February 25, 2012

Tahyul, Panadol dan Sunnatullah.

Assalamualaikum..

Aku sudah cerita, macam-macam pengalaman aku tentang bidaah, arwahiyah, liberal, tarikat dan sebagainya dalam entry-entry yang sudah ( taip apa yang terlintas dalam fikiran korang pada search box di sebelah, mungkin ada pautan ke entry aku yang lepas)

Namun kali ini biar aku berkongsi pengalaman tentang masalah hujah menjustifikasikan tahyul.

************************* 



1. Rembas Badi Pokok

Pada tahun 2000, aku telah terlibat dalam kemalangan motor yang serius sehingga membuatkan aku separuh lumpuh selama 4 bulan, keadaan kaki aku itu lembik ibarat pesakit polio. Tiada sebarang tenaga yang dapat dirasakan di kaki kiri.

Dipendekkan cerita, maka aku pun keluar masuk hospital selama sebulan untuk memastikan saraf tunjang di tulang belakang tidak tercedera. Syukur Alhamdulillah tiada spinal injury, cuma saraf besar di bahagian peha terhimpit lama dan kesannya kaki menjadi lemah tidak bermaya.

Lepas keluar dari hospital, selain dari rawatan klinikal, aku juga cuba bermacam-macam kaedah seperti Urut Ahkau seorang cina kawin orang asli penangkap katak, Pak Rasyid tukang urut hebat di Sawah Datuk, dan akhir sekali Pak Mat perembas badi. Abaikan ahkau dan Pak Rasyid, kini kita fokus dengan Pak Mat

Pak Mat seorang yang disegani dengan "Ilmu Dunia" dari mengurut dan jampi serapah kepada kehebatannya menyeru wali untuk menghalau badi. Pada satu petang yang nyaman dengan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa, datanglah Pak Mat Leh ke rumah aku. Rupanya mak aku telah set appointment dengan beliau.

Aku pun duduk melunjur depan Tv, sambil Pak mat leh melutut di belakang aku, kemudian Pak Mat mengambil kain pelikat dan mulakan acara merembas. Dirembas-rembas belakang aku secara lembut seraya beliau membaca mentera.

" Hey Badi Setara badi, badi yang datang dari laut, darat, gunung, angin dan pokok, dengan nama Allah aku halau kau pergi, Hey Badi,dengan nama Nabi Sulaiman raja segala alam aku mahu kau pergi, Hey badi kau pergi, nabi Khidir yang menghalau badi, Syeikh Qadir yang menghalau badi, syeikh itu yg menghalau badi, syeikh ini yg menghalau badi syeikh bla bla bla bla menghalau badi. bla bla badi bla bla badi"

Selesai baca mentera dan merembas badi keluar dari badan aku, Pak Mat duduk di sofa sambil minum teh, aku duduk sebelah dia elok-elok. aku cakap sopan-sopan..

" Pakmat.. dalam Islam ada ke istilah badi ni? kenapa pulak Pakmat seru-seru nama wali suruh halau badi, wali tu kan dah mati, terputuslah hubungan dia dengan dunia ni kan Pak mat?"

" Eh badi ada dalam islam, badi tu nama lain dinamakan roh sial, bukan semua nabi atau orang biasa boleh halau badi, Nabi-nabi yang istimewa je boleh halau badi, wali pun ada. Tapi bukan Pakmat panggil wali tu datang halau badi, tapi Pakmat panggil semangat roh dia turun kejap tolong Pakmat halau badi"

" Ish roh orang mati mana boleh datang balik pakmat, dah duk kat alam barzakh dah, Saya rasa saya kena hempap pokok ni bukan sebab badi la Pakmat, tapi sebab takdir, kebetulan saya lalu bawah tu, pokok tu nak patah"

" Takpe, takpe dik, awak muda lagi, banyak benda awak belum belajar, anggap jelah ini ikhtiar, macam kita makan panadol, bukan panadol yang sembuhkan kita, tapi Allah yg sembuhkan"

" Iyeeeelah Pakmat, terima kasih ye pakmat. Jemput-jemput minum teh"

Pokok Rhu di tepi pantai di Tanjung, Mersing, sepanjang kawasan nilah aku eksiden motor tu, sumber gambar dari Blog TayarGolek.Com
**************************

2. Cincin Perak Batu Jarum Emas

Suatu hari aku berjalan di Dataran Pahlawan Melaka, turun basement tu ke kawasan jualan barang kraftangan tempatan. Sampai End Lot, jumpa kedai batu permata dan cincin. Macam-macam batu permata dijual seperti mata naga, mata harimau, Delima Retak seribu, Batu serai,  batu Amber - dalam ada semut, dan juga Jarum Emas.

Aku belek batu Jarum Emas, terkejut juga aku tengok harga dia, dalam julat RM300 - RM500 sebijik, lepas tu aku tanyalah..

" eh mahalnya batu ni bang, kenapa mahal sangat eh?"

" batu ni susah dapat, cantik pulak tu, nampak jarum-jarum emas dalam batu tu banyak dan halus kan? batu dia pulak jernih, kualiti tinggi ni dik" - kata tuan kedai, abang dalam lingkungan 30-an promote batu dia tanpa unsur-unsur mistik.

Datang pulak kawan aku...

" kau tau kenapa ramai orang cari batu ni? kau nampak jarum-jarum emas dalam tu? orang katalah, bukan aku kata, orang kata batu ni tolong kita elak sial, elak kemalangan, bila kita nak eksiden, nanti kita akan terselamat, bila terselamat kita belek-belek jarum dalam batu tu mesti patah, tu tanda dia dah selamatkan kita dari satu kemalangan lah"

" eh bunyi macam khurafat je Man, Tahyul. ni macam Tangkal lah kiranya ni? kira senang pakej batu ni menuju ke arah syirik ni Man!"

" tulah aku cerita kat kau, orang katalah, aku memang tak percaya benda mcm ni, orang kata kaedah dia sama macam panadol la, kita makan panadol lepas tu kita baik demam, bukan panadol tu yang sembuhkan kita tapi Allah yang sembuhkan kita, Kita percaya kat Allah, bukan percaya pada panadol"

" Ooooo macam tu, erm macam-macam eh, jom blah, aku minat gak batu tu, cantik tapi aku takde duit, mahal tu 500 sebijik!"

Sebelah kiri - Cincin perak batu jarum emas milik aku, aku beli tahun 2009, aku minat pakai cincin, aku beli batu jarum emas bukan kerana nilai mistiknya, tapi semata-mata suka dengan kecantikan jarum emas di dalam batu. Sebelah adalah cincin perak batu akik yaman, aku beli dekat Jeddah masa business trip ke sana. 

*************************

Anda nampak penutup perbualan di atas? mari kita imbas kembali...

"anggap jelah ini ikhtiar, macam kita makan panadol, bukan panadol yang sembuhkan kita, tapi Allah yg sembuhkan"

 DAN

"orang kata kaedah dia sama macam panadol la, kita makan panadol lepas tu kita baik demam, bukan panadol tu yang sembuhkan kita tapi Allah yang sembuhkan kita, Kita percaya kat Allah, bukan percaya pada panadol, panadol tu ikhtiar je"

Frasa hujah macam di ataslah  yang selalu digunakan oleh pencinta bidaah dan magika sakti dalam Islam untuk justify segala perbuatan bidaah, tahyul, syirik, pemujaan dan bomoh-bomoh.

Panadol selalu menjadi mangsa dikambing hitamkan untuk menjadi alasan supaya ritual bomoh dan tahyul itu mendapat lesen dalam perubatan Islam.

Seringkali budak bijak pandai dalam Islam mati akal untuk menjawab hujah Panadol Ikhtiar dan Allah sembuhkan. bagi mereka inilah dia The Ultimate Debate yang mampu menyelamatkan seluruh Industri Perbomohan dan Tahyul di pelusuk nusantara.

Sebenarnya, situasi Panadol menyembuhkan penyakit berbeza dengan situasi tahyul. Pernah dengar Sunnatullah? Sunnatullah adalah semua perkara yang berlaku mengikut kaedah dan proses yang telah Allah tetapkan. Kata pendeknya Hukum Alam. Segala kejadian alam yang berlaku atas izin Allah yang berjalan mengikut ketentuan - flowchart yang telah ditetapkan.

Contohnya :

Memang Allah swt yang menurunkan hujan, Dengan Izin Allah maka hujan turun ke bumi, tetapi hujan bukan turun secara magik tiba-tiba, tetapi melalui proses yang telah ditetapkan Allah dalam turutan hukum alam.

Air laut/tasik/lombong tersejat ke udara akibat udara panas dari matahari - wap air berkumpul menjadi awan di atmosfera - suhu yang sejuk mengkondensasi awan - awan berat dengan air - air jatuh ke bumi menjadi hujan. **semuanya berlaku mengikut Sunnatullah.

Memang Allah Swt yang menyembuhkan demam, dengan Izin Allah maka demam pun baik, tetapi dia bukan baik secara magik, sebaliknya berlaku proses sunnatullah.

Mak aduh sakitnya demmamm - Mak suruh makan panadol - amik panadol telan dalam  mulut- teguk dengan air - panadol masuk dalam perut - asid (nilai perubatan) yang terkandung dalam panadol melarut dan meresap dalam sistem tubuh badan - ia menjadi penahan sakit kepada tubuh yang demam - badan jadi segar. (penerangan ringkas, jgn pula nak ajak aku debat pasal sel darah putih makan sel jahat yg menyebabkan demam, nanti panjang berjela pula entry ini)

Adakah Sunnatullah itu terpakai kepada benda tahyul diatas? mari kita cuba sedaya upaya supaya semua orang merasa dihujah secara adil..

Zulfikar lumpuh sementara kena hempap pokok - Pakmat ambil kain pelikat rembas belakang badan - pakmat seru nama wali-wali - semangat roh wali datang dari alam barzakh kejar badi - badi lari ketakutan dari badan zulfikar - pakmat tenang menghirup teh - tugas selesai.

Beli batu cincin jarum emas - pakai di jari manis - tayar kereta meletop tengah jalan - Jarum emas di dalam batu meleding mengikut dimensi twillight zone - jarum emas bebaskan frekuensi alphabetasinaranAljabbar- tayar kereta terkesan dek frekuensi jarum emas - tayar kereta berhenti skidding- anda selamat dari kemalangan - banyak cantik muka ko!

Tiada unsur-unsur kelogikan, tiada proses yang munasabah dalam perubatan rembas halau badi untuk menjadikan ia valid dari segi sunnatullah. Tiada nilai perubatan dan nilai semulajadi yang masuk akal yang dapat menjadikan ia kaedah yang boleh dijustifikasi dengan Hujah Panadol Ikhtiar dan Allah swt menyembuh.

Anda bergantung semata-mata kerana kepercayaan ajaib bahawa yakin dengan memakai batu jarum emas, ia akan menjadi tangkal nasib baik mengelakkan kita dari bencana, anda percaya bahawa batu itu mempunyai kuasa ajaib yang mana ia akan membantu selamatkan kita tanpa dapat diterangkan dengan Sunnatullah.

Anda dah buat sekurang-kurangnya 3 dosa semata-mata nak pertahankan ritual tahyul ini iaitu.

1. Syirik - percaya kepada benda lain yang mempunyai kuasa melindungi selain dari Allah swt
2. Sihir - percaya kepada bomoh
3. Berbohong dengan nama agama - semata-semata mahu menang hujah

Berbaliklah kepada kefahaman akidah yg benar, semasa akhir-akhir hayat Rasulullah saw, baginda selalu sakit kepala yang teramat sangat, lalu Saidatina Aishah mencuba segala-gala ubat yang mampu untuk merawat baginda, ubat dari perwakilan pelbagai negeri yang datang bersama ubat herba.

Rasulullah cedera masa peperangan, dan Rasulullah rawat dengan perubatan yang berjalan dengan Sunnatullah, baginda bermohon kepada Allah agar sakitnya sembuh.

Rasulullah tidak pula suruh para Sahabat dan Isterinya merembas belakang baginda untuk menghalau badi dengan menyeru nama nabi Khidir, Rasulullah juga tidak bergantung kepada keajaiban batu cincin untuk menyelamatkannya dari bencana.

Saya selesai dengan hujah saya, dan memberikan ruang kepada saudara-saudari untuk berbincang dan berfikir akannya.

****************************

p/s 1 aku syak, mungkin akan ada pembela so called 'perubatan Islam' akan datang untuk berhujah.

p/s 2 aku ASWJ, aku percaya kepada Mukjizat Nabi, Keramat para wali dan keajaiban Allah swt tunjukkan sebagai bukti kebesarannya.

p/s Namun kes tahyul halau badi dan tangkal batu cincin ini tidak similar dengan keramat wali dan Mukjizat nabi. 

26 comments:

  1. Yang penting,kalau percaya kedua-duanya dah jadi syirik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi Noi. x tdo lagi? ke bangun subuh? betul2, kalau percaya jadi syirik, tapi ramai yg memilih untuk pertahankannya.

      Delete
    2. sakit perut,aku ke tandas lalu aku terus menunaikan subuh dan lepas tu memulakan hariku dgn al mathurat secara online(aku lupa bawak buku dia)..sini subuh 5.20

      Delete
  2. cerita pertama tu buat aq teringat cerita aq waktu darjah enam dulu .. kah kah ! aq kena penyakit kulit , ada laa yg cakap aq kena buatan orang , mula laa aktiviti berubat cara tradisional , bomoh sana bomoh sini bomoh sinun da aq jumpa tp langsung xda perubahan =_=' sekali berubat cara moden just ikut aturan pengambilan ubat da boleh sembuh ..

    sekadar berkongsi .. jangan terlalu percaya pada benda tahyul..

    ReplyDelete
  3. hehe.. lucu sungguh contoh flowcart pasal batu jarum emas tu.. siap melending ke twilight zone campur pulak frekuensi alphabetasinaranAljabbar... tup..tup.. anda selamat.. bhahaha..

    dulu ade terbaca tentang sunnatullah.. kisah pak haji dan ah chong klu tak silap kat blog ustaz hasrisal, saifulislam.com tajuknya " apa erti saya menganut islam"

    ReplyDelete
  4. eh? macam sama pulak kisah aku dengan Fenomena punya komen..aku pun pernah mcm tu jugak..tapi aku memang tak percaya dengan benda2 karut ni..tambah2 yg tukang berubat tu jenis tak solat..just masa berubat tu kononnye baca ayat quran..lagi le aku tak caye..aku ikutkn je kehendak pakcik aku nk bawak aku berubat taknak deme sekeluarga terasa hati..idok baek2 jugak..g jumpe doktor amik ubat makan dgn sapu, ikut arahan doktor cara pengambilan ubat tu, terus baek..(-_-")

    Allah nak uji iman aku kot masa tu..wallahualam..

    ReplyDelete
  5. usaha doa tawakal..
    yang tahyul dijauhkan
    dengan izinNYa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati..(0_o)")peace

    lame dah xkomen kat blog ko ni..hehhehe

    ReplyDelete
  6. Percaya pd 6 perkara - Rukun Iman. Insya Allah, selamat dunia akhirat...
    Apa khabar En Zulfikar, mudah2an aman sejahtera, sehat sentiasa, aminnnn...

    ReplyDelete
  7. Minta djauhkn kita semua dr mpercayai perkara2 tahyul nie...

    ReplyDelete
  8. aku pun suka pakai cincin, asal nampak batu permata unik sikit mulalah aku gatal nak buat cincin baru.

    tapi....

    pandangan masyarakat, mereka x kisah kalau aku pakai cincin permata mcm cincin kahwin tu,
    tapi bila nampak je cincin batu pelik2, mulalah depa nak basuh aku macam-macam.. katanya takut aku terpengaruh..padahal suka permata punya pasal.

    ReplyDelete
  9. sakit demam semuanya sumbat panadol..kalau kes teruk sgt pun akan ke hospital..maklumlah mak kan nurse..so,bomoh hanya kenal pada istilah..apa aktiviti dorang tak pernah tau..pendek kata mmg tak percaya..tambah-tambah ada bomoh yang "kurang ajar"..laaaagi takut nak cuba...

    ReplyDelete
  10. dulu abang aku suka jugak pakai cincin batu besor2 ni..

    dia pakai kat tangan kiri..

    satu hari aku tanya..

    "cebok tak sakit ke..? takde taik2 ke melekat kt cincin tu..?"

    esoknya aku tgk dia tak pakai da..

    ReplyDelete
  11. itulah di katakan niat tidak menghalalkan cara, kan Nyah. Walau niat kita untuk berikhtiar tapi kalau cara salah jadi salah jugak.
    Aku pernah pergi uptown, ada satu pakcik ni jual segala macam mak nenek barang pelaris la.. apa benda lagi x tau la. Yang aku igt pelaris dari daun rumput apa ntah lupa nama.. tp aku tengok gerai dia takde lak ramai org singgah, kalau ada orang singgah pun x nampak sgt org membeli even aku dgn laki aku singgah pun just tengok2 & tanya apa benda je tak hingin pulak nk beli. dia sendiri tak mampu lariskan perniagaan dia, tp dia jual pelaris utk org lain. Secara bijaknya.. kalau ada org terpedaya, tak tahu nk ckp apa dah, kan??

    ReplyDelete
  12. sebut pasal batu., dulu aku pernah nampak pakcik yg meniaga kat kaki lima jual batu gunung berapi dengan harga 3k., tapi kawan aku yang belajar kat new zealand cakap batu gunung berapi bersepah kat sana., lepas dari tu aku berkira² nak buat usahasama dengan kawan aku untuk menjerut leher orang lain dengan jual batu tu..

    ReplyDelete
  13. kalau batu boleh bagi luck, hilang badi, memang aku tak percaya. Kalau tambah tenaga, bagi power, itu memang kerja setan menyesatkan. Tapi aku boleh terima kalau wujud batu cincin memang ada khasiat sendiri, macam kena gigit serangga or sakit2 kecil boleh jadi macam ubatlah.

    tapi ramai orang membela setan bermediumkan cincin.fuhh.

    err. aku sangat tak percaya kekhurafatan bomoh. Lebih2 yang kena bakar2 kemenyan.

    ReplyDelete
  14. Ssungguhnya yg baik itu dtg dr Allah swt, yg buruk itu dtg dr kita sndiri. Kan syaitan dh bjanji akan mnyesatkn manusia shingga ke hari kiamat, wallahualam.

    ReplyDelete
  15. bomoh sana bomoh sini pernah gak terjadi dlm hidup aku, masa sekolah menengah aku tetiba mengalami sakit perut, muntah2...semua dok ckp aku terkena buatan org & ramai yg syorkan berubat cara tradisional...last2 pi hospital aku disahkan menghidap appendix...huhuhu...so sekarang ni kalau sakit je terus pi hospital...

    ReplyDelete
  16. "ustat mat pandai halau hujan seh... ustat mat ade ilmu sakti... selain halau hujan, ustat mat juga boleh alihkan sarang lebah free hand je... wahhhh.. ustat mat tu memang power la.... ade kuase sakti..."

    "jufri.... ustat mat tu bukan ade power... semua tu atas izin allah.... kita hambanya ni, hanya berikhtiar dan berdoa.... yg memberi izin... hanya allah swt..."

    p/s: watak jufri tu pinjam je.... kalau jufri bace, jangan marah ye...

    ReplyDelete
  17. Hamboi. Pak Mat. Saya bagi flying kick kang.

    ReplyDelete
  18. Dulu aku pernah teringin nak pakai cincin batu ni, skali kat masjid tetiba ada org bagi...alhamdulillah. Tapi masa study kat uitm, cincin tu hilang. Punyalah sayu hati aku ni.. Pastu ingat nak beli baru, kat kl, skali masa jumpe penjual tu, dia siap tiup fuh fuh sambil baca mentera serapah... Aku sengih sambil tanya "apa kes plak ni...?" dengan selamba dia cakap dia masukkan khadam supaya boleh jaga aku..pastu dia mintak nama penuh aku ngan nama mak aku.. Aku terus angkat kaki belah dari situ...x sanggup nak bersekongkol..

    ReplyDelete
  19. aaaaaaaaaa dh komen pastu hilang!

    ReplyDelete
  20. ok cmni. tak pernh ade pngalamn pasl badi badi ni mybe family tak cerita atau tak pernah mngalaminya kan. tp kalau pasl cincin yg ikar pakai tu slalu jugak dgr org kabo cincin sakti lah cincin ajaib lah haha. tapi sy suka ellaki pakai cincin tu, nmpak berkarisma gitewww. cewah haha

    ReplyDelete
  21. Cantik cincin tu! Nak satu!;)

    Itu sekadar mengikut adat perubat tradisional islamik zaman dulu. memang guna permata, nilam, dan batu-batuan sebagai objek untuk diletakkan di dalam air dan sebagainya. terikut2 sampai ke hari ini. Tak tahulah setakat mana, cuma mungkin ibaratnya itu perantaraan saja. Yang penting ayat suci turut ada sama. Kalau baca jampi serapah aneh2 itu yang mengerikan.

    ReplyDelete
  22. arwah ayah akak pernah ada satu cincin ni tapi batu cincin tu dari isi kelapa batu... memang isi kelapa betul tapi isi dia jadi batu! arwah abah guna untuk buat ubat penawar kalau demam... rendam je batu cincin tu dalam air pastu minum airnya! berkesan jugaklah... tapi akak tak percaya sangat tapi abah cuba berikhtiar je!

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...