Pada tahun 1990-1995, termaktublah perjanjian Kesultanan Ayam di antara Bendahara Zulkarnaen, Panglima Zulfikar, Bentara Azri dan Laksmana Azmi, mereka ini adalah dua pasang adik beradik yang bersatu tenaga untuk memastikan daerah persempadanan Kesultanan Ayam gemilang di seluruh pelusuk perkampungan Ulu Yam.
Tanah jajahannya melangkau dari sempadan Taman Jasa Darul Kaya hingga ke perbatasan Kampung Nakhoda Darul Satay. Daerah yang aman makmur itu terkenal di seantero Benua Batu Caves sebagai Kampung Sungai Tua Baharu.
Maka dengan itu bermulah Epilog Keperwiraan yang tiada tolok bandingnya. Disaksikan akan bermulanya sirna kegemilangan di ufuk timur dan malap di ambang sore.
****************
Pada tahun tersebut, aku dan abang aku telah mengambil kata sepakat bahawa kami perlu keluar dari kepompong berkawan bersama adik beradik saja. Demi meningkatkan kreativiti dan skill bergaul yang lebih kondusif, maka aku dan abang digesa oleh abah untuk berkawan dengan budak-budak kampung yang sebaya dengan kami." Abang dengan Ikar pergi main kat luar gi, cari kawan, ajak kawan main ronda-ronda kampung tau"
" Okey abah, erm nak 20sen!"
" main kejar-kejar mana pakai duit Ikar!"
" alaa, nanti dahaga lah abah, boleh beli Ais pop!"
" Nah amik 20 sen, kongsi ngan abang"
Walaupun abah aku selalu bahasakan diri abang aku itu dengan panggilan 'abang' tapi entah macam mana aku tak melekat pulak panggil dia Abang Karnain mcm adik-adik aku 2 orang itu, aku lebih mesra panggil dia Karnain.
Perkenalan kami dengan adik beradik Aji dan Amy bermula dengan melihat mereka berdua berhadas di longkang sambil menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu! Eh aku bukan nak menambah-nambah cerita, tapi memang benar Amy bersungguh-sungguh nyanyi lagu tu semasa meneran. Masakan aku boleh melupakan kenangan melihat dia begitu, biarpun sampai aku tua nanti, Gabungan antara fantasia bulan madu dan berak di longkang akan setiasa tersemat di sanubari.
" Demi cintaku padamu, ke mana pun kau kan ku bawa, ke hujung dunia ke bintang kejora, Buuuuuulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu...."
" woi! nak berak berak je lah woi! Apesal nak nyanyi lagu rock plak?"
" Alah biarlah kita nak berak nyanyi lagu apa pun, yang kau sibuk kenapa Ikar? dah lah tak malu petik bunga ungu mak kita!"
" Ni bukan Bunga Ungu lah! ni bunga Morning Glory!"
" lantaklah, bunga mak kita, sukahati kitalah nak letak nama apa, ko plak sibuk-sibuk nak bagi nama bunga tu kenapa?"
" erm, yelah - yelah, amik lah kau menang, eh nanti lepas ko dah berak, kita gi main kejar-kejar nak tak Amy?"
" okey boleh je, nanti aku ajak Aji, ko ajak Karnain eh!"
Masa tu, kami memang dah kenal nama masing-masing walaupun belum berkenalan sangat, sebab mak aku selalu menjerit laung-laung nama aku suh mandi bila dah petang, rumah kami bukan jauh pun, selang 7-8 langkah je, ada padang bola mini di antara rumah aku dan diorang ni.
Maka dari situ berkawanlah kami Adik beradik kerabat kesultanan ayam. tetapi kenapa perlu nama ayam?
Pokok Bunga Seri Pagi atau Morning Glory, Bunga ini dikatekan org utk dibuat nasik kerabu, tapi ada org betulkan aku ckp, guna bunga Telang. **update |
********************
Pada satu hari kami semua mendapat misi. Seorang atuk bernama Daliu, beliau adalah Jiran depan rumah aku. Beliau adalah suami kepada nenek Timah iaitu jiran terapat mak aku, merangkap mak angkat, merangkap ahli mesyuarat Van jual ikan kaler hijau pagi-pagi. Nenek Timah juga adalah nenek kepada 'Kaklong' Atiqah Nadiah.
Tok Daliu sudah lama meninggal dunia akibat kencing manis dan beberapa sakit yang lain, pada penghujung hayatnya beliau selalu lepak depan rumah atas kerusi malas getah kaler warna warni. Sambil Bertongkat memperlihatkan kakinya telah dipotong sedikit akibat kencing manis. Arwah Tok Daliu baik hati orangnya, murah dengan sedekah tapi perwatakannya garang.
Satu hari dia panggil kami berempat, suruh kejar ayam peliharaannya, Tok Daliu ada bela ayam special, ayam dia baka apa entah aku pun tak tau, bukan main besar lagi. Besar ni bukan besar sebab banyak makan, tapi memang jenis besar, peha ayam tu macam nak besar peha ayam turki, gemuk sihat. Aku syak tu ayam kacuk antara ayam reban dengan ayam laga.
Ayam beliau ni sangat banyak, tapi kelemahannya adalah tidak berkandang dan kuat lari. Bila Tok Daliu nak makan ayam atau nak jual, dia akan panggil budak-budak kampung pergi tangkap. Upahnya seringgit satu ekor! kaya aku cakap kau! zaman 90-an kalau budak pegang seringgit tu ibarat macam pegang RM10 zaman sekarang.
Dengan berbekalkan sifat tamak duit, kami berempat pun kejar ayam tu ke seluruh pelusuk Jalan Kenanga, dari belakang rumah nenek Timah, ke sebelah rumah anak dara cun, ke belakang rumah Amy dan panjat pokok rambutan, akhirnya ayam dapat dikepung di pagar tempat Pokok bunga Morning Glory tumbuh memanjat.
Yang tangkapnya Amy dan Aji, sebab badan diorang kecik ringan lari laju, manakala aku dan abang aku tukang pasang strategy nak kepung ayam macam mana. Bila dapat upah seringgit seekor, maka kami bahagi sama rata, sorang dapat seringgit lebih, simpan buat beli ais pop dengan satey ikan!
***********************
Pada satu hari....
" Eh Amy, kau tak rasa berdosa ke kita tangkap ayam tu?"
" kenapa pulak Ikar?"
" Yelah, kita tangkap pastu kita dapat duit, pastu ayam tu kena sembelih jadi lauk!"
" A'ah la Ikar"
" Ape benda lah korang ni, nama pun ayam, memang lah kena jadi lauk, habis tu yang korang duk makan ayam hari-hari tu boleh pulak?" sampuk abang aku.
" Mak cakap, kalau kita dera binatang nanti kena sumpah, kita kejar ayam tu nanti ayam tu sumpah kita tau tak Amy!" sampuk pulak Aji si abang Amy.
" dah dah rilek-rilek, kita jangan gabra, ni duit ni baik kita gi beli pedel pop dulu, kalau ayam nak sumpah pun, duit tu dah habis kita belanja dah!" kata aku memberi idea melungkup.
Selesai perbincangan itu, kami pun pergi kedai jimat dekat Taman Jasa dan beli Aiskrim masing-masing, sambil balik rumah sambil jilat aiskrim. Punya eksyen, nampak je budak Taman Jasa lalu, cepat-cepat kami jilat dengan effect lidah panjang yang lebih dramtik, dari pangkal batang aiskrim jilat sampai ke hujung aiskrim sekali jalan je. Melambangkan kami berlagak ada aiskrim Pedel pop!
" Kita ada pedel pop pelangiiiiiiiiiiiiiiii......!"
" eh kita pun ada aiskrim jugak!"
" aiskrim ko aiskrim 20sen!, kami punya aiskrim 60sen tau!"
" Bluweeekkk, nanti balik, aku mintak kat mak aku aaaaaaaaaa, tengok ah tengok ah"
"hahahaha, dapnye pedel pop ni! slurpp slurp slurp"
kami pun lari laju-laju balik ke markas kami. Punya jahat, dah sakitkan hati orang cepat-cepat lari balik markas
****************
Markas kami adalah Reban Ayam tinggal, reban ayam tu duduk betul-betul belakang dapur aku, atas bukit kecil bersimen, reban tu muat-muat 4 orang, Tak senonoh betul aku masa kecik, banyak-banyak tempat reban ayam buat markas.Reban ayam tu punya horror. aku rasa hama ada banyak kot, tapi yang pasti tak busuk dan takde tahi ayam sebab dah kami bersihkan elok-elok. Tapi confirm, kalau tak berhama, mesti banyak tungau, kalau balik rumah tak bergaru telur tu tak sah kata mak aku.
Mula-mula Aku masuk, lepas tu Karnain masuk, lepas tu Aji masuk, dan akhirnya amy masuk. Tiba-tiba bila Amy dekat pintu reban ayam dalam keadaan kepala tersua ke dalam, sambil badan mencangkung, aku rasa gegaran, Reban bergoyang....
" woi woi woi, gempa bumi woi, gempa bumi"
" Keluar keluar keluar.. ceeeeeepaaaatt"
" Kedeghuummmmm.. prongggg praaangggg brrrrummmmm" (mcm mana ke gaya nak bunyikan reban ayam runtuh pun aku tak tau, korang bunyikanlah ikut sedap mulut korang ye)
Ngam-ngam, elok je aku keluar sebagai orang terakhir, reban ayam itu pun runtuh menyembah bumi, maka tamatlah sudah perkhidmatan Markas lama kami...Kenangan bersama reban ayam itu pasti bersemi dalam hati.
" Tulah Aji, aku dah cakap dah, jangan tangkap Ayam tok daliu tu, kan dah kena sumpah!"
" kenapa pulak salahkan aku? sape taknak tangkap ayam dia? seringgit tu sekor!"
" Dah kau tangkap ayam tu, ayam tu masa mati kena sembelih dia sumpah kita mati dalam reban ayam tau tak?"
" banyaklah ko Amy, badan semua dah besar macam anak gajah, mana reban tak runtuh!" sampuk abang aku..
" dah dah jangan gaduh-gaduh, Reban pun dah runtuh, markas pun dah takde, jadi kita semua kena cari markas baru, apa kata pokok rambutan belakang tu?"
" Canteeeeeekkkkk"
Maka, berakhirlah sudah kegemilangan Istana Ayam, lagenda itu terus dibawa oleh empat Perwira Juragan Pemburu Ayam dan mencipta kegemilangan baru di Istana Rambutan Bayangan Rambulan Tumbuh Berpaksi Tiang Nan Sebatang.
***********tamat***********
Aku tak dapat carilah gambar reban ayam yg sama macam Markas reban ayam kami. yang ni lebih kurang lah, cuma dindingnya bukan jeriji macam tu, tapi semua dinding kayu, bentuk dia macam 'rumah mini' |
**********************
P/s I Setiap kali aku tulis cerita nostalgia, mesti aku rasa sebak teringat zaman dulu.
p/s II Ada lagi ke manusia yang kena gigit tungau kat telur zaman-zaman moden macam ni?
p/s III sila baca kisah kali ini dengan background muzik Fantasia Bulan Madu, boleh klik kat youtube atau dalam playlist Winamp player korang. adios amigos.
** Update : ada sumber yg mengatakan Mewarnakan nasi kerabu menjadi biru bukan pakai Morning Glory tapi pakai Bunga Telang, aku sebenarnya keliru, sebab dulu exgf aku org kelantan ckp guna bunga seri pagi utk wat nasi kerabu, maknanya kalau dia salah ckp kat aku, aku pun salah ckp kat korang la. hehe sorry.
** Update : Hadas Besar itu adalah hadas yg mewajibkan mandi wajib. Kesalahan penggunaan terma, telah diperbetulkan, terima Kasih Sari Yus.
kitorg dulu lepak bwh poko rambutan yang ada buaian je...
ReplyDeletetak penah ada pngalamn kejar ayam..
ayam kejar ade la..sbb kaco anak dia.. =__=
aku pun tak kejar ayam, aku bagi order je.. hahaha
Deletenasib baik korang semua x dihempap reban ayam tu kan...hahaha
ReplyDeletechoppp!! confuse of india diriku ini..ye ke bunga morning glory leh buat nasi kerabu?? nenek aku x pernah lak guna bunga morning glory utk buat nasi kerabu ni, ada bunga khusus utk buat nasi kerabu tu...:P
aku pun konpius sebenarnya.ada org ckp guna bunga seri pagi wat nasi kerabu, aku pun ye kan je la. haha
Deletedah habes baca baru nak suruh dgr lagu Fantasia Bulan Madu..lambat..apa da..
ReplyDeleteaku rasa kan bebudak sezaman kite mmg ade markas sndri le..aku dulu pun dgn geng2 main aku ade markas sendiri..ohh..terkenang zaman hingusan dulu le pulak..;p
kau punya markas mesti tepi rumah kan sya kan? haha
Deleteaku pnye markas bkn reban ayam tp reban itik sbb dulu kiteorg bela itik...hahhaha....tp port umah aku mmg port lepak n pot tmpt memain la sbb umh aku dkat ngn sek.agama..pas sek je tros maennnnn,.....besttt tol la mgimbau kngn lame ni kannn....
ReplyDeletedulu kau ada kena gigit tungau tak masa duk reban itik?
Deletehaha.yg kelkar berhadas besar sambil nyanyi lagu fantasia bulan madu.seronok tol kisah zaman kecik2
ReplyDeletehehe, memang lawak gila tgk budak berak kat longkang. haha
Deleteikar ,pasal bunga morning glory buat nasik kerabu tu, kau dah tersilap fakta ler.bunga telang rasanye yg guna tuk buat nasik kerabu dan rupanya tak sama langsung ngan bunga morning glory tu .tp kalau kau nak try guna bleh gak..ngee
ReplyDeleteentah, aku pun taktau, aku hentam je, sebab ada org tipu aku, jadi aku main angguk je. hahaha... :P
Deleterisiko bile kejar ayam:
ReplyDelete1. bile dah dekat2 ngan ayam tu, kite dive, ala-ala khairul fahmi che mat. konfiden boleh dapat. tapi kite lupe, bile kite dive, ayam tu akan lompat. ayam tak dapat.. muke menyembam kat tanah..
2. bile dapat ayam tu, kalau nasib tak baik, kene cakar atau kene patuk. tak la sakit.. tapi kat tangan kanan aku ni, sampai ke tua ade kesan parut kene patuk dek ayam..
3. silap2 ayam tu tercirit akibat terperanjat. wah.. masa tu, dapat rasai ape itu hangat-hangat tahi ayam..
4. heh.. kene tungau..
5. kalau ayam tu masuk bawah rumah, siap la kepale benjol.. terhantuk kayu beroti rumah tu..
hmmm.. mase budak2 dulu mane hirau.... tapi memang best kejar ayam...
paling senang nak tangkap ayam masa senja2 atau malam. masa ayam tu tengah tenggek atas dahan pokok rambutan. bapak aku ckp sebab dia rabun ayam.. tak nampak. hahaha
Deletebestnya lah kenangan zaman kanak-kanak macam ni..
ReplyDeletekenangan zaman kau dulu mcm mana Zue?
Deleteaku punya markas atas pokok kopi..siap paksa bapak aku buat pondok atas pokok kopi tu
ReplyDeleteuntunglah bapak ko nak melayan ko, aku dulu paku papan sendiri je atas pokok mangga noi oiii...
Deletesaye takot dengan ibu ayam. dia suka kejar orang macam angsa!
ReplyDeletejgn ckp awak, saya pun takut. haha
DeleteErrrrr.. Berak tu hadas besar ke??? Uhuks!!
ReplyDeleteeh bukan, tu slang zaman kecik2. hadas kecil, hadas besar. mcm buang air kecil, air besar..hahahaha
DeleteHehehe, agak dahhh, sbb masa kita budak2 istilah hadas besar tu utk buang air besar, kan.. kan ;-)
Deletememang seronok kenang zaman kanak2 ni kan? macam2...
ReplyDeletetapi ikar ni kira dahsyatlah, siap dok dalam reban ayam tu!
akak dulu main kutip biji getah, tangkap berudu dan tangkap pepatung... memang syok gila! heheheee
akak pernah tengok org goreng berudu pastu makan tak kak? hahaha
Deletetak pernah lah pulak...heheheee
Deletetapi akak pelihara berudu tu sampai jadi katak...hahahaa
tak rasa geli pun! tapi sekarang kalau nampak katak konpem buka langkah seribu...kihkihkihh
kah3. pedel pop pelangi ni memang epik!
ReplyDeletezaman aku dulu aiskrem pop masih lagi seposen 1.
nak kejar ayam laa petang ne =,=' nak join ke? kah !
ReplyDeleteko ni Nyah.. aku ni pemalu utk bayangkan sesuatu yg aku rasa malu.. ko cerita bab tungau tu aku malu tau bila terbayang. bleh gitu?? serius aku malu nyah.. malu sgt even aku dah kawen. wakakakakkaka
ReplyDeleteAku dulu pun dgn kawan2 buat pot main masak2 dalam reban ayam besar. Kiranya reban ayam tinggal la.. ada la sedara aku bela ayam daging, abis ayam daging tu kena rendang maka reban tu takde penghuni lg. maka kami geng2 bergotong royong bersihkan & jadikan pot main masak2. ala2 buat mcm rumah panjang walau x panjang sangat. bahagi2 space dia. tungau takde lak.. tp tungau selalu hinggap kat ketiak bila main kat rumput.