Assalamualaikum..
Dulu pada satu masa
Ada seorang lelaki, jiwanya kering dengan cinta.
Kata hatinya ......
Aku ada ramai sahabat taulan bergelak sakan,
apa dihirau perhatian perawan
Selang sehari berbagai gadis kerap datang mengetuk pintu.
Dan menawarkan cinta yang baru
Lelaki itu tidak pula berlagak angkuh,
Disambutnya cinta tanpa jiwa dipertaruh.
Baginya apa salah kalau dicuba,
mungkin diri ini masih laku agaknya.
Namun hatinya tetap kering dengan cinta.
Namun hatinya tetap tandus dengan bahagia.
Ditilik-tilik cinta yang datang namun tidak bertemu jawapan.
Kenapa cinta itu terasa palsu sedangkan diri mencuba sedaya perlu?
Pada satu hari,
Lelaki itu duduk diam berceloteh gaya biasa
Datang seorang gadis ajak bicara.
Petahnya, akalnya, jenakanya,
Perhatiannya dan jujur perasaannya gadis itu
menyimbah basah jiwa yang kering
menghapuskan sumpahan hati terasing
lantas meraikan cinta bak musim bunga
yang sebelum ini tidak pernah dirasa.
Berubahlah hati lelaki itu yang tandus dan gersang
Menjadi oasis subur di musim yang panjang
Rasa yang semua jika dirangkul bersama
Membuatkan kaki tak jejak bumi
Rasa bagai tenggelam dalam diri sendiri
Khayal dan asyik pada masa yang sama
Bak ketagih dadah percuma
Tanpa perlu suntik dan nyala
Tangan lemah gemalai bagai tumbuh sayap asmara
Mahu terbang ke langit biru.
Jatuh dia tidak akan ragu
Kalah dia tidak akan malu
Gadis itu bukan sempurna manusia
cuma dia melengkapi yang tiada
Gadis itu bukan bidadari syurga
cuma dia hadir menawarkan cinta
Gadis itu bukan bayangan fantasi
cuma dia merealisasikan mimpi
Namun yang pasti
Gadis yang datang membuatkan lelaki itu
Merenyukkan nota garis panduan wanita pilihan
Membakar senarai pendek calon idaman
Dan meranapkan falsafah idea cinta utopia
Lantas lelaki itu
mengangkat slogan cinta tanpa alasan
Menyanyikan semua lirik bait lagu cinta
Dan tidur dibawah langit terbuka
Semata mahu menyampaikan maksud hatinya
Betapa aku mahu dan aku cinta
Saya tidak mahu gadis lain
Saya hanya mahu awak
Kerana awak gadis saya.
********************************
p/s ye awak, haaaa awak, awaklah, apa pandang kiri kanan lagi tu,awak tu.. Ya, saya maksudkan awak lah!
sweetnya . huhu . bagus lah puisi ni . Beruntung la lelaki tu dapat gadis yang ditunggu-tunggu , >_<
ReplyDeleteuuuuuuuu....!!
ReplyDeletejiwang pagi Jumaat. tahniah! :-)
amboi, pandai tulis puisi ye
ReplyDeletepeh..peh..
ReplyDeleteKemain ikar..kemain..
Bagai bunga sakura kembang dimusim panas..
Maaf..aku xpndai buat ayat bunga2.. Hihi
Sudah pandai ya. Woha!
ReplyDeleteok...puisi best!! huuhuh
ReplyDeleteuuuu uuuu uuuu uuuu uuuu uuuu uuuu uuuu uuuu
ReplyDeletejadinya bila nak kenalkan dia kepada kami
ReplyDeletesetuju ngan ezan =)
DeleteAlhamdulillah, akak nak dgr komen dari mak kamu psl bakal menantu ;-)
ReplyDeletebertuahnya gadis tu..
ReplyDeletepasti dia turut membaca puisi ini!
eh saya ke? pandang kiri kanan. eh ada wani kawan saya yg sedang membaca juga. dia pun tertanya-taya , untuk dia ke?
ReplyDelete*kau buat kitaorang terperasan okeyy.... muehheheheh
untung lah untung lah beliau yang menjadi pujaan hati :') kirmkan salam!
ReplyDeleteai baca tapi rasanya bukan ai orangnya.. hahaha..
ReplyDeletebertuah si dia menjadi pujaan hati.. :)
dearest Zulfikar,thank you for this lovely poem. saya suka sangat!
ReplyDeleteaik.. berbalas -balas puisi nampak. saya rasa lah kan,nanti kita jumpa pastu baca poem sendiri sambil ditujukan pada orang yang sepatutnya. nak tak?
haaa ni yang saya rasa nak post poem saya dekat blog jugak ni. hihi.
untuk saya ke? hihi~~
ReplyDeleteini ohsem!
ReplyDeletepokok bunga sakura seakan tumbang disaat aku membacakan madah darimu..
ReplyDeleteswan di kolam menangis saat aku menceritakan isi hatimu..
betapa bertuahnya "bonda" mendapatmu. dan betapa bertuah dirimu yang mendapat "bonda" yang hebat yang mampu banjirkan kawasan tandus.
semoga bahagia Ikar.. (Y)
pehhhhhh bunga2 berkembang kt taman yerr :)naiss
ReplyDeleteerkk.. saya dah kawen la awak.. sbb tu sy pandang kiri kanan mustahil la awak nak jatuh cinta kat saya. keja gila!!!
ReplyDeleteamboi Nyah.. cinta sudah berputik ya....
ada yang sedang jatuh cinta uyyyy!!!! Jemput makan nasi minyak bro cepat2...!!!
ReplyDeletesayakah???hahahhaha,,,pergh....dasat2....selamat berbahagia....cepat2la..ade bau nasi minyak dh nih....hahahahhahaha
ReplyDeleteahhh.. puitik sekali... umpama mensyairkan sebuah lagu cinta...
ReplyDeletekala cinta datang tanpa didugu, menolak umpama kufur... menerima, takut pelbagai persoalan... bersediakah aku dengan cinta... bukan itu soalnya... bila cinta datang... hati tak hirau sebarang ancaman kecewa... itulah cinta...
aku? senang hidup sendiri... biarpun cinta itu menggamit-gamit hati...
puitis sungguh! sangat cantik bait2 kata tu.
ReplyDelete*4 thumbs up!* (semua thumbs yang ada, hikhik)
wahh untungglaa... =) ~~tunz
ReplyDeleteJiwangnyer, pengsaaaaaaaaaaaaan
ReplyDeleteperghhh!! bunga2 cinta sedang mekar berkembang, tumpang bahagia sekaki dgn kebahagiaan kalian berdua..:))
ReplyDeletesiapakah gadis itu? wasehhh..jiwang jugak rupanye ko ni..untung la gadis tu..;p
ReplyDeletesaye ke...aaauuuuwww... i like abg ikar
ReplyDeletemacih.... sudi embed lagu ni kat cni. puisi yg indah... i likee
ReplyDeleteterima kasih sebab buat video yang bagus ni! terima kasih sebab tuliskan lirik sekali...
Deletesorry kalau saya tak credit...
U r most welcome TRB :)