Isu ini berbunyi cliche, kalau nak ikutkan pemahaman aku, tak perlu aku terangkan pun orang boleh faham pasal keperluan cinta dalam hal kehidupan Insani. Yang menjadi masalahnya adalah ramai yang mula paksa diri untuk menukar pemahaman asas itu dengan trend golongan konservatif ultra dalam agama.
Ramai yang cuba menafikan kewujudan perasaan cinta dek kerana takut dicop melakukan zina hati, padahal mereka lupa tentang kisah-kisah cinta zaman nabi-nabi dahulu kala dan zaman Para Sahabat. Ada pula yang jenis mencari justifikasi untuk mereka mempunyai nafsu, padahal mereka telah melakukan hipokrasi.
Jika mereka memilih jalan bersederhana pasti mereka tidak akan merasa sengsara menipu diri sendiri, jika mereka mencontohi Rasulullah, Para Sahabat dan Isteri-isteri mereka pasti mereka akan bergembira meraikan cinta, tetapi sebaliknya mereka memilih untuk mencontohi golongan Zuhud melampau, ahli bidaah dan ahli tasauf extreme yang menjatuhkan status dosa jika mereka mempunyai keinginan untuk mencintai.
Cinta itu terbit dari keinginan nafsu normal manusia. Sama macam keperluan asas manusia lain seperti makan, minum, tempat tinggal, berpakaian, berkomuniti, berkomunikasi. Cinta bukan ciptaan ahli falsafah atau penglipur lara, Ia hanya satu mekanisma pemikiran primitif yang telah disetkan di dalam otak manusia.
Lelaki mula matang - organ seks tumbuh dengan sempurna - hormon seks semulajadi terhasil dalam badan - ghairah melihat perempuan cantik bertubuh montok - terasa itu adalah pasangan hidup untuk proses pembiakan dan membina koloni - keluarkan skill menggoda samada ayat atau show off tenaga - pikat perempuan - kahwin - seks - dapat anak - bina keluarga.
Perempuan matang - organ seks tumbuh dengan sempurna - perasaan keibuan datang secara semulajadi - Rahim tersedia untuk menerima benih - Terangsang melihat lelaki maskulin - signal kepada akal bersedia untuk menjadi ibu dan membesarkan zuriat - digoda dan menggoda - berkahwin - seks - dapat anak - bina keluarga.
Contoh kronologi di atas berlaku secara semulajadi kepada kita semua sejak Adam dan Hawa diciptakan. Indahnya Islam itu apabila ia tidak menyeksa ummatnya dengan mengekang mereka dari hidup dengan fitrahnya sendiri.
Apabila kau melawan fitrah semulajadi manusia ini yang buatkan kau sengsara, apabila kau menipu diri itu yang membuatkan jiwa azali kau memberontak. Tidak ubahlah seperti Sami buddha yang berikrar untuk tidak berkahwin dan mempunyai nafsu seks. Sama juga dengan Paderi katolik yang bersumpah untuk hidup membujang sehingga akhir hayatnya, jika semua ini adalah contoh kehidupan sempurna, maka bagaimana spesis manusia akan berkembang biak?
Keinginan hati kepada individu berlainan jantina itu adalah nafsu, ia terbit tanpa kau fikirkannya, masakan kau berdosa jika ia terbit dari hal yang kau tidak sengaja? pokoknya bagaimana kau mengawal nafsu, Bagaimana kau mengawal keinginan hati kau nak beromen itu dari memperaktikkannya.
Sebab itu diturunkan wahyu kepada Nabi saw, sebagai panduan bagi manusia mengawal nafsu, sebagai garis panduan bagaimana menghalalkan nafsu yang semulajadi itu agar nampak lebih beradab dan bertamadun. yang mana boleh membezakan kita dari binatang. Apakah ia? ia dinamakan pernikahan.
Banyak kisah-kisah para sahabat yang menceritakan pasal keinginan mereka kepada pasangan mereka, ada kisah yang minta nasihat kepada baginda samada memilih Anak dara atau janda. Ada kisah pasal Nabi saw nasihatkan sahabat melihat dulu wajah calon samada akan terbit rasa cinta atau tidak kemudian baru afdhal berkahwin.
Perkahwinan itu adalah atas dasar rela, Perkahwinan itu adalah satu ritual perasmian cinta. Samada cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin bukan menjadi hujah untuk menafikan cinta.
Kau nak beli Smartphone, kau pergi lowyatt, usha semua smartphone yang ada, belek-belek Iphone, Samsung Galaxy S dan HTC, last kau jatuh cinta dengan Samsung Galaxy S, Bila kau dah jatuh cinta baru kau beli, masakan kau nak beli benda yang kau tak suka? Kita ni manusia tahu? Nabi pun pilih wanita yang dia suka dan cinta, inikan kita pula manusia biasa sibuk nak kekang diri kita dari memilih pasangan hidup atas dasar cinta. Kenapa?
Pokoknya janganlah pula kerana cinta, kau masuk rumah anak dara pergi bersenggama pula, janganlah pula kau pergi dating beromen belakang semak, itu yang salah.
Common sense, ini masalah common sense, aku rasa macam rugi pula sembang panjang-panjang masalah asas macam ni. Aku yakin pembaca aku ada kualiti pemikiran yang tinggi untuk memahami bahawa masalah ini adalah masalah remeh.
p/s II Nampak macam panjang, tapi kalau ikut standard Blog Rasa Hati, Ini jatuh kategori entry post pendek.
p/s III aku rasa semua kawan-kawan aku yang dah berkahwin paling tidak mesti bercinta kejap sebelum kahwin wahima keluarga yang aturkan. Yang poyo sangat kempen cinta lepas kahwin ni adalah mereka yang belum berkahwin.
p/s IV Padahal majoriti yang dah berkahwin dalam senyum je cakap sambil baca entry ni, " saya bercinta sebelum berkahwin, saya okey!..... lepas berkahwin pun saya bercinta, saya Okey!"
p/s V Aku paling muak dengan lawak ni : " kau dah kawin ke belum?" " aku dah kahwin, nikah je belum" megah sangatlah nak cerita kat orang yang kau dah kahwin tapi belum nikah? megah sangat lah, tak lawak langsung. boring gila lawak mcm ni.
p/s VI aku syak selain dari membaca entry post atas, sesi p/s ni pun macam penting je, aku syak lagi, fungsi p/s telah dicabuli oleh aku secara rakus, sepatutnya P/s mestilah ringkas, padat dan terasing.
Ramai yang cuba menafikan kewujudan perasaan cinta dek kerana takut dicop melakukan zina hati, padahal mereka lupa tentang kisah-kisah cinta zaman nabi-nabi dahulu kala dan zaman Para Sahabat. Ada pula yang jenis mencari justifikasi untuk mereka mempunyai nafsu, padahal mereka telah melakukan hipokrasi.
Jika mereka memilih jalan bersederhana pasti mereka tidak akan merasa sengsara menipu diri sendiri, jika mereka mencontohi Rasulullah, Para Sahabat dan Isteri-isteri mereka pasti mereka akan bergembira meraikan cinta, tetapi sebaliknya mereka memilih untuk mencontohi golongan Zuhud melampau, ahli bidaah dan ahli tasauf extreme yang menjatuhkan status dosa jika mereka mempunyai keinginan untuk mencintai.
********************
Cinta adalah perasaan suka kepada sesuatu subjek atau individu bersertakan rasa keghairahan. Ghairah untuk bersama, ghairah untuk bersatu membina keluarga, menghasilkan zuriat untuk meneruskan kelangsungan spesis manusia.Cinta itu terbit dari keinginan nafsu normal manusia. Sama macam keperluan asas manusia lain seperti makan, minum, tempat tinggal, berpakaian, berkomuniti, berkomunikasi. Cinta bukan ciptaan ahli falsafah atau penglipur lara, Ia hanya satu mekanisma pemikiran primitif yang telah disetkan di dalam otak manusia.
Lelaki mula matang - organ seks tumbuh dengan sempurna - hormon seks semulajadi terhasil dalam badan - ghairah melihat perempuan cantik bertubuh montok - terasa itu adalah pasangan hidup untuk proses pembiakan dan membina koloni - keluarkan skill menggoda samada ayat atau show off tenaga - pikat perempuan - kahwin - seks - dapat anak - bina keluarga.
Perempuan matang - organ seks tumbuh dengan sempurna - perasaan keibuan datang secara semulajadi - Rahim tersedia untuk menerima benih - Terangsang melihat lelaki maskulin - signal kepada akal bersedia untuk menjadi ibu dan membesarkan zuriat - digoda dan menggoda - berkahwin - seks - dapat anak - bina keluarga.
Contoh kronologi di atas berlaku secara semulajadi kepada kita semua sejak Adam dan Hawa diciptakan. Indahnya Islam itu apabila ia tidak menyeksa ummatnya dengan mengekang mereka dari hidup dengan fitrahnya sendiri.
Apabila kau melawan fitrah semulajadi manusia ini yang buatkan kau sengsara, apabila kau menipu diri itu yang membuatkan jiwa azali kau memberontak. Tidak ubahlah seperti Sami buddha yang berikrar untuk tidak berkahwin dan mempunyai nafsu seks. Sama juga dengan Paderi katolik yang bersumpah untuk hidup membujang sehingga akhir hayatnya, jika semua ini adalah contoh kehidupan sempurna, maka bagaimana spesis manusia akan berkembang biak?
********************
Keinginan hati kepada individu berlainan jantina itu adalah nafsu, ia terbit tanpa kau fikirkannya, masakan kau berdosa jika ia terbit dari hal yang kau tidak sengaja? pokoknya bagaimana kau mengawal nafsu, Bagaimana kau mengawal keinginan hati kau nak beromen itu dari memperaktikkannya.
Sebab itu diturunkan wahyu kepada Nabi saw, sebagai panduan bagi manusia mengawal nafsu, sebagai garis panduan bagaimana menghalalkan nafsu yang semulajadi itu agar nampak lebih beradab dan bertamadun. yang mana boleh membezakan kita dari binatang. Apakah ia? ia dinamakan pernikahan.
Banyak kisah-kisah para sahabat yang menceritakan pasal keinginan mereka kepada pasangan mereka, ada kisah yang minta nasihat kepada baginda samada memilih Anak dara atau janda. Ada kisah pasal Nabi saw nasihatkan sahabat melihat dulu wajah calon samada akan terbit rasa cinta atau tidak kemudian baru afdhal berkahwin.
Perkahwinan itu adalah atas dasar rela, Perkahwinan itu adalah satu ritual perasmian cinta. Samada cinta sebelum kahwin atau selepas kahwin bukan menjadi hujah untuk menafikan cinta.
Kau nak beli Smartphone, kau pergi lowyatt, usha semua smartphone yang ada, belek-belek Iphone, Samsung Galaxy S dan HTC, last kau jatuh cinta dengan Samsung Galaxy S, Bila kau dah jatuh cinta baru kau beli, masakan kau nak beli benda yang kau tak suka? Kita ni manusia tahu? Nabi pun pilih wanita yang dia suka dan cinta, inikan kita pula manusia biasa sibuk nak kekang diri kita dari memilih pasangan hidup atas dasar cinta. Kenapa?
Pokoknya janganlah pula kerana cinta, kau masuk rumah anak dara pergi bersenggama pula, janganlah pula kau pergi dating beromen belakang semak, itu yang salah.
Common sense, ini masalah common sense, aku rasa macam rugi pula sembang panjang-panjang masalah asas macam ni. Aku yakin pembaca aku ada kualiti pemikiran yang tinggi untuk memahami bahawa masalah ini adalah masalah remeh.
**********Tamat**********
p/s II Nampak macam panjang, tapi kalau ikut standard Blog Rasa Hati, Ini jatuh kategori entry post pendek.
p/s III aku rasa semua kawan-kawan aku yang dah berkahwin paling tidak mesti bercinta kejap sebelum kahwin wahima keluarga yang aturkan. Yang poyo sangat kempen cinta lepas kahwin ni adalah mereka yang belum berkahwin.
p/s IV Padahal majoriti yang dah berkahwin dalam senyum je cakap sambil baca entry ni, " saya bercinta sebelum berkahwin, saya okey!..... lepas berkahwin pun saya bercinta, saya Okey!"
p/s V Aku paling muak dengan lawak ni : " kau dah kawin ke belum?" " aku dah kahwin, nikah je belum" megah sangatlah nak cerita kat orang yang kau dah kahwin tapi belum nikah? megah sangat lah, tak lawak langsung. boring gila lawak mcm ni.
p/s VI aku syak selain dari membaca entry post atas, sesi p/s ni pun macam penting je, aku syak lagi, fungsi p/s telah dicabuli oleh aku secara rakus, sepatutnya P/s mestilah ringkas, padat dan terasing.
ordinary person feel wanna be loved by someone and to love someone.
ReplyDeletei feel that its important to dating @ know ur couple b4 marry her. if it doesnt work, at least we earn experience
but if we dun have an intention to mary wiht ou couple, or in the other hand, we just playing, its such a waste
Its time waste, energy waste, money waste, + we definitely sinking our love genuine
Terangsang melihat lelaki maskulin - kahkahkah amboi kalau awk maskulin kira ai teransang la? kakaka. siapalah kita nak tolak cinta yg smula jadi dtg pada jiwa, krana kita juga dijadikan drpd cinta. cuma amsing2 boleh pk baik buruk, jgn smpai terkandas! aummmm
ReplyDeletek typo amsing2
ReplyDeletebetul betul. aku setuju.
ReplyDeleteBetul tu.. setuju sangat dengan P/S III, yang poyo jer dok kempen nak bercinta lepas kahwin ni, sebenarnya mereka tu hipokrit, bukan saja tipu orang lain tapi tipu diri sendiri... urmmm.. kadang rasa nak termuntah bila mereka dok share benda-benda tu kat fb..
ReplyDeleteP/S.. yang dok atas pelamin sebelah kiri tu macam TMJ lah.. uhuks!
benda dah tak sengaja kan? munstahil jugak tak rasa apa2. paling kurang pun crush!
ReplyDeleterasa cinta tu tetap akan ada dalam diri setiap manusia yg normal, ianya sejak azali lagi.. tak payahlah nak cakap cinta lepas kahwin lagi bagus! bercinta sebelum kahwin pun boleh tapi pandai2lah kita kawal rasa cinta tu supaya tak jadi kerana cinta ku serahkan segalanya termasuk 'body'..
ReplyDeletekali ni memang byk P/S, tapi takpe at least P/S tu membuatkan orang berfikir sejenak!
yeah.ibu bc entri en. Pikar smbil senyum2 simpul jek.(xda apa nk komen,tp nk komen gak.gara2 kuasa p/s ah ni)
ReplyDeleteokay typo munstahil T___T kbai.
ReplyDeletethe need of acceptance, the need to be love and loved. he~~ ya, semua orang perlukan benda tu. ^^,
ReplyDeleteps 1 - tak tahu.
u tgh dalam mood cinta ek..hhehe,,anyway gud entry..it's all about love
ReplyDeleteakhirnya..ade jugak yang memahami pemikiran aku rupanye..aku semak jugak dgn status anak2 muda skang yang bijak pandai agama sgt ni semuanya nak diharamkan..
ReplyDeletebercinta sebelum kawen harammmmmmmm..bercinta lepas kawen baru halal..kiranya yg bercinta sebelum kawen tu dah buat dosa besar gila la dan difitnah pulak dah berzina..
helo..tujuan bercinta tu untuk kenal hati budi pasangan sebelum nak hidup bersama..bercinta tak semestinya perlu berzina..kita ade pegangan agama kan? takkan tu pun tak reti nak kawal nafsu sendiri..
jangan disebabkan segelintir couple laen yang tak reti kawal nafsu dorang dgn sesedap rasa bermesra-mesraan tu nak blame semua orang yang bercinta sebelum kawen pun buat menda yang sama..haishhh..
p/s :: terpanjang pulak komen aku..haha..
kawan-kawan aku berlambak buat lawak yang kau dah boring tu Ikar...
ReplyDeletedepa nak kata depa ada awek leteww...
sabar jelah..huhh
habes la aku... tak leh carik makan dah.. dia dh start buat entry cinta... hek gek gek
ReplyDeletesama laa.. aku pon muak bila ada yg sangat bangga cakap.. kawen dah.. nikah je belum.. huhuhuhu
ReplyDelete