November 10, 2011

Rahsia itu Kekal Bersamaku

Assalamualaikum...

Orang kata ibu ini tau selok belok perangai anak-anak dia, bak bidalan dulu-dulu..

"sekilas ikan di air, aku dah tau jantan betinanya"

Masakan tak tau perangai anak sendiri, dari anak dalam perut, sampai anak lahir, dari baby yang taktau cakap nak sampaikan maksud hati, mak boleh baca kehendak anak-anaknya. Itu dinamakan naluri Ibu, dan naluri ibu jarang tersilap, cuma kadang-kadang tersasar, tersasar pun sasar-sasar manja saja.

Aku lepak dekat kedai Cili Padi, nak makan nasik. Maklumlah hari raya Haji pertama adalah hari raya kebesaran kaum mamak. Semua restoren mamak tutup dekat Shah Alam, Restoren melayu pun apatah lagi. Tengah aku makan nasik goreng ayam kunyit aku tengok ada baby sorang depan meja aku, comel sangat.

Baby tu asyik meragam nak itu nak ini, tapi tak tau cakap, tapi mak dia tau je apa yang anak dia nak.

" Anif, anif nak air ye? anif haus? alololololo"

Dah minum, Anif rilek, 5 minit kemudian anif gigit kemam-kemam meja, dia nak bagitau sesuatu, rupanya dia lapar, Mak dia cepat-cepat suap Anif dengan peach in a bottle untuk Anif. Akhirnya Anif kenyang tanpa perlu suarakan isi hati dia, bagi signal je.

Dari sini aku hadam dalam-dalam, oh patutlah dulu mak aku selalu sound aku..

" kamu jangan nak menipu mama, mama tau kalau anak-anak mama menipu tau tak?"

" ala, betul lah mama, ikar mana ada main dalam lombong tu, ikar celup-celup kaki je"

" MOHONG!"

************************

Dari kecil, Mak aku ni over-protective sikit kat anak-anak dia, sangat berdisplin, walaupun mak aku tegas tapi tak terbuat jugak dia dengan aku dan abang, nama pun anak jantan, kalau tak lasak nanti besar aku pakai spende pink ropol-ropol siapa nak jawab?

Untuk mengekalkan status quo kenakalan itu, perlulah wajib ada pembohongan. Selalunya pembohongan ini akan gagal dengan jayanya. Bila mak aku keluar kata-kata keramat seperti...

" Ikar, kamu pergi mintak makan rumah Nenek Timah ye?"

" mana ada mama, kan mama dah pesan jangan mintak makan rumah orang"

" kamu jangan nak bohong, Lillahi Taala kamu tak buat?"

" sumpah.. tapi tak Lillah la, Ustazah cakap tak baik main lillah lillah, nanti makan sumpah"

" kalau kamu tak bohong, kalau kamu jujur buat apa kamu nak takut kena makan sumpah?"

" errrr.. errrr... errr...."

" kamu jangan nak err...errr, dah lah makan kat rumah orang, menipu pulak tu lagi, jaga kamu, aku besit kamu kang!"

" sebenarnya mama, Ikar memang makan rumah Nek Timah, tapi bukan ikar mengendeng, Nenek Timah yang pelawa, ayam masa merah tu maaaaaa.. seeeedaaaapp, tapi tak sesedap macam mama masak la, mama masak lagi sedap, takde sape boleh celen ah"

" banyak la kamu, dah buat salah, nak jek jek aku pulak, pegi mandi!"

******************

Dalam menjayakan Kem displin terhadap aku dan adik beradik, mama ada beberapa pantang besar, pantang kecik jangan cakap la, ada banyak. Tapi pantang-pantang besar ni jangan sesekali kamu buat, jika kamu buat kamu menempah bencana. Antara pantang-pantang itu adalah....

1. Jangan mandi sungai, empangan, tasik, lombong dan sebagainya tanpa ada mak bapak atau cikgu

2. Jangan keluar dari kampung, jangan merayap sampai main road

3. Jangan mintak makan rumah orang

4. Jangan main luar sampai lebih dari maghrib

5. Jangan ambil barang orang.

Tapi walaupun sebegitu ketat peraturan ini dibuat, aku pernah beberapa kali melanggar peraturan kecil pihak berkuasa tempatan hal-hal rumahtangga klausa 3 kurungan (b) aturan-aturan mak Ikar ini.

Dan rahsia perlanggaran peraturan ini masih kekal sampai kini. Namun mengapa aku boleh sebegitu berani mencabar peraturan itu?

Tidak lain tidak bukan, semuanya adalah kerana cabaran dari rakan-rakan sebaya...

"wei wei Zul, jom gi mandi Ulu Yam jom!"

" errr.. errr... mandi Ulu Yam? jauh tu, tak boleh lah, mak aku tak bagi gi mandi sungai, dia takut ada orang lemas nanti"

" Ni bukan sungai atas tu, ni tempat special, anak sungai bawah empangan, cetek je. Takdenya orang lemas Zul"

" ishh tak boleh lah wei, satu tu mak aku tak bagi mandi sungai, kedua tempat tu jauh, dah keluar dari kampung ni, mak aku marah lah, nanti tau dia mati aku kena belasah"

" hek eleh, kalau kau tak bagitau, takkan mak kau nak tau"

" Tak baik menipu mak wei, berdosa, masuk neraka"

" Zul penakut, Zul penakut, Zul penakut, pengecut..pengecut...anak mak, anak mak, wek wek penakut"

" Mana ada takut, okey, ko nak sangat aku pergi kan, jom.. kita tengok sape boleh terjun pusing!"

" haaa macam tu lah baru geng"

Korang tengok betapa halusnya hasutan syaitan yang direjam, tak dapat bisik kat telinga, dia hasut pakai cabaran rakan sebaya.

Dipendekkan cerita, aku pun kayuh basikal pergi mandi dekat kaki empangan Ulu Yam, tempat tu memang jauh tersorok dalam hutan, bahaya nak mati sebab sungai tu adalah tempat laluan air empangan Ulu Yam dilepaskan bila dah banyak sangat, bagi mengurangkan tekanan pada empangan.

Bila Air nak dilepaskan, akan ada satu alarm sound yang sangat kuat, macam bunyi tiupan sangkakala, Ya ampun kuat betul aku menambah cerita. Sebenarnya bunyi dia macam bunyi Hon lori yang sangat kuat dan bergema.

Tengah sedap-sedap mandi, sekali bunyi hon bergema, kelam kabut kami semua lari naik atas tebing sungai, sebab kalau air tu melimpah, kedalaman boleh jadi 2-3 kali ganda dari biasa. Bila je aku tengok air tu naik dalam sampai hapus. Ditambah pulak seram tengok air tu datang menerpa mendadak, aku mula naik risau..

Aku mula berimaginasi sumpahan mak tanggang,

Aku mula berimaginasi cerita batu belah batu bertangkup, 
"makanlah aku, telanlah aku, aku kempunan telur tembakul"

Aku mula teringat kisah mastika pasal anak kena sumpah jadi babi...

Aku mula teringat cerita cinderalla, selepas 12 malam kereta kudanya bertukar menjadi labu.

Aku taknak basikal aku bertukar jadi labu dan aku jadi ikan tembakul, ini tak boleh jadi. Aku pun buat pendirian sendiri, aku cakap kat kawan-kawan aku nak balik, dan tak peduli kalau diorang nak terus mandi, nasib baiklah ada 2 orang kawan setia aku yang follow aku balik, takdelah aku rasa jadi loser sangat balik sorang-sorang.

*******************************

Sebelum balik rumah tu, aku jenuh jemur diri aku tengah panas matahari, nak bagi kering rambut ngan baju seluar semua, tapi haram nak kering, aku dah mula rasa macam nak kena heat stroke. Bila aku tengok baju aku semua ada kesan tanah-tanah sungai, terus aku dah rasa dalam hati yang ni mesti kantoi bila balik nanti.

Jadi sebelum menghadap sesi soal jawab, lebih baik aku buat teknik penyamaran dan reka alasan. Jenuh aku fikir alasan apa aku nak bagi tapi tak jumpa, Tapi bila lalu kawasan tanah lapang, aku nampak budak-budak main bola dalam kawasan becak.

" hah, ni idea baik ni"

Aku pun kayuh basikal laju-laju pergi Padang Cangi, padang yang paling famous budak kampung main bola petang-petang.

Aku pun pinjam bola kawan aku, pastu aku ajak dorang main bola bertiga, pastu aku sepak bola tu sekali dua, kemudian aku rebahkan diri diving dalam lopak tanah merah depan tiang gol, lopak becak tanah merah yang sangat familiar kat area sepakan penalti sebab semua orang kalau main bola selalu berbolok-bolok kat situ.

Bila dah puas aku bergelumang dalam lopak tanah merah tu sambil peluk bola, aku tak ubah macam Badak Sumatera yang berkelubang dalam becak. Aku dah yakin bahawa kesan lopak tanah merah itu berjaya menutupi kesan-kesan tanah sungai. Jadi kini hanya tinggal pertarungan mental dengan mak aku je...

" Assalamualaikum... mamaa.. Ikar dah balik ni maaaa"

" Waalaikumsalam, lambat balik? selalu hari ko-ko sabtu pukul 11, 12 dah balik, ni dah pukul 3 baru balik?"

" lepas ko-ko tadi Ikar gi main bola ngan kawan la ma"

" Ni apsal basah kuyup ni? rambut, baju, seluar semua basah lenjun, Kamu pergi mandi sungai ye?"

" Eh ape pulak mandi sungainye, ni ikar gi main bola tadi mama, malam semalam kan hujan lebat, padang becak, kami main bola dalam becak, ni yang basah ni"

" ye ke kamu niiiiiiiiiiiiii?????" 
( bayangkan muka mak aku tu mata renik dan kerut-kerut hidung, gaya muka percaya tak percaya je)

" beeeeeeetul mama"

" Sumpah kamu main bola tadi????????"

" betul mama, ika main bola tadi"

" kalau betul, sumpah lah, jangan nak ngelak pulak"

" Iye mama, SUMPAH ikar tadi main bola dengan kawan-kawan SEBELUM balik rumah tadi"

" kalau betul main bola, udahlah. Tak payah lah beriya sangat nak sumpah-sumpah"

" Pulak dah.. tadi beriya suruh orang sumpah"

" du du du du..malam ini kasih teringat daku padamu..seakan kau hadir di sisi menemanikuu...na na na " 

terus mak aku berlalu pergi ke dapur, rilek je, sambil humming lagu Hetty Koes Endang bertajuk Kasih, senang hati dia umpama tiada lagi hari esok.

Jadi aku pun selamat dari dibelasah oleh Mama, dan aku juga selamat dari mendengar leteran bak Dj Time Highway Radio. Mak aku kalau dapat berleter setakat 2, 3 jam tu takde hal lah, Macam takde je.

Dan rahsia aku pergi mandi sungai kat Ulu Yam pada Tahun 1995 tu masih kekal bersama aku hingga kini.

****************************

" Tapi Zulfikar, kenapa kau ambil Foodservice Management dan jadi Pengurus Pemasaran, kan ada baiknya kau belajar Law, jadi Lawyer"

" malas nak baca dan hafal buku tebal-tebal... ehhh entah-entah ni sumpahan mandi sungai kot, huwaaaaa tak dapat jadi lawyer!"


Empangan Ulu Yam, antara empangan yang paling dekat dengan KL, Dulu kalau panas atau air terputus, bapak aku bawak kami semua mandi sungai Ulu Yam, separuh bandar, separuh kampung, ideal betul lah...


Moral of the story? Kalau dah betul jujur, tak salah buat apa takut nak sumpah ye dak? sumpah je lah.

"Lillahi Taala saya tak tidur dengan Pelacur China" Terus Ceased Fire. Sonang bai tu.


P/s "Awak ingat awak dah hidup lebih lama dari saya selama 40 tahun membuatkan awak lebih betul dari saya? tidak semestinya, mungkin awak telah hidup lebih lama dalam kesilapan dari saya yang hidup sebentar dalam kebenaran"

27 comments:

  1. balik rumah sebelum Maghrib itu memang wajib. mak bapak sekarang jarang yang wajibkan undang2 itu.. tengoklah apa dah jadi.. hhhmmmm...

    ReplyDelete
  2. sekolah rendah mesti balik sebelum maghrib, wajib..

    sekolah menengah form 1, 2, 3 mesti balik sebelum pukul 9..

    form 4, 5 wajib balik sbelum 12 mlm..


    Universiti, lantak kau lah jang :)

    ReplyDelete
  3. mak aku die jrg tanya mcm2..

    tp kalo balik lepas mgrb, mmg dia x cakap terus..

    Y__Y

    ReplyDelete
  4. ayah saya lagi tegas dari mak kalau bab2 didik anak.hihihi

    sy mana pernah kena pukul dgn mak.heheheh.

    ReplyDelete
  5. mak aku dulu banyak spy kot..
    aku bawak motor ja balik2 mak aku dah redy hanger.pantung family aku bawak motor. tumpang motor org takpa..sebab tu aku xdak lesen motor..waakka

    china doll ke ikar??hg xnak try?

    ReplyDelete
  6. orang kata, jangan bohong...jangan tipu...tapi berhelah boleh..ahaha...macam yang abgchepika jawab tu la...

    "Iye mama, SUMPAH ikar tadi main bola dengan kawan-kawan SEBELUM balik rumah tadi"

    tak tipu kan tu? hahaha

    ReplyDelete
  7. rasa2 nyer balik sebelum maghrib tu undang2 wajib dlm setiap keluarga kot..kecik2 dulu sebelum maghrib memang dah ada kat umah sebab takut kena sorok dek hantu waktu petang...hahaha

    ReplyDelete
  8. ooo,, nak bagi tau cik awie... biar ko kene belasah... hahahaha...

    ReplyDelete
  9. samalah dengan saya, mak saya pun macam tu!

    kalau balik lewat memang mak tak bagi masuk rumah sampai pukul 12 tgh malam, duduklah kat luar rumah tu..

    pastu bohong2 ni biasalah, nak lepaskan diri takut kena marah..

    ReplyDelete
  10. aku dah jd mak.. then aku ada naluri ibu tp blh tak aku detect anak org menipu selain anak aku?? kekekekeke
    THR.. dulu aku suka call radio ni. Tiap2 hari suara aku akan keluar radio.. x siang, mesti malam tak pun pagi.
    Dah nama pun mak Nyah.. pernah berkongsi hidup dlm 1 badan dgn anak. Jgn kan anak menipu.. suara anak menangis pun dia tahu apa sebab. kalau nangis camni.. nangis manja. camtu.. nangis sakit.. camni nangis meragam.. mcm2 la.

    ReplyDelete
  11. meh aku nak bagi mak ko baca entri ko yang ni..lepas tu takde dah la rahsia ini kekal bersamamu lagi..hua3..

    ReplyDelete
  12. err.. aku bg tau mak ko !! siap !!! :P

    ReplyDelete
  13. another nice story from blog rasa hati..hehe..btw sangat sukalah yg last sumpah tuh..kalo dah tak salah,angkat Quran pon bole bersumpah kan...awat la org tuh tak buat2...ishk2..yg p/s tak perlu ckp..mmg nak best aje kan?:)

    ReplyDelete
  14. nakal nyerrrrrrrrrrrrrr.. mintak rotan neh..

    ReplyDelete
  15. kelaka pulak part "pakai spender pink ropol-ropol" seksi uuuuuuuuu
    =)

    ReplyDelete
  16. wahh lebih kurang ke citer engkau dgn kisah aku zaman kecik2 dulu, kedapatan mandi sungai je terus babap xde soal moal dah, huhuuuu

    ReplyDelete
  17. waa...citer zaman kanak2 ke apa nih...baik ko terus terang dengan mak ko sblm ko kena sumpah...haha

    ReplyDelete
  18. kalau dulu selalu buat macam tu, lepas mandi laut. heheh.

    kampung ni dekat dengan laut, so selalulah mandi kat sana. tapi sebab mak tak kasi mandi laut, lepas balik je terus mandi kat perigi. nasib baik perigi tu jauh sikit dari rumah.

    so, bila sampai rumah cakap je tadi mandi kat perigi, haha kan tak tipu tu :P

    ReplyDelete
  19. Missenget : kaedah taknak ckp dgn anak adalah kaedah yg menyakitkan..

    Nin : tapi awak ok je saya tengok, jrg kene pukul nih..

    Balecan : sama la, mak aku pun banyak spy, tu sebab dah besar aku jadi org..hahaha

    Sunah : yerp, tak tipu.. cuma menyembunyikan separuh dr kebenaran... hahah

    Bintang Hati : kene sorok dengan hantu tetek kan...

    Sam Banjamin : takutnye. rasa mcm nak nari poco..

    Mas saari : eh ehhhh kisah kita mcm sama la... :)

    Suria lekat lekit : melampau lah sampai nak detect anak org nyah oiii...aku dulu suka DJ THR yg mamak tu ..sapa ke nama dia ha???

    Cik Sha : mak aku tak bukak blog kot.. hahahaha

    Udeen : berani bg ar tau!

    Puteri Ika : tapi gegerl leh cecomel kan??

    jue : Laaaarik.....hahahaha

    airynur : seksi bangat dong...nak tengok?

    Azat : mak kita jenis perisau kan..

    Sihat Cantik Bergaya : cerita zaman kekanak la.. takkan tua bangka kena sebat lagi hahaha

    Fikram : ko pun sama.. mengelat ye.. bek ko gi ngaku kat mak ko cepat..

    ReplyDelete
  20. alexa Yussida : aikk camne leh terlepas reply komen awak ni.. hehehe

    bagi saya, sumpah Lillahitaala itu adalah sumpah keramat, sumpah itu bukan kaedah pendakwaan dan pembelaan, tapi ia hanyalah sumpah rohani yang memberikan keyakinan terhadap kejujuran dan keihklasan..

    p/s tu..hehe..maceh..

    ReplyDelete
  21. fifi pun didik disiplin tapi tidak melalui kekerasan, sebenarnya tergantung ats anak itu sendiri dan juga genetik!kihkih. ada setengah budak, tak ckp pun dia dh tahu cara, dan ada yg dididik pun msih degil. tapi biasalah anak2, nnt bila dh msing2 tua baru tahu payahnya nak bela anak....

    p/s: skrg pun dh rasa malas nk baca buku tebal2....

    ReplyDelete
  22. kecik2 dulu...aku banyak hangout ngan sepupu2 aku ..rumah aku tepi sungai..hari2 mandi sungai..lagi best kalau hujung minggu..mandi sungai dari pagi sampai ke petang..masyuk2..
    nasib bek je tak kene marah ngan mak tp abang aku marah giler kalau aku g mandi sungai..ada sekali tu..aku langgar pantang larang abang aku..balik rumah ape lagi..zappp..habis berbirat buntut aku..lalalala..

    ReplyDelete
  23. nice netry der.. suka ayat hang.. best2. kepantangan mak aku, keluar lambat balik masa maghrib..

    ReplyDelete
  24. aku rasa cam nak nangis je bc entry ni
    sebab aku dulu pun penah gak buat perkara cam ni. aku pun tetap ada rahsia seperti ni yg aku rasa mak tak tau....

    tp percayalah
    emak ko tau ko pegi mandi sungai tu
    tp disebabkan ko selamat
    tak de bawak apa2 masalah
    jadi dibiarkan..

    atau di mungkin ada sebab membiarkan ko hari tu

    tp aku yakin
    mak ko tau sebenarnya..

    ikhram ishak

    ReplyDelete
  25. ooooooo...biasa dia ni!!!

    -ucapan ringkas dari ciknoi yang mengalami masalah brokben-

    ReplyDelete
  26. teringat lak kenangan mandi kat ulu yam ngan arwah ayah and siblings..hehehe..

    ulu yam 1 banyak hantu..hahaha..nak mandi kena pergi ulu yam tangga ke3..hehhe

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...