November 17, 2011

Masalah

Assalamualaikum...

Masalah, manusia hidup dengan berbagai masalah...kepelbagaian masalah itu mencipta identiti kepada pemunya masalah, masalah bagi seorang di sana mungkin bukan masalah bagi seorang di sini. Jadi apakah yang disebut-sebut sangat dengan pelbagai masalah itu?

" Berbagai ke pelbagai masalah?, atau pun berbagai-bagai?"

"Tengok!!! nak tulis bagai pun dah ada masalah, belum start tulis cerita lagi"

Masalah ini adalah relatif, masalah Junaidi Suboh mungkin kerap tidur terlajak sembahyang subuh, tapi bagi Mat Lazim Lisukun dia tak pernah terlajak subuh sebab dia selalu tidur pukul 7 pagi dan bangun pula pada pukul 5.30 petang, jadi masalah Mat Lazim Lisukun adalah terlajak Zohor.

Cukuplah hanya mereka berdua yang menjadi contoh masalah, kalau aku teruskan jua mungkin aku terbuat masalah-masalah untuk sembahyang asar, magrib, isyak, Qobliatan, Tahyatul Masjid dan sebagainya lagi.

Kalau kita sembang-sembang dekat Facebook dan baca blog, kita mesti akan semak dengan status update dari kawan-kawan yang selalu merungut pasal masalah dia, Jadi disini aku akan cuba menyelami segenap lapisan masyarakat melalui umur dan persekitaran, dan lihat masalah-masalah yang sudah sebati dengan mereka

************************************

A. Masalah Remaja yang belum bekerja, masih ditanggung mak bapak

1. Masalah nak basikal fixie, 2 bulan berlakon jadi anak soleh depan mak, mak termakan pancing, sekali mak belikan hadiah basikal, tapi bukan basikal Fixie, cuma ia basikal senaman.

2. Masalah kawan yang tikam belakang, kalau ada 3 kawan, kalau seorang tak de terus kene kutuk kaw-kawa. standard la tu.

3. Masalah duit takde, nak beli Ipad duit takde, Jadi buat usul mintak kat mak..

" mak mak.. Akim nak Ipad boleh tak mak?"

" apa... pad? kau dah buang tebiat mintak pad ngan aku? kau ni Akim, dulu lagi mak cakap jangan main masak-masak, gi main senapang kombet-kombet, tengok dah besar kau nak main Pad mak pulak"

" Orang nak Ipad la mak, Apple Ipad..Ipad..Ipad...Ipad.. Bukan pad yang tu"

" Pad apple takde, Pad Kotex ada, jangan bimbang sayang, pakai yang ni dijamin tikus takkan bertelur dan membiak dalam rahim kita!"

4. Mak bapak gaduh, nak cerai atau bapak halau abang keluar rumah. Remaja merasakan beban yang sangat berat sebab rasa tak boleh nak bantu apa-apa, lagi sadis bila terpaksa memilih Side. dan paling semak bila mak ayah buat sesi melobi nak mintak sokongan anak-anak.

5. Anak kucing sakit. hari ni lompat-lompat, esok dah lembik macam nak mati. tak tau nak buat apa, gi amik panadol extend hancurkan pastu suap dalam mulut anak kucing, 2 minit kemudian anak kucing mati keras.

6. Mak bapak sindir-sindir cakap kau anak tak guna, takde kerja, duduk rumah ngabihkan boreh jo..

7. Taktau adakah cinta itu cinta sebenar. Selalu lepak KFC pancing awek, masa pancing bukan main seronok, bila dah dapat kapel rasa macam nak muntah bosan, kalau boleh rasa nak single balik, tu la kerja kau! kapel clash kapel clash kapel clash, kalau kau duduk diam-diam buat kerja matematik tu kan kau dah boleh masuk Universiti.

8. Study bagai nak rak, tapi tetap markah sikit, kawan study sambil nari poco-poco tapi tetap score.. bengkak hati, rasa macam nak koyak-koyak slip result kawan, tapi tak berani, takut kena belasah berjemaah. itu pun masalah jugak.


*************************************

B. Masalah Rumah Tangga Suami Isteri

1. hidup bahagia... tapi abang punya batin tak kuat. selalu tewas di ranjang..

" mah benci, mah benci, abang jantan tak guna, depan orang bukan main abang sembang tongkat ali power la apa lah, tapi abang buat mah umpama teratai layu di tasik madu!"

" Nak buat macam mana mah? abang bukan sengaja, abang tak perform malam ni, maafkan abang ya mah!"

" no way... mah benci..takmo kawan abang"

" abang janji, abang kirim gambir Sarawak kat Watson Nyambek esok!"

2. Asyik-asyik bini buat style sama, tak kretif. Tapi tak sampai hati nak bagitau..

" Jah, Jah ni lawa, comel, ayu, kulit gebu, pandai masak, lipat baju cantik, pandai pakai shawl, tapi ..tapi...tapi.. bak kata kawan abang, hari hari makan ikan kembung pun bosan jah"

" Itu jelah kerja abang, itu je lah dalam kepala lelaki... style..style..style.. takde kerja lain ke? jah ni kerja lagi, anak lagi, kain baju lagi, masak lagi, bukan nak melayan style skill abang tu je...abang ingat... bla bla bla bla ngam ngam ngam ngam bla bla bla"

3. Muka anak lain dengan muka bini dan muka sendiri..kadang-kadang tengok macam muka benggali karpet, kadang-kadang tengok macam muka Sudin Posmen, kadang-kadang tengok ada iras-iras Jiran depan rumah.

4. Gaji laki ciput, lebih kurang gaji bibik, dari bayar bibik, baik suh laki duk rumah jadi househusband.. bini yg kuar kerja. Bila laki jadi househusband malu pulak nak jawab kat jiran-jiran, arghhh masalahnyaaaa

5. Nak ambil bibik dari Palembang, bibik pulak cun macam Dian Sastrowardoyo, ni tak boleh jadi, kang suruh tepuk anak bagi tidur, dia pergi gosok laki aku pulak!

6. Nak ambik bibik dari Palembang, Bibik cun macam Dian Sastrowordoyo, bagitau kat bini, bini tak approve, seminggu kemudian tengok bibik dah ada, tapi macam Ruminah Sidek 'Mak Mah' ... Terus fantasi tidur nak kena tepuk ngan bibik hancur ditelan zaman.

************************************


C. Masalah Duda

1. Nak kahwin lain tapi taknak janda nak dara, tapi anak dara taknak duda, nak teruna

2. kadang-kadang takde masalah, tapi keluarga perempuan pula tak suka anak dia kahwin duda.

3. Nak kahwin dengan anak dara, anak dara dah setuju, nak pulak anak dara cun macam Nora Danish, tapi teringat pulak ada anak bujang yang dah umur 23 tahun duduk serumah, bimbang rasanya nak tinggal anak bujang dengan mak tiri baru dia. aduhhhh masalahnyaaa


*********************************

D. Masalah Student baru nak up, baru nak rasa jadi Town.

1. Nak main snooker, tapi taktau beza snooker dengan pool..

2. Try minum beer, tapi buat-buat teruk, baru minum satu tin dah mabuk mcm baru lepas minum whiskey 2 botol, minum depan pintu 7 elevan, tak sampai 2 minit terus mabuk nampak kucing jadi harimau.

3. Nak gi clubbing, tapi pakai tudung bawal, tu okey lagi, tapi pakai dengan skirt. Bila orang tanya

" kau ni kenapa Senah?"

" aku ni clubbing-clubbing jugak, tapi aurat aku jaga tau!"

" Abis tu yang skirt tu kenapa?"

" errrr errrr errrrr"

4. Nak dye rambut tapi terbeli dye itam..

5. Nak ikut kawan nyanyi karoke. Lepas nyanyi ingatkan bayar seringgit satu lagu, rupa-rupanya RM250 sejam, tak pasal-pasal kene tongtong ngan kawan-kawan.. habis duit belanja seminggu.

6. Nak Try cium mulut, nak mencuba katakan, sedap sangat rasa, terawang-awang, sekali bukak mata lepas cium tu baru sedar tengah cium bapuk lorong haji taib

******************************

E. Masalah Budak perempuan yang mahu coba-coba.

1.  Size asal Bra 32 A, Teringin sangat nak bra size 36B, tapi  tak berapa nak ade, sumbat tisu je lah senang, sekali tisu ada telur lipas, menetas dalam kelas...

2. Nak pakai tudung shawl, taknak pakai bawal...sekali lilit lilit, tercekik muntah hijau dalam McD masa waktu puncak.

3. single tapi jual mahal, bila jual murah orang mengata jugak, jual mahal orang mengata jugak, jual murah, jual mahal, jual murah, jual mahal.. eeeee benci benci benci..

4. Nangis sebab balak kapel dengan kawan baik sendiri, nak balas dendam kapel dengan pengkid Taman Rashidah Utama, sekali pengkid rogol pakai Jari, Sakit terluka kena kuku tajam, menyesal sangat. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian luka jawabnya.

5. Gaduh ngan bapak, gaduh teruk, ugut nak lari dari rumah, belum sempat bukak mulut bapak dah letak beg depan pintu pagar.

6. Nak try isap ganja, mintak kat balak, balak bagi balut suh isap, isap-isap sekali buat-buat pening, belakang-belakang balak gelak, sebab bukan ada ganja pun, cuma letak rumput kering..

7. Krisis identiti nak pakai tudung ke free hair, sekali buat keputusan nak pakai macam selendang datuk siti, nampak jambul.. selendang belakang berterbangan ditiup angin... kat parking tutup pintu kereta kelam kabut nak cepat-cepat kejar tengok cerita Twillight, tak sedar selendang sangkut dekat pintu, jalan 3, 4 tapak terus terjerut... tercekik, mati tragis kat tempat parking

8. Dah Mati, Try SMS kawan suh datang ambil mayat, Credit pulak habis. Terus putus asa, Baik pergi mati!! pekik kepada diri sendiri...eh memang dah mati.

****************************



p/s Masalah Blogger Rasa Hati start niat nak tulis pendek dan ringkas, ending tetap panjang macam cerpen.

p/s II Hidup tidak akan berjalan mengikut apa yang kita rancang, sebaliknya kita yang merancang mengikut kehendak hidup.

26 comments:

  1. masalahnye bro, apa yg kau tulis tu menarik dan tertarik, tu la masalahnye :-)

    ReplyDelete
  2. WOW Bro !!! Thumbs up..I like your entry..gila~gila tapi ada isi...peace yoo!!

    ReplyDelete
  3. sangat2 bermasalh la..haha

    tapi aku suka part yang pakai tudung pastu tersangkiut kat pintu kete..berlari2 kejar citer twilight..pastu tercekik.the end..mati..mcm dah citer final destination..kikiki

    ReplyDelete
  4. Separuh dari isi dah pernah baca masa awak komen dgn encik api.hahaha.

    tapi tapi mcm biasa.ini best bro.kah kah kah

    ReplyDelete
  5. masalah bila membaca entri panjang mengenai masalah lantas terus teringatkan masalah yang selalu melanda.

    ReplyDelete
  6. masalahnya walaupun tulis panjang, Mas tetap baca!

    masalahnya kalau baca tak habis rasa tak cukup rasa hati tu...heheheee

    best entri ni!!

    ReplyDelete
  7. macam baca majalah gila-gila, atau ujang dulu2, yang siap ada gambar kartun bagi setiap item yang tersenarai. dalam gelak tawa, ada sindiran dan pengajaran . sbb tu aku suka baca blog ni. :)

    ReplyDelete
  8. kahkahkah..mantap bro! tersengeh sorang2 depan pc gua masa bca entry ko ni..biasala manusia tak dapat lari drpd masalah~

    ReplyDelete
  9. hishh..masalah, masalah, masalah..(-_-")


    tapi ade ke hidup manusia yang takde masalah? eh? masalah betollah..haha..

    ReplyDelete
  10. Gua bc time meeting bro, tersengih2 sampai kena tegur, lu kasi masalah a bro, haha

    ReplyDelete
  11. Ffffuu hahaha. Nais gila entri kali ni.

    ReplyDelete
  12. mak ai!!! banyaknye masaalah...
    tragis plak tu masaalah2 yg disebut...

    ReplyDelete
  13. alaaa.. baru nak kopipes masuk blog haha.. ni le masalahnyer..

    tak larat la nk pikir psl masalah.. sampai stress jd jadinya, dr tak migrain dh jadi migrain..

    org kate bila meninggal tutup segala masalah.. tp bila pikir secara rasionalnya, klu meninggal bawak amal takpe gak insyaAllah takde masalah, tp klu dosa lebih byk.. memang masalah besar..

    ReplyDelete
  14. masalah demi masalah...haishh!! masalah betullah...

    walau berjuta masalah yg menimpa hidup mesti diteruskan..yea dak??

    masalah betullah line tenet aku 2,3 hari ni...huhuhu

    ReplyDelete
  15. MASALAH BETUL X ADA MASE NK LUANG KAT BLOG NIH :P

    ReplyDelete
  16. Nazrul Azat : begitu jugak kau. :)

    Leods : peaceeee~~~ thanks...

    pjah : ko pikir mcm aku pikir, aku pun pikir Fdestination masa taip tu..

    Nin : entry ni bagi menyampaikan hasrat mlm tu :)

    fikram : jangan la cm tu.. gi lepak num kopi dulu ye

    mas Saari : tu pun masalah jugak tu mas.. hehe

    Aya Yus : teringat segmen Professor gila-gila dulu kan.. haha

    budakampung : sengih2 tu aku pun buat jugak hehe

    Cik Sha : takde. jd kucing pun banyak masalah.. masalah betul...

    Chegu : lain kali nak baca, pakai mask mulut tu.. boleh cover sengih :P

    Anakanda Hainey : baru sikit je

    Akim : Nais tu sekali pandang macam Najis.. aku ingatkan typo.haha

    Sabrina : tragis kan? mana de tragis masalah kecik je..

    Jue : kene la tobat.. kene sedekah, kena buat amal banyak, utk ready tuk mati...

    Bintang Hati : internet tu dah jadi masalah standard kan skrg ni?

    Puteri Ika : u gi mana skrg ni?

    ReplyDelete
  17. keh keh~~blogwalking aku yang paling berbaloi hari ni~~

    ReplyDelete
  18. nkoo ni masalah betul la...aku datang nak lupakan masalah ni..makin tambah masalah lak..jadi masalah terkumpul..cane nak setelkan tu? erkk..ok aku merapu sebenarnya...

    ReplyDelete
  19. 3. Muka anak lain dengan muka bini dan muka sendiri..kadang-kadang tengok macam muka benggali karpet, kadang-kadang tengok macam muka Sudin Posmen, kadang-kadang tengok ada iras-iras Jiran depan rumah. << apa nak risau kalau tak buat hal belakang laki kan?? anggap je terkenan. wakakakakaka. Muka anak aku dah confirm anak laki aku Nyah.. tu baru tgk muka, kalau buat DNA bagai, aku tak takut langsung sebab dgn yakin confirm la anak aku & laki aku

    Masalah.. kadang2 kita yg cari masalah sebab tu masalah datang. Kan??

    ReplyDelete
  20. mana kategori masalah ko..??


    teruna mahu berkahwin..tapi dalam dilema memilih pasangan..rasa mcm nk pilih semua..tp satu pun tak lepas2..

    kehkehkehkeh..

    ReplyDelete
  21. Bujalx : smlm pergi blog kau, lepas baca satu baca lagi lagi dan lagi..

    suria lekat lekit : kalau anak muka macam sathiya. nampak sangat suka tengok pimai2 tangtu..

    kita cari masalah sebab nak rasa adventure. hehe

    Miss Senget : Komen kau paling WIN...selalunya memang win pun..

    ReplyDelete
  22. masalah kau aku rasa...rasa dalam hati je la... boleh gitu??

    satu lagi masalah...ayat memang panjang..tapi apasal macam tak puas je aku baca...grrr...

    ReplyDelete
  23. hahaha.
    gampang.
    nasib baik tak membazir masa gua baca posibiliti masalah yang panjang-panjang.
    tak.
    masalahnya kenapa gua rasa tertarik dengan terlepas zohor tu.
    sebenarnya tu tertarik ke terasa?
    haha.

    ReplyDelete
  24. ade beberapa perkara tentang masalah... jgn cari masalah.. jangan buat masalah... dan jangan lari dari masalah... ingat... masalah tu berbeza sekali dengan resepi ayam masala... nak rase? pi la plaza marsalam di seksyen 9 shah alam...

    ReplyDelete
  25. Best ah... entry sentiasa gemok berisi :)

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...