February 29, 2012

Aku Dah Kabor Dah 3 - Kasut Sekolah

Assalamualaikum...

Dulu masa sekolah rendah, antara benda paling aku benci nak buat ialah basuh kasut sekolah. Lepas Basuh kasut sekolah nak kena kapur pulak. Tahap malasnya aku ni nak basuh kasut sekolah sampaikan aku tak buka tali kasut tu dulu sebelum basuh. Aku main sental je kasut tu sekali dengan tali-tali.

"hah kamu Ikar, aku tak tau lah perangai selewen kamu ni dapat dari sape? ni kenapa basuh kasut tak bukak tali dulu ni? buat kerja macam pak koyap!"

" Alah mama, buka ke tak tali kasut tu, last-last semua nak basuh jugakkan? apa salahnya ikar rendam je kasut ni sekali-sekali dengan tali, pastu basuh terus, tak payah buat kerja banyak kali dah!"

" kamu jangan degil boleh tak ikar? kamu cabut dulu tali tu, basuh elok-elok, kang aku lempor tong sampah kasut kamu nanti kang!"

" yelah yelah yelah, ala mama ni, semua benda nak main ugut-ugut, lek ma lek"

*************************
Lebih kurang macam itulah adegan aku masa sekolah dulu, kalau bab nak basuh kasut bagi aku ibarat satu bencana besar. Kalau ikutkan tahap praktikal aku ni, aku nak basuh kasut sebulan sekali je. Kasut kotor-kotor sikit barulah Kurt Cobain.

Aku mana boleh lupa, kasut sekolah aku dulu semua bertali start dari darjah 4, masa zaman sekolah rendah kan ada dua tahap, Tahap 1 adalah darjah 1, 2 dan 3, manakala tahap 2 adalah darjah 4, 5 dan 6. Konon-kononnya bila masuk darjah 4 tu menandakan dah jadi budak besar sikitlah. Dah senior, maka dengan syok sendirinya merasakan aura 'anak-mak' itu berkurangan.

Maka lambang pertama pengurangan aura 'anak-mak' adalah perubahan dari kasut snap Velcro ke Kasut bertali. Kasut bertali pertama aku beli brand Winnerz dari Bata. Sebenarnya aku pun tak berapa ingat kasut tu nama dia Winnerz ke Winz ke Winners ke, tapi depan ada W pastu ada Z dalam ejaan dia.

Selain dari kasut Winnerz, aku dulu pakai Pallas Jazz, North Star dan Puma. Megah woi pakai kasut bertali, kawan-kawan aku yang darjah 4 pakai kasut snap velcro ada yang sampai nak menangis kena usik dengan aku dan kawan-kawan. Asal dia leka je, aku tarik snap dia.. Zreeepppp!

Kasut yang paling aku suka! selesa, senang basuh dan tahan lama. Rindu gila kat kasut Pallas Jazz
"  eh orang marketing department Pallas Jazz, korang xnampak ke aku promote brand korang ni? apa lagi, offer la aku token of appreciation!"

*********************

Okey, berbalik pada kes Aku Kabor dah....

Seperti kebiasaannya, mak aku akan memulakan ritual pembebelan basuh kasut sekolah dari pagi Sabtu sampai ke petang Ahad. Setiap minggu tanpa gagal!

Ritual ini menjadi konsisten kerana adanya seorang anak yang degil iaitu aku. Abang aku tu rajin betul basuh kasut sekolah. Masa kecik-kecik aku syak yang dia ada masuk pertandingan kasut terbersih mingguan peringkat kelas dia, sebab tanpa disuruh-sarah dia dengan rela hati basuh kasut pada tengahari Sabtu. Siap cabut tali kasut, Kapur elok-elok ikut line tapak kasut tu, tak comot langsung, bila jemur siap alas surat khabar lagi cakap kau!

Tapi aku pulak? korang tanya aku? Selalunya adegan macam ini akan berlaku di hujung minggu...

" Ikaaarrrr!!! kamu dah basuh kasut sekolah ke belum?"

" Belum mama!"

" basuh kasut kamu sekarang!"

" jap la mama, lepas KFC hours ikar basuh ah mama!"

" basuh kasut kamu sekarang ikar! kang mama tutup TV tu kang!"

" Jap la mama, ni Batman tengah nak lawan orang jahat ni ma, jap je lagi"

" okey, lepas habis batman tu tak basuh kasut kamu, aku bat bat kan ponggong kamu tu nanti!"

Bila dah habis Batman, dan seperti kebiasaannya Batman akan menang, aku pun terus pergi mandi. Dah jadi habit dari kecik aku akan basuh toilet sambil mandi. Bukan sebabkan rajin, tapi mak aku dah bagi tugas-tugas kepada kami adik beradik, aku memang jenis malas nak menyapu vacum semua bagai. Jadi secara sukarelanya aku akan basuh bilik mandi dan jamban.

Lepas selesai mandi dan basuh toilet, aku selalu terlupa nak basuh kasut sekolah, atau aku saja-saja buat lupa.

" Ikar, kamu dah basuh kasut kamu ke belum?"

" Allah, terlupa la mama, tapi takpe, petang nanti bila nak mandi malam ikar basuh ye ma, bukan apa mama, penatlah basuh jamban tadi"

" kamu ni kenapa ke degil sangat ikar?"

" Mana ada degil mama, tengoklah anak mama ni rajin tau, berkilat jamban! mama tak suruh pun kan? ikar takyah nak tunggu mama suruh ikar dah basuh dah! peh peh rajin ah! bernasib baik betul mama ada anak macam ikar ni"

" okey takpe, sebabkan kamu rajin basuh toilet, mama bagi can, petang ni basuh kasut kamu, kalau tak basuh jangan harap mama bagi keluar main!"

Dasar budak-budak, setakat ugutan tak bagi keluar main tu, dengan selamba je aku langgar. Aku tengok kiri kanan, mak aku tak perasan je, terus aku lari laju-laju pergi padang nak main. Sambil lari je aku nyahut mak aku tanya dari dapur...

" Ikar, sebelum pergi main basuh dulu kasut kamu!!!!"

" Yeeee mamaaaaaa!!! nanti balik main ikar basuh kasut tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu" ( baca dengan efek suara menjerit dan bergema, lambang menjawab sambil berlari laju, habis je perkataan TU itu, aku dah 100 meter jauh dari rumah dah)

*****************

Nak dijadikan cerita, pada satu minggu tu aku terlupa nak basuh kasut sampai ke petang ahad, Lepas main kejar-kejar kat Taman Jasa, aku sambung main layang-layang, lepas main layang-layang aku sambung main bola cop, lepas habis main bola cop dah senja nak maghrib balik rumah, Mandi.

Lepas mandi, sambung tengok TV, lepas tengok TV sambung main karom ngan abang aku. Hari sabtu ahad takde mengaji Al-Quran, konon-konon prinsip professional lah, hari cuti layaknya semua bercuti dan menikmati rehat.

Lepas habis main karom, masuk bilik tidur sambung borak ngan abang aku pasal dragon ball dengan doremon. Elok je aku start baca doremon aku nampak nobita, bila aku nampak nobita aku nampak dia kena kejar anjing sampai masuk longkang, Aku nampak Nobita masuk longkang aku nampak kasut dia basah, bila aku nampak kasut dia basah kena air longkang, aku teringat kasut sekolah aku!

" Ya Allah, Kasut sekolah tak basuh lagi!"

Menggelupur aku masa tu jugak macam lipas kena spray dengan bygon! kelam kabut aku lari pergi jamban cari kasut sekolah aku!

Elok je masuk dalam bilik air, aku bagaikan dipanah halilintar! aku tengok ada baldi warna hijau tua tengah-tengah bilik air. Ini melambangkan bencana yang tiada bertepi, aku dah mula berpeluh sejuk. Aku keluar bilik air pucat lesi, kehulu kehilir dari tempat rak kasut sampai ke jamban, patah balik kemudian patah balik lagi macam tokey balak kalah judi.

Selamba je Mak aku yang duduk tengok Berita Dunia tanya aku dengan muka selamba....

" hah kamu ni ikar, kenapa kelam kabut tak tentu pasal ni ikar?"

" Takde ma, kasut sekolah tu. kasut tu..."

" ha kenapa dengan kasut kamu?" (mak aku tanya dengan nada sindir campur tenang)

" Seingat ikar, tadi petang ikar letak tepi mesin basuh tu, tapi tak rendam pun"

" Jadi?"

" pastu tadi ikar tengok kat toilet dah terendam dalam baldi dah, macam mana boleh terendam mama?"

" aku yang rendam, dah kenapa kalau aku rendam?"

" Hari ni hari ahad mama, esok sekolah, habis ah basah kasut ikar tu"

" Aihhh, dah nama pun hari sabtu ahad kan? memang kena basuh kasut sekolah pun, tu yang mama rendam dalam baldi tu, apa yang peliknya pulak Ikar?"

" kalau mama rendam sekarang, mestilah ikar kena basuh sekarang, kalau basuh sekarang mana sempat nak jemur kering mama! dah malam ni, dah pukul 11 maaaaaa"

" aku dah kabor dah kan ? aku dah kabor dah, dari pagi sabtu lagi aku dah kabor dah, basuh kasut kamu tu ikar! basuh kasut kamu tu, tapi kamu degil kan?" 

Haaa sekarang nampak tak mak aku meraikan perayaan berganda sekali lagi? nampak tak mak aku bagaikan berpesta dalam hatinya, melambangkan kepuasan hatinya dapat memadankan muka aku tiada terperi. Minimum 3 kali dia sebut "Aku Kabor Dah" dah sebut tiga kali baru cukup syarat ayat memadankan muka aku.

" ala mama, mana ikar tau, tak teringat, ingatkan nak basuh pagi tadi, kalau tak basuh pun boleh pakai lagi kalau tak rendam, tapi ni dah basah, habis lah macam ni, habis ahh!!"

" tu je upah budak degil, sekarang lantak kamu lah nak buat macam mana, aku dah kabor semalam lagi kan"

Tapi, macam biasa, dasar budak degil tambah dengan kreatif, aku pergi jugaklah basuh kasut sekolah tu sambil air mata bergenangan. Lepas basuh tu, aku jinjing kasut pergi ruang tamu jemur depan kipas kaki. Eh selamba pulak mak aku tutup kipas tu...

" eh mama, napa pulak mama tutup kipas tu? kan ikar ngah jemur kasut tu mama"

" eh suka hati mama lah nak tutup ke tak, mama dah nak masuk tidur ni, buat apa pasang kipas tu, buang letrik! yang panas orang kalau nak berkipas tu takpelah, ni ada pulak kasut nak pasang kipas, tak munasabah!"

Aku dah nampak masa depan aku bakal kelam sekelam air sungai gombak. Aku dah nampak hari esok aku akan pakai kasut basah kat sekolah, dengan stokin lembabnya, mau kecut kaki aku sampai habis sekolah. Aku pun meratapi nasib aku sambil letak tangan atas dahi tidur sebelah abang aku. Tidak semena-mena abang aku bagi tips kat aku, agaknya sebab dia kesian sangat tengok aku resah gelisah dengan masalah kasut sekolah.

" Apelah kamu ni ikar, apa susah, kamu pergi amik surat kabor, kamu sumbat banyak-banyak dalam kasut tu, lepas tu kamu letak kasut kamu belakang peti ais. Karnain gerenti esok mesti kering punya ah"

" Eh boleh eh? tenkiu tenkiu tenkiu.. nanti ikar banje karnain aispop"

Aku pun tekunlah sumbat surat khabar dalam kasut tu sampai naik kembung, lepas dah sumbat aku letak kasut tu belakang peti ais. Maka malam tu aku tidur lena dengan kepuasan dapat membuktikan bahawa... 

" saya tak basuh kasut hari sabtu, saya okey!"

************************

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. esoknya aku bangun pagi nak pergi sekolah, semuanya indah seperti biasa, pagi yang redup dan lampu yang kurang terang buatkan semuanya nampak orite, aku amik kasut sekolah dan peluk erat-erat, lega kasut sekolah kering dan rangup, Bagaikan roti yang segar dari ketuhar.

Sampai je sekolah aku tengok kasut aku pelik, Barcapuk capuk warna hitam, macam tak basuh sebulan. Hitam kelabu macam baju putih kena arang lepas tu kita kibas-kibas bagi bersih.

Rupanya kasut aku kena karbon Surat kabor yang aku sumbat tu, bila hari dah cerah, kasut bertambah kering barulah efek hitam kelabu karbon tu menyerlah. Dia punya malu jangan cakap lah wei. Kawan aku selamba je tengok sambil perli...

" Eh Zul, apsal kasut kau hitam-hitam kelabu ni? Kau pakai kapur dah expired eh?" - Rahman Anak babu Roti, 10 tahun

" Wah Zul, lawa kasut! rajin eh basuh" - Nurul Izzah, 10 tahun

" Huiyo Zulfikar, bersihnya kasut awak, ni mesti nila pesen baru kan? orang nila kaler biru, dia nila kaler kelabu" - Cikgu Zainal Abidin, 29 tahun

" kasut awak ni warna hitam ni saya tau kenapa Zulfikar, ni mesti semalam awak basuh kasut lambat kan? lepas tu awak taruk belakang peti ais kan? kan kan kan? alah tak payah nak tipu sayalah, saya dah biasa buat zaman kecik-kecik dulu" - Cikgu Baharudin, 27 tahun.

Kalau sekali dua kata-kata nista mampu aku jawab dengan kepetahan aku, tapi selepas dihambur sebegitu rupa, aku bagaikan hilang arah tujuan, bagaikan ditembak dengan mesingan, Final Finalenya hinaan yang aku dapat hari itu adalah apabila Lydia (Crush sekolah rendah) berkata-kata...

" Zul, cuba tengok kasut kau Zul, Apsal kasut kau warna macam kelabu taik anjing? pesen baru ye? Pinjam boleh? - Lydia, 10 tahun

Tak cukup cercaan aku terima kat sekolah, balik rumah mak aku menyimpulkan segala-galanya...

" wah cantiknya kasut anak mama ni! meriah, bangga betul mama dengan kamu Ikar, lain kali janganlah basuh kasut awal-awal lagi ye, basuh last-last minit, baru syiok kan!"

" Alah mama ni, semua orang ejek kasut Ikar, semua orang ejek!"


" Ahhaaaaaaa, aku dah kabor dah kannn. aku dah kabor dah.. kelmarin lagi aku dah kabor dahhh, Padan muka kamu"

**************tamat**************

Masa sekolah menengah aku pakai kasut ni dengan kasut Puma tapak kuning. Kasut ni konon-konon nak gaya All star Converse lah, tak dapat yg ori, dapat yg ala-ala pun jadilah... ** tapak dia cepat terkopek kat tepi-tepi, betul tak?

Kasut Fun Keong, Aku pernah pakai sekali je, aku beli sebab keliru, masa tu darjah 6. mati -mati aku ingat ni kasut North Star, aku tengok sekali lalu je, pastu pelik sebab murah, aku mintak la bapak aku belikan, sekali usha betul2. laaahhh Funkeong rupanyaa..bukan Northstar! ceh.


P/s 1 kepada pengunjung baru blog ini, anda boleh dapatkan pencerahan kes Aku kabor dah dengan melayari laman web Aku Dah Kabor Dah 1 dan Aku Dah Kabor Dah 2

p/s 2 dapat gaji ni aku macam nak beli kasut sekolah jenis Converse lah, wat pakai ngan jeans, takpun beli kasut sekolah puma.

p/s 3 Kawan aku lagi hardcore, aku letak kasut belakang peti ais, dia letak kasut dalam microwave oven mak dia!

38 comments:

  1. aku rasa kalau letak kat belakang peti ais tu kurang berkesan,maka aku n adik2 aku telah tukar strategi dengan gumpal dengan kain selimut/tuala,masuk dalam tempat spin..MEMANG BERKESAN - siti norinoi, 29 tahun

    ikar,aku pun suka jugak pallas jazz tapi asal aku beli je mesti kat tapak belah tumit tu bolong..kalau pijak lecak je rasa basah je stokin aku ..huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah! aku setuju noi, aku baru teringat.tapak dia selalu pecah kat tumit.. sebab tapak dia lembut. hahaha kau ingatkan aku, kau ingatkan aku.. hahaha :)

      Delete
  2. Sidai kasut sekolah belakang peti ais aku pernah buat dulu, tapi peti ais sekarang pesen lain dah, kalau dedulunya belakang dia ada jaring2. Jadi boleh sangkut. Kawan nko yg letak kasut dalam mikrowave tu, sehat ke tak?..tapi aku pernah gak tgk cerita omputeh, dia masukkan seluar dalam dalam mikrowave...euww, tak koso denn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan aku tu terlebih kretip mat! dengar khabarnya skrg dah kerja gerudi minyak kat tgh laut. hahaha

      eh kau pun jemur belakang peti ais? sama ah kita, sama ahhh

      Delete
  3. dulu aku rajin basuh kasut.. suka..
    mak kakak atau abang aku tak pernah tolong basuhkan kasut..
    walaupn rajin basuh aku tetap jeles kalau orang cerita mak dia yg tolong basuhkan.. huhuhu..

    masuk sekolah menengah pakai kasut hitam..
    selalu kalau kawan2 terpijak kasut, mesti diorang suh pijak semula kasut diorang..
    benda nak adil konon-konon.. huhuhu..

    sebab rajin basuh kasut, kasut hitam aku jadi coklat karat-karat..urghh.. ingatkan lagi rajin basuh, lagi cantik kasut tu.. =__=

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku syak kau dulu pengawas, takpun pengawas pusat sumber sekolah.. haha

      betul lah, kau ingatkan aku jgak pasal kasut itam kalau selalu basuh dia jadi perang, sebab kaler luntur.. kau ingatkan aku gak! hehe

      Delete
  4. kalau taknak basuh kasut seminggu sekali kena jalan hati-hati. jangan bagi kotor. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah buat dulu, tapi tetap kena marah ngan mama.. haha

      Delete
  5. HAHAHAHAHAHAHAHHAAH!!! GULING2 BATING I SUKER...AKU DAH KABOR DAH..AKU DAH KABOR DAH..MAMA KAU MMG TERBAEK RR SAIKO....KALU AKU..TENTUNYER PENYAKUT BAJU..XPON ROTAN..HAHAHAHAHHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. percayalah, saiko lebih diingati dari rotan, pedihnya sampai ke ulu hati. :P

      Delete
  6. hi. saya baru first time rasa nak comment. before ni,rajin baca je. hikhik. ohh awak letak belakang peti ais eh? dulu kalau tak sempat kering kasut sekolah,saya letak bawah peti ais. tapi basah2 pon kan,tak sumbat ape2 dalam kasut tu,teros letak bawah peti ais pon boleh kering kot.

    lepas baca ni,baru saya teringat saya ada letak kasut sukan saya bawah peti ais yang saya basuh sejak balik KK. hahaha

    *lari laju2 pegi check kasut*

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak belakang peti ais barulah budak gangster katanyaaaa..

      eh awak ni, macam kenallah nama ni, macam biasa tengok wajah ni...

      kita pernah jumpa ye? eh ye lah, awak ni yg nama Atiqah rahim tu kan?


      p/s amboi kanmain lama dia lupa kasut dia kat bawah peti aiss..

      Delete
    2. tapi sampai sekarang terfikir camne orang selalu letak belakang peti ais eh. dari dulu mummy kita ajar letak bawah je. hihi.

      ohh awak kenal saya ke? hmm mungkin lah kot kita pernah jumpa kot.

      lama gila saya "simpan" kasut saya. nasib takde tikus dah buat rumah dalam kasut. haha

      Delete
    3. letak je, penyek2 tonyoh2 blkang peti ais tu, sebab blkng tu lagi panas, letak bawah pun boleh, asalkan dekat.

      eh kita pernah jumpa ye? errmm awak nak jumpa saya lagi tak? nanti kita jumpa lagi nak?

      Delete
  7. adesss!! member ko yg letak dlm microwave tu konpom garing kasut dia kannn..hahaha. aku pun selalu gak sidai kasut belakang peti ais especially musim hujan..tp sumbat ketat2 ngan kain, so xdela bertukar kelabu taik anjing warnanya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupanya ramai yg buat letak blkg peti ais kan. bukan aku sorang la.. haha

      eh aku rasa mesti garing, takpun kasut dia getah cair kot.

      Delete
  8. saye baru teknologi kasut sekolah sekarang,
    tak perlu susah payah nak menyental kasut kotor. cuma gosok sikit2 je guna kain lap lembap. harganya > mahal drpd biasa.

    *baru je cuci kasut sukan yg kotor lepas joined walkathon. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak baru teringat, kasut daki gunung ada 2 pasang belum basuh, berlumpur hutan mulu pun ada lagi, weekend ni nak basuh la. aduhhh malasnyeeee

      Delete
  9. wakakakaka.. teringat zaman sekolah aku pun suka keringkan kasut belakang peti ais. aku dulu tak suka sangat kasut tali walau trend masa tu kasut bertali2. Pernah guna tapi rasa leceh & lambat nak ikat tali. sampai sekolah menengah aku suka pakai kasut pelekat. nampak sporty bagi aku. nak2 lagi masuk sekolah menengah urusan membeli belah barang2 sekolah dari baju kasut buku bagai di uruskan sendiri tapi duit ttp minta mak & ayah jugak. So, mesti dapat sebijik macam yg di idamkan. kekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku start masuk skolah menengah bapak aku bagi duit suruh beli kasut beg baju semua sendiri, sama lah kita.. tu yg aku eksyen beli kasut sekolah puma tu. haha

      Delete
  10. Hehe kesian... lupa basuh kasut ye.

    Syukur time skola rendah, mak rajin basuh kasut. Kadang2 je kena basuh kasut. Tapi syok gak, basuh kasut dgn adik, lawan siapa punya kerja lagi bersih, hahaz.

    Sekolah menengah, kasut hitam, so takyah basuh sgt. Isnin dgn Jumaat kasut heels, takat lap je, dah OK.

    Kenangan zaman sekolah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah dia mak dia basuhkan kasut dia, untunglahhhh :P haha

      Delete
  11. hikhik. nasib tak pernah cuba, kalau lambat kering pun kasut selalu keluar kuning kuning aje T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kapur lah tu! gi kapur kasut kamu Reeyn!!!

      Delete
    2. saya dah tak sekolah dah! haha.

      Delete
  12. selak perut aku bace entry ni... barus2... buat lagi cerita2 macam ni... 'trilogy aku dah kabo'... bagus2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia datang rajin boleh la tulis Zul, kalau malas, haihhhh apa pun tak boleh.. heheh tapi ada banyak kisah aku dah kabo ni..

      Delete
  13. Tu la ganjaran utk budak degil..hahaha


    @putrifayad

    ReplyDelete
  14. wahhahaha..dulu time sekolah pengawas check wooo sapa2 yang tak kapur kasut, nama aku manjang masuk buku..

    kalau letak kasut belakang peti ais,,kalau tak lap betul2 apalagi terlalu byk pakai sabun mesti jadi kuning2 sikit...tapi peti ais memang penyelamat la..

    ReplyDelete
  15. terngiang2 sore mak kamu ckp, aku dah kaborrrr!!

    ReplyDelete
  16. akak masa sekolah dulu kena kasut bersih2.. kalau tak bersih nanti kena denda dengan cikgu! heheheee

    ReplyDelete
  17. menjawabbbbbbbbbbbbb.....mcm bertih jagung jawapan nyer..haha....-by cik lara hati

    ReplyDelete
  18. kasut pallas jazz fevret aku sepanjang zaman..kadang2 tgk kasut tu rase mcm teringin nak beli walaupun dah tua ni ha..kah3..

    aku selalu letak bawah peti ais je..tak pernah pulak letak kat belakang..tapi kekadang kalau aku malas, aku tak basuh pun..aku tenyeh je kapur..smpai keras kematu kasut tu dibuatnye sebab sapu kapur byk sgt nak cover kotor..hahaha.

    nasib bek masa ting 4 aku dah tak payah pakai kasut kapur..pakai kasut hitam sebulan tak basuh pun takpe..tapi pastikan kasut tu dijemur le..kang bau hapak peluh kaki pulak..hua3..

    ReplyDelete
  19. adik2 saya xpernah basuh kasut, diaorg rendam petang tuh, pastuh malam bila mak ayah dah tido, diaorg basuh kasut dgn mesin basuh mcm basuh kain... pagi esok jemur mcm biasa...

    ReplyDelete
  20. kasut sekolah dulu gak best.. sekarang ntah.. takde yang berjaya menarik minat ke ai tak reti cari kasut yang sesuai..

    rindu dengan kasut pallas jazz tu..

    ReplyDelete
  21. Unsengajarable terbuka blog ni . Best giler baca entri2 anda.. Bahasa sempoi... walau panjang berjela2 penat nak scroll down, aku tetap jugak baca. entri yg ni sampai tergeliat urat perut aku tergelak sakan. HAhahaha
    kem salam la kat mak anda ye? terima kasih la sbb sudi hiburkan hati yg tgh lara ni ... :)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...