar ni lah. dia bukan gf saya. :P buweeekkk

      p/s Thanks, amin ya Rabb, insyallah tahun depan kalau duit cukup.

      Delete
  4. Happy belated birthday. byk betol kenangan dekat rumah tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ye Rozuan.. Banyak sangat kenangan, rasa mcm duduk rumah tu 20tahun je.

      Delete
  5. yup. bila baca ni teringt dlu kenangan duduk rumah kampung. waa rindunya zaman kecik2 dlu. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah entry pasal rumah kampung awak gak! nak baca kenangan awak..

      Delete
  6. Wah, kenapa ramai sgt komen pasal Atiqah Nadiah ni? Girlfriend? Hahaha
    Mungkin Ikar patut cerita mcm mana kenakalan budak Atiqah Nadiah tu, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang salah sangka la tu, eh dari dulu teringin nak buat entry pasal kenakalan u tau, tapi takut nanti u sedih/sentap lak bila baca. wakakakaka

      Delete
    2. Haha.. tak de mana la nak sedih ke sentap ke. Tulis je. Org kampung duk bahan saya sampai sekarang ni ha.. Damn! Malu tau!

      Delete
  7. btl2...ble igt2 blk nostalgiak kck2 sebak je hti..kuat ingatan ko...

    happy birthday bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebak kan? samalah, aku pun selalu sebak.. Thanks for the wish :)

      Delete
  8. selama aku baca cerita nostalgia ko, aku imaginasikan latar tempat nye berek polis aku membesar masa kat bidor dulu..ahaha..

    tetibe rase nk mintak org snapkan rumah berek polis tu pulak macam atiqah nadiah ni buat..tapi sape la kwn2 aku yg ade situ lagi ye? ish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah agak dah, org mesti imagine rumah masing2.. ehehe ala ko try la kol kwn2 ko. kot ada lagi duk sana. dah try search google?

      Delete
  9. rumah aku sama je dulu sampai sekarang..eh..tak sama sebab dulu anjung papan sekarang anjung batu...
    aku masih tertanya2 siapa awek ko..dulu aku fikir J** **** hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan, dengan dia dah tak de ape2 dah.. aku ada gf baru :)

      Delete
    2. serius??????????patutlaaaaaaaaaa

      Delete
  10. just pass by to say: hye bang... lama x nmpk... I'm back... keh keh keh

    p/s: apesal ko buat komen cmnih? buat la komen pop out.. x cool laa komen cmneh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah lama dah aku tak gi blog ko kan..

      wat komen mcm ni, sebab org suka baca reply komen aku balik.. so pronya mcm lebih banyak..tapi aku sendiri rimas bila dia loading balik.

      p/s apasal semua komen ko masuk ke spam dulu ha?

      Delete
  11. sebak aku baca entri bukan pasal entri ni sedih tp aku sempat terkenang zaman kanak2 aku. Bila dah nama kenangan ni.. watak2 yg ada... ada yg masih ada, ada yang dah tua & ada juga yang dah takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa aku tulis aku pun sebak. overwhelming... T_T

      Delete
  12. agaknya skrg bapa sewa umah ko tu yer skrg??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan mak bapak aku jugak, aku pun kenal orang tu, makcik apa ke nama dia...

      Delete
    2. Latest, sewa dia RM 250. Rumah ni dah kosong semula. Nenek Jah and Atuk Lias dah pindah

      Delete
  13. Aku sungguh tak percaya yang aku baca dari awal sampai habis. Bukan senang nak buat aku melekat lama lama kat entri yang panjang.

    Seronok bayangkan setiap apa yang kau cerita.

    Aku cuba bayangkan makcik romen dengan Benggali karpet.

    Aku cuba bayangkan rumah putih belakang tu takde, diganti dengan halaman reban ayam dan pokok rambutan.

    Heaven.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry aku semua panjang2. average 4-5 pages words (with paragraphing)

      semua org suka kenangan kecik. :)

      Makcik tu kena tangkap basah last2, terus bercerai ngan laki dia.

      aku masih ingat belakang rumah aku tu mcm mana, redup! tanah gambut.

      Indeed!

      Thanks baca sampai habis :)

      Delete
  14. sblm ni aku bayangkan umah ko cam umah kg yg ada tangga & tingkap boleh buka tutup tu, betul2 umah tradisi kg punye...

    rasa nyer belum terlambat kot nak wish selamat ulangtahun kelahiran pd ko, semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa dlm rahmat Allah selalu hendaknya...kita berkongsi bulan kelahiran yg sama la...^_^

    ReplyDelete
  15. no 14 tu aku dpt bayangkan...terbayangkan jugak bunyi bila grill tu ditarik..sengal gigi sampai ke gusi auu..

    ReplyDelete
  16. Pesal aku lambat baca entri nko ni...hmmm, yelah.. lupa, aku kan sibuk...apa2 pun dah baca...sooo sweeettt..... ^__^

    ReplyDelete
  17. murah sewa dulu, 70inggit sebulan..

    by the way, citer the fighter tu terbaik.
    banyak mesej.

    ReplyDelete
  18. suka rumah dulu2, walaupun dibuat dari kayu tapi tetap kukuh! macam rumah pusaka arwah abah akak kat kampung, masih kekal kukuh sampai sekarang walaupun dah berpuluh2 tahun..

    ReplyDelete
  19. Assalamu'alaikum..ana nk mncri,,siapa pmilik rumah no 34 jalan kenanga ni ye?
    tahu x?

    ReplyDelete
  20. Emmmm Betul ke tuan rumah tu kedekut tak nak repair rumah tu? Cuba tanya ayah Emak Ikar, bukan ke the last owner tu turunkan harga sewa rumah. Dengan kos repair yang amat tinggi, berbaloi ke nak repair. Rata2 kos sewa rumah / bilik di kawasan tu ketika itu adalah sekitar RM200-300

    ReplyDelete
  21. Untuk rumah yang Besar dan berhalaman begitu I think your parents had a good deal. Tak baik kata orang tu kedekut tau. Jiran awak sewa sebahagian rumah bersatu bilik bayar RM350/bulan. Fikir fikir kan lah. Dosa kering. I enjoy your entries.

    ReplyDelete
  22. Cop...org dok Canada tu nama dia Rosfida ke?

    ReplyDelete
  23. Jangan cakap Tuan rumah kedekut tak nak reno atau cat semulajadi. Bayangkan rumah bertanah sebesar tu, sewa nya hanya RM70- max RM300. Mana nak ada duit buat reno. Duit tu tak cover apa2 pun. Bayar cukai Tanah dah berapa. Sewa rumah Pak Buyong sebelah yg bersize ¼ drp size rumah 56 ni, dgn satu bilik pun RM380. Tak de rumah utk parking Kereta apatah lagi ada minj Padang. Harga sewa tu Kira harga charity lah. Kena syukur lah kan. Sebeb tu lah your father menyewa lagi utk kali kedua ke rumah 56 ni. Mesti ada sebab dia balik nyewa sini dan tidak stay on nyewa di taman jasa yg cantik tu. Baik2 jangan kata Tuan rumah kedekut ye. Org baca dah punya persepsi lain pula.

    ReplyDelete
  24. Tuan rumah nak robohkan rumah ini. Nak buat rumah baru. Sebab dia nak pindah ke situ.

    Tapi tuan rumah tak sampai hati nak suruh penyewa keluar.

    Justru. Bfersabar. Tunggu penyewa pindah.

    Sebelum itu, tian rumah dengan murah hati menurunkan sendori sewa rumah dpd rm300 kpd rm250. Kesian kpd penyewa.

    Akhirnya penyewa pindah dan tuan rumah bina rumah baru.

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...