March 22, 2012

Mengubah Perspektif Kisah Penglipur Lara

Assalamualaikum,

Mungkin pengikut setia blog ini yang baca entry post lama dah tau tentang aku yang suka membaca, sebenarnya di dunia nyata tak ramai yang tahu aku ni ulat buku. Walhal aku selalu mengejek budak yang ulat buku. Padahal aku ini sendiri adalah ulat buku dalam penyamaran.

Tapi lebih baiklah aku kategorikan diri aku sebagai Pseudo-ulat buku kerana aku baca buku yang aku nak baca, bukan baca dan hafal buku untuk jawab periksa. Aku adalah Mamat-Goreng, jenis yang baca buku teks sambil imaginasi macam baca buku pengembaraan penyiasat remaja kemudian aku cuba fahamkan ikut logik akal aku.

Bila jawab periksa aku akan goreng, goreng dan goreng, pusing sana sini sehabis daya agar markah itu dapat diperah dari sudut yang tidak dijangka. Dan akhirnya aku dapatlah lulus dengan markah B, B- dan kalau bernasib baik goreng aku cukup rencah maka dapatlah merasa A- dekat slip keputusan.

Hasil dari kedegilan dan keegoan aku yang sehabis daya tidak mahu menghafal definisi, maka impian mak ayah aku nak tengok anaknya membesar menjadi Doktor atau Jurutera tidak kesampaian. Aku hanyalah seorang pekerja kilang sekarang. Asalkan kerja gaji halal ye tak.

**************************

Sewaktu aku darjah 5, kawan-kawan aku semua tengah rancak main Uno Stacko dalam kelas, dek kerana ramai yang menunggu giliran nak main alih-alih blok kayu menara jangan bagi runtuh tu aku dah mula naik muak tunggu. Sebabkan kelas dah hujung tahun lepas periksa, Maka aku pun lari senyap - senyap seorang diri ke Pusat sumber sekolah.

Pada satu hari aku terdetik nak ambil buku Koleksi Kisah Seram. Akibat dari buku kompilasi inilah yang membuatkan aku ketagih berulang ke perpustakaan sorang-sorang walaupun tidak berteman.

Zaman dahulu, budak-budak selalu dimomokkan dengan kisah hantu oleh orang tua-tua, jadi budak-budak era aku dah masak sangat dengan kisah Minyak Dagu, Nasi Kangkang, Toyol, Penanggal, Langsuir dan Saka. Macam-macam versi yang kita dah dengar, percayalah bahawa setiap penglipur lara yang kita jumpa pasti akan dengar versi yang berlainan.

Cuma bila aku baca buku kompilasi/siri kisah seram ini, ia telah mengubah perspektif aku, yang pertamanya bagaimana buku sebegini serius dan 'rated 18 SG' boleh ada dalam perpustakaan sekolah rendah aku tak tau. Yang aku tau kisah dalam buku ini memang sangat 'real' dan ilmiah, sangat advance, aku susah nak terangkan macam mana penceritaan buku ni begitu terkeluar dari stereotype kisah hantu penglipur lara.. Senang cerita kisah-kisahnya logik dan masuk akal.

********************

Di bawah ini aku senaraikan apa yang buatkan aku mengubah perspektif tentang cerita-cerita seram dari 'dengar saja orang tua cerita' ke fasa ' dengar kemudian baca cari sumber buku pula'

1) Nasi Kangkang.

- Versi Penglipur Lara

Nasi Kangkang adalah nasik yang diletakkan bawah kangkang Isteri yang berniat jahat yang mahu menundukkan suaminya, Nasik itu di letakkan di bawah kangkang masa panas-panas dan kemudian Peluh kangkang bini menitik ke dalam nasik, kemudian nasik dijamu kepada Suami. Apabila suami makan, lepas tu suami akan jadi bodoh-bodoh alang, hanya mengikut sahaja arahan isterinya tanpa bantah.

- Versi Buku Perpustakaan

Nasi kangkang adalah nasik yang diletakkan di bawah kangkang Isteri, Nasik tu mesti separuh masak, kemudian di kangkangkan di tengah alang pintu rumah, Nasi kangkang itu kemudian akan panas beruap, Air peluh isteri akan jatuh menitik ke dalam periuk bersama darah Haid dan Air kencing, Ritual Nasi Kangkang hanya boleh dilakukan masa isteri haid. Selepas itu nasik ditanak semula di atas api. Apabila dihidangkan, suami akan ditutup pandangannya dengan hijab oleh ilmu hitam dan dia akan berselera makan tanpa perasan nasik itu kotor dengan darah haid.

Bayangkan aku baca buku ni masa aku umur 11 tahun, Darjah 5. Aku tak dapat imagine macam mana fikiran suci aku dirobek-robek oleh imaginasi liar buku itu.

2) Minyak Dagu

-Versi Penglipur Lara

Selalu dengar orang cerita yang minyak dagu ni adalah minyak dagu orang mati yang di potong kemudian dimasak dalam periuk, ada juga selalu disalah ertikan dalam filem-filem Melayu atau Drama seram Melayu yang tunjukkan ritual minyak dagu ni adalah, Orang jahat pergi korek kubur orang mati, lepas tu dia bakar dagu orang mati guna lighter sampai dagu tu keluar minyak.

Minyak dagu kemudian dicalit kepada perempuan yang kita berkenan, kemudian perempuan tu akan angau kat kita.

-Versi Buku Perpustakaan

Aku baca, orang yang nak buat minyak dagu tu, kena cari mayat orang yang mati mengandung anak sulung yang mati pada hari jumaat. Lepas tu, kepala mayat akan dipotong, di cucuk di batang besi kemudian di panggang atas bara api, sampai ia masak mengeluarkan minyak macam minyak daging burger yang keluar walaupun dimasak tanpa gunakan minyak langsung. kemudian minyak yang keluar tu semua mengalir ke bahagian dagu sebab dia runcing, kemudian barulah ia menitik jatuh akibat tarikan graviti, jadi pembuat minyak tu kenala tadah dengan guna botol kat bawah dagu tu.

Itu adalah minyak lemak daging asli yang mencair kena haba panas. Korang  bayangkan betapa horornya penceritaan dan description yang aku baca masa umur aku 11 tahun masa tu.

**************************

Hasil dari pembacaan buku ini, membuatkan perspektif aku terus berubah, aku dah jadi kurang minat dengan filem seram dalam TV sebab rasa macam tak cukup logik dan detail sama macam buku yang aku baca tu.

Aku juga mula selalu persoal bila ada orang cerita kisah seram.  Dan dari situ telah membuatkan aku menjadi pengkritik tidak bergaji.

Cukuplah aku bagi dua contoh je dulu kat atas, itupun aku pilih yang paling tak seram sebabnya

1. Pembaca blog Rasa Hati akan terkepot-kepot keseraman bila baca entry ini di tengah malam buta seorang diri.

2. Aku sendiri tak sanggup nak taip lagi entry ni sebab aku tengah taip di tengah pagi buta seorang diri.

*******************tamat********************

P/s Kiranya kita semua dapat mutual understanding supaya tidak meletakkan apa-apa gambar contoh di entry ni kan? setuju ye semua? sebulat suara kan?

p/s II untuk mengendurkan suasana, mari kita bayangkan Kisah Wonderpets menyelamatkan Anak Badak yang tersangkut di dalam lumpur.

"Telefonnnnn, telefon berbunyi... ada haiwan dalam bahaya... ada haiwan dalam bahayaaaa di sanaaa"

p/s III tak cukup dengan imaginasi, aku bantu korang dengan letakkan gambar wonder pets, bagi sama-sama kita menghilangkan kegusaran di dalam hati.

Linny, Tuck dan Ming-ming juga, Wonder Pets datang membantu

Ps IV tunggu hari dah siang2 sikitlah aku sambung kisah ni ke contoh2 yang lain, dan lebih detail. Aku syak ramai yang akan takut nak gi kencing skrg bagi mereka yang baca entry aku tengah malam buta. bye bye semua, sorry buat korang takut.

16 comments:

  1. Peh, oklah kerja kilang. Janji kerja yang halal. Eh, bila nak kahwin bang ? Woha !

    ReplyDelete
  2. hahaha konon letak gmbr wonderpet tu boleh hilang org takut lew? nasib baik ai ni pesen berani takut takut. kikiki. yg idea suruh adik jual keropok lekor tu sgt LoL. hahahah

    ReplyDelete
  3. kamon..kamon..

    aku nk cerita yg lebih seram lagi..

    ReplyDelete
  4. alah, kadang2 kisah seram dulu2 ni banyak auta dari fakta je... nak percaya lebih2 memang tak boleh!

    sambung lagi ikar, akak baca tengahari buta ni, tak seram pun!

    ReplyDelete
  5. Okey lagi, tak seram sangat, ada versi yg seram sikit tak?? Hihihi

    Tapi kalau budak drjh 5 yg baca memang seramlahhhh, huhu

    ReplyDelete
  6. jgn lupa tgk amukkan pocong malam ni kat TV3.. aku suka gak layan cerita hantu kat tv terutama tv3 sbb tak seram mana dr aku dok layan cerita cinta, putus, kawen cerai, berebut kekasih bagai tu.. cemuih aku. layan cerita hantu tak berapa nak hantu kira ok la skit dr cerita cinta kt tv tu.. tu pun kalau lala x tido la.. sbb nk kena layan dia smbil layan tv

    ReplyDelete
  7. cukup dah keseraman tu...aku dah over-imagine dah ni..

    ReplyDelete
  8. saya baca pada pukul 11.24 malam. okay saya awesome sebab langsung tak takut!

    ReplyDelete
  9. ho shit! dang! gigih aku bace entry ni...haha

    lame rasenye aku dop singgah blog ko :P

    ReplyDelete
  10. naseb baek aku baca time siang buta ni..ahaha..tak takot pun..;p

    ReplyDelete
  11. LAgi seram buleh tak? tak mengugat hati la, kehkehkeh,

    ReplyDelete
  12. Kamon-kamon. Lebih seram pliss.

    Bukan takat pi toilet sensorang, siap boleh pi dapur masak megi tahap ke-tak-seram-an ni ikar.

    Kekekeke :p

    ReplyDelete
  13. walaupun sekadar kisah... tapi, bile malam, ade jugak rase seram2 timbul menyakat perasaan... padahal tertipu dengan mainan perasaan sendiri... ape daa....

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...