November 22, 2011

Ilmu Pandang Tembus

Assalamualaikum..

Kanak-kanak itu tidak menanggung dosa, mereka dilahirkan suci ibarat kain putih yang belum dicoretkan. Pada masa kanak-kanak itu kecil, seluruh perhatiannya adalah untuk menjelajah dan memahami bagaimana dunia ini berjalan dan apakah fitrah yang sesuai pada dirinya.

Masa aku balik kampung hari jumaat lepas, aku bergelumang dengan anak-anak sepupu aku yang kecil-kecil lagi. Walaupun aku dah 27 tahun dan masih bujang, walaupun aku perasan aku adalah eligible bachelor yang masih belum terdesak untuk berkahwin, namun aku tidak dapat mengekang rasa kesyahduan mendukung anak-anak buah yang masih bayi.

Itu bukan perasaan mengada-ngada atau pengiklanan 'saya bujang-hensem-rockers-sensitif-mesrabudak' sebaliknya ia hanyalah perasaan fitrah untuk orang dewasa menjadi sayang kepada offspring mereka.

Ganas-ganas bapak singa, tengok anak singa lompat-lompat main depan dia, dia join jugak tepis-tepis kepala manja-manja. Bila tengok budak-budak ni main pasir, rebut-rebut kereta control, main kombet-kombet dalam bilik hatta bapak sepupu dia tengah nyenyak tidur mengingatkan aku pada zaman kecil aku.


*******************************

Pada Tahun 1993 atau waktu yang lebih kurang sejajar dengannya..

Dulu aku ada rahsia masa aku kecik, dan rahsia ini adalah antara kita berdua saja. Janji jangan bagitau siapa-siapa tau!..

" gediknya kau Zulfikar, dah tentulah kau publish cerita ni kat blog, ceit"

" ala, aku hanya nak timbulkan mood. mood kau dan aku bersembang di tepi pantai di bawah sinaran bulan purnama sambil mendengar deruan ombak memukul pantai bak irama alam mengiringi sahutan pungguk yang rindukan bulan nan tak kunjung tiba"

" oh jika begitu, teruskan perwiraku.."

Nenek aku adalah seorang business women, selain dari membuat business rombongan melancong Cik Selamah, nenek aku juga ajar mengaji Al-quran dari rumah ke rumah, selain itu dia juga rajin menawarkan khidmat marhaban, berzanji dan Khatam Alquran di sekitar Perak terutamanya Ipoh.

Selain daripada kerja-kerja tipikal seorang nenek kampung yang disebutkan di atas, nenek aku juga adalah seorang pengedar barang-barang catalog, barang yang paling laris sekali adalah Avon dan Amway. Dalam katalog Avon ni ada tunjuk barang apa kalau korang semua tahu?

Mekap, Jus, cordial, ubat pelangsingan badan, korset, Royal jelly ubat lelah, multi-vitamin, Bedak, deoderen,   aloe vera, Spender, Bra, lotion dan banyak lagi... kita berpatah balik pada contoh di belakang dan fokuskan pada perkataan spender dan bra.

Pada katalog spender dan bra tu ada banyak model-model cun yang mempunyai kulit yang mulus, badan yang curvy dan muka yang cantik. Muda-muda, bergetah dan sangat best. Aku tak tau kenapa, setiap kali aku boring dekat rumah opah aku, aku akan punggah almari dan rak meja kopi dia dan aku akan bukak katalog Avon.

Mula-mula aku akan tengok set bedak dan mekap kemudian lepas beberapa saat mesti aku akan langkau ke bahagian Bra dan Spender. Jenuh aku kekang diri aku dari mengalihkan muka surat katalog itu ke bahagian bra dan spender. Jenuh aku tahan diri aku namun tak boleh.

Pernah satu ketika aku ikat tangan aku sendiri dan aku nak humbankan katalog bra tu ke dalam api namun tidak berjaya.....ok aku tipu.

Pada satu petang, tengah aku lepak dalam banglo lot setingkat itu, aku pun macam biasa nak tengok katalog Avon, mak bapak aku kat luar tengah kait buah kelapa muda nak minum petang-petang, sebelum aku keluar join diorang dan main bakar-bakar sampah, aku sempat selak-selak katalog avon tu.

" Ikar, kamu buat apa sorang-sorang dalam rumah tu?"

" tak buat apa-apa ma"

Kelam kabut aku tutup katalog Avon dan simpan bawah meja kopi takut kantoi, tapi kenapa aku boleh takut pun aku taktau. Aku bukan buat salah pun kan.

" Kamu pergi amik gula kat dapur sana nuu kejap, kelapa ni sedap makan dengan gula sikit ikar"

" jap mama"

" sudah-sudah lah kamu tengok coli dalam katalog tu Ikar, Takde kerja lain ke kamu nih?" jerit mak aku dari laman rumah.

Tersentak aku, macam mana mak aku boleh tahu yang aku tengah bukak mukasurat bahagian bra dengan spender? mak aku ada ilmu mata pandang tembus ke?

Mana pulak tak tau kan? kalau dah duduk mengkerekot atas sofa sorang-sorang sambil diam je tenung halaman mukabuku tu tak berganjak-ganjak. Confirmlah tengok gadis separa bogel. takkan tengok Jus Kordial Markisa pulak.

Dan selepas kejadian tu, aku dah malu nak bukak katalog Avon lagi kat rumah opah aku, melainkan kalau ada katalog baru. Itupun aku buka tengok sambil meniarap depan mak aku, bagi menunjukkan keikhlasan aku tengok katalog bahagian perfume lelaki sahaja, dan bukan curi-curi bukak halaman Coli dan spender gadis pan asian Avon itu.

"aku syak mak aku ada Ilmu Pandang Tembus lah"

*****************************

Pada tahun 1998. Tepat tahun 1998 dan bukan waktu lain yang sejajar dengannya.

Tahun itu adalah tahun Sukan Komenwel Kuala Lumpur 1998 bermaskotkan Orang Utan. Pada tahun itu juga adalah tahun reformasi Anwar Ibrahim terhadap UMNO. Tapi abaikan kisah Anwar Ibrahim yang tak habis-habis itu dan tumpukan perhatian pada Sukan komenwel.

Pada Tahun 1998 itu aku berusia 14 tahun atau tingkatan 2. Pada perkiraan aku pada masa itu aku dah baligh kot, eh ke aku mimpi basah umur 15 tahun? aku lupalah, tapi senang cerita ketiak aku masa tu dah start berbulu-bulu manja lah.

Bila balik rumah dari sekolah aku selalu tengok mak aku mengiring atas sofa menonton Sukan Komenwel dekat TV, Mak aku suka tengok Badminton, Bola, Olahraga, Gimnastik dan Renang.

Aku pun suka tengok Badminton, Bola, Olahraga, Gimnasitik, Renang, Gimnastik, Renang,Gimnastik, Renang.

Tapi aku paling suka tengok Gimnastik perempuan dan Gimrama, selain itu aku minat sangat tengok renang berirama, Terjun Perempuan  dan Renang perempuan. Senang cerita apa saja acara sukan yang melibatkan Riben dan Air dan pesertanya adalah perempuan. Aku pun tak tahu kenapa.

Tapi yang peliknya, Abah aku, abang aku, Pakwan, Pak Mat Uban, kawan-kawan bapak aku, pak aji, pak umrah dan pakcik-pakcik warung kopi pun suka tengok Gimrama dan Renang wanita. Bila acara gimrama ini ditayangkan, semua penonton lelaki menjadi diam dan fokus. Pelik betul, nak kata kami semua penggiat sukan gimrama tak pulak.

Nak kata abah, abang dan aku main riben dan gelung hulahup berirama petang-petang mengisi masa lapang pun tak jugak, tapi entah kenapa kami suka sangat tengok acara tu. Selain tu, kalau tengok kawasan penonton di dewan acara selalu penuh. Majoritinya lelaki.

Satu hari, aku dekat rumah sorang-sorang, aku cepat-cepat tukar cenel dan cari acara gimrama Komenwel 1998, tiba-tiba mak aku turun dari tingkat dua dan terus selamba je ambil remote dan alih ke aturcara olahraga.

" Aik mama, selamba je tukar Cenel, mama tak tengok ke ikar tengah tengok gimrama ni?"

" Ah kamu ni memang tak habis-habis dengan Gimrama, tak gimrama renang, tak renang gimnastik, tak gimnastik gimrama"

" ishh, kan best Gimrama tu ma, Ikar suka tengok budak-budak perempuan tu baling riben dengan bola sambil menari lompat-lompat, bukan senang tau ma nak buat macam tu.. susah tau ma!"

" Eleh kamu nak menipu aku, nak tengok riben ngan bola lompat ke kamu nak tengok ponggong bergegor?"

" ponggong bergegor!"

" aku dah agak dah kamu tu, takde mane nye nak tengok riben ngan bola, yang aku heran polo air pompuan pun kamu minat..heran lah aku"

" alah mama tu pun sama, nape suka sangat tengok olahraga lelaki lari pakai baju ketat-ketat?"

" Ishhh aku takpe, aku dah kawin,dah biasa...kamu budak-budak mana boleh"

" dan-dan je mama ni, tak adil.. ni diskriminasi"

" dah dah kamu pergi mandi, mama nak layan 100 meter lelaki ni"

Rupanya mak aku bukan sahaja ada Ilmu Pandang Tembus, tapi dia juga ada Ilmu pandang terus.

Apakah yang pelik tentang Majalah Playboy ini? yang pasti majalah playboy ini bukanlah  katalog Avon tahun 1993 itu. 

**************************

Pada Tahun 2011. Iaitu pada masa sekarang dan bukan waktu dulu yang sejajar dengannya..

Aku tak tengok sangat Gimrama dan Renang wanita SEA games, mungkin sebab takde peserta eropah dan antarabangsa yang lain, jemu dah kot tengok bibik dekat sinetron dan pengako sayo Filipina.

Yang penting, aku tengok bola dekat kedai india Jalan Meru Kelang. Dan bola penalti bergolek kemenangan megah Harimau Malaya itu tiada kena mengena dengan Katalog Avon bahagian Bra dan Sukan Komenwel acara Gimrama.

Ia adalah kemenangan bergaya Harimau mengokak Garuda.

Mungkin Garoda takde ilmu pandang Tembus.

Atau Garoda lupa kejutkan Hantu Raya bomoh santetnya.

**************************** tamat******************************


Pukul satu pagi, Di warung durian tepi jalan Jeram kampar Perak, di dalam gambar sebelah kiri adalah Pak andak iaitu pakcik aku merangkap Tuan punya Durian, Sebelah kanan adalah seorang artis eropah yang cuba pengalaman makan durian kampung. Baju koboi pulak kannn..

Sungguh bertenaga dan bersemangat sekali Artis eropah ini cuba untuk bukak duriannya, walaupun reaksi mukanya nampak sangat berlakon, dan ketara sekali kelihatan Pak andak telah memakuk pangsa durian dengan goloknya terlebih dahulu.




P/S next entry nak cerita pasal semalam aku masuk dusun durian lah.

P/S II balik kampung kelmarin aku punggah-punggah jugak kabinet opah aku, tapi tak jumpa dah Katalog Avon lama. Mana pergi tah!




P/S III Terima kasih semua, kini pageviews Blog Rasa Hati sudah ratusribuan.

19 comments:

  1. kalo baca ok lagi bro, dulu kat asrama, siap ade budak koyak simpan dalam loker lagi kot part bra ngan coli tu, hahaha

    ReplyDelete
  2. baru ku tahu korg sumer dok tenung syOk kt majalah AVON tuh..

    teringat toilet ROOTZ club lelaki, dinding die 'full' dgn gambar separuh bogel model2 ppn seluruh dunia. (begitu sebaliknya juga toilet ladies, hihii)
    i should design my toilet like that laa,tp my bf ckp ltak sumer gambar die. hurm..x dek chance.

    congrat dude!

    ReplyDelete
  3. Chegu : peh, korang memang advance, ade kesan melekat2 tak kat keratan catalog tu? haha

    Puteri Ika : lelaki mcm tu la kot. haha.. design la toilet u letak gambar i.. sejuk mata memandang tau. haha

    tenkiu very much.. :)

    ReplyDelete
  4. HAHAHAHA.lelaki memang mcm tue dah tak boleh nak ckp apa.lumrah.hik

    ape kaitan belah durian dengan ilmu pandang terus?

    kemenangan harimau malaya semalam sgt2 bergaya.haha.

    tahniah sebab dah jadi abam blogger yg makin pemes.hahahahahahahaha.

    ReplyDelete
  5. persolannye incik zul.. ANDA BERANI POSE depan camera dgn spender x? hihii.. cube baayangkan~

    ReplyDelete
  6. wakakaka...

    mesti debar gile kan mak ko tau ko tgh tgk gmbr separuh bogel.. kira separuh bogel la kan gmbr tu?




    td aku baru mimpi minum air kelapa..
    skrg aku rs nk mkn durian..

    ReplyDelete
  7. patut la member sekelas yg lelaki selalu minta katalog avon ngan bebudak pompuan...part tu yg dorang nak tgk ekkk...hehehe

    baru je aku mengidam nak makan durian...huhuhu...mintak sebiji boleh??

    ReplyDelete
  8. ilmu pandang terus..

    orng laki memang cm tu ek..bila bab gimrama gmnastik..langsung tak berganjak..statik je pandang terus kat tv..nasib baik tak kene sedut ngan tv masuk dlm tv..hehehe

    ReplyDelete
  9. hahaha... lawak la kantoi nengok part tut lam buku avon...
    haih, btw tahniah pageview tinggi tuhhhh...
    even entri panjang seryes x pernah aku skip baca..^^

    ReplyDelete
  10. dulu masa kecik2 tgk catalog avon aku ade tanya mak, pompuan tak pakai baju pun jual ke??

    mak aku diam jer, ngeee :-)

    ReplyDelete
  11. hahahaa... kelakarlah!

    mak mana yang tak tahu aktiviti anak2nya, dia boleh agaklah...

    syoknya makan durian, mintaklah sebiji dua!

    ReplyDelete
  12. Playboy ? Majalah apa tu ? Gua bacew mangga jew..

    ReplyDelete
  13. Aku kalau tgk Gimrama atau gimnastik ni xdenye tertarik mcm tu.. (elelelelelele... hahahaha)..

    pergh, kalau aku kantoi mcm tu ngan mak aku, sure malu sebulan.. hohoho

    ReplyDelete
  14. laki mmg suke tngk gmnastik wooo...
    hahha..btok ckp mak ikar...bkn tngk riben tp tngk " ponggong bergegor!"
    hahahhahaha

    ReplyDelete
  15. Ha..Ha...Ha.. lain kali kalau nak cari katalog avon... mintak je kat shila.. kat rumah mak andak banyak... wah.. wah..wah.. ini kalau lah pak andak pandai baca blog mesti kembang kimpis hidung dia tgok gambar dia dalam blog Rasa Hati ini.. tak sabar nak baca n3 seterusnya nie..

    ReplyDelete
  16. ang dh jatuh WAJIB kawen... best o0o0... haha

    ReplyDelete
  17. ko nak ke katalog avon terkini? aku ade berlambak kat rumah..kalau nak boleh je aku pos kat ko..hahaha..

    ReplyDelete
  18. huh.. tak senonoh punyer perangai haha. klu kluar ngan ko aku nak pakai jubah :p

    ReplyDelete
  19. Kelebihan Menjadi Ahli Avon :

    1. Dapat menikmati produk yang berkualiti tinggi (bertaraf antarabangsa) dengan harga yang berpatutan.

    2. Potongan harga dari 10% hingga 35%

    3. Kemudahan Kredit untuk ahli yang layak (aktif 6 kempen dengan minima belian/jualan terkumpul RM 1,200.00) layak memohon kredit serendah RM 1,000.00

    4. Katalog AVON dan lampiran tambahan akan di hantar terus ke rumah anda 2 kali sebulan.

    BERMINAT!!!... HUBUNGI SAYA.. UNTUK MAKLUMAT LANJUT...

    ReplyDelete

Review Myvi 2018

Assalamualaikum Aku yakin mesti ramai dah survey  Perodua Myvi model 2018 kan, mesti korang teruja nak tahu ulasan, best sangat ke MYVI ba...