February 9, 2012

Hari Kantin Sekolah - Awas wohowo


Assalamualaikum.

Kira-kiranya aku ada banyak kisah untuk diceritakan, dan aku juga sedar yang aku berhutang Kisah Pengembaraan Mulu Part 2, tetapi demi berlaku adil kepada idea-idea aku sendiri, ada baiknya aku menulis kisah nostalgia yang agak lama menyepi dari blog Rasa Hati ini.

Pada 3, 4 hari yang lepas aku dengar lagu Kini dari Feminin, lagu ini tak salah aku famous pada tahun 1994-1995. Bila aku dengar lagu feminin aku teringat zaman aku sekolah rendah iaitu darjah 4 hingga darjah 6. Pada masa yang sama, tadi masa aku main badminton aku terbau aroma Liquid Paper.

Entah dari mana datang aku pun taktau, tetapi bila aku bau Liquid Paper mesti aku teringat zaman 90an sebab zaman tu Liquid paper menjadi fenomena budak sekolah rendah. Memori aku dibedil oleh pengaruh Lagu dan Bau, bagi aku bau memainkan peranan yang penting, bau yang paling distinctive pada aku adalah Liquid paper, Bau rumput yang baru dipotong, Asap sampah yang dibakar dan bantal tidur mak atau bapak aku.

Takpelah, nanti kita hurai kisah hubung kait memori dan juga bau ya!

**************************

Hari Kantin Sekolah, masa hari kantin sekolah ada banyak kisah yang menarik, seperti kisah Cikgu Saiful and the gang yang selalu bolot lesen jual burger singgit, kisah rumah hantu susun meja tingkat-tingkat konon-konon kota sesat, kisah beli bunga bagi kat org yang kita syok dan banyak lagi.

Tapi aku tak boleh lupa dua kisah ini, iaitu kisah lagu Awas dan Teka Harta Karun.

Lagu Awas - KRU

Masa Hari kantin sekolah wajiblah ada penjualan kupon, pembelian terus secara tunai adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan pihak penjual mengambil kesempatan untuk menyeleweng hasil jualan. Apabila Kupon dijual maka duit sepenuhnya akan masuk dalam perbendaharaan sekolah.

Kupon tu satu buku bernilai RM 2.00, kalau kau anak orang kaya kau bolehlah beli 4, 5 buku sekaligus, tapi kalau orang yang tak berapa nak kaya macam aku paling banyak beli 2 buku kupon. Kupon ni akan dianggap sebagai matawang masa hari kantin sekolah. kenangan betul!  terharu rasa bila teringat kenangan hari kantin sekolah.

Bila dah kenyang makan burger seringgit dan French Fries lembik 50sen, aku dan kawan-kawan dah tak tau nak beli apa lagi, walaupun ada banyak barang makan dijual tapi kupon mestilah digunakan seistimewa mungkin. Tiba-tiba ada kawan aku ajak pergi request lagu dekat DJ amatur, satu request bernilai 20sen kupon. Keistimewaan request lagu ini adalah kau boleh dedikasikan lagu kepada siapa yang kau admire ditemani dengan kata-kata indah puisi bak sang pujangga cinta.

Kawan aku ni Dhamiri ni pun requestlah lagu Awas dari KRU, Bila request dia tulislah note untuk DJ baca, lebih kurang macam ini bunyinya.

Awas, (perangkap) awas, (perangkap) awas! 
kamu semua wanita-wanita yang aku cintai,
awas dengan perangkap lelaki buaya..haha haha haha

Bila nak mainkan lagu Awas itu, DJ pun bacalah pesanan tu dengan penuh semangat sambil nanyi chorus Awas...(perangkap)..awas..(perangkap) awas.. gerak langkah mu wowo. Selepas itu lagu itu pun dimainkan.

Habis je lagu tu, tiba-tiba datang senior dalam 4, 5 orang serbu kaunter DJ di tingkat dua bangunan sekolah  dua tingkat kaler oren tersebut. Bagaikan samseng lagaknya! rupa-rupanya diorang ni KRUmania! maka berlangsunglah dialog cas bagus mereka.

"Woi Ashraf (DJ) budak mana yang request lagu Awas tadi?"

" ni ha budak dua orang ni ha, kenapa?" Dj menundingkan jari pada kami yang menyendeng di dinding koridor tingkat 2

" Takdelah bukan apa, aku tak puas hatilah, suka-suka je dia letak lirik Awas (perangkap) awas (perangkap) awas! salah bongok!"

" alah rileklah Majid, nama pun budak-budak, lagipun aku dengar memang macam ada bunyi perangkap-perangkap mcm tu"

" Kau sebagai DJ mana boleh senang-senang nak rosakkan lagu KRU! mana ada lirik dia Awas (perangkap) Awas, bunyi dia Awas (gerakan) Awas (gerakan) awas gerak langkah mu wuhuuu..."

" Habis tu kalau kau rasa gerakan gerakan lah, yang kau pergi bawak geng serang sini kenapa, kalau kau tak puas hati kau bayarlah 20sen request balik lagu Awas, kau bagilah pesanan apa kau nak"

Maka si Majid dan geng KruMania itu pun kerana tak puas hati bayarlah lagi 20sen request siap tulis pesanan woi!

"Awas (gerakan) awas (gerakan) awas gerak langkah mu
Awas semua jgn terpedaya, kami dari KruMania datang dengan lagu yang betul! 
sayang anda semua!"

Aku bantai dah gelak-gelak keras perut dah masa tu, punyalah lahabau-lahabau ni semua fanatik sampai main lagu Awas dua kali.

Lepas da habis lagu KRU Awas tu untuk kali keduanya, maka puas hatilah budak-budak Fanatik KRU tu, tapi kes belum selesai, datang lagi seorang tak puas hati pasal lagu Awas ni. Dia adalah seorang abang senior darjah 6, dia ni cool sikit, tapi cool-cool dia pun tak tahan jugak nafsu nak berdebat pasal lirik lagu Awas.

" Woi woi, siapa yang pandai-pandai cakap Awas (gerakan) awas tu woi? pandai-pandai je!"

" eh betul lah Awas gerakan awas, kau cuba dengar betul-betul, aku dah lama dah dengar memang awas gerakan awas kau tau tak Gjoe!"

" hek eleh, pandai-pandai je korang ni, sebenarnya bukan awas perangkap awas, bukan awas gerakan awas, tapi Awas Parapap awas Parapap awas"

" Hokkk enennnn, Parapap!!! apa maksud Parapap tu? takde makne woi, kalau Perangkap ngan gerakan tu bolehlah terima!"

" Memang lah KRU letak Parapap, nak bagi sedap lagu je, bukan nak bagi makna, aku taulah, sebab abang aku Backup Dancer KRU!!"

" eh ye Gjoe? ye ke? betul ke weh?"

" Betul, abang aku Backup dancer KRU, masa penari menari lompat-lompat pastu ada api keluar tu, abang akulah yang pegang penyembur api tu!"

" whoaaa hebatnya, nanti kim salam abang kau ye, cakap aku nak kirim autograf KRU boleh?"

" takde hal lah, tapi kau kena banje aku hotdog seringgit, nanti aku mintak abang aku amik autograf KRU, set?"

" Set!!!"

Peh pada masa tu, aku monolog dalam hati....

" Hek eleh, senangnya budak KruMania ni kena pancing dengan Gjoe, auta abang backup dancer terus Parapap Awas, siap dapat Hotdog singgit lagi tuuuuuu, rugi aku tak cakap abang aku dancer gak tadi! cis"



*********Tamat********

P/s I kan mula-mula aku cakap ada dua kisah, satu lagi kisah Teka Harta Karun kan? esok lah aku sambung kat entry post lain, aku baca macam dah panjang sangat pulak, anti Klimaks nanti jadinya.

P/s II Doakan aku terus istiqamah dalam Update Blog, sekarang aku baru dapat semangat nak update semula, sebelum ni rasa kemalasan melanda.

21 comments:

  1. hahaha..masing2 nak konon samseng KRU la tu..entah2 yang backup dancer tu saje je nak ngayat...kekekeke

    btw..follow..

    ReplyDelete
  2. kalau skang ni KRU wat show kt hari kantin skolah...sumpah budak2 xkenal...hahaha..xdapat bayangkan tua2 gitu wat hiphop dance...kihkihkih

    ReplyDelete
  3. kecik2 da samseng..


    cisss....!!!

    ReplyDelete
  4. Kenangan ah... Selain nirvana, metallica, aku layan gak KRU ni... Tak dinafikan lagu lama dorang best dan menggamit nostalgia.. Huhu.. Tapi spoil la link youtube karok tu ada salah lirik. Hahahaha

    ReplyDelete
  5. aku dulu pun masa skolah Krumania jugak.. feelling abis kalau dengar lagu janji tinggal janji. wakakakakaka. Nyah mak hepi bleh komen2 baca2 blog sbb pc mak dah sihat tanpa ada rawatan khusus pun. hepi sgt2.. jd mak raikan kat komen entri ko ni sbg pembukaan. kekekekekeke

    ReplyDelete
  6. eeii janganlah gelakkan kumpulan pujaan ku itu dulu kini dan selamanya....

    aku dulu gaduh ngan kakngah aku pasal awas ni jugak...aku kata perangkap..dia kata parap pap..
    aku gelak takde noktah ni weiiii

    ReplyDelete
  7. Parapap... Awas!!! Haha, mmg keras perut gelak bro

    ReplyDelete
  8. hahahaha....aku tak heran pasal lagu tu.... aku rindu hari kantin wwwoooooooo~!! Siyesly... :(

    ReplyDelete
  9. hahaha hantu fanatik.

    pergh, hari kantin sekolah memang best. dan aku kebiasaannya terlibat dalam sesi penjualan. haha

    ReplyDelete
  10. ha'ah la, mood asyik ke laut je semenjak dua menjak ni...:(

    memang nostalgia la bab beli ngan kupon & tuju2 lagu tu tp aku x ingat plak nama hari kantin ke ape kat sekolah aku dulu...siap leh buat 'delivery' buah limau @ epal bersama ucapan bunga2 cinta kpd sape2 yg berkenaan di kaunter DJ...org pemes byk la dpt buah hari tu...hehehe

    ReplyDelete
  11. apsal aku tak penah dengar lagu ni ha?

    ReplyDelete
  12. sampai mcm tu sekali sbb lagu kru , haha ,

    ReplyDelete
  13. kau cakap abang kau tukang ajar KRU manari pun boleh Ikar..

    kelakar..hanya kerana lagu..yang bijaknya tukang tengok, sebab boleh gelak

    ReplyDelete
  14. wah!! samseng versi KRU lah ni..heheheee

    ReplyDelete
  15. haha..samseng dusun kampung pisang..

    ReplyDelete
  16. hahaha.. memang kelakar.. pasal lagu pun ada yang tak puas hati.. tapi lagu-lagu lama KRU memang betul2 nostalgia.. teringat zaman dolu-dolu..

    ReplyDelete
  17. pasal lirik pun nak gaduh ke? ahaha..lawak betoi..

    tapi nostalgia ni mmg mengimbau kenangn masa sekolah2 dulu la..bajet ade org admire aku tuju lagu kat aku time hari kantin..memang non hado la..perasan nak mampos.. kalau comel takpe la berangan org nak tuju lagu..ni kulit pun berkilat macam bontot kuali ingat ade org nak admire ke? ahaha..

    ReplyDelete
  18. Xtau la pulak fikar ni sek ren di sg tua baharu ye.....nk jd cite sy ni ckgu sek situ skrg....cikgu saiful tu skrg dah jd ckgu veteran...seangkatan dgn cikgu iszman n teacher jamaliah....xtau la fikar kenal x....cikgu saiful tu kuat bisnes kt sek...mcm2 dijualnye...hihi...sori la kalau komen ni mgganggu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh mana ada ganggu pun komen tu. saya mmg skolah sana sampai darjah 6 pun! hehehe, cikgu saiful tu dulu baik ngan saya, sebab saya suka menyanyi. hahaha

      tulah dengar cerita dia suka bisnes mcm2 skrg kan?

      Delete
  19. Ye....kalau senang dtg la ke sini....bole jmpa ckgu2 lame n ckgu2 br..(ehem2...ramai tau ckgu ppuan bujang kt sini...cun melecun...ehehe)...ank sir saiful pun dah besar...slh sorg ank nye shahira ade dlm klas sy....ank dara kesayangan sir...hihi...hr guru pn x lame lg...bole la dtg...kalu sudi...hehe

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...